NUFFNANG

Monday, 17 June 2013

Sila baca wahai Presiden UMNO Dato' Seri Najib : Pandangan dari seorang pembaca untuk kepimpinan Umno

Pandangan dari seorang pembaca untuk kepimpinan Umno

Berikut adalah komen dari salah seorang pembaca yang wajar diambil kira dan diamati sebaik baiknya:
1. Kaum Cina sudah terang-terang membalas susu Najib dengan tuba dan berjuta-juta menikamnya dalam tsunami Cina. Tapi nampaknya Najib masih tidak serik; malah ia dilihat masih lagi seperti “pipi tak mancung, hidung pula tersorong-sorong”. Sungguh memalukan Melayu dan UMNO. Dia tak tahu malu, tak apalah. Tapi Melayu dan UMNO ada maruah dan tahu malu. Najib tahu apa orang yang dimalukan akan buat?
2. Sokongan orang India nampaknya sudah kembali tapi tidaklah seperti yang digembar-gemburkan. Namun apa hadiah yang Najib beri? Terlalu mahal sehingga menjadikan mereka besar kepala. Mereka seolah-olah sudah menjadi seperti kura-kura yang berani memanjat pokok tumbang. Tindakan Najib ini telah menimbulkan kemarahan ramai rakyat, Melayu dan ahli Umno sebab ia menjadikan Umno seolah-olah seperti pokok tumbang!
3. Anggota sektor kerajaan dan warga GLC pula terbagi kepada 3: meyokong, menentang dan atas pagar. Yang menentang terbagi kepada dua: yang sukakan pembangkang dan yang marah pada kerajaan kerana tindak tanduk, keputusan dan dasar yang tidak mereka senangi. Kumpulan ini semakin ramai.
4. Juga semakin ramai anggota polis berasa demoralised dan terhina. Mereka malu dan frust kerana tidak mampu menjalankan tugas dgn lebih berkesan seperti dulu sebagaimana yang dituntut oleh rakyat. Mereka salahkan Najib kerana menarik kuasa Polis (ISA, Akta Polis, EO dll) tanpa berunding dengan mereka dan mengikat pula tangan mereka. Difahamkan PAA digubal tanpa berunding dengan polis dan ianya tidak berguna dan tidak berkesan. Denda maksima hanyalah RM10,000 dan TIADA hukuman penjara! Siapa takut!
5. Kerajaan sekarang dilihat tidak terdaya menangani penghinaan terhadap agama Islam, institusi raja, negara dan bangsa Melayu. Maka semakin ramai rakyat, orang Melayu dan UMNO serta golongan menengah dan NGO seperti MPM dan Perkasa yang kuat menyokong Najib /BN semasa PRU13 kini mula berubah angin.
6. Maka kepada siapa Najib hendak bergantung harap jika ia ditandingi semasa pemilihan Presiden UMNO hujung tahun ini nanti? Ia bolehlah minta tolong Omar Ong dan Idris Jala!

source : HIDUP TUAH!

No comments: