NUFFNANG

Saturday 29 June 2013

HOT! APA AKAN BERLAKU KALAU PAS MENANG PRK DUN BESUT! BN DAN UMNO SILA BACA!!

terengganu

“Yang Dipertua DUN (Speaker) Terengganu akan menjadi penentu sekiranya berlaku DUN tergantung jika PAS menang pada pilihan raya kecil Kuala Besut,” kata pakar Perlembagaan Prof Emiritus Datuk Dr Shad Saleem Farouqi.
Bagaimanapun, katanya yang juga Penasihat Undang-Undang Universiti Teknologi MARA (UiTM), Barisan Nasional (BN) selaku kerajaan negeri sekarang tidak perlu melepaskan kuasa pemerintahan kerana pembangkang juga tidak memiliki majoriti jika bilangan kerusi terikat 16-16.
Katanya, sebaliknya pembangkang mungkin mengusulkan undi tidak percaya dalam usaha mereka menjatuhkan kerajaan BN.
“Di sinilah peranan Yang Dipertua amat penting yang akan memastikan kerajaan memerintah, tetapi dalam hal ini BN akan kekal memandangkan Speaker daripada BN.
“Speaker berhak menjadi undi penentu walaupun bukan dalam kalangan ADUN sama seperti Yang Dipertua Dewan Rakyat,” katanya.
Beliau mengulas sekiranya PAS menang pada pilihan raya kecil berkenaan yang menyebabkan kedudukan kerusi BN dan pembangkang terikat 16-16.
Sebelum ini bekas Yang Dipertua DUN Datuk Tengku Putera Tengku Awang berkata, kedudukan BN tidak terjejas sekalipun tewas di kawasan itu kerana Speaker dilantik BN.
DUN Terengganu memiliki 32 kerusi dan pada Pilihan Raya Umum ke-13 lalu BN memenangi 17 kerusi sementara PAS dengan 15 kerusi.
Kerusi Kuala Besut disahkan kosong selepas penyandangnya Dr A Rahman, 55, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meninggal dunia kelmarin selepas seminggu dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) akibat paru-paru berair.
Sehubungan itu, pilihan raya kecil akan diadakan dalam tempoh 60 hari iaitu selewat-lewatnya sebelum 27 Ogos ini .
Kawasan itu akan menjadi tumpuan memandangkan BN hanya membentuk kerajaan negeri Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 kerusi berbanding 14 kerusi dimenangi PAS manakala satu Parti Keadilan Rakyat (PKR).
DUN Kuala Besut mempunyai 17,679 pengundi berdaftar, iaitu 98.71 peratus Melayu, Cina (0.80 peratus), India (0.08 peratus) dan lain-lain (0.41 peratus).
Shad Saleem dalam pada itu berkata, menteri besar juga boleh menasihatkan Sultan untuk membubarkan DUN bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri sekiranya perlu.
“Selain itu, budi bicara Sultan juga boleh diguna pakai untuk menentukan menteri besar jika bilangan kerusi sama dan penyelesaian mengikut peringkat tadi tidak dapat menyelesaikan kemelut,” katanya

source : agenda daily http://www.agendadaily.com/Analisa/terengganu-apa-jadi-jika-dun-tergantung.html

No comments: