NUFFNANG

Tuesday 4 March 2014

ANWAR DOA UNTUK JESUS DIFAHAMINYA NABI ISA , AJARAN APA INI ??

ANWAR DOA UNTUK JESUS DIFAHAMINYA NABI ISA , AJARAN APA INI ??

 by Generasi Pejuang Bangsa


 "Saya orang Islam. Jesus bermaksud Isa. Saya tak kata Isa sahaja, saya kata Isa alaihissalam (sejahtera ke atasnya). Ada yang bertanya saya doakan untuk Jesus, saya kata ya, untuk Nabi Isa," katanya dalam kuliah Maghrib di Surau Al-Muqaddis, Kajang, malam ini.

Gereja ada saliblah. Bukan saya pergi gereja tetapi dewannya. Masa saya Abim, saya pergi. Soalnya masa saya pergi, saya kata bahawa Islam menghormati perbezaan kaum dan warna kulit." 




Ajaran songsang mana dibawa Anwar menyatakan JESUS itu Nabi ISA  ?? Patut la NGO JATI menyatakan Anwar kini diresapi ideologi sifat dajal .

Beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Islam melahirkan rasa bimbang keranamenyifatkan ideologi yang dibawa oleh Ketua Pembangkang, Datuk SeriAnwar Ibrahim mempunyai persamaan kepada sifat-sifat 'kedajjalan'.

Pengerusi Yayasan Murni Aqidah, Datuk Aidit Ghazali berkata, tindakan dan kepercayaan Anwar juga dilihat jauh menyimpang daripada akidah Islam serta pegangan syariat Islam.

"Kami tidak mahu menyentuh bab akhlak, tetapi di kalangan NGO jika bincangkan mengenainya, apa yang kita khuatir ialah beliau mempunyai sifat-sifat kedajjalan.

"Kita tidak mengata seseorang itu sebagai dajjal, tetapi sikap-sikap kedajjalan tersebut dan terpulang kepada sesiapa untuk menggunakan akal dan melihat adakah terdapat sifat-sifat tersebut pada di mereka(pembangkang)," katanya kepada sidang media di Taman Tun Dr Ismail di sini hari ini.


Rakyat News
Hadir Presiden Jalur Tiga Malaysia (JATI), Datuk Dr Hasan Mohamed Ali.Aidit menjelaskan, pihaknya tidak membuat dakwaan tetapi mengajak rakyat di Malaysia mengkaji dan menggunakan akal mengenai perkara tersebut.

Katanya, terdapat 10 ciri-ciri ideologi dan pegangan yang jika diamalkan mampu menyesatkan dan menghampiri ciri-ciri dajjal.

"Kami di dalam NGO Islam membuat kajian berdasarkan ilmu dan hujah, jadi kami ingin berhujah dan mengajak masyarakat berfikir kerana terdapat segelintir masyarakat yang terlalu taksub sehingga berhujah menggunakan emosi.

"Antara ciri-cirinya adalah mereka yang membawa ideologi seperti ini akan menyesuaikan hukum Allah berdasarkan akal dan kepentingan diri, selain mempunyai minat terhadap tarikan dunia seperti kekayaan, syahwat songsang dan meringankan yang haram.

"Sifat-sifat yang lain adalah mereka ini gemar mencabar ketuhanan dan kita boleh lihat perkara ini melalui pendapat bahawa semua agama tersebut sama rata dan yang paling penting mereka ini suka memutar belitkan kebenaran," 
source : generasi pejuang bangsa

No comments: