NUFFNANG

Tuesday 11 March 2014

COMEY FUN LAWAN RATU AYER MATA DI #PRKKAJANG

‘Comey Fun’ – Drama Air Mata Sudah Bermula

suamikuKAJANG – Ratu airmata sudah pun memulakan langkah awalnya malam tadi dengan berbicara skrip yang telah di siapkan untuk dirinya, yang tergagap gagap cuba menghafal butiran yang tidak semuanya terjangkau oleh jemalanya yang sedang berselirat dengan seribu satu masalah persoalan dan beberapa perkara yang menjadi tanda tanya.
Si ratu air mata mula mengulangi kembali cerita lama ( mungkin sudah disediakan didalam skripnya) apa yang terjadi pada dirinya pada tahun 1998, dengan nada yang lagi 10% boleh membuatkan air matanya mengalir, bercerita bagaimana sekumpulan UTK memasuki rumah mereka dan memijak tikar sembahyang ( skrip ini boleh membeli jiwa yang mudah terpengaruh walaupun sedang menyaksikan cerita dongeng) tetapi jelas diwajahnya tidak dapat di sembunyikan kepura puraannya walaupun mengalirkan air mata dan menampilkan seolah olah sedang didalam kesedihan yang teramat sangat.
Diperingkat awalnya tidak mahu menunjukkan gugupnya, beliau cuba berbicara dan berjenaka sebentar bersama penonton walaupun jelas nampak pincangnya dan tidak segarnya lagi, kerana lakonan yang biasa dia buat dulu adalah di ketika beliau tidak pasti apa yang beliau buat ketika itu, tetapi pada malam tadi beliau telah pun mengetahui duduk perkara sebenarnya.
Sang ratu mula menyerang sistem makamah dan sang hakim yang menghukum sang suami anugerah tuhannya kerana didapati bersalah menoron budak yang pernah diambil untuk menjadi pembancuh kopinya. Kononya sang suami teraniaya oleh sistem kehakiman di negara ini dan mengajak penontong turut sama merasa apa yang sang ratu ini rasa.
Walaupun ucapan sang ratu air mata ini tidaklah sepanjang mana sekadar 6 minit sahaja ( mungkin skrip awalnya tidak begitu tersusun), tetapi telah di sambung oleh panglima panglima perangnya yang rata rata menyalah Datuk Seri Najib Tun Razak kerana memaksa makamah menjatuhkan hukuman di saat pilihan raya di Kajang sedang semakin rancak dan bakal di adakan.
Keduanya mereka menyalah Peguam yang berjaya merungkai kesilapan di dalam perbicaraan yang lalu, selain menghina budak pembancuh kopi kegemaran sang suami anugerah tuhan.
Hairan juga, dari mana mereka tahu akan adanya pilihanraya N25 Kajang? dan kemudiannya siapa yang melambatkan proses makamah yang sepatutnya bersidang pada awal Januari lalu? jadi mengapa disalahkan Datuk Seri Najib. Agak agaklah kalau nak mengenceng pun.
Dari segi menghasud, rasanya penonton tahu apa yang mereka sedang tonton, ia, sebuah drama maki hamun dan menghasud rakyat untuk menurut kehendak nafsu dan haloba mereka sahaja, oleh kerana ianya merupakan satu hiburan maka tidak hairanlah ceramah mereka banyak bergelak dari memikirkan masa depan anak cucu mereka di Kajang.
Bagi calun Barisan Nasional, Datin Paduka Chew Mei Fun @ ‘Comey Fun’ akan terus bertemu dan berdepan dengan masalah rakyat didalam suasana mesra dan akrab saperti ‘aur dengan tebing’ bagi menyumbangkan tenaga dan buah fikiran untuk memajukan taraf kehidupan warga Kajang tanpa melibatkan warga Kajang didalam konflik keluarga dan masalah peribadi.
Jika masaalah sendiri pun tidak boleh diselesaikan bagaimana kebajikan warga Kajang ini dapat di beri jaminan akan terbela, boleh kah sekadar memberi air mata, bercerita kisah sedih dan bantuan membebaskan sang suami anugerah tuhan yang akan menerima hukuman diatas perbuatannya sendiri.
Sesungguhnya warga Kajang rata rata tidak ingin lagi terpedaya dengan sandiwara sandiwara mereka, walaupun kali ini di sertakan sandiwara berair mata yang di datangkan khas dari Sang Ratu si air mata.
Sesal dahulu pendapatan sesal kemudian tiada gunanya.
source : ob1

No comments: