Terkini! Gambar Pegawai Polis cedera ditumbuk Demonstran BLACK 505!
Lihatlah sendiri keadaan Pasukan Keselamatan kita, Polis ini juga punyai keluarga. Jika apa-apa terjadi mahukah pendemo tersebut bertanggungjawab? |
Inpektor Aswad, pegawai penyiasat IPD Sentul cedera di bahagian muka dan darah masih mengalir di wajahnya setelah ditumbuk ketika cuba menghuraikan peserta demonstrasi berhampiran jalan utama menuju Parlimen pada pagi tadi.
Kumpulan yang sama yang menyertai perhimpunan Black 505 sabtu lepas mengadakan protes dengan berbaring di atas jalan berdekatan Parlimen sejak jam 10 pagi ini.
Keadaan menjadi kecoh lebih kurang sejam kemudian apabila kumpulan tersebut, yang antara lainnya dipimpin aktivis siswa Adam Adli, cuba melepasi sekatan polis yang berkawal di kedudukan kira-kira 800 meter dari pintu pagar Parlimen.
Kumpulan berkenaan bagaimanapun tidak berjaya melepasi sekatan polis, yang berkawal di Jalan Parlimen dengan kekuatan kira-kira 300 orang anggota.
Polis turut menahan seorang dari aktivis berkenaan, aktivis siswa Mohd Safwan Anang, dalam kejadian pada kira-kira 11.10 pagi itu.
33 pendemo telah ditangkap. Jumlah sebenar dan butir2 tangkapan akan disemak semula dn dimaklumkan kemudian. Kesemua tangkapan di bawa ke Central Lock up Jinjang.
Lagi gambar-gambar pendemo di hadapan Parlimen.
BODOH! TIDAK SEDAR DIRI DIPERGUNA DAN DIPERKUDAKAN! PERJUANGAN PALSU AKHIRNYA PEMIMPINNYA SENDIRI MENGANGKAT SUMPAT. TIDAKKAH ITU TANDA SETUJU KEPADA KEPUTUSAN PILIHANRAYA?
source : mymassa
|
No comments:
Post a Comment