NUFFNANG

Monday, 26 October 2009

kesiaannnn tg nik aziz.. akibat dipergunakan oleh orang berkepentingan dalam politik... bukan berkepentingan dalam perpaduan ummah dan agama...

UNSPIN: Crisis Management tutup malu N.Ajis tidak menjadi

Kesan Firaun dijumpai di Kelantan!

Orang putih kata keadaan N.Ajis sudah apa yang diistilahkan mereka sebagai crisis management. Semua ini bermula dari tulisan N.Ajis dalam blognya sini.

Setakat ini, pihak-pihak yang dihentam N.Ajis seperti Hadi, Mustafa Ali, Hasan Ali dan mungkin ada yang lain masih berdiam saja. Mereka tidak memberi apa reaksi pun tapi tapi pihak N.Ajis dah menggelabah.

N.Ajis agak defensif bila kata dia sudah tua dan tiada siapa dalang dirinya. Ehh ... tiba-tiba saja. Nampak sangat dia nak cover Anwar yang ada berjumpa dengannya dan Husam yang ada taktik untuk naik berkuasa sebagai wakil Erdogan memegang jawatan Presiden PAS.

Salahuddin Ayub pula kata tidak ada Muktanar Khas (EGM) tapi Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Khas. Perkara ini baru ditulis N.Ajis pada Oktober 22hb. Pastinya belum apa-apa mesyaurat Jawatankausa Pusat PAS sudah diadakan lagi pun.

Salahuddin tidak mahu EGM diadakan kerana beberapa sebab. Pertama, dia tidak mungkin dapat cukup sokongan 2/3 dari akarumbi atau ahli exco untuk adakan EGM.

Kedua, kemungkinan Salahuddin menjangka N.Ajis akan termalu jika dibuat undi besar-besaran kerana nampak gayanya sokongan kepada Hadi dan pasukannya jauh lebih kuat. N.AJis & geng Kelantan/Erdogan hanya tin kosong tapi tak ada power.

Bila sudah kehabisan modal, terpaksa budak Erdogan alih pandang.

Seorang blogger Penarik Beca mengaku dialah penulis untuk posting blog N.Ajis itu. Samada betul atau tidak, konon ini untuk mengalih pandang orang ramai kerana imej N.Ajis bertambah hari bertambah tercemar. Dialah mengaku sebagai yang bangang.

Itu pun tak masuk akal. Tak akan N.Ajis buka blog dan membiar saja sesiapa tulis atas namanya. Tak masuk akal. Kalau perkara ini betul, N.Ajis tak bertanggungjawab. Dia boleh diguna oleh sesiapa. Betul orang kata, dia membiar saja Husam buat sesuka hati untuk sapu balak bagai nak gila di Kelantan.

Memang sudah patut N.Ajis letak jawatan.

Nak tanya Bakaq tu satu saja. Siapa yang cakap, "Nak pecah, pecah gi lah apa boleh buat"? N.Ajis atau Bakaq yang dilaporkan pemberita? N.Ajis pun tidak ada nafikan apa yang dikata.

Dulu, Kini dan Selamanya ... PAS Pembongak

No comments: