NUFFNANG

Thursday 8 October 2009

Who will succeed Anwar?! Aset Anwar RM3Billion - Akuan berkanun Datuk Murad benar - Nalllakarupan...Askar-Askar Melayu Terhina Dgn Anwar & Nik Aziz...

No ‘succession plan’ yet if Anwar is convicted

Datuk Seri Anwar Ibrahim ... who will lead, if Pakatan wins federal power, if he is convicted and jailed? – Picture by Choo Choy May

By Syed Jaymal Zahiid

KUALA LUMPUR, Oct 7 – Pakatan Rakyat (PR) national leaders admitted today the opposition bloc has yet to discuss a “succession plan” should Datuk Seri Anwar Ibrahim be convicted of sodomy again.

Anwar had claimed this week in a speech at Johns Hopkins School of International Studies in Washington that the opposition was making plans for the future in case he dies or is convicted.

Should the PR wrest federal power, it is generally agreed between the component parties, with the possible exception of PAS, that the PKR de facto and parliamentary opposition leader will be prime minister.

The lack of ideological commonality, or even communication, between the three component parties makes the succession plan extremely important as Anwar has been the factor which holds the frail coalition together.

PAS vice-president Salahuddin Ayub told The Malaysian Insider that the pact will discuss this matter at a PR convention scheduled for either late this month or early November.

Salahuddin, who sits on the newly formed PR secretariat representing PAS, said that the convention will also, among others, seek to quickly identify and establish a PR ideology.

So far, nothing concrete have come out of the various meetings that have taken place.

And observers have noted that working out a succession plan would be an uphill task.

One of it is the DAP and PAS factor. Though recently declaring truce over a host of sensitive issues, many remain skeptical that the two can iron out their differences especially on the unresolved issue of the Islamic state.

“There is distrust among the two parties on various issues so one can imagine, in Anwar’s absence, how will DAP and PAS work out on who takes charge next?” said a PR insider who did not want to be named.

Outspoken DAP stalwart Lim Kit Siang, who has been very critical of PAS in the past, however, is more optimistic.

Speaking to The Malaysian Insider today, the Ipoh Timur MP said the proposals to structure PR should be taken as a sign of the pact’s reduced reliance on Anwar.

“The effort to formalise the coalition shows that. We will meet in Parliament soon to strengthen the coalition,” said Lim.

source : themalaysianinsiser.com

Aset Anwar RM3 billion - Akuan berkanun Datuk Murad benar, kata Nalllakarupan




Oleh AIDCNews

Datuk S Nallakarupan, kawan baik Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan akuan berkanun yang pernah dibuat oleh Datuk Abdul Murad Khalid, bekas Penolong Gabenor Bank Negara, 10 tahun lalu adalah benar.

"Anwar mempunyai pelbagai sumber, saya tidak reka cerita ini, seperti mana yang pernah didedahkan bekas Penolong Gabenor Bank Negara, Datuk Abdul Murad dalam akuan berkanunnya pada tahun 1999," katanya dalam sidang media di peti undi Kampung Bharu Si Rusa pada 6 Oktober lalu.

Nallakarupan dalam kenyataan akhbarnya baru-baru ini mendakwa bekas Timbalan Perdana Menteri itu mempunyai pelbagai sumber seperti yang pernah didedahkan Datuk Abdul Murad Khalid.

Pada 26 Oktober 1999, Abdul Murad mendedahkan dalam akuan berkanunnya bahawa Anwar mengawal sebanyak 20 akaun induk yang diuruskan oleh kroni-kroninya membabitkan aset, saham dan wang bernilai lebih RM3 bilion.

Dalam akuan berkanun itu, Abdul Murad turut mendakwa Anwar menggunakan wang akaun induk tersebut untuk memajukan cita-cita politiknya.

Nallakarupan merupakan 'rakan sepermainan tenis' Anwar sejak dari tahun 1990-an hingga Anwar dipecat daripada UMNO pada tahun 1998.

Ketika Anwar dipecat, Nallakarupan merupakan salah seorang yang ditahan polis dan apabila rumahnya digeledah polis didapati beliau menyimpan beberapa dokumen 'rahsia' daripada Kementerian Kewangan.

Ketika Anwar menjadi Menteri kewangan, beliau selalu didampingi oleh taukeh-taukeh judi, antaranya Datuk T.K. Lim, pemilik Magnum Berhad. Untuk terus mendampingi Menteri Kewangan, T.K Lim telah melantik rakan baik Anwar iaitu Nallakarupan sebagai Pengarah Perhubungan Awam Magnum Corporation, salah satu syarikat judi yang terkenal di negara ini.

Nallakarupan pernah dipenjarakan selama setahun kerana didapati bersalah memiliki peluru pistol tanpa permit dan dibebaskan pada Ogos 1999. Selepas dibebaskan, beliau membawa keluarganya berhijrah ke luar negara sebelum kembali ke tanahair pada tahun 2003.

Pada tahun 2004, Anwar sebagai penasihat PKR telah memujuk sahabat baiknya itu untuk menyertai PKR, tetapi Nallakarupan menolak tawaran itu kerana ingin menumpukan kepada perniagaan.

Namun pada Ogos 2006, setelah dipujuk kali kedua, Nallakarupan menyertai PKR, untuk memperkukuhkan parti khususnya di kalangan masyarakat India.

Akhirnya, pada Mei 2007, Nallakarupan mengistiharkan diri keluar daripada PKR kerana hilang kepercayaan kepada penasihat parti, Anwar Ibrahim dan menubuhkan parti baru yang dinamakan MIUP (Malaysian Indian United Party).

sumber - AIDCNews


Askar-Askar Melayu Terhina …

Oktober 8, 2009

Ini telah diterima semalam dan hujah-hujah yang dipersembahkan didapati amat menarik untuk dibaca serta difahami. Oleh yang demikian, biarlah sama-sama kita menikmatinya.

Askar-askar Melayu merasa amat terhina oleh tindakan pemimpin Pakatan Rakyat seperti Nik Aziz dan Anwar Ibrahim yang beria-ia sangat mahu Chin Peng dinaafkan dan dibenarkan kembali.

Kedua-dua “pemimpin” ini seolah-olah dah lupa akan segala kekejaman terhadap orang Melayu dan askar-askar Melayu sejak zaman darurat sehinggalah tahun 1990 setelah Parti Komunis setuju berdamai.
Betapah ramainya askar yang terkorban, hilang anggota badan dan menderita seumur hidup.

Nik Aziz dan Anwar turut lupa mengapa Chin Peng tidak boleh dimaafkan seperti Rashid Maidin, Shamsiah Fakeh dan Musa Ahmad. Mereka kesal dengan perbuatan mereka sebelum ini dan telah bartaubat. Mereka telah mengambil jalan mendekati Islam dan ini bermakna mereka ini telah menolak fahaman komunis sama sekali!

Chin Peng sebaliknya tidak kesal dengan apa yang dilakukannya dan masih berpegang dengan kepercayaan bahawa sebarang kekejamannya itu adalah hakikat perang sahaja! Dia masih berpegang kepada fahaman komunisnya dan kiblatnya masih Negara Cina seperti zaman darurat sehingga tahun pendamaian pada 1990an.

Anwar dan Nik Aziz harus sedar Chin Peng bernasib baik kerana tidak menghadapi tuntutan ganti rugi dari ahli-ahli keluarga mangsa kekejamannya.

Jika mereka ini mahu menjadi jurucakap Chin Peng, adakah mereka ini pernah berusaha terlebih dahulu untuk mendekati mangsa-mangsa kekejaman komunis?

Ini tidak- begitu mereka beria-ia nak memperjuangkan “hak” Chin Peng untuk memenangi hati kaun Cina, sementara hati orang Melayu yang menjadi askar dipijak dan dihina!

Memadailah bermaoin politik tanpa perlu memperlekehkan jasa askar-askar Melayu yangbergadai nyawa untuk mempertahankan tanahair dari dijajah oleh anasir komunis.

Bagaimana boleh Chin Peng dikatakan sebagai pejuang kemederkaan? Benar, dia menentang British dan sebelum itu Jepun. Tetapi tujuannyaialah menjadikan Tanah Melayu sebuah negara Komunis yang kiblatnya Beijing!

Jika dia pejuang kemerdekaan, mengapa perlu terus membunuh dan menyerang askar-askar Melayu sehingga 1990, lebih 30 tahun negara mencapai kemerdekaan!

Jelas Chin Peng masih mencuba mahu menegakkan negara Komunis dan dijajah oleh Negara Cina. Dan orang ini lah diperjuangkan oleh Anwar dan Nik Aziz.

Hinanya orang Melayu dan askar-askar Melayu. Dihinakan juga anggota-anggota keselamatan yang dibunuh dan dibakar dengan kejam oleh komunis pimpinan Chin Peng.

Jawapannya mudah – Jepun seperti British dan lain-lain penjajah adalah orang asing dan tidak akan mahu menjadikan Malaysia tanahairnya. Chin Peng telah membesar di Tanah Melayu, bergaul dengan orang tempatan dan mungkin diterima ketika itu sebagai sebahagian dari penduduk tempatan. Apabila dia tergamak memerangi askar-askar tempetan lama ssetelah British pergi, dia sah dianggap sebagai penjenayah dan penderhaka! Oleh itu, Chin Peng seharusnya layak dihukum bunuh, setidak-tidaknya dipenjara seumur hidupnya!

Dia harus bersyukur dapat tinggal di Selatan Thailand dan menerita lawatan dari teman-teman dan saudara-maranya dari Malaysia.

Jika Anwar dan Nik Aziz mahu terus memperjuangkan “hak” Chin Peng, mereka turut menghina perjuangan askar-askar Melayu yang menjadi korban Chin Peng. Anwar dan Nik Aziz harus dihalau oleh orang Melayu dari PAS dan Parti Keadilan Rakyat dan suruhlah mereka menyertai DAP yang amat bersimpati dengan Chin Peng.

Orang Melayu lain perlu mengingati kembali perjuangan askar-askar Melayu dan pengorbanan mereka. Cuma itu dapat memngubat hati mereka yang dihiris oleh Nik Aziz dan Anwar!

source : www.blogger.com

No comments: