NUFFNANG

Wednesday 12 March 2014

#MH370: KISAH ANAK GADIS PRAMUGARA MAS TERSENTUH SIFAT KEIBUAN TUN SITI HASMAH...

#MH370: KISAH ANAK GADIS PRAMUGARA MAS TERSENTUH SIFAT KEIBUAN TUN SITI HASMAH...

Rasanya satu Malaysia mengiktiraf Tun Siti Hasmah Mohd Ali yang begitu kaya dengan 
sifat keibuan yang tinggi. Meskipun suaminya bukan lagi Perdana Menteri, bonda Siti 
Hasmah begitu ramai peminat di negara kita sama ada generasi lama mahu pun generasi 
baru...

Baru-baru ni Tun Siti Hasmah ada melawat keluarga para penumpang dan krew pesawat 
MH370 di Everly Hotel, Putrajaya. Beliau bertemu dengan salah seorang anak 
perempuan pramugara pesawat tu, Andrew Nari.

Anak gadis yang dikenali dalam Facebook dengan nickname "Gorgxous" tu begitu 
tersentuh dengan kehadiran Tun Siti Hasmah... apa pula kisahnya? Ikuti ceritanya 
di bawah...


SEORANG remaja perempuan yang merupakan anak kepada seorang
daripada 12 anak kapal pesawatMalaysia Airlines (MAS) MH370, Andrew
Nari hari ini menyuarakan kelegaan selepas bertemu dengan isteri bekas
Perdana Menteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali semalam.

Remaja itu yang menggunakan tweethandle @Gorgxous_ memegang
kata-kata nasihat dari Tun Dr Siti Hasmah yang mahu dia terus
tabah dan menunggu khabar terkini berkenaan kehilangan pesawat MH370.

“Apabila Tun Dr Siti Hasmah memeluk saya, dia berkata “Kuatkan diri,
dan teruskan berdoa, kenangkanlah saat gembira dalam kehidupan”
beliau sungguh cantik,” katanya dalam tweetnya semalam.

Sebaik mengetahui kehilangan pesawat yang turut dinaiki bapanya
Andrew yang bertugas, Gorgxous_ tidak henti-henti bertweet kata-kata
rindu meminta bapanya agar segera pulang ke rumah ke pangkuannya.

Gadis itu adalah sebahagian daripada ahli keluarga daripada kesemua
239 penumpang MH370 yang juga menanti-nanti khabar berita terkini berkenaan
di mana lokasi pesawat berkenaan.

Semalam, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isterinya
hadir di Hotel Everly, Putrajaya bertemu keluarga mangsa rakyat Malaysia
yang ditempatkan di hotel itu sementara operasi mencari dan
menyelamat dijalankan.

Apabila pesawat MH370 ditemui kelak, kesemua ahli keluarga
penumpang difahamkan akan dibawa ke lokasi pesawat ditemui untuk
proses seterusnya iaitu menyelamat. – MYNEWSHUB.MY

No comments: