NUFFNANG

Sunday 4 October 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (6)

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (6)

1. AnWAR ke Jeddah tanpa Shamsidar setelah dibantah keras Azizah. ketika mahu pulang ke Malaysia, SMS dari AnWAR, Azizah dan Azmin meminta penyokong berkumpul di KLIA. Konon risiko AnWAR ditembak/dibunuh sejurus tiba di tanahair seperti Benigno Aquino amat tinggi (spt Malaysia tiada undang-undang). Terbukti dakwaan Anwar hanya untuk menarik perhatian penyokongnya dan AnWAR tetap selamat hingga kini.

2. Setelah seminggu di tanahair, AnWAR mengambil seorang bekas banduan yang dikenali sbg 'Rashid' bekerja di rumahnya di Bukit Damansara. Alasan beliau kepada Azizah mereka tiada pembantu untuk melayan tetamu kerana tetamu yang datang agak ramai. Wan Azizah membantah kerana tidak mahu seorang bekas banduan yang telah disabit hukuman bebas keluar masuk di rumahnya.

3. AnWAR tidak melayani rungutan Azizah dan tetap mengambil Rashid bekerja di rumah. Azizah kembali tertekan kerana perlakuan AnWAR begitu mencurigakan setiap kali masalah timbul membabitkan Rashid. AnWaR begitu murah hati dengan Rashid dengan memberikan banyak baju-baju terpakai kepunyaannya yang mahal dan berjenama kepada Rashid. Gaji yang dibayar kepada Rashid juga cukup lumayan bagi seorang bekas banduan.

4. Semua ini dibantah Azizah, namun Azizah pula yang disalahkan dan dikatakan kedekut oleh AnWAR. Alasan AnWAR 'memberi muka' kepada Rashid konon atas alasan kasihan tidak dapat diterima Azizah. Keluarga AnWAR dan Azizah juga sekali lagi memihak kepada Wan Azizah. Hanya Azmin yang menyokong AnWAR dan bagi meredakan keadaan, AnWAR menyatakan Rashid akan melapor kepada Azmin tetapi tetap bekerja di rumag AnWAR.

5. Setelah AnWAR menerima jawatan professor pelawat di Georgetown University di Washington tajaan Paul Wolfowitz, semua ahli keluarga dibawanya bersama (termasuk seorang orang gaji yang kurang upaya). Rashid dikekalkan berkerja w/pun rumah AnWAR di Bukit Damansara tiada berpenghuni dengan bayaran gaji penuh. Rashid juga diarah tinggal di Bukit Damansara jika sekali-sekala AnWAR pulang ke Malaysia.

6. Ini cukup merunsingkan Azizah. AnWAR kerap pulang berseorangan ke Malaysia dengan alasan punya tugas di Timur Tengah, Hong Kong atau Singapura, lantas singgah di Kuala Lumpur. Setiap kali Azizah menghubungi telefon rumah (jika h/p AnWAR tidak berjawab), Rashid yang menjawab. Azizah mula menghidu sesuatu atau mahu mengelakkan fitnah, meminta AnWAR membawa salah seorang anak mereka jika pulang ke KL.

7. Permintaan Azizah untuk mengiringi AnWAR pulang ke KL sering ditolak AnWAR dengan alasan beliau hanya singgah sebentar di KL sebelum atau selepas urusan di tempat lain. Jika ada anak yang mengiringi AnWAR, mereka akan dihantar bermalam di rumah bapa AnWAR sementara AnWAR akan bermalam di tempat program atau di Bukit Damansara (tentunya dengan kehadiran Rashid!)

Tentunya Azizah cukup risau dengan keadaan ini. Mata-mata Azizah di KL ketika itu ialah seorang peguam wanita yang juga ahli PKR Kuala Langat. Peguam ini tiada 'access' dengan AnWAR dan seringkali meminta bantuan rakan-rakan PKR lain membantunya memantau AnWAR dan Rashid untuk dilaporkan kepada Wan Azizah. Wan Azizah juga sering menghantar sms kepada beberapa pemimpin PKR yang tertentu meminta bantuan mereka memastikan AnWAR bermalam seorang diri di rumah mereka Bukit Damansara setelah selesai mesyuarat di sana.

Setelah AnWAR mengambil keputusan mahu kembali ke Malaysia bagi kesinambungan 'survival' politiknya, Azizah benar-benar mahu Rashid diberhentikan dan disingkirkan dari hidup mereka! Azizah mengamuk sakan serta sekali lagi menunjukkan bantahan yang keras. AnWAR cukup licik melayani permintaan Azizah kali ini, kononnya akan memberhentikan Rashid. Akan tetapi AnWAR hanya memindahkan Rashid ke pejabat peribadinya di Seksyen 16, Petaling Jaya.

Bersambung ke bahagian seterusnya nanti........

No comments: