NUFFNANG

Friday 14 March 2014

Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370?

Kenapa Satellite Amerika Gagal Kesan MH370?


Jika diperkatakan tentang kemajuan, maka secara automatik, seluruh manusia di 
bumi ini akan merujuk kepada Amerika.   

Segala penciptaan baru, penemuan baru, peralatan canggih mahupun senjata 
pembunuh terhebat, semuanya pasti dikaitkan dengan Amerika.   Biarpun Jerman,
Rusia atau Perancis serta Korea dan China turut terkenal dengan berbagai aset 
hebat, namun Amerika telah menjadi 'simbol' kemajuan dan terpahat sebagai 
tamadun tertinggi di zaman ini. 

Amerika menjadi kuasa terbesar dunia bukan kerana ia menguasai teknologi tetapi 
kerana ia turut menguasai media dan juga maklumat. 

Sesuatu negara atau bangsa itu tidak menjadi kuasa terbesar dunia melalui 
beberapa siri 'kebetulan' atau tidak sengaja.   Penguasaan Amerika ke atas 
dunia merupakan satu perancangan yang teliti melangkaui abad dan generasi.  

Setiap generasi akur mewarisi cita-cita yang sama dan meneruskan usaha 
untuk mencapai matlamat tersebut.   Mereka belajar dari setiap kesilapan dan 
setiap kali juga akan bangun dengan lebih kuat lagi sehinggalah pada hari ini di 
mana semua negara perlu tunduk kepada mereka atau menghadapi akibatnya.  
Hanya kerana akal sebahagian dari kita tidak mampu mencerna konspirasi Amerika untuk menguasai dunia, maka ia tidak bermakna ia mustahil.  Amerika berjaya 
menakluk dunia kerana ia sentiasa percaya bahawa tiada apa yang mustahil. 

Oleh itu, dengan segala kehebatan yang dimiliki oleh Amerika dan kepantasan 
negara itu bertindak dalam kehilangan MH370, kita hairan kenapa pesawat itu 
masih belum ditemui. Bukan saja tidak ditemui tetapi satu petunjuk pun tidak ada. 

Boeing 777 adalah pesawat buatan Amerika.  Ia merupakan antara pesawat 
paling canggih dan paling selamat di dunia.   Maka, jika ada yang mampu 'menghilangkannya dengan begitu misteri',  ia pastilah pihak Amerika juga.  
Namun, tentu sekali ini tidak dapat dibuktikan dan kekal menjadi spekulasi. 

Apa yang bukan spekulasi di sini ialah keupayaan aset Amerika dalam mengesan pesawat tersebut. 

Kita sedia maklum akan kewujudan Satelit Reconnaisance Amerika yang mampu mengesan lokasi  mahupun letupan di udara.  Pusat kawalan satelit ini dikatakan mampu menjejak peluru berpandu, sekiranya ia dilancarkan ke udara dan ke arah pesawat.  Satelit dengan teknologi infra-red tersebut pernah mengesan letupan ke atas TWA Flight 800 pada tahun 1996 di Lautan Atlantik sejurus selepas berlepas 
dari Lapangan Terbang JFK. 

Selain itu, USS 7th Fleet Navy yang dilengkapi radar paling canggih juga 
digunakan untuk operasi mencari dan menyelamat MH370.   Tidak cukup dengan 
itu, tenaga kepakaran Amerika termasuk dari tentera, FBI, CIA juga dibawakan ke Malaysia untuk misi ini. 

Pendek kata, habis segala kecanggihan dan kepakaran di dunia telah digunakan 
dalam usaha mencari pesawat malang ini.  Habis segala teori meletup di udara, tenggelam di laut atau jatuh di daratan telah diterokai.  Namun, ia masih lagi tidak ditemui. 

Satu-satunya satellite yang dapat 'mengesan' sesuatu yang disyaki sebagai 
pesawat yang hilang itu ialah satellite milik China.   Malangnya, objek yang dikesan 
di Laut China Selatan itu, bagaimanapun, disahkan sebagai bukan pesawat yang dicari. 

Yang menjadi persoalan ialah kenapa satellite Amerika tidak mengesan objek 
tersebut terlebih dahulu dari China?

Apakah aset dan kepakaran Amerika tidak sehebat yang disangka?  Atau apakah i
ni satu ujian ke atas Malaysia dalam usaha untuk memberi tekanan ke atas sesuatu 
isu lain? Apakah ia hanya 'umpan' untuk mengkaji kekuatan lawan mereka di rantau
 ini, iaitu China?   

Amerika kemudian memberi komitmen untuk terus berada di sini tanpa tempoh 
tertentu yang ditetapkan bagi meneruskan pencarian.  Mungkinkah kegagalan 
menemui pesawat tersebut hanyalah alasan untuk berada di rantau ini selama 
mungkin sehingga apa jua 'operasi sulit' mereka selesai?

Dalam keadaan di mana kepakaran dan aset Amerika yang mampu mengesan 
apa saja berada di dalam negara ini, di seluruh pelusuk penjuru perairan dan juga udara, maka pasti mudah sahaja untuk mereka mengatur apa saja. 

Media barat telah mula mempersoalkan Malaysia dari segi kredibiliti kepimpinan 
dan juga keselamatan.  Aspek keganasan nampaknya terus sengaja digembar-gemburkan.   Rata-rata media barat cuba menggambarkan Malaysia sebagai lemah 
dan tidak berdaya.   

Melihat dari modus operandi Amerika dalam menguasai negara lain seperti di Timur Tengah, kita bimbang sekiranya kehilangan MH370 ini hanyalah permulaan kepada bencana yang lebih besar. 

Teorinya ialah, buktikan dahulu kepada dunia bahawa sistem keselamatan Malaysia tersangat lemah dan kredibiliti pemimpin Malaysia tersangat buruk sebagai justifikasi
awal keganasan yang bakal berlaku dalam negara ini sedikit masa lagi. 

Jika teori ini benar, maka satu persoalan yang mungkin kejam namun perlu diambilkira
oleh kepimpinan ialah:  Apakah berbaloi kita memberi sepenuh ruang dan kepercayaan kepada Amerika serta memperjudikan kedaulatan negara dan nasib seluruh rakyat jelata…untuk MH370? 

source: taipingmali

No comments: