NUFFNANG

Tuesday 11 March 2014

ANWAR TETAP MAHU JAWATAN PRESIDEN PKR

ANWAR TETAP MAHU JAWATAN PRESIDEN PKR

by  on Mar 10th, 2014 · 1 Comment

AIDCNews – 10/3/14 – Walaupun terpaksa menarik diri daripada menjadi calon Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, ekoran keputusan Mahkamah Rayuan Jumaat lalu, namun Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap mahu memegang jawatan Presiden PKR pada pemilihan parti Mei tahun ini.
Anwar dilaporkan The Malaysian Insider membuat pengumuman tersebut di depan pemimpin PKR daripada semua peringkat hari ini.
Majis taklimat tersebut diadakan di dewan serbaguna, Bandar Utama bermula jam 2 petang tadi.
Perkara itu turut disahkan beberapa pegawai di pejabat Ketua Umum PKR, lapor portal berita milik PKR, Keadilandaily sebentar tadi.
Jumaat lalu, Anwar telah dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.
Panel tiga hakim diketuai oleh Datuk Balia Yusof Wahi yang bersidang bersama-sama Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd. Zawawi Salleh sebulat suara mendapati Anwar bersalah pada pukul 6.15 petang ini setelah mendengar hujah kedua-dua pihak sejak pukul 9.15 pagi.
Mahkamah bagaimanapun membenarkan pelaksanaan hukuman itu ditangguhkan sementara menunggu rayuan dengan syarat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu perlu membayar jaminan sebanyak RM10,000 sebelum atau pada pukul 11 pagi, Isnin.
Panel tersebut memutuskan demikian setelah membenarkan rayuan pihak pendakwaan yang diketuai oleh peguam Tan Sri Dr. Muhammad Shafee Abdullah untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 9 Januari 2012 yang melepas dan membebaskan Anwar daripada pertuduhan tersebut.
Anwar, 67, disabit bersalah meliwat Mohd. Saiful Bukhari, 28, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, No. 99, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, di ibu negara antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang, 26 Jun 2008.
Ketua Pembangkang itu didakwa di bawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Ini merupakan sabitan kedua terhadap Anwar selepas dia penah dihukum penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi pada 2000 setelah didapati bersalah meliwat bekas pemandu isterinya, Azizan Abu Bakar.
Walau bagaimanapun, empat tahun kemudian, hukuman dan sabitan tersebut berjaya diketepikan oleh beliau di Mahkamah Persekutuan pada 5 September 2004 dengan keputusan majoriti 2-1.
Share
46
Twitter
24
Email

1 Comment

  1. sman
    Orang tua tak sedar diri,kubur dah kata mari ,rumah dah kata pergi muka semakin layu ,akal semakin lembab,pandangan semakin kabur yg tinggal membara hanyalah nafsu.Tak ada harapan dah org tua ni utk mendapat jalan kebenaran,masih tak sedar diri.

    source : aidc

No comments: