NUFFNANG

Tuesday 25 June 2013

HOT ! DUA WAJAH ANWAR YANG MENIPU PENCACAINYA !!

HOT ! DUA WAJAH ANWAR YANG MENIPU PENCACAINYA !!

on Tuesday, June 25, 2013 by Generasi Pejuang Bangsa
 - 1 Comment
duduk dikeliling pemimpin UMNO & BN

 
team wawasan 1993 UMNO   Anwar -Najib - Muhyiddin


Bukan tuduhan baru yang mendakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim mengamalkan politik haiwan dan dua alam, malah tuduhan ini dilontarkan oleh bekas sahabat baiknya, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim. Ini dibuktikan lagi dengan kontradiksi watak Anwar sebelum acara mengangkat sumpah dan selepas mengangkat sumpah di parlimen. 

 
Di ceramah je Anwar berani maki Najib ,tapi
bila berdepan 4 mata ..terus gelak ketawa 

Sebelum ini, Anwar di pentas-pentas ceramah politik di hadapan para penyokongnya, dengan wajah bengis menuduh Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak telah ‘mencuri jawatannya’ dengan mendakwa sepatutnya beliau yang layak mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.

Dalam masa sama, beliau membuat pelbagai tuduhan mendakwa Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) berlaku penipuan, namun sehingga kini beliau gagal membuktikan tuduhan yang keluar dari mulutnya itu. 

Malah sebelum ini beliau bersedia untuk mempertimbangkan untuk memboikot parlimen sebagai membuktikan pembangkang bersunguh-sungguh memulau PRU 13. 

Namun selepas beliau hadir dalam sesi parlimen semalam dan beliau sendiri dengan sukarela tampil mengangkat sumpah, riak wajahnya berubah. Beliau dilihat banyak ketawa, malah ketawa besar tanpa menutup mulut apabila sesi bergambar bersama ahli parlimen dan sesi jamuan selepas acara mengangkat sumpah selesai. 

“Lihatlah si dungu dan pengkhianat ketawa, seolah-olah tiada apa yang berlaku! Di mana Kit Siang dan Karpal?,” soal blog barkingmagpie yang merujuk foto Anwar sedang ketawa besar ketika sesi bergambar bersama Speaker Dewan Rakyat dan ahli parlimen. 

Menurut blog itu, kejadian semalam membuktikan Anwar mengidapi penyakit ‘Schizophrenia’ dan ‘Mental Illness,’ kerana beliau boleh membawa perwatakan Lim Kit Siang dan Karpal Singh tetapi dalam masa sama boleh ketawa bersama Najib dan Tan Sri Muhyidin Yassin di ruang coffee break parlimen. 
 



No comments: