NUFFNANG

Wednesday 5 June 2013

Steady Zahid Hamidi...! Anwar Sudah Jem Laa Sekarang.....

Steady Zahid Hamidi...! Anwar Sudah Jem Laa Sekarang.....

Kerajaan akan menyemak semula Prosedur Operasi Standard (SOP) yang dijalankan oleh anggota polis dalam menyoal siasat tahanan kes tembak, N. Dharmendran di sebuah lokap di Kuala Lumpur minggu lepas.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi berkata, semakan semula itu perlu bagi memastikan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak dipersalahkan sepenuhnya jika anggota yang terbabit melakukan siasatan di luar SOP yang ditetapkan.

Katanya, selain mencari jalan penyelesaian kes tersebut, langkah itu juga dapat memastikan nama PDRM tidak terus dicemuh oleh mana-mana pihak ekoran kesilapan individu yang terlibat dalam siasatan kes berkenaan.

"Untuk menyalahkan pihak polis sepenuhnya dalam perkara ini adalah amat tidak adil, namun saya beri jaminan kepada masyarakat umum yang terdiri daripada mana-mana parti politik bahawa kes ini akan disiasat dengan telus.

"Kerajaan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak dalam hal ini kerana ia melibatkan soal kemanusiaan. Untuk menunjukkan kita serius dalam hal ini satu jawatankuasa bertindak khas yang diketuai Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bagi menangani semua kes kematian tahanan dalam lokap telah ditubuhkan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai perkembangan siasatan jawatankuasa bertindak khas susulan kes kematian N. Dharmendran di sebuah lokap polis di Kuala Lumpur baru-baru ini.

No comments: