NUFFNANG

Friday, 28 June 2013

BIAR BETUL? PARTI DAP DIHARAMKAN?

Monday, June 03, 2013


PARTI DAP DIHARAMKAN ??


Lim Guan Eng DAP sekali lagi dilihat cuba memutarbelitkan statistik PRU13 dengan memberi nilai yang tidak betul di dalam blog beliau. Di antara omongan anak Kit Siang DAP itu :
Walaupun BN kalah dalam pilihanraya umum 2013, apabila BN kalah undi popular untuk pertama kali dalam sejarah negara; dengan hanyan 47% undi berbanding 53% undi popular yang diraih Pakatan Rakyat, UMNO masih lagi enggan menerima penolakan keras masyarakat terhadap politik perkauman. seterusnya
Pertama sekali, BN tidak kalah dalam pilihanraya umum 2013.

Kedua, rakyat tahu bahawa undi popular kombinasi kesemua parti Pembangkang hanyalah 50.87% seperti di bawah dan bukannya 53% seperti omongan Setiausaha Agung DAP itu.

Lihat di bawah :


Adalah tidak bertanggungjawab jika DAP membohongi rakyat tentang statistik mudah ini. Malah, tindakan kepimpinan pembangkang yang seolah-olah bongok dan bahlul tidak faham sistem pembentukan kerajaan berdasarkan First Past The Post yang digunapakai dengan baiknya selama ini, adalah perkara yang tidak bertanggungjawab dan memalukan.

Perlu diingat bahawa selain daripada PRU13, parti kerajaan pernah mendapat undi popular yang kurang daripada pembangkang pada tahun 1969 yang membawa kepada peristiwa berdarah 13 Mei 1969.


Dan ketika itu, ada pakatan pembangkang seperti DAP berkempen atas manifesto chauvinis dan rasis melampau iaitu menentang hak istimewa Bumiputera yang ditetapkan oleh Artikel 153[1], [2] dalam Perlembagaan Malaysia. BACA SINI

Selain daripada itu, Guan Eng DAP juga telah membuat tohmahan terhadap parti BN. Beliau menulis :
Untuk lebih 50 tahun, BN UMNO, MCA dan MIC telah memecahbelahkan Malaysia menurut kaum demi menghalalkan salah guna kuasa mereka, terutamanya rasuah, kapitalisme kroni dan penafian atau menghalang hak asasi manusia. 
Padahal, parti DAP ditempelak kerana bersikap hipokrit memandangkan sistem parti itu yang ditentang dan dibogelkan oleh ahli-ahli DAP sendiri! Sungguh memalukan!






Malah, sudah ada persepsi yang mengatakan bahawa parti DAP bakal berdepan dengan pengharaman parti tersebut kerana melanggar ROS.

Dan apakah tohmahan Guan Eng DAP kononnya BN 'memecahbelahkan Malaysia menurut kaum' 
bermaksud beliau tidak bersetuju dengan kewujudan sekolah aliran Cina dan Tamil kerana sistem tersebut 'memisahkan kaum-kaum' mengikut aliran sekolah yang berbeza?

Guan Eng disarankan menjawab soalan itu dan jangan pula berdolak-dalih.

Yang hairannya ialah sikap meroyan anak Kit Siang DAP apabila isu Red Bean Army didedahkan kepada rakyat. Jijik konon!
DAP ingin meluahkan rasa jijik terhadap terhadap persekongkolan pihak polis dengan Utusan Malaysia dalam usaha memburu melalui dakwaan-dakwaan yang tidak berasas bahawa terdapat sekumpulan askar cyber yang dikenali sebagai Red Bean Army telah diupah oleh DAP untuk menggulingkan kerajaan melaui internet.  
DAP ingin menyatakan bahawa kami tidak mempunyai sebarang pengetahuan tentang kewujudan Red Bean Army, lagi-lagilah apabila DAP adalah sebuah parti yang miskin dan tidak berupaya untuk mengupah atau membayar sesiapa daripada pasukan yang kononnya dikenali sebagai Red Bean Army. Sehingga kini, pihak polis atau Utusan tidak pernah memberitahu siapa sebenarnya ahli-ahli Red Bean Army tersebut.  
Jelas, cerita fitnah tentang Red Bean Army yang ingin menggulingkan kerajaan melalui internet adalah cubaan untuk mewujudkan ketakutanwalaupun tidak pernah ada mana-mana diktator yang pernah diguling melalui internet.
Kita hairan kerana isu ini telah didedahkan sendiri oleh bekas orang kuat DAP yang telah sedar diri daripada mainan politik kotor DAP. Guan Eng tengok video di bawah :



Kenapa Guan Eng tidak hentam lelaki di atas sama dan juga Tunku Aziz yang beberapa kali telah memalukan Guan Eng DAP dengan gelaran 'biadap' dan 'tidak boleh dipercayai'?

Malah, tindakan pemimpin DAP yang mengambil kesempatan ke atas apa sahaja isu dalam negara ini semakin mendatangkan mual pada rakyat memandangkan parti DAP itu sendiri berdepan dengan imej yang sangat buruk dan amat memalukan.

Dan kenyataan Guan Eng yang terburu-buru mahu 'mematikan' isu Red Bean Army ini juga menimbulkan tandatanya :
Jelas, cerita fitnah tentang Red Bean Army yang ingin menggulingkan kerajaan melalui internetadalah cubaan untuk mewujudkan ketakutan walaupun tidak pernah ada mana-mana diktator yang pernah diguling melalui internet.
Entah apa yang 'jelas' dan 'cerita fitnah' yang dimaksudkan oleh Guan Eng DAP seolah-olah beliau lebih tahu daripada pihak polis. Padahal, kes RBA masih dalam siasatan lagi!

Sila baca modus operandi cybertroopers pro-pembangkang yang mencarut dan mengugut lawan tahap melampau : KLIK SINI

source : Dr MiM http://novandri.blogspot.com/2013/06/terkini-parti-dap-diharamkan.html

No comments: