NUFFNANG

Friday, 14 June 2013

RUNDINGAN SULIT : AZMIN OK, NURUL IZZAH ADA TAWARAN, HUSAM BAKAL TINGGALKAN PAS

RUNDINGAN SULIT : AZMIN OK, NURUL IZZAH ADA TAWARAN, HUSAM BAKAL TINGGALKAN PAS

LIM KIT SIANG MENANGIS KERANA TERTIPU, BAKAL DITINGGALKAN ANWAR
KEMELUT wakil-wakil rakyat Melayu dalam Pakatan Rakyat Selangor memberikan ruang kepada Azmin Ali dan pasukannya untuk bekerjasama dengan UMNO dan PAS.

Kegagalan Rundingan antara Wakil Rakyat Melayu dalam PKR, PAS dan UMNO disebabkan oleh kelemahan Azmin Ali sendiri kerana gagal memberi kata putus isu siapa Menteri Besar paling layak menggantikan Khalid Ibrahim.

Sudah semestinya calon MB dalam rundingan ini ialah dari PAS, di mana Azmin Ali terpaksa berfikir dua kali. Pertama jika calon MB itu dari PAS, bermakna dia turut tidak juga memperolehi jawatan MB itu. Kemenangan dalam Rundingan Sulit itu ialah Azmin Ali hanya berjaya menjatuhkan Khalid Ibrahim.

UMNO Selangor yang memiliki 12 kerusi dan Melayu PKRvpula memiliki 10 kerusi (tolak Khalid Ibrahim, Melayu PKR berbaki 9). Maknanya, jalan yang tepat ialah PAS harus menjadi MB Selangor. Dalam rundingan tersebut, Azmin Ali dikatakan bersetuju dengan beberapa syarat tambahan.

Kedudukan Azmin Ali dalam rundingan itu adalah jelas di mana Azmin Ali tetap tidak berjaya memperolehi kerusi MB yang menjadi idamannya.

Namun, amat menarik di mana Azmin masih boleh bertolak ansur di mana kedudukannya masih boleh dipertimbangkan oleh pasukan perunding UMNO dengan menawarkan tempat di peringkat pusat pula. Kedudukan Menteri Kabinet adalah kuasa pregrerotif Perdana Menteri. Sama ada hal ini sudah disampaikan kepada Perdana Menteri kita tidak pasti, yang pasti pasukan perunding ini punya jawapannya.

ANWAR IBRAHIM
Namun begitu, kumpulan perunding ini membuat satu kesilapan besar apabila membelakangkan Anwar Ibrahim. Mereka under estimated Anwar Ibrahim walhal dalam kumpulan perunding PKR itu terdapat wakil rakyat yang sudah dibayar oleh Anwar Ibrahim.

Maka, Anwar Ibrahim lebih ke depan, di mana Anwar Ibrahim membuat tawaran yang lebih besar untuk meninggalkan DAP, dan menentukan masa depan yang lebih terjamin untuk anaknya Nurul Izzah. Siapa orang tengah Anwar Ibrahim? Itu tidak perlu pembaca mengetahuinya.

Anwar sudah tahu masa depannya untuk menjadi PM sudah berlalu, tetapi legasi Anwar kepada Nurul Izzah perlu dimantapkan. Anwar sanggup berkorban meninggalkan DAP, jika tawaran untuk Nurul Izzah menarik. Jika tawaran kepada Nurul Izzah berjaya, maknanya banyak perkara mengenai dirinya juga akan selesai. Barulah Anwar boleh mengumumkan persaraan dengan gembira dan mengajar di University di Washington.

Jika kumpulan perunding PKR, PAS dan UMNO mengandaikan Anwar Ibrahim seorang yang bodoh dan tidak menyedari hal ini, mereka perlu berfikir dua kali.

Saya tidak hendak berterus-terang dalam warkah ini.  

Mulanya, saya hendak tulis lebih jelas akan hal Nurul Izzah, Husam dan Anwar Ibrahim ini, namun saya berfikir jika saya dedahkan semua, saya telah melanggari perjanjian lisan saya. Perlukah saya berterus-terang dalam hal ini!

Anda boleh juga baca hal ini dengan tulisan ini juga http://www.anwaraidc.com/?p=36184  (A Kadir Jassin Dedah Wujud Rundingan Rahsia UMNO-PAS).

*Artikel adalah kiriman emel eksklusif. 

source : mymassa

No comments: