NUFFNANG

Friday, 28 June 2013

Keputusan PRU 13 Bukti Undi PAS Kuatkan Bukan Islam!

Keputusan PRU 13 Bukti Undi PAS Kuatkan Bukan Islam

AIDC – Bekas penganalisis portal pro-pembangkang, Malaysiakini, Helen Ang merumuskan slogan ‘Ubah’ dan ‘Ini Kalilah’ yang dipopularkan DAP berjaya melonjakkan kekuatan parti itu di parlimen.
Kempen bersungguh-sungguh DAP melalui slogan Cina ‘wu yue wu, huan zheng fu’ yang bermaksud ’505 atau ‘lima bulan lima, tukar kerajaan,’ walaupun tidak mampu menukar rejim, namun kedudukan DAP di parlimen mengatasi kompenan parti-parti pembangkang, PKR dan Pas sudah cukup menggembirakan.
Kegembiraan DAP tentang keputusan Pilihanraya Umum ke-13 (PRU 13) itu dilaporkan The Star pada 7 Mei, iaitu dua hari selepas hari pengundian.
Pada PRU 13, DAP mendapat 38 kerusi parlimen menjadikan parti itu paling dominan dalam pakatan pembangkang, meskipun parti itu bertanding paling sedikit, 51 kerusi, dibandingkan Pas dan PKR.
Pada Pilihanraya Umum ke-12 (PRU 12), DAP bertanding 47 kerusi, dan memenangi 28 kerusi parlimen, melonjak kemenangan 10 kerusi lagi pada PRU 13.
Berbanding dengan Pas yang berjaya menambahkan bilangan kerusi bertanding daripada 66 kerusi (PRU 12) kepada 73 kerusi (PRU 13), namun keputusannya pada 5 Mei, parti itu hanya memenangi 21 kerusi merosot 2 kerusi jika dibandingkan PRU 12.
Menurut Helen keputusan PRU 13 memberi impak besar dalam langskap politik pembangkang Malaysia, iaitu ahli parlimen pembangkang Muslim semakin berkurangan bilangan mereka dan ahli parlimen bukan Islam semakin bertambah.
Helen yang mengupas persoalan itu di dalam artikelnya bertajuk “Di sebalik nekad untuk tumbangkan kerajaan” merumuskan peralihan kekuatan pembangkang kepada bukan Islam seperti jadual di bawah.
Pendapat Helen hampir sama analisis jadual dan carta pai yang dilakukan Utusan Malaysia yang menunjukkan kuasa pembangkang bukan Melayu lebih tinggi, 56.18 peratus berbanding dengan kuasa Melayu-Islam, 43.82 peratus.
Ini membuktikan kerajaan Barisan Nasional (BN) bertunjangkan kekuatan pribumi/bumiputera dan Melayu-Islam berbanding dengan pembangkang berteraskan kekuatan bukan Melayu-Islam.
“Pembaharuan yang ditawarkan Pakatan ialah tahaluf siyasi di antara puak Islam dengan puak Kristian.
“Di kalangan wakil-wakil Pakatan, yang paling kuat serta berpengaruh ialah evangelista,” rumus Helen Ang.
Manifestasi peningkatan pengaruh evangelista itu dibuktikan dengan pelantikan Hannah Yeoh sebagai SpeakerDewan Undangan Negeri (DUN) Selangor.
“Di negara kita, khususnya di Jerusubang (Subang, Petaling Jaya), kewujudan gereja-gereja evangelis adalah di luar batas undang-undang kerana rumah ibadat mereka didaftarkan sebagai syarikat-syarikat RM2.
“Selain di Jerusubang, evangelista juga mempunyai pengaruh ke atas The J-Star (The Star) yang ketua pengarang kumpulannya jelas seorang Kristian ‘lahir semula’.
“MCA kelihatan mendokong segala percaturan yang disusun si evangelista kerana parti Cina tersebut mengizinkan media yang dimilikinya (The Star) itu untuk bertindak sesuka hati tanpa apa-apa kawalan, ” rumusnya lagi.
Peri pentingnya Hannah Yeoh sebagai simbolik kemenangan DAP pernah diluahkan Setiausaha Agungnya, Lim Guan Eng kepada Malaysiakini.
Menurut Guan Eng, meskipun kecewa tidak mendapat tambahan kerusi exco di Selangor, namun kekecewaan itu diubati dengan pelantikan Hannah sebagai Speaker DUN.
“Pencapaian bersejarah beliau (Hannah) bagi pihak DAP berjaya mengubat kekecewaan yang dirasakan oleh DAP dalam pengumuman barisan Exco oleh Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini, meski pun memenangi lebih banyak kerusi dalam pilihan raya umum yang lalu.
“Walaupun kecewa, DAP akan terus bergerak maju dan berharap supaya Tan Sri Khalid Ibrahim akan menepati komitmen beliau kepada DAP untuk memberikan lebih banyak ruang untuk memainkan peranan pada masa akan datang,” kata Lim.
Menurut Helen, pemikir evangelista bijak menyembunyikan identiti Kristiannya dengan mengekalkan nama Cina ketika bergiat dalam DAP.
Salah seorangnya, Liew Chin Tong, Ahli Parlimen DAP Kluang.
Liew Chin Tong merupakan Pengarah Eksekutif REFSA (Research For Social Advancement), badan pemikir DAP yang mula-mula bekerjasama dengan yayasan demokrasi Amerika Syarikat, NDI (National Democratic Institute), seawal tahun 2005 untuk membuka ruang kepada penubuhan BERSIH tiga tahun selepas itu.
Liew Chin Tong yang juga Ketua biro pendidikan politik DAP berkata kepada Malaysiakini bahawa perasaan tidak senang kaum bukan Melayu terhadap kerajaan bersemai sejak sebelum PRU 12, dan dibuktikan dengan menafikan majoriti dua pertiga BN dalam pilihan raya tahun 2008.
“Terdapat usaha (dari perdana menteri) untuk membaiki perkara ini dengan konsep 1Malaysianya, namun ia akhirnya dilihat tidak lebih daripada usaha penjenamaan untuk barangan murah.
“Sekarang ini, Pas pula dilihat lebih sederhana berbanding UMNO,” katanya.
Menurutnya, ia mula berlaku sejak pilihan raya tahun 2008 lagi dan pilihan raya lalu menyaksikan mereka dari kumpulan umur lain turut beralih arah menyokong Pakatan.
Menurutnya, kematian Teoh Beng Hock dan isu loji nadir bumi Lynas memberi kesan kepada kecenderungan politik orang Cina, di samping peranan besar yang dimainkan laman media sosial seperti Facebook.
“Sebelum ini, hanya orang lelaki yang berminat dalam perbincangan politik.
“Kini dengan Facebook, golongan wanita juga mengambil bahagian dalam perbincangan politik mengikut keselesaan mereka,” katanya lagi.
Pendapat Helen Ang, Liew Chin Tong yang dibuktikan melalui data keputusan PRU 13 sudah tentu menafikan secara total kempen Pas secara retorik sebelum PRU 13.
Sebelum PRU 13, Ketua Penerangan Pas Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkempen bahawa kuasa Melayu-Islam akan menjadi lebih kuat apabila parti berteraskan Islam itu membuat keputusan untuk bersama PKR-DAP dalam Pakatan Rakyat.
“Islam akan kuat (bila Pas dalam Pakatan)…Islam akan kuat, (kalau bersama UMNO) dengan apa yang ada sekarang Islam lemah,” tegasnya.
Presiden Pas, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dilaporkan Harakahdaily berkata Pas akan meneruskan kerjasama dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat seperti DAP dan PKR selagi dapat mempertahankan Melayu Islam.
Namun, katanya jika kerjasama itu merugikan Melayu dan Islam, Pas tidak ragu-ragu untuk keluar dari Pakatan Rakyat.
“Pas memberi jaminan kerjasama dengan parti Pakatan Rakyat dengan DAP, dengan KeADILan (PKR) selagi dapat mempertahankan Melayu Islam. Sekiranya kerjasama itu merugikan Melayu Islam, merugikan Islam…Pas keluar dari Pakatan Rakyat dan tidak ada ragu-ragu lagi. Sehingga hari ini, kita (Pas) bersama Pakatan Rakyat,” tegasnya

source : AIDC

kzso : menang sorak kampung tergadai...menang kerusi tapi Islam rugi..alahai pas dan umno...

No comments: