NUFFNANG

Thursday 13 March 2014

Majlis Peguam Sahkan Anwar Meliwat Saiful

Majlis Peguam Sahkan Anwar Meliwat Saiful

AIDCNews – 11/3/14 – Majlis Peguam Malaysia mengesahkan Datuk Seri Anwar Ibrahim meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan yang didakwanya hubungan seks itu dilakukan atas dasar suka sama suka di antara dua lelaki dewasa.
Kesimpulan itu dibuat oleh Presiden Majlis Peguam Malaysia, Christopher Leong, dalam kenyataan media bertarikh 9 Mac.

“Majlis Peguam amat terganggu dengan hukuman penjara lima tahun ke atas Dato’ Seri Anwar Ibrahim oleh Mahkamah Rayuan, atas apa yang jelas merupakan hubungan seks suka sama suka antara dua orang dewasa,” kata Christopher Leong.
Menurutnya, kesalahan di bawah Seksyen 377A yang meletakkan liwat sebagai jenayah hanya terpakai jika liwat tersebut dilakukan atas dasar paksaan, sedangkan dalam kes Anwar, dakwanya ia dilakukan atas dasar kerelaan mangsa.
Pendapat Christopher Leong hampir sama dengan kenyataan Presiden Majlis Peguam sebelum ini, Lim Chee Weeyang menyambut baik pembebasan Anwar pada 9 Januari 2012.

“Dakwaan terhadap Anwar, yang berasaskan kepada peruntukan lapuk Kanun Keseksaan yang memperuntukkanhubungan seks suka sama suka antara orang dewasa suatu jenayah, tidak harus sesekali dibawa ke mahkamah,” katanya.
Jumaat lalu, Anwar telah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau pada pukul 11 pagi, Isnin.
Panel tersebut memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Ini merupakan sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Walau bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.
source : aidc

No comments: