Mari kita SEMUA pakat menyelesaikan MASALAH UMNO selepas PRU-13 dengan menCIPTA MASALAH BARU!
ASSALAMUALAIKUM dan SALAM SEJAHTERA..
Secara JUJURnya, RAMAI di kalangan juruBLOG yang NAMPAKnya pro-UMNO/BN tetapi mengKRITIK dan mengHENTAM DS Najib sampai 'Tak HENGAT' kerana keputusan PRU-13.. Sebahagian BESAR daripada mereka mengHENTAM DS Najib kerana meRASAkan DS Najib terlalu PERCAYAkan peNASIHATnya dan GAGAL menJANGKA perUBAHan yang berlaku di peringkat akar UMBI.. Ada jugak juruBLOG yang mengKRITIK DS Najib kerana diKATAkan terlalu memBERI MUKA kepada KAUM 'AH-Beng'.. Ada jugak yang memBANDINGkan PRESTASI DS Najib dengan PM ke-5 sebelumnya lalu mengatakan DS Najib kena meLETAK JAWATAN..
Kita TELITI apa yang diTULIS.. KeBANYAKkan daripada juruBLOG ini SUKA meng'QUOTE' apa yang pernah diSEBUTkan oleh TUN DAIM Zainuddin sebelum ini dan terBARU, meng'QUOTE'kan pulak TULISan terBARU BLOG TUN Dr. Mahathir.. Namun, RAMAI jugak yang TIDAK memBACA apa yang TERSIRAT di sebalik kenyataan keDUA-DUA TUN ini.. Anda TAHU ke apa yang diMAKSUDkan oleh keDUA-DUAnya?
"Penasihat PM harus dipecat. Jika anda mengaitkan undi untuk BN adalah undi untuk Najib, maka keputusan BN mencerminkan Najib juga. Pada pendapat saya, ia adalah strategi yang salah. Seperti yang saya katakan sebelum ini, ini adalah satu pilihan raya Parlimen, bukan pilihan raya presiden,
Biar Anwar menjadi penghibur. Kita bukan penghibur, kita tidak tahu bagaimana untuk menyanyi, menari dan membuat jenaka. Ia adalah satu urusan yang serius memilih kerajaan, jadi mari kita meninggalkan strategi badut ini dan tidak bermain dengan permainan itu."
Kenapakah TUN DAIM menyalahkan PENASIHAT kepada DS Najib? Ini kerana TUN DAIM jugak TAHU bahawa penCAPAIan TERUK UMNO/BN pada PRU-13 bukan kerana DS Najib TIDAK turun PADANG seperti PM ke-5.. Sebaliknya kerana perCATURan STRATEGI yang SALAH telah disampaikan kepada DS Najib! Ini kerana para PENASIHAT DS Najib lebih sibuk meng'GROOMING' IMEJ DS Najib untuk berLAWAN dengan Penasihat PKR.. Sepatutnya bukannya batang TUBUH DS Najib itu sebaliknya segala DASAR-DASAR kerajaan di bawah kePIMPINan DS Najib seperti BR1M, GTP, ETP, KR1M itulah perlu diJELASkan..
"BN tahu kawasan-kawasan majoriti Cina sudah tiada lagi. Mengapa membuang masa dan wang? Sebagai satu strategi, anda perlu menumpukan perhatian kepada kawasan-kawasan di mana anda kalah dengan majoriti tipis pada tahun 2008 dan mengukuhkan kedudukan di kerusi menang pada tahun 2008. Terdapat juga persoalan pemilihan calon, dan sebagai contoh di Pandan.
Mari kita akui bahawa bukan mudah untuk mendapat majoriti dua pertiga di dalam dunia. Pengundi bandar di mana-mana adalah anti-kerajaan. Kekuatan BN terletak di kawasan luar bandar. Namun terlalu banyak masa dan wang telah dibazirkan di kawasan bandar di mana keputusan itu hampir pasti,"
TUN DAIM menyatakan dengan jelas keBONGOKkan PENASIHAT DS Najib yang GAGAL meLIHAT bagaimana PERSEPSI KAUM 'AH-Beng' terhadap DS Najib terlalu BURUK..Kita TIDAK TAHU samada PENASIHAT tersebut mengetahuinya tetapi ENGGAN menyatakan kepada DS Najib atau sememangnya PENASIHAT tersebut sememangnya TIDAK menJALANkan 'GROUND Work' untuk PRU-13.. TUN DAIM jugak menJADIKkan keKALAHan UMNO/BN di Selangor sebagai CONTOH di mana 'GROUND' Work' TIDAK diJALANkan dengan SEMPURNA dan PENUH dengan UNSUR saling SABOTAJ sesama ahli-ahli PARTI pada PRU-13..
"9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.
10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri."
Perlukah kita ULASkan lagi kenyataan yang jelas TERANG lagi berSULUH itu? Bukankah selama TUN Dr. Mahathir JADIK PM dan PRESIDEN UMNO, entah berapa BANYAK kenyataan sedemikian diLUAHkannya depan perWAKILan UMNO setiap kalu PAU? Takkanlah ahli-ahli UMNO sebegitu BENAK masih tak FAHAM?
"13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.
14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.
15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih."
Anda patut TAHU bahawa keAHLIan UMNO seRAMAI 3 JUTA orang itu adalah ANGKA yang KONSISTEN sejak zaman TUN Dr. Mahathir lagi.. Kalau anda mahir STATISTIK, anda tentunya TAHU kenapa tatkala JUMLAH KAUM Melayu/ISLAM semakin berTAMBAH tetapi JUMLAH keAHLIan UMNO dok 'MAINTAIN' begitu aje? Jelas sekali KRITIKkan tersebut diTUJUkan kepada AHLI-AHLI UMNO sendiri..
"17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.
18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.
19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain."
Ya.. HARI ini yang ada dalam UMNO ialah SPESIS 'KONTRAKTOR' yang berOTAK LIBERAL.. SPESIS inilah yang mengGUNAkan UMNO sebagai PLATFORM untuk menCARI keMEWAHan.. Selepas MEWAH, mereka langsung TIDAK mengHARGAi PARTInya ini sebaliknya mengUGUT pulak PARTI jika cuba mengUNGKIT apa yang SUMBANGan PARTI kepada keJAYAan mereka? Golongan PROFESIONAL seperti JURUTERA, SAINTIS dan DOKTOR semakin menJAUHi UMNO kerana SPESIS 'KOTRAKTOR' dan 'PeMAKAN KOMISEN' terlalu berMAHARAJALELA di dalam UMNO.. BENARlah KATA TUN yang UMNO berNASIB BAIK pada PRU-13!
Hanya di dalam UMNO sahaja seorang GRADUAN Sains POLITIK dari OX-BRIDGE yang ASALnya TIDAK memPUNYAi peKERJAan TETAP boleh diangkat NAIK sampai kepada JAWATAN 'BOSS' Pemuda UMNO dan MENTERI Belia dan Sukan.. Gamaknya KURSUS Sains POLITIK itu hanya boleh diPELAJARi di OX-BRIDGE aje kot? Adakah tempat untuk SAINTIS NUKLEAR seperti DR. Rosli CHE Mat yang kini menjadi AHLI PAS? Di manakah keDUDUKan ILMUWAN ISLAM seperti DR. Fathul BARI di dalam HIERARKI kePIMPINan UMNO? Takkan SEMUA nak kena ada SIJIL NIKAH dengan anak MANTAN PM dulu baru ada TEMPAT?
Kita tak PAKSA anda berSETUJU dengan kita.. Namun demikian, apa yang kita NAMPAK ialah TUN DAIM lebih menyalahkan PENASIHAT DS Najib dan TUN Dr. Mahathir pulak mengKRITIK AHLI-AHLI UMNO sendiri.. KeDUA-DUA BEKAS PEMIMPIN ini TAHU bahawa mana-mana PEMIMPIN pun pasti akan BUAT SILAP jika dia diKELILINGi oleh PENASIHAT dan AHLI-AHLI sebegini RUPA! 'MATI'nya UMNO di Selangor adalah BUKTI jelas bagaimana UMNO menCIPTA sendiri PERSEPSI BURUK KAUM Melayu/ISLAM terhadap PARTI ini.. DS Najib sendiri NYATA diPERANGKAP oleh PUAKA dalam PARTInya sendiri semasa PRU-13 lalu..
Kita tak KISAH jika DS Najib diGANTIkan seperti HASRAT beberapa juruBLOG pro-UMNO/BN.. SOALnya, apakah anda diLIHAT menyelesaikan MASALAH dengan menCIPTA MASALAH BARU? Pada kita, AHLI-AHLI UMNO sendiri perlu berSIKAP JUJUR terhadap DS Najib dan DS Najib pulak patut lebih terBUKA untuk menDENGAR pendapat AHLI-AHLI UMNO di peringkat BAWAHan dan jugak RINTIHan RAKYAT MARHAEN.. UMNO TIDAK akan KUAT jika salah satu daripada PEMIMPIN atau AHLInya PINCANG.. Malangnya, keSEPAKATan ini telah diHANCURkan apabila SPESIS berOTAK LIBERAL tadi menguasai UMNO.. Jadik? Pemilihan AGONG UMNO nanti, pakat-pakat INSAFlah atau HILANG satu NEGERI lagi!
Wallahualam..
No comments:
Post a Comment