NUFFNANG

Friday, 28 June 2013

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Hentikan perhimpunan hitam?

Soksek-soksek akhbar berbahasa Cina : Hentikan perhimpunan hitam?


Akhbar China Press bertarikh 20 Jun 2013 melalui ruangan Kedai Kopi Orang Ramai memaparkan tulisan Huo Dou yang mahu ‘perhimpunan hitam’ dihentikan.

Pilihan raya umum (PRU) telah tamat tetapi pemimpin pakatan pembangkang masih berterusan menggerakkan perhimpunan. Adakah mereka tiada kerja yang lebih manfaat untuk dibuat? Adakah perhimpunan hitam akan lebih memberi makna dan rangsangan dalam hidup kita?

Selepas PRU, sudah tiba masanya untuk pemimpin pakatan melaksanakan janji-janji mereka kepada rakyat, bukan adakan perhimpunan yang tidak habis-habis. Pemimpin MCA dan Gerakan tewas pada PRU lepas, langsung tidak mempertikaikan PRU tidak adil, mereka menerima keputusan rakyat.


Apabila pemimpin pakatan menang, kenapa tidak henti-henti membuat kecoh? Bukankah lebih baik mereka mengawasi Barisan Nasional (BN), sedangkan calon pakatan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) lebih ramai berbanding PRU lepas?

Selain mengawasi kerajaan, sepatutnya mereka lebih bersungguh-sungguh menunaikan janji-janji kepada rakyat, jangan hanya ucapkan terima kasih, kemudian batang hidung dan bayang mereka terus hilang, PRU depan baru muncul semula buat propaganda untuk menarik jiwa rakyat.

Pemimpin pakatan tidak puas hati kerana mereka tidak dapat mencapai hasrat ‘ubah’ kerajaan. Mereka cuba lancarkan perhimpunan hitam tetapi ia hanya akan menjejaskan perkembangan dan kemajuan negara. Jika mereka teruskan aktiviti seperti itu, akan rosakkan pembangunan dan perkembangan ekonomi negara serta suasana pelaburan, siapa yang akan bertanggungjawab kelak?


Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad berkata, ramai muda-mudi Cina yang mengambil bahagian dalam perhimpunan hitam, tunjuk perasaan daripada kaum Cina nampak lebih menyerlah dalam semua kaum yang menyertainya tetapi jika dibandingkan dengan nisbah kaum, kaum Cina bukan majoriti, kenapa beliau menegaskan kaum Cina lebih ramai ambil bahagian dalam perhimpunan itu? Apa niat dan tujuannya?

PRU telah tamat, pemimpin tidak kira sama ada pemerintah ataupun pembangkang sepatutnya kembalikan jiwa mereka seperti sedia kala. Jika mana-mana pihak rasa tidak setuju, tunggulah sehingga PRU akan datang. Golongan muda mana-mana kaum juga begitu, tidak kira sama ada perhimpunan hitam itu mereka anggap seronok ataupun sekadar mahu mencari rangsangan jiwa. Yang bekerja sepatutnya kembali bertugas, yang sedang belajar kembali ke kampus dan belajar.

Suara Politik
Belantan

No comments: