NUFFNANG

Friday 14 March 2014

Azmin: Dalaman PKR terus bergolak

Azmin: Dalaman PKR terus bergolak




Di Semenanjung ketika berkempen untuk Neng Azizah,, Azmin mengutuk Najib hingga menarik reaksi Zahid Md Arif untuk memanggilya sebagai binatang belaan Anwar Ibrahim. Baca MIK SINI 

Kononnya Amin berkempen untuk Neng Azizah tapi sebenarnya di luar pandangan orang ramai, Azmin hanya mahu sabotaj Wan Azizah dengan membuat orang ramai membenci PKR. 


Sementara itu, Azmin Ali telah menghantar orang orang nya ke Sabah untuk memburuk burukan kepimpinan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Pada Mac 6, 2014 lalu 5 orang pemimpin PKR Pusat yang diketuai oleh bekas ADUN Kajang sendiri, Lee Chin Chen bersama Zakaria Abd  Hamid, MPP PKR Pusat, Lee Loy Sian, MP PJ Selatan, Abdullah Sani Abd Hamid,MP Kuala Langat dan Dr Xavies Jayakumar, ADUN Sri Andalas telah hadir dalam perjumpaan PKR di Hotel Pavillion, Sandakan.

Dengan terbuka,  mereka menghentam kelemahan dan kegagalan Khalid Ibrahim selama menjadi MB Selangor.

Lee Chin Cheh ADUN Kajang yang letak jawatan secara terus terang memberitahu yang dia memang tidak sehaluan dengan Khalid Ibrahim seorang yang degil dengan menaikan gaji ADUN & Exco sehingga 400% yang dilihat tidak masuk akal dan tanpa berunding dengan parti.

Khalid digamarkan sebagai tamak kuasa dengan tindakan memecat Azmin dari PKNS.

Abdullah Sani, MP Kuala Langat secara terbuka menyifatkan Khalid sebagai seorang pengkhianat kerana mengamalkan kroni dan rasuah dalam memberi projek kerajaan negeri dan mendesak agar letak jawatan.

Dr Xavier pula mededahkan walapun Selangor negeri terkaya di Malaysia tetapi gagal dalam membantu rakyat di bawah pentadbiran Khalid.

Banyak lagi keburukan dan kelemahan Khalid yang didedahkan oleh rakan rakan beliau sendiri.

Soalnya sekarang adakah ini benar benar berlaku kerana ianya didedahkan sendiri oleh rakan rakan dalam parti??

Atau satu agenda Azmin Ali, Timbalan Presiden PKRkerana diketahui umum bahawa Azmin Ali sebelum ini telah disingkirkan oleh Khalid Ibrahim dari Ahli Lembaga Pengarah PKNS. Tambahan pula, Khalid Ibrahim minggu lepas mengumumkan mahu mencabar jawatan Timbalan Presiden yang kini disandang oleh Azmin Ali.

Pastinya Azmin Ali merasa terancam dengan kedudukan beliau sehingga terpaksa menggerakkan jentera ke seluruh negara untuk mendedahkan keburukan dan kelemahan Khalid dengan harapan akan mendapat imbuhan jika Khalid tersungkur dan Anwar jadi MB.

Nampaknya strategi KL gengster ini silap..Anwar tidak layak bertanding kerana mahkamah rayuan telah mensabitkan hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat Saiful Bahri dan Khalid terus terselamat..

Mana mungkin Azizah bole jadi MB Selangor yang baru kerana banyak sebab sebab yang tidak mengizinkan.

Persoalanya sekarang adakah PKR akan terus bergolak di Selangor??? Mampukah Khalid mentadbir Selangor dengan baik jika rakan rakan nya sendiri menikam dari belakang?? Fikir fikirkan lah..
source : the unspinners

No comments: