NUFFNANG

Tuesday 6 October 2009

Salahuddin Ayub mula menyerlah sebagai pemimpin lidah bercabang.. PAS Hina Kitab .ANWAR TAKUT DENGAN CADANGAN YUSMADI? NIZAR MENIPU DI BAGAN PINANG !

BAGAN PINANG: Salahuddin Ayub mula menyerlah sebagai pemimpin lidah bercabang


Salahuddin masih dengan pendirian seolah-olah PAS ada bukti untuk menafikan surat palsu yang ditandatangani Tengku Adnan. Yang tidak lojiknya Salahuddin sebagai orang yang tidak ada kena (Pemimpin PAS) mengena menuntut orang yang dituduh tetapi tidak buat (Tengku Adnan) untuk "tampil menjelaskan perkara sebenar."

Apa gila si Salahuddin Ayub. Memang cakap orang lidah bercabang si bekas orang ABIM yang dipimpin Anwar Aljuburi. Buat apa UMNO nak jelaskan pada PAS dalam hal-hal dalaman UMNO. Mereng ke kepala otak dia.

Tempoh hari, Salahuddin mengenepikan saja hujah UMNO bahawa calun mereka, Zulkefly Omar adalah bukan orang tempatan. Katanya ini tidak penting dan cuba mengalih pandangan orang ramai pada isu lain.

Salahuddin anggap tidak releven pasal serangan itu adalah mengenai dirinya. Dia adalah orang Pontian Johor yang jadi wakil rakyat di Kubang Kerian Kelantan. Memang menusuk kalbu PAS yang mempersoalkan undi pos, kerana calun mereka adalah calun Pos.

Pihak PAS lagi perasan pula calun mereka adalah Yang Berkhidmat dan bukan Yang Berhormat. Betulkah demikian? Nenek yang duduk 500 ela pun tak dipedulikan.

Baru jiran sendiri, apa jadi dengan rakyat biasa dan orang parti yang bukan PAS? PAsti dibiarkan. Bukan tahu dia bercampur dan bergaul dengan masyarakat. Dipilih-pilih lagi parti mana irang itu.

Lama-lama adalah cerita dua imam di Port Dickson.

BAGAIMANA KALAU KITA PUKUL SALAHUDDIN AYOB PULA

Kenapa? Kerana dia kata mangsa kena pukul bercakap bohong!

Pada 26 September lalu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dilaporkan oleh akhbar utama, meminta penyokong PAS hormati Aidilfitri – jangan serang peribadi.

Beliau merujuk kepada penceramah PAS yang akan menyertai kempen pilihan raya kecil Bagan Pinang agar mereka hanya merujuk kepada soal dasar, bukan peribadi.

Namun belumpun berceramah dan menyerang peribadi, penyokong PAS sudah menyerang bodi (body) atau badan.

Pengerusi Biro Putera UMNO yang juga Ahli Majlis Tertinggi (MT) parti itu, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur selepas kecederaannya semakin serius.

Beliau dimasukkan ke hospital berkenaan pada jam 9.30 malam kelmarin, setelah kecederaan di bahagian leher yang dialaminya selepas ditumbuk oleh penyokong PAS.

Kejadian berlaku ketika sedang berjalan kaki menuju ke pusat penamaan calon di dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pada Sabtu lalu.

Beliau berkata, kesan daripada serangan itu, bahagian lehernya membengkak dan beliau turut berasa pening serta loya dan dinasihatkan oleh doktor supaya banyak berehat.

Namun agak aneh apabila Pengarah Induk Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang PAS, Salahuddin Ayub menegaskan dakwaan Azeez yang lebam dipukul Pemuda PAS sebagai satu pembohongan.

Laporan Sinar Harian 5 Oktober, 2009 (kelmarin), memetik Salahuddin berkata, pada hari penamaan calon itu, Azeez telah berjumpa dengan beliau dan menunjukkan kesan lebam terbabit tetapi apa yang dilihat tiada langsung kesan lebam malah bajunya turut masih kemas dan bersih.
“Saya pelik bagaimana dakwaan yang dibuat Azeez yang mengatakan beliau dipukul oleh sembilan orang pemuda Pas tetapi datang kepada saya dengan senyuman dan baju yang masih kemas.

“Oleh itu, saya berpendapat beliau telah berbohong kepada media dan rakyat Bagan Pinang di mana beliau telah mencari satu publisiti murahan,” kata Salahuddin di Markas Tarbiah Pas di Port Dickson kelmarin.

Bagaimana kalau Pemuda UMNO jika terserempak Salahuddin, pukul pula beliau kerana mendakwa Azeez berbohong.

Pukulan jangan kuat tetapi secukup rasa, bukan kerana membalas pukulan terhadap Azeez tetapi pukulan kerana mendakwa Aziz berbohong.

Jangan ada parut atau luka seperti dia mengatakan terhadap Azeez tetapi biar rasanya seperti yang Azeez rasa, mungkin membengkak di dalam.

Kenapa wajar berbuat demikian? Jawapannya kerana pada ketika beliau mengatakan Azeez berbohong, Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sendiri menyifatkan kejadian serangan pada hari penamaan calon pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang mencemarkan imej Islam.

Pada ketika Nik Aziz me nasihatkan supaya mereka berbaik semula, Salehuddin bagaikan mahu menyemarakkan lagi kemarahan orang UMNO apabila mendakwa Azeez berbohong sedangkan Azeez terlantar di hospital.

Nik Aziz berkata: “Kalau boleh jangan lanjutkan (teruskan) bukan sahaja masa mengundi, tetapi sampai bila-bila. Itu bukan kita berpolitik dan ia bukan cara Islam pun…sebagai pemimpin PAS saya minta mereka berdamai. Minta maaf dan jangan teruskan lagi. Kita kena guna akal fikiran sebab akal fikiran ini tak menentu. Kita hala tujukan (pemikiran) ke arah Islam.”

Jenis pemimpin PAS apakah Salahuddin ini?

Sepatutnya pada bulan mulia ini – Syawal – Salahuddin mengajak mereka yang terbabit berbaik-baik dan bermaaf-maafan, bukan menuduh orang yang menjadi mangsa sebahagai ‘pembohong’.

Sikap Salahuddin – bekas Ketua Pemuda PAS – tidak wajar dijadikan contoh. Sikap angkuh beliau menggambarkan betapa berbezanya dengan pemimpin lama yang mengambil pendekatan berdamai jika berlaku perselisihan.

Sewajarnya Salahuddin mencari mereka yang melakukan ‘perbuatan melampau’ itu dan mendamaikannya dengan Azeez serta beberapa ahli UMNO yang lain kerana dengan cara itu PAS akan dilihat menekankan keamanan bukan perselisihan.

Kalaupun tidak mahu membawa mereka yang terbabit, Salahuddin boleh memohon maaf bagi pihak mereka, bukannya menuduh Azeez berbohong.

Pakailah nasihat Nik Aziz agar “berbaik semula, lebih-lebih lagi kalau bertumbuk sesama Melayu, makin lagi mencemarkan imej Islam dan orang Melayu. Saya harap mereka yang melakukannya dapat meminta maaf.’

Malah Nik Aziz berharap “kalau boleh jangan lanjutkan (teruskan) bukan sahaja masa mengundi, tetapi sampai bila-bila. Itu bukan kita berpolitik dan ia bukan cara Islam pun.”

Ternyata berdasarkan saranan Nik Aziz, Salahuddin bukan mengambil pendekatan Islam walaupun dia pemimpin yang mendakwa partinya Islam.

Salahuddin lebih berminat kepada ‘perselisihan’ dan ‘permusuhan’.

Wajarkah orang Melayu dan Islam menyokong dan menyanjung pemimpin seperti ini?

Sphere: Related Content

PAS Hina Kitab Al-Quran

Tuesday, October 6, 2009

Muslimah menjadi lambang 'pembuangan najis'. Pada hari ini PAS telah menjadikan al-Quran sebagai kitab Allah di bawah tapak kaki komunis DAP.


Sekali lagi Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria kesal dengan gelagat 'orang politik' yang menjadikan kitab Al-Quran seperti barang mainan di dalam ceramah untuk menghentam pihak lawan.

A. Harussani memberitahu, mempergunakan al-Quran untuk menghina orang lain dengan memetik dua tida patah perkataan daripadanya bererti mempunyai niat untuk menghina agama Islam itu sendiri dan memperendahkan umat Islam yang masih majoriti di Malaysia.

B. Peranan menjaga kesucian Al-quran terletak di semua bahu Umat Islam dan menjadi petunjuk kepada orang yang bertakwa.

‘‘Kita sebagai umat Islam perlu menjaga maruah Islam, jangan sampai meletakkan al-Quran itu di tempat yang rendah sekali.

C. Harussani kesal dengan pihak tertentu yang menjadikan ayat al-Quran sebagai bahan ketawa dan untuk dihina.... sesiapa yang memegangnya mesti mengambil wuduk.


Yang Berlaku kini,

1. PAS menjadikan ayat suci Al-Quran sebagai senjata untuk menghina umat Islam terutamanya orang UMNO.

2. Alasan yang digunakan untuk membolehkan orang UMNO dihina ialah, Tok Guru mereka membenarkan orang UMNO dihina dengan membandingkan kepimpinan UMNO sebagai kepimpinan kafir. Yang hairan, mereke boleh bekerjasama dengan kafir dan seolah-olah tidak menjadi kesalahan.

3. Orang UMNO tidak boleh masuk syurga dan amalan takwa seseorang boleh ditentukan oleh ulama PAS. Sembahyang lima kali sehari, pergi menunaikan haji di Mekah, memberi derma, berkelakuan baik, membantu orang miskin, hormat menghormati dan sebagainya tidak memberi makna kerana orang UMNO tetap akan masuk neraka.

4. PAS sanggup memuliakan Komunis DAP yang kini menjadi sahabat dalam politik. Bagi PAS, politik lebih tinggi kedudukan daripada Islam. Islam menyuruh kita menjadikannya sebagai panduan di dalam politik, tetapi yang berlaku pada PAS al-Quran telah dijadikan alat politik untuk mengekalkan kuasa.

5. Nik Aziz pernah memberitahu Allah Pun Mencarut dengan mengemukakan aneka hadis-hadis dan hujah-hujah yang terdapat di dalam al-Quran. Nik Aziz dan Haji Hadi membenarkan penghinaan terhadap orang UMNO oleh Komunis DAP semata-mata untuk mendapat sokongan politik.

6. PAS sanggup menjual Islam untuk duniawi semata-mata sedangkan pada masa yang sama mereka memberitahu UMNO Rasuah, UMNO Kafir dan sebagainya.

Hairannya, apabila ahli UMNO yang mengamalkan rasuah dipelawa pula menjadi ahli PAS dan Pakatan. Mereka dijulang sebagai wira sedangkan semasa di dalam UMNO perasuah dikatakan jenayah! Contoh Anwar Ibrahim dipenjara enam tahun sebagai jenayah rasuah.


7. Harussani sebagai ulama telah digelar sebagai 'Palacur UMNO'. Sejak 52 tahun Malaysia Merdeka, belum pernah ahli UMNO menggelarkan ulama sebagai pelacur. Apabila Harussani menegur Kerajaan BN dan UMNO, PAS memberitahu UMNO menolak pendapat ulama tetapi apabila Harussani menegur PAS, golongan ini sendiri yang menolak ulama.

Yang sebenarnya, PAS yang melacurkan ulama untuk politik.

8. Kedudukan ulama Islam di dunia tidak dipandang mulia. Orang yang berjubah sering kali dipandang pengganas terutamanya di Eropah dan di kebanyakan negara Barat. Kita jangan salahkan mereka sebab sebagai orang Islam, kita yang meletakkan ulama di bawah tapak kaki.

9. Pada hari ini, ulama PAS telah menghalalkan penghinaan terhadap al-quran dan Umat Islam di Malaysia secara tidak langsung, generasi baru yang bukan beragama Islam akan menjadikan pendapat sempit ulama PAS sebagai mentor untuk memburukkan Islam pada masa akan datang.

10. PAS pernah memberitahu, UMNO sanggup menghalalkan pelbagai cara semata-mata mahukan kuasa, sedangkan PAS ibarat kini sudah menelan ludah sendiri.

abe MIE- Tidak mustahil pada suatu hari nanti orang akan memberitahu, kitab al-Quran sama dengan buku bacaan falsafah kerana nilainya tidak lagi dipandang mulia. Kita boleh makan babi kemudian memegang al-Quran dan kita tidak perlu mengambil wuduk untuk membaca al-Quran.

abe MIE- al-Quran yang diturunkan sebagai 'kalamullah' ibarat pedang yang akan digunakan untuk melindungi diri daripada syaitan dan musuh, tetapi PAS menjadinya sebagai pedang untuk memacung kepala dan hati Umat Islam dengan bekerjasama dengan syaitan.

NIZAR HARAMI! ANWAR TAKUT DENGAN CADANGAN YUSMADI?

Ketua Pemuda Keadilan Rakyat Pulau Pinang Mohd. Yusmadi Mohd. Yusuff telah berjaya mendedahkan pekung dasar Malaysian Malaysia yang didakwa adil kepada semua kaum apabila beliau mencadangkan penggiliran terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang yang sekarang disandang oleh seorang bukan anak tempatan tetapi diimport dari Melaka.

Reaksi spontan dan pantas dari Pemuda Sosialis DAP yang menolak dengan tegas pendedahan itu telah memberikan gambaran yang sebenarnya apa yang tersirat dalam dasar itu yang selama ini dipromosikan sebagai dasar keadilan bagi semua kaum dan anti perkauman.

Yusmadi mahukan penggiliran itu dilakukan kepada tiga pihak yang menguasai negeri itu sekarang iaitu tidak terbatas kepada hanya orang Cina sahaja tetapi juga wakil lain lain dari parti Pakatan Rakyat iaitu Melayu dan India.

Tahniah setinggi-tingginya kepada Mohd. Yusmadi yang percubaannya sangat bijak untuk membongkar perasaan yang terpendam dalam DAP selama ini.

Setiausaha Pemuda Sosialis DAP (DPSY) Ng Wei Aik dalam reaksinya jelas menampakkan bahawa DAP mahukan hanya orang Cina menjadi Ketua Menteri dan beliau tidak lagi dapat menyembunyikan perasaan marah terhadap cadangan itu sehingga menyerang peribadi Yusmadi dengan menyifatkannya sebagai orang yang gilakan kuasa.

Wei Aik juga menganggap formula itu berbau perkauman.

Selama ini DAP yang telah cuba memberikan gambaran seolah-olah BN dan khususnya UMNO menolak desakan supaya Timbalan Perdana Menteri dilantik daripada seorang bukan Melayu, tetapi ternyata DAP di peringkat negeri pun sudah tidak sanggup untuk memberikan peluang kepada kaum lain apatah lagi jika parti itu menguasai Malaysia.

Jelas bahawa Malaysian Malaysia DAP hanyalah pada teori sahaja untuk meyakinkan kaum lain tetapi matlamat sebenarnya ialah Malaysian Chinese.

Inilah gambaran sekiranya DAP berkuasa di negara ini kelak yang seharusnya disedari oleh kaum India dan Melayu.

Sesungguhnya cadangan yang dibuat oleh Pemuda PKR itu lebih adil daripada dasar BN yang selama ini hanya meletakkan Melayu sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang sekalipun sebenarnya UMNO dengan kedudukan kerusinya boleh menentukan sama ada Ketua Menteri dari parti Gerakan atau MCA. Namun UMNO berpegang kepada janji setiakawan dan tidak pernah menuntut untuk memegang jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang ketika BN berkuasa dahulu. Malangnya kesetiaan UMNO ini telah dikhianati.

Mohd. Yusmadi sebagai anggota Parlimen PKR Balik Pulau melihat formula yang dikemukakannya adalah lebih baik daripada BN yang sekian lama memberi jawatan Ketua Menteri hanya kepada kaum Cina dari Gerakan sahaja malah bersikap tidak adil kepada MCA. Orang Melayu hanya layak dengan kedudukan sebagai Timbalan Ketua Menteri sahaja.

Saya tidak faham kenapa wakil Ketua Menteri Pulau Pinang itu menganggap cadangan ini sebagai perkauman sebaliknya penolakannyalah menampakkan perkauman DAP dan prasangka buruk kepada orang Melayu sekiranya mereka menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang kelak.

Bimbangkan cadangan ini akan dianggap sebagai telah mendapat restu DAP, Wei Aik menafikan dengan keras sebagai sudah dipersetujui dengan Pas dan PKR.

Beliau mendakwa sekalipun seorang Cina menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang sekarang ini tetapi layanan adil diberikan kepada semua kaum dan agama.

Malah Pengerusi DAP Karpal Singh yang turut terkejut dan gementar dengan cadangan itu telah meminta supaya Penasihat Parti Keadilan Rakyat Anwar Ibrahim menutup mulut ahli partinya di akar umbi.

Sama ada kerajaan negeri adil atau tidak kepada semua kaum hanya dapat dirasakan dan dijawab oleh rakyat Pulau Pinang sendiri yang baru sahaja melalui krisis Pasar Chowrasta mengenai tempat perniagaan di bulan Ramadan dan tempat tinggal mereka baru-baru ini.

Saya tidak nampak cadangan Ketua Pemuda PKR itu sukar untuk dilaksanakan di Pulau Pinang kerana BN pun pernah melakukan penggiliran jawatan Ketua Menteri di Sabah untuk memenuhi kehendak semua pihak dan saya percaya jika cadangan itu diterima maka pastinya Pakatan Rakyat akan dapat memperkukuhkan lagi kedudukannya di Pulau Pinang.

http://www.malaysia-instinct.com

NIZAR MENIPU DI BAGAN PINANG

Nukilan : Mystique /

HARI ini dalam akhbar Sinar Harian mukasurat N5 dilaporkan bagaimana Nizar Jamaludin cuba membohongi warga Bagan Pinang. Dalam ceramahnya di Markas Induk PAS bagi PRK Bagan Pinang Nizar mendakwa TS Muhyiddin Yasin tidak mengiringi calon BN TS Isa Samad sewaktu penamaan calon.

Nampak sangat Nizar ni dah gila teruk!

Macam ini ke sikap pemimpin? Patutla anak-anak buahnya di Perak ni macam samseng sebab selalu kena tipu dengan Nizar. Buat pengetahuan pengundi Bagan Pinang, jangan percaya Nizar ni, dialah yang menjadi punca kekalutan di Perak.

Nizar bersama-sama Ngeh, Nga dan Siva yang menghuru-harakan Perak. Belajar dari kesilapan pengundi Perak dalam PRU lepas kerana memberikan undi kepada samseng-samseng jalanan ini. Jangan dah terhantuk baru tengadah!

source : selamatkanperak.com


PAKATAN RAKYAT TAK SEHALUAN

DIkirim oleh Sahabat MANTAP di Selasa, 6 Oktober 2009

Oleh: Anggerik Desa

Isu keretakan hubungan dalam kepemimpinan Pakatan Rakyat ( PR ) di Selangor khususnya, sudah tidak dapat disembunyikan lagi. Sejak lebih setahun lalu pelbagai isu kontroversi melanda kerajaan negeri pimpinan PR itu. Antaranya, isu ladang babi mega, isu Pengurus Besar PKNS dan isu penempatan kuil di seksyen 23, Shah Alam

Terbaru, isu Jawatankuasa Pilihan Khas Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan ( selcat ) yang sering menimbulkan perbezaan pandangan antara Pas dengan Parti Keadilan Rakyat ( PKR ) dan DAP di Selangor

Saya menganggap kelantangan pendirian Datuk Dr. Hasan Ali, Pesuruhjaya Pas negeri merangkap Exco Infrastruktur, hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu negeri sebagai tepat dan perlu disokong bukan hanya oleh semua ahli Pas sahaja bahkan oleh semua umat islam

Saya teringat bagaimana Hasan dengan berani bersemuka dengan Menteri Besar Selangor untuk mengusulkan nama calon Pengurus Besar PKNS daripada kalangan orang islam yang profesional walaupun pada masa itu, MB sudah melantik seorang bukan melayu memangku jawatan itu

Apa yang dapat saya simpulkan ialah masih ramai lagi yang sanggup melupakan asas perjuangan yang bercirikan islam, sebaliknya mengambil sikap ingin memuaskan hati rakan PKR lain sekalipun asas perjuangan sudah lari. Saya juga kurang arif kenapa pemimpin Pas mengambil sikap lepas tangan dalam menyokong tindakan Hasan dalam isu arak contohnya

Bagi sesetengah pihak, adalah lebih baik menyokong rakan PKR dan DAP walaupun perkara itu bertentangan dengan syariat islam daripada menegakkan hukum Allah SWT kerana dengan menegakkan hukum Allah SWT mereka akan di kecam oleh PKR dan DAP. Ini adalah syirik yang jelas dan nyata

Jika sebelum ini PKR dan DAP sering meminta agar UMNO bersikap telus di dalam setiap tindak tanduk kepemimpinannya dan yang terbaru berkaitan isu PKFZ, jadi apabila ada seorang pemimpin senior yang ingin meminta PKR dan DAP bersikap telus dan terbuka maka saya rasa perkara ini perlulah dialu-alukan, bukannya di kecam

Apa kata PKR dan DAP ?? Apa kata Anwar Ibrahim sekarang ?? Adakah tindakan untuk meminta Hasan berundur itu satu “ escapism”??

source : sahabatmantap.wordpress.com

PAS sanggup menjual agama untuk politik!
Posted on Tuesday, October 06 @ 12:34:38 MYT
Topic: Berita



Pas ni bagai ulat nangka terhempas ke batu, dari dulu, kini dan selamanya akan sentiasa berprasangka buruk terhadap BN dan akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan BN dan UMNO walaupun bersekongkol dengan musuh negara.

Tindakan Pas mempertahankan tindakan Ahli Parlimen Bagan Serai, N Gobalankrishnan mengunakan ayat suci al-Quran ketika berkempen adalah contoh Pas menggalakkan orang bukan Islam mempermain-mainkan ayat suci al Quran.

Inilah yang dikatakan oleh Salahuddin Ayub, Pengarah Induk Pas yang mempertahankan tindakan Gobalankrishnan itu:

"Tidak salah jika orang bukan Islam membaca ayat suci al-Quran ketika berceramah, ia bertujuan mengukuhkan lagi hujah, ayat Allah ini di mana tempat boleh baca."

"Di negara luar orang bukan Islam membaca ayat suci al-Quran ramai, tetapi di negara ini mungkin agak asing. Pendapat menyatakan orang bukan Islam tidak boleh membaca al-Quran ini pemikiran lapuk."

Jika itu benar, apa pula sebab musabab orang bukan Islam itu membaca ayat suci al-Quran itu? Kalau setakat nak mencari populariti di kalangan ahli Pas seperti dibuat Gobalakrishnan itu dan bukan untuk mengkaji Quran dan mencari kebenaran Islam, itu adalah sia-sia belaka dan tak perlu dibanggakan sangat.

Datuk Jamil Khir Baharom, Menteri di Jabatan Perdana Menteri pula mempunyai ini untuk dikatakan tentang tindakan Gobalakrishnan itu.

''Sebagai contoh dalam konteks Pilihan Raya Kecil Bagan Pinang di sini. Suasana dilihat begitu kritikal kerana masing-masing mahu menang pada pilihan raya. Oleh itu semua pihak harus berhati-hati dalam memberi kenyataan.

''Jangan ada nanti mereka yang tidak faham Islam sewenang-wenangnya membaca ayat-ayat al-Quran ketika berkempen. Perkara ini amat sensitif kerana ia melibatkan kitab suci milik umat Islam,'' katanya.

''Saya juga amat berharap kempen yang dijalankan sepanjang tempoh berkempen dilakukan secara sopan dan berhemah. Jangan membuat perkara-perkara yang keluar daripada landasan Islam kerana ia boleh mengundang kemurkaan Allah,'' katanya lagi.

Tun Dr Mahathir pula mengulas tindakan Pas seperti berikut:

"Dulu, Pas kata kalau bekerjasama dengan orang bukan Islam kita akan jadi kafir... sekarang ini bukan saja (Pas) bekerjasama dengan bukan Islam tapi dia (Pas) kata ternak babi pun takpa.

"Betullah dalam al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi dan dia (al-Quran) tak kata tak boleh ternak... tapi kalau kita ambil tafsiran yang macam itu maknanya kita boleh ternak babi, kita boleh jual babi, kita boleh hidang babi dan kita boleh masak tapi jangan makan. (Adakah) kita nak setuju juga dengan orang (yang berpendirian) seperti ini," katanya.

source : isuhot.com


Ustaz Gobala patut "dakwah" orang Pas

Hairan sungguh dengan puak2 Pas ni. Kata-kata seorang mufti tak didengar sebaliknya apabila seorang kafir baca ayat Al-Quran mereka pakat mengangguk-angguk tanda setuju. Pelik-pelik... Patutlah Ayah Pin boleh hidup bebas sepanjang Pas perintah Terengganu dulu.

Betullah Salahuddin, kalau orang kafir nak baca Quran memang tak salah. Memang ramai orang kafir kaji Quran dan mereka membacanya. Tak kurang yang dapat hidayat lalu peluk Islam. Tapi mereka baca untuk mengkaji sejauh mana kebenaran Quran.

Tapi ini Hindu Gobala baca Quran bukan nak kaji kebenarannya tetapi nak menunjuk-nunjuk dan nak ambil hati orang Islam. Dia juga nak bagitahu yang orang Islam ni tidak betul, tak ikut Quran. Dahlah petik ayat yang ditujukan kepada orang kafir. Apa maknanya? Maknanya dia tak tau apa-apa pun cuma tahu baca dan tau cakap.

Yang lagi pelik, para ustaz, para imam, bilal dan tok siak yang dengar Ustaz Gobala petik ayat Quran mereka pakat duk diam. Tak kurang juga yang kat belakang berkopiah putih duk terhangguk-hangguk tanda setuju gamaknya.

Kenapa mereka tak menjerit melolong marah sepertimana mereka menjering melolong marahkan Mufti Perak yang menasihati orang Melayu supaya tidak menghina raja atau marahkan Ustaz Ridhuan Tee . Apakah darjat Gobala Hindu ini lebih tinggi dari seorang mufti?

Dan aku pelik bagaimana orang Melayu Pas ni boleh bersetuju saja dengan apa yang dilakukan oleh si Hindu ini. Sudahlah dahulu menggerakkan Hindraf dan memekik melolong kata orang Melayu lakukan pembersihan etnik di Malaysia, banyak kuil diroboh dan desak negara Tamil Nadu masuk campur.

Dai Tambi.... Aku dan ramai Melayu lain (kecuali puak2 Pas lah) tidak lupa fitnah dan tuduhan yang Hindraf buat sebelum ini yang jelas-jelas sangat menyinggung perasaan kami sebagai kaum majoriti di Malaysia dan sebagai pemilik Semenanjung Tanah Melayu ini. Tak usahlah nak berdakwah dengan kami dengan sekadar membaca sepatah ayat Quran tidak akan mampu menyucikan apa yang telah saudara dan puak2 Hindraf lakukan selama ini.

Silalah berdakwah kepada puak2 Pas itu sebab mereka memang mereka perlukan "dakwah" saudara. Bagi mereka orang lain semuanya tidak betul melainkan Nik Aziz, Anwar, Ngeh, Kit Siang dan puak2 kafir seperti saudara sahaja.

Silalah... silalah.... Kalau boleh dakwah sekali Nik Aziz!

source : mesintaipburuk.blogspot.com

Husam Balak



Masih tegar dengan perubahan? Ayuh, kita teruskan. Kita lihat siapa lagi yang perlu ditukar!

Baru-baru ini Blogger Faisal menghantar SMS kepada Demang berkenaan isu Husam di Kelantan. Tak kenal Husam? Mana boleh tak kenal. Beliau adalah pemimpin puak adrogan PAS.

Bagi mengelakkan sebarang salah faham tafsiran maka Demang perturunkan kesah berikut yang disalin terus daripada blog Faisal.

Baca, jangan tak baca.

“Info ini saya dapat daripada seorang pemimpin PAS Kelantan yang jawatannya tidak perlu saya beritahu disini. Inilah yang saya katakan dua hari lepas bahawa saya akan menyiarkan satu cerita panas.

Untuk pengetahuan pembaca, saya bercakap melalui telefon selama hampir satu jam dengan pemimpin PAS berkenaan tiga hari lepas. Beliau yang menghubungi saya melalui seorang teman kepada teman saya. Semuanya bertitik tolak daripada serangan yang saya lakukan terhadap Kerajaan PAS Kelantan seminggu dua ini.

Rupa-rupanya di Kelantan wakil-wakil rakyatnya pun ada kem tertentu. Mana-mana wakil rakyat atau pimpinan PAS negeri yang berada dalam kem Husam/Nik Aziz mereka tergolong dalam golongan orang kaya.

Manakala yang tidak berada dalam kem berkenaan, hidup mereka akan susah dan hidup hanya mengharapkan elaun wakil rakyat sahaja. Jangan harap nak dapat balak atau projek-projek lain. Kalau boleh dapat pun hanya duit ceramah sahaja.

Cerita yang saya bawa kali ini ialah tentang pemberian kawasan balak seluas 10 ribu ekar kepada anak Almarhum Tun Ghaffar Baba, iaitu Tamrin Ghaffar.

Untuk pengetahuan umum, Tamrin Ghaffar berkawan rapat dengan Anwar Ibrahim sekarang. Anwar sengaja memilih untuk berkawan dengan Tamrin bagi mengabui mata masyarakat kononnya beliau tidak mempunyai masalah dengan Almarhum Tun Ghaffar Baba sebelum ini.

Manakala Tamrin pula ibarat orang mengantuk yang disorongkan bantal. Beliau sekarang hidup dipenuhi hutang keliling pinggang. Nak cari peluang dalam Umno sudah tak boleh ,kerana orang-orang Umno sudah lama ‘scrap’ kan Tamrin.

Peluang inilah yang disambar oleh Anwar untuk tujuan yang dinyatakan diatas.

Manakala Tamrin pula nampak ada peluang disebelah sana,kerana ada empat negeri yang diperintah pembangkang sekarang. ‘Why not’ dia cuba nasib. Peduli apa walau orang itu pernah mengkhianati arwah bapanya pun. Yang penting duit. Apa pun percubaan beliau berjaya.

Anwar Ibrahim telah meminta Husam Musa@Husam Minyak, tengok apa-apa peluang yang ada untuk Tamrin di Kelantan.

Husam pun sambar juga peluang ini sebaik mungkin , untuk membuktikan kepada rakyat bahawa PAS tidak hanya memberi balak kepada orang PAS sahaja, orang Umno pun turut diberi. Lagi pun kata pemimpin PAS berkenaan, Husam lebih senang berpakat dengan orang Umno,kerana bimbangnya rahsianya akan bocor jika beliau berpakat dengan orang-orang PAS.

Lalu Husam memberi 10,000 ekar kawasan balak kepada Tamrin .Balak ini cuba dijual kepada seorang tauke balak dengan harga RM 25 juta. Pembahagiannya pula seperti berikut,Husam RM 10 juta, Tamrin RM 10 juta dan PAS Pusat RM 5 juta.

Pas sedang merancang untuk membina satu bangunan PAS yang baru di Sungai Merab,Bangi Selangor,sementara mereka masih berkuasa di sana. Sebab itu mereka perlukan dana. Husam pula perlukan dana untuk membeli orang-orang PAS bermula daripada sekarang, bagi memudahkan kerja beliau bertanding jawatan Timbalan Presiden atau Presiden PAS dalam pemilihan akan datang.

Anwar telah menasihatkan Husam,supaya buat kerja daripada sekarang. Jangan tunggu terlalu hampir dengan pemilihan,nanti tewas lagi. Manakala Tamrin pula memerlukan wang untuk membayar hutang-hutang beliau dan terus kekal dapat menjalani kehidupan mewah.

Tidak seperti yang dijangka, kawasan balak tersebut tidak dapat dijual dengan harga RM 25 juta kerana harga kayu yang jatuh sekarang. Kawasan tersebut hanya boleh dijual dengan harga RM 15 juta sahaja.

Saya difahamkan dua orang pengkhianat tersebut (seorang pengkhianat PAS dan seorang pengkhianat Umno) setuju dengan harga RM 15 juta. Pembahagian harta ‘rompakan’ seperti berikut. Husam RM 6 juta,Tamrin 6 juta dan PAS Pusat RM 3 juta.

Memang elok sangatlah, hanya pengkhianat yang mengenali pengkhianat.

Anwar pengkhianat bangsa,

Tamrin pengkhianat Umno

dan

Husam pengkhianat PAS.

Akhir sekali hasil bumi rakyat Kelantan yang menjadi mangsa bagi memenuhi tembolok mereka.

Kepada mana-mana pemimpin PAS yang ingin tahu lebih lanjut lagi berkenaan ‘deal’ ini,sila bertanya atau berhubung dengan Hj.Kasim dari PAS Kawasan Kubang Kerian. Beliau lebih tahu segalanya kerana beliau juga turut terlibat dalam ‘deal’ ini.”

..................

Bagi yang tidak mengikuti tulisan Demang sebelum ini, Demang sebenarnya sedang membicarakan tentang usaha beberapa pihak yang ingin menyogokkan idea perubahan kepada rakyat.

Demang menyokong usaha mereka tetapi menentang pihak yang ‘cakap tak serupa bikin.’ lebih ramai yang berkokok tentang perubahan namun yang hendak ditukar hanyalah pakaian luar dan pakaian dalam sahaja.

Dengan kata lain, menukar pemimpin dan parti tetapi hasrat hati dan agenda peribadi mereka langsung tidak menguntungkan rakyat. Paling tidakpun, 2x5 dengan yang lama. Rakyat juga yang jadi mangsa.

Manakan tidak, bercakap tentang perlunya menukar parti yang kononnya terlibat dengan rasuah tetapi yang dipilih kemudiannya ialah penjenayah. Malah bekas banduan (6 tahun dalam penjara) pun menang dalam pilihanraya.

Setelah keluar penjara, menghadapi tuduhan salah laku seks pula dan hingga kini berusaha mengelakkan diri dari dibicarakan.

Begitukah rupa pemimpin yang nak kita jadikan PM kita?

Semoga isu Husam di Kelantan dan Khalid di Selangor menjadi iktibar kepada kita betapa memilih orang yang kecewa sebagai pemimpin hanya akan menyusahkan rakyat Malaysia.

Terima kasih Faisal.

Foto hiasan:
1. Husam 0128 jpg dppwpc.wordpress.com
2. longgokan kayu balak di kalabakan rosliahmad flickr.com


No comments: