NUFFNANG

Monday 26 October 2009

tg nik aziz's infected by alzheimer?...Alahai tg nik aziz....alahai egm...alahai pas... alahai husam... alahai anwar...

nik aziz infected by alzheimer syndrom?

ABE MIE thought-think about the fact Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat on 'heat' EGM which dealt by Malaysians, regardless of alliance supporters, BN or the public.

1. Things surprisingly, Nik Aziz tells the clown-clown in the PAS, 'I will not hold EGM otherwise hold Special Conference on'. Another name, but same functions, namely to remove the clown-clown still pro UMNO. (How we call animal or animals, both with the other spelling).

2. Want to add 'grammar Islamic' EGM called 'Tajdid' or Extraordinary General Meeting by Nik Aziz.

3. Nik Aziz know EGM is called the power under the authority of the President can not love-love to do so.

4. Question, the appointing leaders who are loved by Nik Aziz, PAS will be implemented as Islamic championed for this? PAS or PKR need to change as the struggle and fight for the DAP and the Secular State.

5. Nik Aziz is currently not issuing a statement that PAS will implement hudud law and the state led by PAS between Kelantan and Kedah or at least it will implement Islamic law. Reality, the policy leadership of PAS with the policies adopted by other states that Muslims and the disbelievers said no.

6. Nik Aziz defended the statement written in the 'blog tokguru' they will expel some 'head clown' in the PAS. Dah know who all those people concerned.

7. Nik Aziz is telling his blog again, who is expelled must be President PAS, Haji Hadi Awang to regard as equivalent chief 'Pak Lah'. At the same time, Nik Aziz tells, Haji Hadi is not involved in the elimination. Where the right one!

8. Can be seen by the fact Nik Aziz his blog evidence, "the commotion in Selangor Abdul Hadi speechless until the parties have already said that Abdul Hadi was the role that former Prime Minister, Tun Abdullah Ahmad Badawi in the PAS. Meanwhile Nasharuddin Hasan defend actions that openly. "

9. Nik Aziz recently respect as 'Significant Development Kelantan' contributions for a week and 'sacrifice' defend the people and the state of Kelantan Kelantan as a state based on Islam. If abe MIE became Leader of the Opposition, abe MIE will ask, can grand Kelantan Islamic state as if Malaysia is not Islamic countries?

10. So if we compare with the situation in Thailand is the country's national ideology embraced Buddhism while states such as Pattaya, Songkla, Narathiwat and regions will also machete called Islamic state thailand! Can it be done?

11. abe MIE think, Nik Aziz has Alzheimer's disease be? If not cooking told, 19 years old spearhead Kelantan, PAS proud because every year the budget is the budget deficit Kelantan, which expenses exceed income while in Kelantan have not developed any.

12. If Nik Aziz NOT Alzheimer's, he certainly will not be fierce as a leader Anwar Ibrahim that Pakatan net of all cases of corruption, abuse of power and morality. Nik Aziz happy to cooperate with PAS recognizes DAP as a fighter who had as secular and demons, while regarded cooperation with UMNO, which is a type of civil religion and Islam as wrong and wrong.


abe MIE-Secretary-General of PAS, Mustapa Ali, former mental patients and occupy the house several times a madman would make statements about PAS EGM today.


Nik Aziz kena alzheimer?

Monday, October 26, 2009

Datuk Pa pernah digelar oleh Nik Aziz sebagai 'Lidah UMNO'. Walaupun pernah menjalani rawatan di rumah orang gila atau dikenali sebagai Tanjung Rambutan di Johor, kepimpinan dan idea Datuk Pa mengatasi kebijaksanaan pemimpin PAS yang lain sehingga dilantik sebagai Setiausaha PAS Pusat.


ABE MIE terfikir-fikir mengenai kenyataan Menteri Besar Kelantan, Nik Aziz Nik Mat mengenai 'kepanasan' EGM yang diperkatakan oleh rakyat Malaysia, tidak kira dari penyokong Pakatan, BN ataupun orang awam.

1. Perkara yang menghairankan, Nik Aziz memberitahu si badut-badut dalam PAS, 'saya tidak akan mengadakan EGM sebaliknya mengadakan Muktamar Khas'. Nama lain, namun fungsinya sama, iaitu untuk menyingkir badut-badut yang masih pro UMNO. (Macam kita panggil haiwan atau binatang, kedua-duanya sama yang lain ejaan).

2. Hendak menambahkan 'Nahu Islam' EGM dipanggil 'Tajdid' atau Mesyuarat Agung Luar Biasa oleh Nik Aziz.

3. Nik Aziz mengetahui kuasa memanggil EGM terletak di bawah kuasa Presiden bukannya boleh suka-suka buat begitu.

4. Persoalan, dengan melantik pemimpin yang disayangi oleh Nik Aziz, adakah PAS akan melaksanakan syariat Islam sebagaimana diperjuangkan selama ini? Atau PAS perlu berubah sebagaimana perjuangan PKR dan DAP yang memperjuangkan Ketuanan Rakyat dan Negara Sekular!

5. Kini Nik Aziz pun tidak mengeluarkan kenyataan yang PAS akan melaksanakan hukum hudud dan negeri yang diterajui oleh PAS antaranya Kelantan dan Kedah atau paling tidak pun akan melaksanakan undang-undang Islam. Realitinya, dasar kepimpinan PAS sama dengan dasar yang diamalkan oleh negeri lain yang dikatakan tidak Islam dan kafir.

6. Nik Aziz mempertahankan kenyataan yang ditulis di dalam 'blog tokguru' yang mereka akan menyingkir beberapa 'kepala badut' dalam PAS. Semua orang dah tahu siapa orang berkenaan.

7. Nik Aziz dalam blognya lagi ada memberitahu, orang yang perlu disingkir ialah Presiden PAS, Haji Hadi Awang sehingga menganggap sebagai ketua setaraf 'Pak Lah'. Dalam masa yang sama, Nik Aziz memberitahu, Haji Hadi tidak terbabit dalam penyingkiran berkenaan. Mana satu yang betul!

8.Buktinya dapat dilihat dengan kenyataan Nik Aziz dalam blognya, “dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

9. Nik Aziz baru saja dijulang sebagai 'Tokoh Pembangunan Kelantan' selama seminggu atas sumbangan dan 'pengorbanan' membela rakyat Kelantan dan menjadikan negeri Kelantan sebagai sebuah negeri berlandaskan Islam. Kalau abe MIE menjadi Ketua Pembangkang, abe MIE akan bertanya, bolehkah Kelantan dimartabatkan sebagai negeri Islam sekiranya Malaysia bukan negara Islam?

10. Jika begitu kita bandingkan dengan situasi di negara Thailand merupakan negara menganut fahaman Buddha sedangkan negeri seperti Pattaya, Songkla, Narathiwat dan daerah Golok akan turut dipanggil negeri Islam Thailand! Boleh ke?

11. abe MIE rasa, Nik Aziz sudah kena penyakit alzheimer? Kalau tidak masakan memberitahu, 19 tahun menerajui Kelantan, PAS bangga kerana pada setiap tahun bajet belanjawan Kelantan sentiasa defisit, iaitu perbelanjaan melebihi pendapatan sedangkan di Kelantan tidak ada apa-apa yang dibangunkan.

12. Kalau Nik Aziz BUKAN alzheimer, sudah tentu beliau tidak akan menjulang Anwar Ibrahim sebagai pemimpin Pakatan yang bersih dari segala kes rasuah, moraliti dan penyalahgunaan kuasa. Nik Aziz dengan senang hati mengiktiraf PAS bekerjasama dengan DAP yang pernah digelarnya sebagai pejuang sekular dan syaitan, manakala menganggap kerjasama dengan UMNO yang merupakan saudara sebangsa dan seagama Islam sebagai perbuatan salah dan mungkar.


abe MIE- Setiausaha Agung PAS, Mustapa Ali yang merupakan bekas pesakit mental dan beberapa kali menghuni rumah orang gila akan membuat kenyataan mengenai EGM PAS pada hari ini.

nota-
alzheimer- penyakit nyanyuk.

NIZAR PENGKHIANAT! PENDEDAHAN TENTANG HUSAM MUSA! MESTI BACA!

Seperti yang telah saya janjikan sebelum ini, saya ingin memberitahu kepada pembaca budiman sekalian satu cerita yang tidak diketahui ramai. Tahukah anda kenapa isu EGM khas PAS muncul secara tiba-tiba dan siapa dalang disebaliknya?

Ada empat dalang disebalik ini semua. Anwar Ibrahim, Husam Musa, Anuar Bakhri dan Khalid Samad. Isu ini timbul untuk menutup cerita Exco Gedebe Kelate (samseng Kelantan) dalam masa yang sama untuk Husam membalas dendam kepada Nasharudin Mat Isa akibat tewas dalam perebutan jawatan Timbalan Presiden PAS. Dendam Husam terhadap Nasha tidak pernah surut walaupun sudah beberapa bulan pemilihan PAS berakhir.

Bukan setakat Husam yang berdendam kepada Nasha, Khalid Samad juga berdendam terhadap Hassan Ali kerana digugurkan jawatannya sebagai Timb Pesuruhjaya PAS Selangor.

Dan juga dendam Anwar Ibrahim terhadap Mustafa Ali kerana memperlekehkan idea 16 Sept tahun lepas. Dalam masa yang sama isu ini dapat menutup cerita kes Husam menumbuk seorang tetamu pada majlis hari raya PAS di Taman Melewar.

Kes Husam menumbuk tetamu sebenarnya sudah menjadi kes berat dan akan dibawa ke mesyuarat jawatankuasa Pas Pusat akan datang. Dalam masa yang sama kes tersebut sudah mula heboh ke seluruh negara.

Saya difahamkan oleh seorang tetamu yang hadir disana ada gambar Husam menumbuk tetamu berkenaan dalam simpanan beliau. Tetapi gambar tersebut telah diserahkan kepada seorang pemimpin kanan Pas, setelah diminta oleh pemimpin tersebut untuk dijadikan bukti dalam mesyuarat mereka.

Mahhfuz Omar cuba menafikan berita tumbuk menumbuk ini dalam Sinar Harian 20.okt.09 yang lalu. Mahfuz cuba membohongi orang ramai. Beliau tahu cerita sebenar, kerana beliau telah bercakap dengan mangsa yang ditumbuk "menate gedebe dari kelate ini".

Inilah dia sikap kebinatangan pemipin PAS yang menjual nama Islam. Beliau cuba berbohong secara terang-terangan. Sebab itulah saya tidak percaya bila Mahfuz menafikan anak beliau sedang ditahan di Penjara Alor Setar kerana menghisap dadah. Elok sangat dah tu, anak penagih dadah, bapa pula seorang penipu.

Jika beginilah perangai Husam sebagai seorang pemipin PAS dan juga seorang exco kerajaan negeri, maka saya tidak hairan beliau kalah bertanding jawatan Timbalan Presiden PAS.

Ternyata orang-orang tidak membuat pilihan yang salah. Perangai macam budak-budak bagaimana nak jadi pemimpin? Dah la perangai macam budak-budak, selepas itu cuba menjadi gedebe pula. Amat malang orang Kelantan kerana mempunyai seorang pemimpin yang sebodoh dan sebangang Husam.

Semalam saya mendapat maklumat dari seorang rakan peguam. Minggu depan akan ada satu lagi pendedahan tentang Husam. Beliau menghantar orangnya ke rumah makcik (ibu saudara) musuh politik beliau di Kelantan pada malam hari untuk mengorek rahsia orang berkenaan.

Orang beliau cuba menipu makcik orang berkenaan konon anak saudaranya ada memohon bantuan kerajaan negeri. Wakil Husam berkata datuk suruh datang 'check' kerana orang ini ada memohon bantuan. Perkara ini baru diketahui oleh orang berkenaan tiga hari yang lepas.

Orang berkenaan akan muncul membuat pendedahan dengan peguamnya minggu depan. Husam mendapat alamat orang berkenaan mengikut kad pengenalan melalui nombor telefon bimbit dari kaki-kakinya yang bekerja di syarikat gergasi telekomunikasi tempatan.

Difahamkan orang berkenaan akan menyaman syarikat berkenaan kerana mendedahkan identitinya kepada pihak ketiga. Orang berkenaan menafikan seratus-peratus yang beliau pernah memohon bantuan kerajaan Kelantan. Anda lihatlah betapa pembohongnya seorang pemimpin PAS. Malam-malam hari pun mereka sanggup pergi ke rumah orang tua untuk berbohong.

Sebab itu dari dulu lagi saya sering berkata jangan percaya kepada pembekal 'gergasi tempatan' kerana ramai stafnya menjadi hantu pembangkang. Mereka semua boleh periksa sms yang kita hantar satu persatu dan boleh dedahkan maklumat kita kepada orang luar.

Jom kita pakat ramai-ramai boikot sayrikat ini nanti, nak tahu syarikat apa yang sedang saya perkatakan disini? Tekalah, senang je, memang berbaloi-baloi....

Nantikan pendedahan seterusnya...



PAS MULA BERGOLAK?

ORANG-orang tua ada berkata, senang berkawan masa susah, tapi bila senang sukar untuk berkawan. Sebab masa sama-sama susah boleh jadi sahabat, bila dah senang mula berebut. Inilah yang terjadi pada PAS.

Dulu masa jadi pembangkang memang bersetia-kawan sekarang dah perintah negeri mulalah nak kecoh.

Dalam blog Nik Aziz, PAS' grand old man itu mula menyasarkan peluru-peluru berpandunya kepada kumpulan Hadi Awang yang dirasakannya rapat dengan UMNO dan mula kurang senang dengan PKR dan DAP.

Pada saya, kebimbangan Hadi itu ada asasnya. DAP tidak pernah menerima konsep Melayu serta Islam dalam perjuangan mereka, manakala PKR sanggup berbuat apa sahaja termasuk "menjual" bangsa dan memperjudikan agama asalkan Anwar Ibrahim dapat dinobatkan sebagai Perdana Menteri.

Pandangan Nik Aziz pula sudah tentu dibayangi oleh nasihat Husam Musa yang merasakan sebarang bentuk kerjasama atau persefahaman dengan UMNO akan merugikan beliau secara peribadi dan hanya menguntungkan saingannya Nasharuddin Mat Isa.

Husam yang menjadi jambatan antara Nik Aziz dan Anwar Ibrahim tidak akan merelakan sebarang perbincangan kerana ia akan menjejaskan kedudukannya dalam PAS dan menghilangkan pengaruh Anwar dalam parti itu.

Apa-apa pun yang pasti, PAS mula kecoh dan bergolak. Tiba-tiba kerana mahu berkuasa, persahabatan dan persefahaman antara Nik Aziz dan Hadi yang menjadi tonggak kekuatan parti ini mula terhakis.

PAS perlu ingat parti ini bukan "maksum" dan kebal. Kuasa akan merubah segalanya termasuk menjadi dugaan kepada ahli-ahli dan pemimpinnya. Dan yang paling penting ia membuktikan PAS juga hanyalah satu badan siasah politik sama seperti UMNO dan bukan satu kepercayaan yang jitu seperti yang diuar-urakan selama ini.

Nizar OII!! Kisah Sebenar Di Sebalik EGM PAS : Hanya Anwar Atartuk Yang Untung!





source : analisis ringan


Takkanlah Kerana Sayangkan 'Orang Itu' Sanggup Halau 'Anak Sendiri'?


Sudah tiba masanya PAS (Majlis Syura) secara serius menggantikan Mursyidul Am PAS yang kian hari kian nanar dan semakin tua. Kewibawaan beliau juga semakin pudar. Kebijaksanaan mencerna masalah sudah semakin terhakis. Beliau hanya mendengar 'acuman' satu pihak seakan-akan PAS hanya ada satu jalur. Beliau gagal menjadi bapa yang adil untuk semua anak-anaknya. Orang yang tidak patut dibela contohnya beria-ia dipertahankan (usaha menyingkirkan beliau pernah saya tulis di blog ini: lihat sini). Sebagai 'orang PAS' apabila Presiden yang dipilih secara demokratik mahu disingkirkan semata-mata kerana ingin mempertahankan parasit dari luar maka saya rasa itu sudah melampau.

Merujuk perlembagaan PAS, Fasal 7: Hukum, Kekuasaan dan 'Majlis Syura Ulama' pada bahagian 4 kurungan (d) adalah ditegaskan mesyuarat majlis syura ulama berhak melantik Mursyidul Am dan Timbalannya dalam kalangan ahli majlis tersebut. Jawatan Mursyidul Am ada had masanya iaitu 3 tahun (ulangan: 3 tahun); dengan syarat ia boleh berhenti sebelum cukup tempoh tersebut dan boleh diberhentikan dengan persetujuan dua pertiga daripada ahli-ahli Majlis Syura Ulama dan boleh pula diperbaharui setelah tamat tempoh (sekarang rasanya ada keperluan untuk tidak memperbaharui kedudukan beliau di situ). Dari segi lama memerintah beliau sudah hampir menyamai lamanya rekod Mahathir, Isa Samad dan mungkin juga mendiang Deng Xiao Ping. Kalau alasannya untuk terus memerintah kerana dapat buat pahala, maka tidakkah itu semacam menutup peluang orang lain untuk buat pahala juga?

Kecenderungan Mursyidul Am sekarang mencurahkan kasih sayang tidak berbelah bahagi kepada kumpulan moderat-liberal dalam parti Islam tersebut memualkan. Bukan sahaja beliau galak menyokong tokoh-tokoh berpalit mungkar, beliau ikut turun padang melancarkan buku aktivis Islam Liberal yang menurut sesetengah ahli PAS begitu menjolok mata. Usah bicara lagi tentang taghut dan kejahatan zionis.

Cerita-cerita tentang ketidakberdayaan beliau untuk mengawal tokoh tertentu di Kelantan semakin riuh kedengaran. Insya-Allah senjata akan makan tuan. Silakan panggil muktamar khas. Bincangkan dengan terbuka. Presiden boleh menjelaskan secara terang-terang mengapa beliau kian ragu dengan 'orang itu'. Banyak yang boleh dijejerkan. Pujian 'orang itu' buat Salman Rushdie (pencaci Nabi Muhammad saw) sebagai profound sudah memadai untuk menggetarkan serta meremukredamkan hati kita yang benar-benar ikhlas dengan Rasulullah saw.

Saya ingin bertanya, adakah keperluan menyingkir Haji Abdul Hadi Awang? Apakah manfaat yang akan didapati? Apakah mudarat yang mungkin kita tempuhi? Adakah hasrat beliau memanggil muktamar khas itu kerana mendengar 'hasutan' parasit luar? Tidakkah boleh dia bertenang dari melenting melatah menulis dalam blog sehingga ditertawakan oleh musuh?

Jika dengan memanggil muktamar khas tersebut, Presiden akan tersingkir, di mana pengaruh 'orang itu' dan segala macam kebatilannya akan terus dipertahankan, maka silalah lakukan. Itu akan mempercepatkan kehancuran sebuah gerakan Islam.

Maka hati siapakah yang akan puas dan menang dengan kepunahan tersebut?


No comments: