Anwar Berjaya Memperbodohkan Penyokongnya Dengan Mengangkat Sumpah
LAKONAN Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memperbodohkan penyokong pakatan pembangkang ‘memang menjadi’, kata Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri Syed Ali Alhabshee.
Beliau berkata, lakonan Ahli Parlimen Permatang Pauh itu bagi penggal pertama persidangan Dewan Rakyat yang bermula semalam ternyata amat berkesan.
Katanya, lakonan Anwar kali ini cukup ketara dan meninggalkan kesan mendalam kepada pengikutnya sehingga ada yang sanggup lakukan kerja bodoh.
“Ketika Anwar bersama 88 Ahli Parlimen pembangkang selesa mengangkat sumpah, di luar pula 200 aktivtis pro-pembangkang tidur di atas jalan raya kononnya protes terhadap keputusan PRU ke-13,” ujarnya.
Secara sinis beliau berkata, ketika Anwar sedang menikmati jamuan bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, aktivis berkenaan sanggup bergelut dengan polis kononnya untuk menunjukkan kesetiaan mereka kepada Anwar.
“Dalam episod ini, jelas aktivis tersebut telah diperbudak-budakkan oleh Anwar yang sememangnya pelakon handalan,” katanya merujuk kepada Anwar yang sanggup bersandiwara dan menghalalkan cara demi agenda politk,” tegasnya.
Syed Ali yang juga Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Wilayah Persekutuan tidak menolak kemungkinan aktivitis pro-pembangkang itu pada mulanya yakin Anwar dan wakil rakyat pembangkang akan berpegang kepada janji untuk tidak mengangkat sumpah.
Tetapi samalam kata beliau, jelas Anwar tidak mengotakan janji tersebut malah lakonannya untuk mengabui mata pengikutnya ternyata ‘amat menjadi’.
Malah sebelum ini katanya, pembangkang beria-ia mengugut akan memulau persidangan Dewan Rakyat dan enggan mengangkat sumpah selagi tuntutan mereka tidak dipenuhi.
Tambah beliau lagi, ketika perhimpunan 505 di Padang Merbok, Kuala Lumpur Sabtu lalu, Anwar dan pemimpin pembangkang telah melancarkan provokasi terhadap penyokongnnya bahawa mereka tidak akan hadir ke Parlimen selagi beberapa orang dalam SPR tidak meletakkan jawatan.
“Anwar pernah keluarkan kenyataan akan memulau persidangan Dewan Rakyat tetapi akhirnya semalam beliau muncul dan turut mengangkat sumpah,” katanya.
Sekarang ini kata beliau, teryata penyokong pembangkang telah diperbodoh-bodohkan oleh Anwar.
Sehubungan itu, beliau menasihatkan aktivis dan penyokong pembangkang supaya segera menghentikan kerja bodoh dan membuang masa seperti mana yang mereka lakukan sebelum ini.
“Anwar dan rakan-rakannya bergelak ketawa dan menikmati makanan di Parlimen, yang 200 orang itu pula buat kerja bodoh, nampak sangat Anwar sengaja pekenakan penyokongnya sendiri yang terpaksa berdepan tindakan undang-undang,” ujarnya.
“Jika mereka tidak percaya kepada prinsip demokrasi dan perjalanan pilihan raya, sudah pasti Anwar akan boikot sepertimana yang pernah dilaungkan selama ini,” ujarnya.
Kesimpulannnya kata beliau, tuduhan Anwar terhadap SPR sebelum ini hanyalah sekadar lakonan untuk menaikkan moral pembangkang setelah mereka gagal menawan Putrajaya.
Dalam perkembangan lain, Syed Ali menyifatkan usaha pemimpin DAP yang berterusan menyerang bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai berniat jahat.
“Mereka cuba campur urusan UMNO dengan menuduh Dr Mahathir sedang mencaturkan pemilhan parti tidak lama lagi, ini semua kerja jahat DAP,” ujarnya.
Menurutnya, tuduhan DAP kononnya Dr Mahathir sedang berusaha melakukan sesuatu untuk membolehkan anaknya, Datuk Mukhriz ‘naik’ dalam pemilihan akan datang sebagai provokasi untuk memecahbelahkan UMNO.
“DAP cuba lancarkan serangan fitnah supaya tercetus ketegangan dan sengketa dikalangan pemimpin UMNO terutama membabitkan pertandingan jawatan penting dalam parti,” ujarnya.
Perbuatan itu kata beliau, perlu ditangani oleh ahli-ahli UMNO dengan tidak mudah terpedaya dengan propaganda jahat yang dilakukan DAP terutama menerusi laman-laman sosial – umnobahagiancheras
source : AIDC
No comments:
Post a Comment