NUFFNANG

Friday, 16 October 2009

Kenapa Dr Chandra yakin berlaku mala petaka besar jika Anwar jadi PM ?

Kenapa Dr Chandra yakin berlaku mala petaka besar jika Anwar jadi PM ?




Dari egroup AIDC

1. Dr Chandara kenal Anwar luar dan dalam. Dia merupakan penyokong reformasi, 1998, turun ke jalan raya untuk menyokong perjuangan Anwar Ibrahim. Ketika itu dia amat berkeyakinan bahawa Anwar tidak bersalah sebab itu dia sanggup berkerusi roda membela Anwar Ibrahim, di jalanan.

2. Kerana keyakinannya kepada Anwar, dia sanggup bersama-sama Ezam Mohd Nor dan Wan Aziz menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial(ADIL) sebuah NGO yang ditubuhkan sebaik sahaja Anwar dipecat daripada UMNO dan ditangkap polis. Wan Azizah menjadi Presiden NGO ADIL, manakala Dr Chandra memegang jawatan Naib Presiden ADIL. Klik di sini

3. Pada 4 April 1999, NGO ADIL dibubarkan dan diganti dengan sebuah parti baru yang dinamakan Parti keadilan Nasional (KEADILAN). Ketika itu, Wan Azizah menjadi Presiden parti Keadilan dan Dr Chandra menjadi Timbalan Presiden parti Keadilan.

4. Pada Disember 2001, Dr Chandra secara rasmi telah menarik diri daripada menjawat jawatan Timbalan Presiden Keadilan dan sekaligus keluar daripada parti.

5. Menurutnya, dia tarik diri daripada parti kerana "perbezaan pendapat dan tidak bersetuju dengan Anwar" .Menurut Chandra, Anwar tidak layak menjadi pemimpin kerana pendiriannya tidak konsisten, kurang jelas dan beliau mengamalkan politik perkauman.

6. Dr Chandra adalah bekas pensyarah Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Malaya (UM). pernah dipecat daripada UM, gara-gara menyokong Anwar, tetapi apabila dia keluar daripada Keadilan, dia terlibat serius sebagai Pengerusi JUST (Pergerakan Antarabangsa Keadilan Dunia) yang banyak menumpukan kepada politik dunia antarabangsa khususnya berkaitan dengan Amerika Syarikat.

7. Dalam wawancaranya dengan Utusan Malaysia pada 5 Mac 2008, Dr Chandra berkata "Hubungan Anwar-Amerika sangat merbahayakan kedaulatan Malaysia"

Kata Dr Chandra, "Dia (Anwar) menjalinkan hubungan intim dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat (AS). Rakyat Malaysia tahu tentang dasar luar AS yang begitu agresif mahu menguasai dunia seperti di Asia Barat. AS mahu kekal berkuasa ke atas laluan strategik di rantau itu. Anwar juga begitu akrab dengan golongan tertentu di AS, antaranya dengan bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan yang juga bekas Presiden Bank Dunia, Paul Wolfowitz yang merupakan antara perancang utama Perang Iraq"

"Anwar juga menjadi Pengerusi Yayasan Untuk Masa Depan (Foundation For The Future) yang ditubuhkan dan dilancarkan oleh pentadbiran Amerika Syarikat yang kononnya untuk memperkenalkan demokrasi di Asia Barat.Yayasan itu ditubuhkan oleh kuasa tertentu untuk kepentingan mereka. Anwar terlibat dalam usaha ini. Dia mendapat sokongan media Barat dan pemimpin tertentu di Barat". katanya lagi.

Ketika ditanya wartawan Utusan, Apakah pembabitan Anwar dengan Barat ini yang menyebabkan dia menarik diri daripada PKR?, Dr Chandra menjawab; YA.

Katanya; "Memang benar. Inilah yang menjadi faktor saya tarik diri pada Disember 2001. Saya lihat faktor ini melemahkan PKR dan mungkin menyebabkan komplikasi serius terhadap Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat. Hubungan Anwar dengan Amerika Syarikat dan Barat boleh membahayakan kedaulatan kita. Jika hubungan seperti itu wujud, bagaimana dia boleh memimpin untuk kepentingan negara ini?"

"Secara umumnya, orang begini kalau memimpin negara, dia akan melemahkan kerajaan dan negara. Sebab itulah selama dua tahun dalam PKR, saya tidak tunduk kepada kehendak Anwar kerana pendiriannya tidak konsisten dan tidak berterus terang.Sekiranya Anwar dapat menjadi Perdana Menteri, dia tidak akan memberi manfaat kepada rakyat dan negara. Malah, seperti yang saya katakan, dia akan berkompromi dengan golongan tertentu di Amerika Syarikat dalam soal kedaulatan dan kemerdekaan negara", katanya lagi. Klik di sini , di sini, di sini dan di sini

8. Dr Chandra membantah penubuhan Suruhanjaya Antara Agama(IFC) yang dibelakang pertubuhan itu adalah badan yang menaja Anwar dari Jerman, Konrad Adenuer Foundation (KAF). Klik di sini

9 . Dr Chandra dalam wawancara dengan Akhbar Mahasiswa, Oktober 2004, menyeru agar rakyat Malaysia supaya jangan mendewakan peliwat sebagai seorang hero, kerana bertentangan dengan budaya dan agama masyarakat Timur.

Katanya “Sesetengah individu dalam masyarakat kita menganggap sesuatu yang datang dari Barat termasuk budaya homoseksual dan lesbian sebagai baik dan mulia. Kita terlalu mengagung-agung dan mendewa-dewakan budaya mereka. Mungkin juga kerana nilai-nilai yang sepatutnya menjadi pegangan kita semakin longgar dan dangkal,”. Klik di sini

10. Pada Dr Chandra, walaupun Anwar berkata dia mahukan wujudkan suasana Malaysia yang demokratik, tetapi tindak tanduknya sendiri membayangkan sebaliknya. Padanya Anwar seorang yang tidak demokratik dan sanggup menggunakan 'pintu belakang' semata-mata untuk menjadi PM. Klik di sini

sumber - egroup AIDC

No comments: