NUFFNANG

Saturday 8 March 2014

BACA ! INI JAWAPAN UNTUK PROPAGANDA KONSPIRASI PAKATAN BILA ANWAR BERSALAH KES LIWAT !

JAWAPAN UNTUK PROPAGANDA KONSPIRASI PAKATAN BILA ANWAR BERSALAH KES LIWAT !

by Generasi Pejuang Bangsa




Jawapan untuk persoalan konspirasi  macai PR selepas Anwar didapati bersalah meliwat Saiful Bukhari oleh Mahkamah Rayuan 

Story board Pakatan Rakyat mengenai keputusan mahkamah yang menghukum Anwar bersalah: Mereka mempropagandakan: 

1. Mengapa mahkamah memilih tarikh bicara pada masa PRK Kajang. 

JAWAB: Siapa yang mengarah dan menyusun jalan cerita supaya bekas wakil rakyat Kajang letak jawatan pada tarikh yang sudah dimaklumkan mahkamah yang akan bersidang?. Dont tell me you do not know the court prosiding dates, its an open knowledge.

2. Najib berkonspirasi bersama hakim untuk menghukum Anwar bersalah.

JAWAB: Mengapakah menilai keputusan hakim secara berpilih?. Adakah Anwar berkonspirasi bersama hakim yang terdahulu semasa beliau dibebaskan?. Waktu tu kenapa tak jadi isu? Harus diingat keputusan kali ini diputuskan oleh 3 orang hakim. Dan semuanya menjatuhkan hukuman Anwar bersalah, 3 - 0.

3. TS Mohamad Shafee Abdullah merupakan peguam upahan UMNO.

JAWAB: Semua peguam mengambil upah diatas khidmat yang diberikan, namun belum terbukti TS Mohamad Shafee merupakan ahli UMNO. Bukti yang jelas semua peguam bela Anwar adalah ahli parti DAP, PKR mahupun PAS. Apakah ia menjadi satu kesalahan? Tentunya tidak. Yang penting ialah khidmatprofesional mereka yang cemerlang.

4. Permintaan rayuan penangguhan Karpal Singh ditolak.

JAWAB: Sudah 61 kali kes ini tertangguh, berapa kali mereka nak tangguh. Keadilan bukan hanya menyebelahi pemimpin besar tetapi juga kepada anak kecil yang mengadu dan memohon pembelaan.

5. Najib dikatakan isytihar perang pada Pakatan Rakyat.

JAWAB: Yang ini suka hati la nak cakap. Diaorg punya maki hamun siang malam kat Kajang sehingga seorang pemimpin negara tidak dihormati oleh segelintir rakyatnya mrk tak kira.. Berani buat berani tanggung la.. Dia ambil sedapnya, buruknya nak pas pada orang lain..


ANWAR TIDAK BOLEH TANDING PRK KAJANG  

Karpal Singh, peguam bela Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata berikutan keputusan Mahkamah Rayuan pada Jumaat, ketua pembangkang itu tidak boleh bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Kajang.

"Berikutan sabitan kesalahan beliau hari ini, Anwar tidak boleh memfailkan kertas pencalonan untuk pilihan raya kecil Kajang pada 11 Mac (Selasa), " katanya kepada pemberita di mahkamah pada Jumaat.

Anwar dikenakan hukuman lima tahun penjara oleh Mahkamah Rayuan hari ini setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan, kira-kira enam tahun lepas.

Hakim Datuk Balia Yusof Wahi, yang mengetuai panel tiga hakim dalam pendengaran rayuan pihak pendakwaan, bagaimanapun membenarkan permohonan Anwar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu sementara menunggu rayuan dengan mengenakan ikat jamin RM10,000, yang perlu dijelaskan sebelum pukul 11 pagi Isnin.

Ketika mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi membebaskan Anwar, Hakim Balia berkata panel itu sebulat suara memutuskan bahawa hakim perbicaraan terkhilaf dalam penemuannya bahawa sampelDNA digunakan dalam kes berkenaan, telah dicemar.

Anwar dituduh meliwat Mohd Saiful (ketika itu berusia 23 tahun), di sebuah unit Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pada 28 Jan tahun ini, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menamakan Anwar sebagai calon pakatan pembangkang untuk pilihan raya kecil Kajang setelah anggota dewan undangan negeri kawasan itu daripada PKR Lee Chin Cheh mengosongkan kerusi berkenaan sehari sebelumnya.

Karpal Singh berkata mengikut Akta Pertubuhan, Anwar yang merupakan penasihat PKR, juga tidak boleh bertanding jawatan presiden PKR pada pemilihan parti itu Mei ini.

Katanya pihak pembelaan akan memfailkan rayuan Isnin ini selepas semua urusan ikat jamin selesai.

Beliau berkata mereka mempunyai masa 14 hari untuk memfailkan notis rayuan.

Sementara itu, ketika menyuarakan pendapat serupa, peguam R. Sivarasa berkata Perlembagaan Persekutuan dan Undang-undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor tidak membenarkan Anwar, yang disabitkan kesalahan, bertanding pada pilihan raya kecil itu dan tidak boleh mengemukakan kertas pencalonan Selasa ini. - BERNAMA 

source : generasi pejuang bangsa

No comments: