NUFFNANG

Monday, 17 June 2013

NAJIB: JIKA MAHU JADI PM MESTI CUKUP SYARAT!!

NAJIB: JIKA MAHU JADI PM MESTI CUKUP SYARAT!!



"Pengerusi Perhubungan UMNO Kedah menyatakan banyak lagi jawatan lain yang boleh ditandingi. Jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak sesuai untuk ditandingi sekarang. Situasi semasa tidak mengizinkan dan sekarang adalah masa untuk memperkukuhkan perpaduan dalaman parti"

Jika parti menang besar dan cemerlang, jawatan tertinggi tidak wajar dipertandingkan kerana kepimpinannya terbukti telah membawa kejayaan.

Jika parti hilang 2/3 seperti yang berlaku pada PRU2008, kepimpinan tertinggi wajar diganti dan dilakukan peralihan kuasa secara teratur.

Tetapi, jika prestasi parti menurun lagi dari PRU2008, pertandingan juga tidak wajar dijalankan kerana pertandingan akan membawa perpecahan dalam parti. UMNO sedang diperkukuhkan. Jika ada pertandingan mungkin segala usaha ke arah pengukuhan ini akan terbantut.

Jadi dalam keadaan apa pun pertandingan peringkat pimpinan tertinggi tidak sesuai untuk dipertandingkan.

Kesesuaian dari segi situasi dan masa untuk jawatan tertinggi parti  dipertandingkan, tidak akan ditemui sampai bila-bila.

Masa parti dalam keadaan lemah, tidak sesuai adakan pertandingan di atas alasan untuk mengelakkan perpecahan dan melakukan pengukuhan parti. Masa parti kuat lagi tidak sesuai kerana kepimpinan telah membuktikan kejayaan.

Apa yang dibolehkan ialah peralihan kuasa secara tersusun sepertimana yang telah dilakukan dari kepimpinan Pak Lah kepada kepimpinan Najib, walaupun hasil yang diperolehi oleh parti melalui peralihan secara tersusun ini lebih terok dari sebelum berlakunya peralihan kuasa.

Perlu diingat, KPI UMNO tidak boleh disamakan dengan KPI lain-lain parti komponen seperti MCA, MIC, PBB, PBS atau lain-lain komponen. Parti-parti ini hanya bertanggungjawab untuk mewakili atau memimpin etnik yang mereka wakili sahaja.

Seorang Perdana Menteri tidak akan lahir dari parti-parti komponen ini. Perdana Menteri lahir dari kepimpinan UMNO jika BN menang PRU. Maka kepimpinan tertinggi UMNO harus memiliki KPI atau penanda aras yang jauh lebih tinggi dan "lebih ketat" dari kepimpinan tertinggi lain-lain parti komponen.

Kepimpinan tertinggi UMNO bukan saja mesti keupayaan untuk mendapat sokongan majoriti kalangan kaum melayu, malah kepimpinan tertinggi UMNO mesti berupaya mendapat sokongan semua kaum di tanah air ini.

Inilah kriteria utama yang ada pada semua Presiden-Presiden UMNO bermula dari Dato Onn, Tunku Abd Rahman, Tun Razak, Tun Hussein dan Tun Mahathir. Walaupun secara teknikalnya UMNO memimpin kaum melayu, tapi dari segi realitinya, pemimpin UMNO itu adalah pemimpin untuk semua kaum. Itu syarat dan kriteria asas terpenting bai sesiapa yang berhasrat untuk menjadi Presiden UMNO.  

Dengan kriteria yang dimiliki oleh "seorang Presiden UMNO" inilah yang menyebabkan UMNO/Perikatan/Barisan Nasional itu menjadi kuat kerana kepimpinannya diterima dan diakui oleh semua kaum di negara ini.

Jadi pemimpin-pemimpin picisan UMNO harus sedar dan keluar dari kepompong pemikiran rasis yang hanya memikirkan bagaimana untuk membolehkan UMNO kembali kukuh dan mendapat sokongan orang melayu.

PEMIKIRAN INI ADALAH PEMIKIRAN PERKAUMAN. UMNO DILAHIRKAN BUKAN SEMATA-MATA UNTUK MEMBELA MELAYU. UMNO LAHIR DI ATAS AMANAH UNTUK MEMBELA DAN MEMIMPIN SELURUH BANGSA/UMAT DI MALAYSIA TAPI HARUS BERTERASKAN KEPADA PERJUANGAN BANGSA.

UMNO ADALAH TERAS KEPADA BARISAN NASIONAL. SELAMANYA UMNO TELAH DIAMANAHKAN TANGGUNGJAWAB UNTUK MEMIMPIN SELURUH KOMPONEN BARISAN NASIONAL YANG SECARA ATOMATIK MEMIMPIN SELURUH RAKYAT NEGARA INI.

Jika pemimpin UMNO hanya bertaraf picisan yang hanya sekadar memikir dan memenuhi aspirasi agenda perjuangan melayu dan meninggalka komitmen sebagai pemimpin nasional, maka hakikatnya mereka sudah terkeluar dari penanda aras sebagai pemimpin nasional. Mereka hanya setaraf dengan pemimpin yang ada dalam MCA, MIC, PBB, PBS dan lain-lain komponen Barisan Nasional.

Jangan marah jika hari ini pihak lawan menuduh UMNO parti rasis!

Tapi PM jangan pulak ingat disebabkan beliau adalah pemimpin nasional yang memimpin semua kaum, dia abaikan pula "agenda perjuangan agama dan bangsanya" hingga bangsanya sendiri berasa tidak "secured" berada di bawah kepimpinannya.

Pemimpin UMNO dan Perdana Menteri Malaysia mesti "straight" tapi bukan lurus bendul.

No comments: