NUFFNANG

Monday, 24 June 2013

Punca kehilangan sokongan cina terhadap blackout 505

Punca kehilangan sokongan cina terhadap blackout 505

Rafizi, Husam dan al-Jub gagal dalam usaha menjatuhkan kerajaan yang bermula Sabtu lalu dan hingga hari ini.

Hari ini parlimen dikawal ketat untuk mengelakkan sebarang usaha menggagalkan majlis angkat sumpah.

Kaum Cina Dap pula tidak menghadapi masalah untuk angkat sumpah kerana mereka mempunyai agenda lain.

Dap juga berasa kecewa kerana usaha mereka untuk menawan Putrajaya telah gagal. 2008 percubaan pertama mereka dan 2013 Dap telah all out secara total dan semaksima mungkin untuk menggulingkan kerajaan namum Allah tidak mengizinkan.

Anwar pula menonggang Dap chauvinist dan Pas kawarij untuk membolehkan beliau menjadi PM juga gagal.

Hanya tinggal Pas yang tidak beriman masih mempercayai Anwar.

Kegagalan Dap ialah kerana melayu bersatu dalam mempertahankan hak. Pas bukan parti melayu juga gagal kerana tidak memperjuangkan survival Melayu. Pas adalah "Party For All" yang menyokong semua tuhan, semua mazhab, semua agama dan menghalalkan LGBT dll.

Oleh itu melayu bersatu untuk memenangkaan government of the day iaitu Umno dan BN dengan keupaayaan yang kecil dan terhad. Ramai melayu tidak turun mengundi kerana kurang rasa tanggung jawab untuk mempertahankan hak melayu. Mereka ini ialah golongan yang tak ambil tahu hal dunia dan akhirat. Golongan inilah yang mudah dibeli oleh pembangkang untuk menyokong mereka.

Dap berkeyakinan bahawa untuk menang melalui petisyen memang susah, hanya Pas sahaja yakin sebab mereka mendapat nasihat daripada peguam yang bijak mencari pelanggan. Menang atau kalah belakang kira, yang penting ialah ada masyuk.

Pemimpin Umno dan BN pula kenalah ingat mereka berada di dewan rakyat dan mengangkat sumpah hari ini bukan kerana mereka kuat, berpengaruh dan berkuasa.

Mereka diletakkan disitu oleh rakyat bukan oleh Umno. Umno hanya sebuah jentera yang meletakkan dan menamakan mereka dan kuasa yang mengangkat adalah rakyat.

Tanpa kuasa dan tenaga rakyat mereka akan menerima nasib seperti Saifudin Abdullah, Ghani, Fuad, Ali dan lain-lain lagi.

Fuad sendiri mengakui kekalahan beliau adalah berpunca daripada kelemahan beliau sendiri.
Ia mungkin betul kata-kata rakyat, pemimpin yang gagal membela melayu wajar diganti atau tidak diundi dengan kata lain, tak perlu keluar mengundi.

Hari ini dengan semangat juang melayu yang masih berbaki mampu membawa government of the day kembali menerajui kerajaan.

Hari ini juga hampir tiada menteri bukan melayu dan bermakna agenda Cina berakhir. Tiada lagi usul kaum cina untuk dibincangkan oleh wakil mereka dalam kerajaan.

LKY semasa menjadi PM pertama Sg beliau telah mendapat sokongan Melayu dan berjaya menutup sekolah cina dan menutup Universiti Nanyang.

Kini jika BN menutup SRJK tiada siapa boleh membantah. Dahulu kerajaan berlembut dengan Cina, nak buat bangunan sekolah baru kerajaan bagi RM 1 hingga 5 juta sebuah sekolah. Nak perparitan, longkang semua bagi, nak duit untuk NGO pun dapat beratus ribu untuk sesebuah NGO.

Masih segar dalam ingatan apabila Dr Zambry turun ke Taiping memberikan check RM 200 ribu untuk sebuah NGO, luluskan RM 12juta untuk tebatan banjir. Namun mereka tetap tidak menyokong kerajaan.

Apabila Dap hanya berjaya mendapat 38 kerusi parlimen setelah berjaya menipu Melayu dalam Pas dan Pkr dan selepas kegagalan beberapa siri 505 mereka manarik hand brake.

Sebab lain mereka menarik hand brake kerana al-jub menipu dalam isu petisyen. Semasa ceramah cakap lain tetapi masa petisyen cakap lain. Al-jub hanya membawa satu itu yang lemah iaitu isu dakwat. Isu blackout dan isu pengundi hantu tak ada.

Jadi buat apa Dap nak bersusah payah menjadikan KL sebagai dataran tahrir. Tambahan pun dengan serangan 'burung ababil' (jerubu).

Yang berkampung di padang tersebut adalah majoriti pelajar unversiti. Mereka lupa bahawa mereka telah diperalahkan oleh musuh mereka supaya menjadi bodoh dan gagal.

Ingatlah, 56 peratus penerima biasiswa kerajaan adalah majoritinya Cina dengan kos yang sangat besar kerana mereka mengambil jurusan kritikal dan memerlukan pembiayaan yang besar dan lebih berbanding anak melayu yang mengambil kursus-kursus berasakan Art.

Sedarlah melayu, government of the day telah banyak berjasa kepada anak melayu. jika tidak ada kerajaan Umno tidak meresakan melayu duduk di Lembah Kelang dan bekerja di tingkat 50 atau 60. 

Semuanya akan terus duduk di pelantar melihat sawah dan parit di kampung mereka.

Apakah agenda Dap untuk PRU 14? 

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

source : Taipingmali

No comments: