kzso

be outstanding... unleashed your power within...the power to shape your destiny...

NUFFNANG

Wednesday, 14 October 2009

TEKS UCAPAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN TIMBALAN PRESIDEN UMNO DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI

Ucapan Penuh Timbalan Presiden UMNO

TEKS UCAPAN
YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN
TIMBALAN PRESIDEN UMNO
DI MAJLIS PERASMIAN SERENTAK PERSIDANGAN PERWAKILAN WANITA, PEMUDA DAN PUTERI UMNO
2009
BERTEMPAT DI DEWAN MERDEKA,
PUSAT DAGANGAN DUNIA PUTRA
KUALA LUMPUR
PADA 13 OKTOBER 2009; JAM 8.00 MALAM

MENGGALAS TUNTUTAN PERUBAHAN

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamu’alaikum wa rahmatullahi wabarakatuh, salam sejahtera dan salam 1Malaysia.

1. Alhamdulillah, marilah kita memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah s.w.t. kerana dengan limpah izin dan kurniaNya kita sekali lagi dapat berhimpun di Dewan Merdeka pada malam ini untuk menyempurnakan Perasmian Serentak Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri 2009.

2. Saya berdiri di sini di hadapan saudara dan saudari dengan perasaan bangga atas kemenangan besar UMNO dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Tahniah dan syabas saya ucapkan kepada semua pejuang UMNO dan Barisan Nasional yang telah menyumbangkan khidmat bakti bagi memastikan kemenangan kita.

Kalau tidak pohon berangan
Tidak puyuh ke Tasik Chini
Kalau tidak kerana perjuangan
Tidak kita berkumpul di sini.

Jiwa Baru UMNO

2. Pertemuan kita kali ini membawa pengertian besar bagi parti UMNO yang sedang menakhoda zaman. UMNO baru sahaja melalui perubahan besar dalam sejarah kepimpinannya. Untuk sekian kalinya kita menyaksikan kepimpinan baru pada semua peringkat – dari Presiden, Timbalan Presiden, Naib-Naib Presiden, Ketua Wanita, Ketua Pemuda dan Ketua Puteri. Tahniah saya ucapkan kepada barisan kepimpinan UMNO yang baru, khususnya kepimpinan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri yang berada di sini pada malam ini.

3. Apa yang menarik ialah YAB Presiden dan saya sendiri lahir dari madrasah pemuda UMNO. Ketiga-tiga Naib Presiden juga lahir daripada madrasah yang sama. Ketua Wanita lahir dari proses kematangan dan kepimpinan dalaman wanita. Demikianlah juga ketua pemuda dan ketua puteri lahir daripada tarbiah kepimpinan pemuda dan Puteri. Saya amat berbangga bahawa di hadapan saya pada malam ini adalah terdiri dari barisan kepimpinan masa depan UMNO yang di dalam genggaman tangan saudara saudari sekelian yang akan mencorak nasib dan masa depan agama, bangsa dan tanahair.

4. Saudara saudarilah yang sebenarnya mewakili jiwa baru UMNO bagi menggalas cabaran dan tuntutan perubahan di tengah-tengah landskap politik negara yang baru. Jiwa baru yang mewakili setiap suara orang Melayu, bumiputera dan rakyat Malaysia. Jiwa baru yang dibina dengan idealisme perjuangan dan setia menjadi ahli parti. Jiwa baru yang bersedia dan berani melakukan perubahan. Inilah gelombang perubahan UMNO.

5. Saya yakin UMNO mahu berubah. UMNO telah mula berubah. Dan UMNO akan terus membuat perubahan untuk kebaikan. Sebagai sebuah parti yang lahir dari suara Melayu dan yang mendapat dokongan rakyat, UMNO pasti akan melakukan perubahan untuk mencapai kebaikan. UMNO tidak tertegak sebagai parti yang statik, jumud dan beku ketika zaman sedang berubah dengan pantas. Sejarah membuktikan UMNO adalah parti yang sentiasa menjana kekuatan, melakukan penyesuaian dan sentiasa membentuk kepemimpinan pelapis sebagai sebahagian daripada proses perubahan. Yang patah pasti tumbuh, yang hilang akan berganti.

6. Inilah sebenarnya yang menjadikan UMNO parti yang dinamis, berubah mengikut masa, dan membuat penyesuaian mengikut keperluan dan tuntutan zaman. Kita sedar tanpa kesediaan untuk berubah, UMNO akan diubah. UMNO mengambil serius tuntutan ke arah perubahan ini kerana proses pembugaran semula adalah kunci kekuatan UMNO masa kini bagi menghadapi cabaran semasa dan akan datang. Maka haluan besar tuntutan untuk semua warga UMNO adalah untuk membuktikan bahawa kita bersedia melakukan

PERUBAHAN!
Dan memastikan bahawa UMNO tetap
RELEVAN!

7. Perubahan dan Relevan -- kedua-duanya saling berkaitan, ibarat ruh dan jasad, ibarat aur dan tebing, yang satu menyokong yang lain, yang satu memperkuat yang lain. Tidak ada ertinya sekiranya kita hanya mampu berubah tetapi tidak menjadikan UMNO releven dengan putaran masa. Justeru, UMNO perlu menjadi releven memahami suara, bahasa, gaya dan nuansa politik baru. UMNO perlu menjadi releven dalam dunia terbuka tanpa sempadan dan di tengah-tengah ledakan maklumat dan ilmu. UMNO perlu terus menjadi releven dengan mewakili suara orang Melayu, Bumiputera dan rakyat keseluruhannya.

Mendepani Cabaran

Saudara dan saudari sekalian,

8. Parti kita pada saat ini sedang diuji dengan cabaran dan tantangan yang getir. Apa yang dikatakan tsunami politik sewaktu Pilihan Raya Umum 2008 bagai menghasilkan musibah berupa trauma yang masih terbekas di sanubari kita. Bagi kebanyakan orang, trauma ini masih belum kebah.

9. Dalam suasana segetir ini, kita seolah-olahnya sedang berada di pinggiran tebing yang curam. Di hadapan kita lurah yang dalam, sementara di belakang kita gunung-ganang dan cenuram yang tinggi. Dalam keadaan sedemikian, kita sebenarnya tiada pilihan. Jika kita terus berarak ke tebing, kita akan tersungkur ke lurah dan rebah buat selama-lamanya. Kita berada di persimpangan bagaikan dalam nestapa zaman gila seperti yang disebut oleh pujangga Ronggowarsito dalam syairnya “Jaman Edan” atau Zaman Gila:

Mengalami jaman edan,
Sulit rumit dalam bertindak,
Ikut gila tak sampai hati,
Jika tak ikut – larut,
Bakal tak dapat rezeki,
Kelaparanlah akhirnya,
Namun sudah takdir kehendak Allah,
Lebih mujur bagi yang ingat (pada Tuhan)
Dan tetap waspada


10.
Gambaran zaman edan turut dapat dirasakan hari ini apabila rakyat dihidangkan dengan fitnah dan pembohongan sehingga kekeliruan dan kepalsuan menjadi kebiasaan. Khabar angin, provokasi, cerita palsu dan berita sensasi sengaja direka untuk membangkitkan rasa benci terhadap musuh. Masyarakat sukar untuk membezakan antara kebenaran dan kepalsuan, antara kebaikan dan kemungkaran. Akhirnya, yang benar menjadi palsu, yang palsu menjadi benar. Yang ma’ruf menjadi mungkar, yang mungkar menjadi ma’ruf. Yang adil menjadi zalim, yang zalim menjadi adil. Yang hak menjadi batil, yang batil menjadi hak. Ini adalah hasil tangan-tangan mereka yang melakukan kerosakan atas nama kebebasan, kesaksamaan, keadilan dan juga atas nama agama. Matlamat menghalalkan cara, walaupun taruhannya sebuah bangsa dan negara. Firman Allah s.w.t. dalam surah al-Baqarah, ayat 11-12:

وَإِذَا قِيلَ لَهُمۡ لَا تُفۡسِدُواْ فِى ٱلۡأَرۡضِ قَالُوٓاْ إِنَّمَا نَحۡنُ مُصۡلِحُونَ أَلَآ إِنَّهُمۡ هُمُ ٱلۡمُفۡسِدُونَ وَلَـٰكِن لَّا يَشۡعُرُونَ

Yang bermaksud: “Dan apabila dikatakan kepada mereka: Janganlah kamu membuat bencana dan kerosakan di muka bumi, mereka menjawab: Sesungguhnya kami orang-orang yang hanya membuat kebaikan. Ketahuilah! Bahawa sesungguhnya mereka itulah orang-orang yang sebenar-benarnya membuat bencana dan kerosakan, tetapi mereka tidak menyedarinya”.
(Al-Baqarah: 11-12)

Golongan yang membuat bencana dan kerosakan ini menjadi angkuh dan sombong ketika tuhan menguji mereka dengan sedikit kuasa. Lalu mereka berarak di jalan-jalan raya konon menunjuk jaguh kuasa, mereka menentang suara demokrasi konon kuasa rakyat bersama mereka, mereka mengherdik kehakiman Negara konon dikasi oleh adikuasa, mereka membentak polis konon dikawal kuasa mereka, malah mereka menyanggah Suruhanjaya Pilihanraya bila keputusan-keputusan tidak berpihak pada mereka. Mereka alpa dengan peringatan Allah agar tidak memecah belahkan umat, agar tidak menabur fitnah, agar tidak menghina dan mencaci sesama manusia. Mereka berasa tidak berdosa ketika kononnya bercakap tentang keadilan dan keIslaman, tetapi terus menggugat dan meruntuhkan nilai keIslaman mereka.

11. Oleh yang demikian, hayatilah peringatan sejarawan Islam Ibn Khaldun dalam karyanya Muqaddimah. Dalam kitaran sejarah, kejatuhan sesuatu bangsa itu bermula dengan menularnya sikap mementingkan diri serta lunturnya semangat kesepaduan di kalangan generasi terkemudian. Mereka lupa bahawa kemakmuran yang mereka kecapi adalah hasil daripada perjuangan, pengorbanan dan kesatuan hati generasi terdahulu dalam membangun jiwa dan mengangkat maruah bangsanya. Pertelagahan dan perbalahan sesama sendiri menjadi lumrah apabila nafsu serakah terhadap kuasa dan harta bermaharajalela. Apabila sikap ini sudah menular dan tidak dapat dibendung lagi, bangsa ini akan rebah.

12. Melihat ke dalam masalah ini, kita mesti berfikir sejenak, bermuhasabah diri, membetulkan langkah, membulatkan tekad, mempertautkan hati dan bersama-sama mara mendaki ke puncak. Kita mesti belajar dari pengalaman lalu dan memperbetulkan diri. Dengan berbekalkan sejarah dan tradisi kita memperkukuhkan keyakinan, dengan berbekalkan semangat dan iltizam kita melangkah ke hadapan, dengan berbekalkan sumpah keramat penubuhan parti, kita membela agama, bangsa dan negara.

13. Sesungguhnya, masa berlalu dan pemimpin silih berganti. Namun persetiaan untuk menggalas perjuangan luhur UMNO membela agama, bangsa dan tanah air demi kesejahteraan rakyat mesti ditunaikan.

Tegak kita pada yang hak
Duduk kita pada yang elok
Membela rakyat tahan dikerat
Membela bangsa tahan binasa

14. Tradisi perjuangan kita membela bangsa tidak pernah padam meskipun terpaksa berhempas pulas dalam gelombang sistem politik demokrasi. Kita sedar demokrasi tidak mengenal rekod pencapaian dan sejarah perjuangan silam. Sebuah parti yang banyak berjasa dan gah berkuasa sekalipun boleh rebah sekiranya tidak lagi diterima oleh rakyat.

15. Sejarah parti-parti kemerdekaan di Negara-negara serantau banyak memberi pengajaran dan keinsafan. Parti Golkar di Indonesia tidak lagi sekental dulu. Parti Nacionalista di Filipina telah lama tumpas. Yang paling mutakhir tumbang ialah Parti Liberal Demokratik (LDP) di Jepun yang telah banyak berjasa membangunkan semula negara Jepun selepas Perang Dunia Kedua.

16. Apakah yang menyebabkan parti-parti ini kecundang? Apakah jasa dan bakti parti-parti ini kepada pembangunan, kemajuan dan kemakmuran negara masing-masing tidak lagi dikenang oleh rakyat? Apakah rakyat mempunyai kehendak dan aspirasi yang berbeza daripada apa yang mampu ditawarkan oleh parti-parti ini? Atau apakah parti-parti ini menjadi angkuh dan pemimpinnya tamak oleh kerana terlalu lama berkuasa?

17. Tidak dapat dinafikan bahawa sejarah perjuangan UMNO telah berjaya melakukan transformasi sosio-ekonomi yang besar di kalangan orang Melayu khususnya dan rakyat Malaysia amnya sehingga muncul generasi baru kelas menengah yang penuh dengan idealisme baru dan tuntutan baru. Pemimpin UMNO pula tidak pernah lupa dari mendambakan diri kepada rakyat. Persoalannya kini ialah apakah UMNO bersedia untuk mengisi pengharapan baru rakyat hari ini yang tentunya lebih tinggi berbanding ketika UMNO ditubuhkan dahulu.

18. Saya tetap yakin dan percaya, seperti Parti Kongres di India dan Parti Kuomintang di Taiwan yang pernah tewas, tetapi bangkit semula dengan citra politik yang baru, maka UMNO dan BN juga akan bangkit semula dan mengulangi kegemilangannya. UMNO mampu menempuh cabaran ini dan memenuhi harapan baru. Ini kerana UMNO adalah parti yang pragmatik dan pantas membaca keadaan serta berani membuat perubahan.

Haluan Perubahan
Saudara dan saudari sekalian,

19. Alhamdulillah, UMNO/BN masih kekal memerintah, meskipun kita gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen, dan tewas di beberapa buah negeri. Peristiwa ini janganlah melunturkan daya juang kita. Kita pernah melalui babak-babak tragis dan jatuh bangun dalam perjuangan. Namun setiap kali kita melaluinya kita menjadi semakin kental dan berpantang maut sebelum ajal. Justeru, saudara saudari sekelian, marilah kita bingkas bangun segera merapatkan saf, bermula dengan wahdatul fikr (kesatuan minda), dihayati dengan wahdatul qalb (kesatuan hati), bergerak dengan wahdatul amal (kesatuan amal), dan menuju wahdatul hadaf (kesatuan matlamat) untuk melakukan perubahan dan pembaharuan demi kelangsungan perjuangan parti.

Firman Allah dalam Surah Al-Shof, Ayat 4:

إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلَّذِينَ يُقَـٰتِلُونَ فِى سَبِيلِهِۦ صَفًّ۬ا كَأَنَّهُم بُنۡيَـٰنٌ۬ مَّرۡصُوصٌ۬
“Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang untuk membela agamaNya, dalam barisan yang teratur rapi, seolah-olah mereka sebuah bangunan yang tersusun kukuh”

20. Peringatan Allah ini mengingatkan kita untuk menjadi parti yang sentiasa kukuh dan mantap, bergerak sederap dan senafas, setia memikul amanah, sedia menurut perintah, meletakkan matlamat perjuangan parti mengatasi kepentingan amarah diri. Oleh itu marilah kita bersetia menterjemahkan amanat YAB Presiden agar tidak ada lagi di antara kita yang menjadi batu-api, batu ronson, kaki-cucuk, talam dua muka, pepat di luar, rencong di dalam, dan si Kitol yang lidah bercabang, langkah menyilang. Tidak ada lagi perpecahan dalaman, tidak ada lagi team A-team B seperti dulu, tidak ada lagi gerakan jatuh menjatuhkan pemimpin, tidak ada lagi budaya ugut-mengugut, dan tidak ada lagi perebutan kuasa sehingga parti menjadi mangsa. Yang ada hanya satu wadah, satu pasukan, Satu UMNO!

21. Kesemuanya ini dapat kita laksanakan dengan menghayati empat rukun yang saya sebutkan tadi. Dengan terbinanya kesatuan minda, UMNO akan mempunyai visi perjuangan yang jelas. Dengan terjalinnya kesatuan hati, setiap daripada kita akan menjiwai erti perjuangan UMNO. Dengan terbentuknya kesatuan amal, kita bergerak dan bertindak di atas satu landasan dan satu pasukan. Dengan terpaterinya kesatuan matlamat, kita akan dapat mencapai tujuan perjuangan kita demi agama, bangsa dan tanahair.

Kesatuan Minda (Wahdatul Fikr)

22. Langkah pertama kita ke arah perubahan dan pembaharuan ialah kesatuan minda kita untuk memahami, menghayati dan mendalami aspirasi rakyat dan orang Melayu. Kita perlu membebaskan minda dan sikap kita daripada penjara pemikiran yang lapuk, la’ih dan sukar berubah yang menyimpang daripada perjuangan kita yang sebenar. Kita mesti menerima hakikat bahawa landskap politik negara sudah berubah, nilai dan budaya politik masyarakat Melayu sendiri juga sudah berubah.

23. Kita perlu menggarap pemikiran baru tentang demokrasi yang merangkumi konsep penghakupayaan (empowerment), politik penyertaan (participatory politics) dan tadbir urus negara yang baik (good governance). Pemikiran baru ini perlu dibina dan digembleng tanpa mengorbankan matlamat asal perjuangan UMNO. Prinsip perjuangan UMNO, iaitu berjuang demi agama, bangsa dan negara adalah tetap luhur dan releven. Kita tidak perlu apologetik dalam soal ini. Tetapi, dalam suasana pemikiran politik yang telah berubah, maka ia perlu disampaikan, diterangkan dan diwar-warkan dengan cara yang yang lebih jelas dan agresif.

Kesatuan Hati (Wahdatul Qalb)

24. Dengan menjalin kesatuan hati, kita hayati nilai politik luhur yang disanjungi oleh rakyat. Rakyat dan orang Melayu hari ini menyanjung tinggi pemimpin yang ikhlas berbakti; mendahulukan kepentingan rakyat daripada kepentingan peribadi; sentiasa menunaikan janji; telus, adil, amanah dan bertanggungjawab apabila bertindak; dan sentiasa memahami denyut nadi rakyat. Dengan menghayati nilai-nilai luhur ini, saya yakin UMNO akan sentiasa dekat di hati rakyat.

25. Apabila kita berbakti, pastikan bakti yang dicurahkan, kidmat yang disampaikan dan bantuan yang dihulurkan benar-benar menyentuh hati rakyat. Ini bermakna kita mesti sentiasa bersatu hati untuk bersama-sama mencurahkan bakti kepada rakyat yang benar-benar memerlukan. Kita mesti sentiasa bersetia dalam wadah UMNO untuk membantu rakyat tanpa mengira pangkat dan kedudukan. Kita mesti sentiasa bersedia untuk berkhidmat kepada rakyat tanpa mengira masa dan tempat.

26. Kunci kepada khidmat bakti yang menyentuh hati rakyat ialah keikhlasan. Curahan bakti yang dilakukan dengan penuh kesungguhan atas rasa kasih sesama insan akan memancarkan rasa ikhlas di hati sanubari kita. Sesungguhnya, masyarakat boleh menilai setiap khidmat atau sumbangan yang disampaikan. Walau sekecil mana pun sumbangan itu, sekiranya dilakukan dengan niat yang suci, pasti akan dihargai. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Sesungguhnya amal perbuatan itu tergantung kepada niatnya, dan seseorang akan memperoleh apa yang diniatkannya”

Kesatuan Amal (Wahdatul Amal)

27. Dengan memperteguh kesatuan amal, kita rangka dan laksanakan pendekatan yang lebih mesra rakyat untuk memenangi hati dan perasaan mereka, terutama sekali golongan muda. Kita tampilkan wahana komunikasi politik yang lebih berkesan untuk mendekati rakyat. Wahana baru yang telahpun kita gunakan ialah media baru dan asas rangkaian sosial yang bersifat interaktif. Kita manfaatkan wahana ini bukan sahaja untuk berinteraksi tetapi untuk menampilkan idealisme, pemikiran, nilai, budaya dan jiwa UMNO yang baru.

28. Program mendekati masyarakat mesti diperhebatkan supaya kita benar-benar dapat merasai denyut nadi mereka. Jadilah mata, telinga dan suara hati masyarakat. Fahami permasalahan masyarakat dan bantulah mereka mencari jalan penyelesaian. Sentiasalah turun padang agar kehadiran kita dirasai, diri kita mudah didekati. Sentiasalah berada bersama masyarakat dan bersedia untuk membantu mereka. Ini adalah terjemahan tradisi perjuangan kita membela rakyat.

29. Untuk itu, kita mesti perkukuhkan asas kekuatan UMNO iaitu ahli dan organisasinya. Kedua-dua modal politik ini mesti terus diperkasa dan disiapsiagakan untuk menggalas perjuangan parti. Kita persiapkan ahli-ahli UMNO dengan ilmu dan kemahiran politik yang mantap melalui program pendidikan dan latihan sepanjang hayat. Dengan melaksanakan program tarbiah siasah ini kita pastikan ahli-ahli UMNO menghayati erti perjuangan UMNO dan erti menjadi pejuang UMNO yang sejati.

30. Kita persiapkan organisasi UMNO untuk memacu gelombang perubahan. Pindaan perlembagaan yang akan dibentangkan esok bakal membuka jalan kepada proses transformasi sistem politik UMNO yang lebih demokratik dan inklusif. Peremajaan parti menerusi penyertaan pimpinan muda dan wanita yang lebih ramai di semua peringkat akan menyuntik semangat perjuangan yang lebih bertenaga dan segar. UMNO adalah sebuah parti dari rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat.

Kesatuan Matlamat (Wahdatul Hadaf)

31. Dengan membulatkan kesatuan matlamat, kita jayakan hijrah jiwa dan sikap. Kita lahirkan para pejuang UMNO yang kukuh imannya kepada Allah s.w.t, yang utuh nilai moral dan etikanya, yang mengutamakan hubungan sesama manusia dan yang memahami realiti semasa. InsyaAllah, dengan melakukan hijrah jiwa ini, yang akan terpancar daripada diri peribadi para pejuang UMNO ialah sifat-sifat terpuji seperti yang dimiliki oleh Rasulullah s.a.w. Para pejuang kita akan sentiasa berani menyatakan kebenaran (siddīq), bukan dusta, sentiasa amanah (amānah), bukan curang, sentiasa menyampaikan seruan kebenaran (tablīgh), bukan menyembunyikannya, dan sentiasa berfikiran cerdas (fatānah), bukan dungu.

32. Sebaiknya kita melakukan hijrah jiwa dan sikap dengan menghayati semangat hijrah Rasulullah s.a.w. Baginda Rasulullah s.a.w berhadapan dengan suasana yang amat getir sebelum berhijrah ke kota Madinah. Baginda dicaci, dihina, dicerca, diherdik malah disakiti oleh para musyrikin dan pemuka Arab jahiliyyah. Namun kecekalan baginda mengharungi keperitan perjuangan berbekalkan kekuatan iman melakar titik perubahan besar dalam sejarah kebangkitan Islam. Islam yang mulanya sukar diterima oleh masyarakat Arab jahiliyyah, telah bertapak di bumi Madinah dan kemudiannya tersebar ke seluruh pelusuk dunia.

33. Saya ingin mengajak seluruh warga UMNO untuk merencana hala tuju perubahan dengan wahdatul fikr; menjiwai keikhlasan perjuangan dengan wahdatul qalb; mendekati rakyat dengan wahdatul amal; dan bergerak sederap selangkah untuk mencapai kegemilangan UMNO dengan wahdatul hadaf. Sekiranya kita dapat menghayati dan melaksanakan keempat-empat rukun ini, kita pasti akan melahirkan generasi pemimpin Ulul Albab yang teguh imannya, tajam ilmunya dan berkat perjuangannya.

Peranan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri
Saudara dan saudari,

34. Saya amat bertuah kerana berpeluang untuk bersama dengan saudara saudari hari ini. Saya yakin di hadapan saya adalah wira dan wirawati UMNO yang akan menyusuri arus perubahan. Ketiga-tiga sayap ini merupakan wadah penting untuk melahirkan pemimpin Melayu yang kental, tangkas, berani dan berjiwa besar dalam menggerak panji-panji perjuangan agama, bangsa dan negara.

35. Pergerakan Wanita sentiasa berdiri kukuh dalam setiap episod perjuangan parti. Ahli-ahli Pergerakan Wanita merupakan penggerak parti yang sentiasa setia dengan perjuangan dan bersedia untuk berada di lapangan pada setiap waktu ketika tenaga dan bakti mereka diperlukan. Syabas saya ucapkan kepada Pergerakan Wanita.

36. Kita berharap agar Pergerakan Wanita di bawah kepimpinan YB Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil akan terus perkasa dan menjadi cerminan kepada usaha kita untuk mengangkat martabat kaum wanita di negara ini. Justeru, menjadi harapan kita agar lebih ramai pemimpin Pergerakan Wanita terlibat secara aktif dalam proses membuat keputusan parti, samada melalui Pergerakan Wanita atau Majlis Tertinggi. Biarlah parti kita menjadi contoh teladan sebagai sebuah institusi yang benar-benar serius dalam menghargai dan mengiktiraf sumbangan golongan wanita kepada pembangunan bangsa dan negara.

37. Begitu juga dengan Pergerakan Pemuda. Semangat daya juang tinggi yang dizahirkan semasa siri-siri pilihanraya kecil membuktikan jiwa Pemuda UMNO masih kuat mendaulatkan perjuangan parti. Syabas Pergerakan Pemuda. Manakala Puteri UMNO pula tetap setia berada di mana jua meskipun di tengah-tengah cabaran pembangkang. Syabas Puteri UMNO.

38. Kedua-dua sayap UMNO ini —Pemuda dan Puteri--- berada di barisan hadapan perjuangan parti dan menjadi cerminan kepada citra politik masa depan. Amanah besar yang digalas oleh Pergerakan Pemuda dan Puteri di bawah kepimpinan YB Sdr. Khairy Jamaluddin dan YB Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin ialah untuk meraih semula sokongan generasi muda melalui pemugaran idealisme perjuangan parti.

39. Generasi muda pada hari ini adalah generasi yang mengutamakan cetusan akal, bukan letusan emosi. Justeru, tidak ada jalan pintas bagi kita untuk menyantuni generasi muda melainkan kita dapat meyakinkan mereka dengan asas-asas perjuangan kita secara tuntas dan rasional. Untuk itu, Pergerakan Pemuda dan Puteri perlu bangkit sebagai satu wadah pemimpin muda Melayu yang petah dan tangkas untuk mengenengahkan citra perjuangan UMNO.

40. Hari ini meskipun kita mulai menyaksikan kebangkitan semangat Wanita, Pemuda dan Puteri untuk memperkasa perjuangan parti, namun semangat ini perlu dikentalkan lagi. Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri mesti mara ke hadapan sebagai satu pasukan yang mantap dan padu untuk memikul amanah perjuangan. Setialah kepada prinsip, satukanlah hati-hati, bulatkanlah tekad, bergeraklah dalam satu wadah menuju satu matlamat. Hindarilah kemilau harta dan permata yang melemahkan daya juang, jauhkanlah diri daripada perebutan kuasa yang membinasa, jadilah juru bicara hati nurani rakyat yang berkat.

41. Saudara dan saudari telah menyumbang bakti kepada parti dan orang Melayu, sentiasa berada di barisan hadapan mengarak panji-panji parti. Semua ini masih belum memadai sekiranya rakyat belum merasai. Pilihanraya ke 12 yang lalu menjadi bukti generasi muda yang masih belum menghayati perjuangan UMNO sepenuhnya. Manakala UMNO pula tidak dilihat memenuhi aspirasi generasi baru dengan pemikiran yang segar. UMNO dilihat sebagai parti eksklusif yang semakin renggang daripada massa. Gerak kerja parti dalam hal penambahan ahli dan pengundi baru pula kelihatan lesu. Inilah antara contoh-contoh cabaran yang belum ditangani.

Penunjuk Prestasi Utama Politik

42. Walaupun begitu, saya yakin kepimpinan ketiga-tiga sayap yang ada pada hari ini mampu untuk mendepani cabaran. Maka garaplah segala potensi, gilaplah kerohanian diri, tingkatkanlah ilmu, kuasailah kemahiran, manfaatkanlah kecerdasan minda dan perkukuhkanlah kualiti kepimpinan supaya UMNO kembali menjadi wadah perjuangan orang Melayu yang memberi harapan kepada segenap lapisan rakyat jelata. Bagi memastikan agar UMNO kembali menjadi parti yang memberi harapan baru, saya ingin mengajak ketiga-tiga sayap untuk menetapkan Penunjuk Prestasi Utama Politik, atau Political Key Performance Indicator iaitu menambah ahli baru, mendaftar pengundi baru dan membentuk jaringan dengan pertubuhan bukan kerajaan. Saya memberi tempoh masa dua tahun untuk saudara saudari mencapai sasaran. Kita sudah tidak ada masa. Gerakan ini mesti bermula sekarang.

Memacu Perubahan
Saudara dan saudari sekalian,

43. UMNO di bawah teraju YAB Presiden sudah memulakan langkah tegas untuk memacu perubahan, sekaligus memenangi semula hati dan jiwa rakyat. Kita sudah mengambil langkah untuk melakukan proses penilaian semula secara serius tentang cara dan kaedah mendepani rakyat. Kita juga sudah menjadikan kehendak, aspirasi dan keperluan rakyat sebagai teras komitmen kita. Kita mengutamakan rakyat. Rakyat kita dahulukan.

44. Maka itu semangat dan hala tuju baru ini mesti segera digarap dan digembeleng agar menjadi arus dan gelombang yang lebih besar, yang nantinya akan melonjakkan perjuangan parti kita ke mercu kejayaan dan kegemilangan. Namun begitu, saya ingin tegaskan bukan UMNO sahaja yang perlu berubah. Parti-parti komponen Barisan Nasional juga perlu berubah. Kita perlu bersedia untuk melakukan transformasi yang lebih mendalam termasuk mencapai muafakat baru dalam hubungan antara parti-parti Barisan Nasional. Muafakat baru ini mestilah berlandaskan kepada semangat penerimaan antara kaum dan penyanjungan terhadap kepelbagaian sebagai sumber kekuatan kita sebagaimana yang telah digariskan oleh YAB Presiden dalam gagasan 1Malaysia.

Saudara dan saudari sekalian,

45. Gema seruan perubahan dan pembaharuan ini mesti segera disahut dengan hati yang cekal dan dada yang terisi dengan obor perjuangan. Jadilah pendokong parti yang bersatu, bersetia dan berkhidmat.

46. Jadilah pemimpin sejati yang tinggi akal budi, suci jiwa rohani, berani menghadapi cabaran dan cekal memacu perubahan sepertimana yang digambarkan dalam ungkapan Melayu ini.

Memakai syarak lahir dan batin
Imannya tebal adat pun kental
Takwanya nampak ilmu pun banyak
Berdada lapang berfikiran panjang
Bermuka jernih berlidah fasih
Berpendirian kukuh berakal senonoh
Berpijak tidak berkisar
Bercakap tidak beralih
Beraninya menahan uji
Setianya tahan dicuba
Taatnya tahan dilipat


47.
Hayatilah firman Allah s.w.t. mengenai kecekalan iman para pemuda al-Kahfi yang oleh kerana keimanannya itu, mereka ditambahi petunjuk oleh Allah s.w.t.

نَّحۡنُ نَقُصُّ عَلَيۡكَ نَبَأَهُم بِٱلۡحَقِّ‌ۚ إِنَّہُمۡ فِتۡيَةٌ ءَامَنُواْ بِرَبِّهِمۡ وَزِدۡنَـٰهُمۡ هُدً۬ى
Kami ceritakan kepadamu (wahai Muhammad) perihal mereka dengan benar; sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka dan kami tambahi mereka dengan hidayat petunjuk
(al-Kahf: 13)

Penghargaan Kepada YAB Presiden

48. Saya ingin merakamkan ucapan terima kasih saya yang setulusnya kepada YAB Presiden yang kita hormati dan sanjungi, di atas sokongan dan kepercayaan beliau kepada saya untuk menjalankan tugas dan kewajipan sebagai Timbalan Presiden. Iltizam saya ialah untuk membantu YAB Presiden dalam menyusuri haluan perubahan yang telah digariskan.

49. YAB Presiden sebenarnya telah meletakkan penanda aras yang tinggi ketika beliau menyandang jawatan Timbalan Presiden. Justeru, bukan mudah bagi saya untuk mencapai penanda aras itu tanpa sokongan YAB Presiden dan saudara-saudari sekelian.YAB Presiden kita juga telah memacu perubahan dan pembaharuan di peringkat kerajaan, yang kini Alhamdulillah telah diterima baik oleh rakyat. Bukti terjemahan sokongan rakyat kepada UMNO ialah kemenangan besar kita dalam Pilihanraya Kecil Bagan Pinang. Sebagai ahli UMNO, kita semua mesti menyambut semangat perubahan yang telah dimulakan oleh YAB Presiden di peringkat kerajaan sambil memacu gelombang perubahan di dalam parti.

Penutup
Saudara dan saudari,

50. Yakinlah, perubahan pucuk pimpinan parti, kesediaan untuk meminda perlembagaan dan semangat kental pimpinan baru ketiga-tiga sayap, adalah petanda bahawa UMNO sedang menuju ke ufuk kegemilangannya semula. Dari wajah saudara-saudari yang berada dalam dewan perhimpunan malam ini terpancar sebuah harapan baru bahawa UMNO akan bangun semula dengan lebih bersiap-siaga, lebih perkasa.

51. Marilah kita mempertautkan hati, memperkukuhkan tekad, memperteguhkan itizam untuk menyemarakkan terus api perjuangan parti. Marilah kita rapatkan saf, gerakkan kesatuan minda, pertautkan kesatuan hati, dan laksanakan kesatuan amal bagi mencapai kesatuan matlamat. Ayuh kita jayakan cita-cita wahdah ini. Sesungguhnya masa depan agama, bangsa, dan negara tercinta ini berada dalam genggaman tangan kita sekalian. Maka laksanakanlah semua ini dengan satu tekad perubahan agar UMNO tetap relevan sepanjang zaman. Marilah kita menggalas tuntutan perubahan.

52. Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim saya merasmikan Persidangan Serentak Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO 2009.

Wabillahi al-taufiq wal hidayah wassalamu’alaikum warahmatullahi wabarakatuh.

Posted by KZSO at Wednesday, October 14, 2009
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

No comments:

Post a Comment

Newer Post Older Post Home
Subscribe to: Post Comments (Atom)

World Tracking

THINK !

THINK !
A politician thinks of the next election; a statesman thinks of the next generation. ~James Freeman Clarke
Doa Nabi Musa A.S sebagaimana yang direkodkan di dalam al-Quran, "Rabbi syrah li sodri, wa yassirli amri, wahlul 'uq datan min lisaniy, yafqahu qauliy", bermakna: "Wahai Tuhanku, lapangkanlah dadaku, permudahkanlah urusanku, dan bukalah simpulan dari lidahku, agar mereka memahami perkataanku."

NUFFNANG

Comments or Feedback

[NO anonymous comments will be published. Please use Google Account, OpenID or Name/URL. Pseudonym is accepted. Thank you]

Solah time....

Followers

TimeZone

the time in malaysia is now......

the weather in kuala lumpur, malaysia is

NUFFNANG

My Blog List

  • Helen Ang
    DAP kalah 0-8 in Sabah election - Wonderful news. I can’t be happier. I’m back. See you on Twitter.
    1 day ago
  • dr novandri
    Buli & Masaalah Disiplin Pelajar : Cara Penyelesaian - Artikel ini ditulis pada tahun 2000 (25 tahun lepas tapi kandungannya tetap valid hingga ke hari ini. Peristiwa buli, bunuh pelajar dan sebagainya yang ber...
    1 month ago
  • The Unspinners
    Sidang Media Terakhir Hamid Bador, Peperangan Antara Dr Mahathir Dengan Mahiaddin Atau Hamid Bador Dengan Hamzah Zainuddin? - Sidang media terakhir TS Hamid Bador sebagai Ketua Polis Negara berjaya mendapat perhatian seluruh negara. Mungkin bagi sesetengah pihak yang masih lagi ...
    4 years ago
  • 1 Malaysia
    Tiba Masanya UMNO Sendiri, Lupakan BN - Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Nazri Abdul Aziz percaya Umno akan bertambah kuat jika bersendirian terikat dalam BN bersama parti yang “tidak d...
    7 years ago
  • Jebat Must Die
    Dr. Mahathir dan kebodohan media umno - Mengapa serangan media umno terhadap Tun Dr. Mahathir ibarat menikam umno sendiri? Dengarkan rumusan oleh Bekas Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan...
    7 years ago
  • mohd saiful bukhari
    BERKAT DOA, ISTIQAMAH, SABAR SELAMA 8 TAHUN - Bermunajat di Puncak Jabal Nur, Gua Hira''. Musim Haji 1431H/2010 Berkat doa, istiqamah dan sabar selama 8 tahun, pada hari ini, Mahkamah Persekutuan se...
    8 years ago
  • tunku
    Gerakan and MCA against casino in Penang - *Gerakan: One casino enough* Malaysia does not need more than one casino, according to Gerakan. Party secretary-general Liang Teck Meng told reporters on...
    9 years ago
  • The Malaysian Insider :: ALL
    Terima kasih rakyat Malaysia - Sebelum The Malaysian Insider melabuhkan tirainya tengah malam ini, kami ingin mengucapkan jutaan "Terima Kasih" kepada semua pembaca yang setia melayari p...
    9 years ago
  • @fzuhri
    An open letter to Malaysian Muslim: Choosing our battles wisely – Part 1 - Much has been said regarding the recently concluded Multaqa Al Azhar where for the first time since 2002, UMNO and PAS leaders shared a same stage. Pers...
    9 years ago
  • ZULKIFLI BIN NOORDIN
    AL-AQSA MENANGIS DARAH! - *Bersama Syeikh Yusuf Abu Sunainah - Imam Masjid Al-Aqsa As-Syarief, Baitula-Maqdis* *AL-AQSA MENANGIS DARAH!!!** *Al-Aqsa* *Bumi para anbiya* *Kelahir...
    10 years ago
  • AFTERDARK WRITES!
    SIMPLE REMINDER OF NOTHING SERIOUS - In 2008 I was instructed to write an article "2013 ILLUMINATI BLUEPRINT (TOP SECRET REVEALED". The intention back then was as a attempt to stop an event f...
    10 years ago
  • Srikandi 7
    PENGANUGERAHAN SAYA SEBAGAI SRIKANDI OLEH PERSATUAN SILAT GAYUNG - Jangan lupa melihat butik online saya yang akan dilancarkan esok Ahad 28/1/2012 dibawah nama hafildafamous.com anda juga boleh mempromosikan produk anda...
    13 years ago
  • Penggabung Suara ...
    Ucapan Presiden UMNO di PAU 2009 - Seawalnya saya ingin berkongsi Firman Allah SWT, dalam surah As-Saff ayat yang ke-4 *‘Sesungguhnya Allah menyukai orang-orang yang berjuang di jalanNya, da...
    16 years ago
  • chedet
    -
  • AIDC
    -
  • Agenda Daily
    -

About Me

KZSO
Outskirt of Makkah, Saudi Arabia, Saudi Arabia
View my complete profile

videos

"perjuangan yang belum selesai" video clip

Popular Posts

  • RAHSIA KONSPIRASI MH17 DAN MH370 TERBONGKAR!! ... TERKINI: Amerika menggelupor dan Australia terpaku !!!
  • Video Seks Dato Seri Anwar Ibrahim Dalam Warna penuh... / Terkini!Video Bukan Anwar dari 4 Kamera Berlainan Sudut
  • GEMPAQ!!! Video Seks Part 3,4,5,6 Anwar Ibrahim Mari Tonton China Doll Blowjob / Panas Berapi..!! Mari Lihat Video Seks Anwar Ibrahim Full Version - Sebarkan..!! / Kenyataan rasmi trio 'Datuk T' yang dibacakan Datuk Shazryl Eskay Abdullah pada sidang media semalam
  • ANOTHER HARD HITTING COMMENT BY TUN M ON " I demand that the wreckage of MH 17 be brought back to Malaysia as a matter of right "... MH 17
  • ANWAR SEX VIDEO: Harakah journo confirms its Anwar and his fanboys failed to explain two missing hours /Video Seks: Wartawan Harakah Sahkan Itu Anwar Ibrahim
  • VIDEO : Vietnam vs Malaysia: AFF Suzuki Cup 2014 – Semi Final (2nd Leg)
  • GEMPAR: Video Sex Anwar Di Keluarkan / Gempar! Video dan Gambar Anwar Berselingkoh / Panaass GILER..!! Konfim Memang Anwar Dalam Video Seks..., Cepat Tonton Sekarang..., Sebarkan!!! / KATA AKU FITNAH YA? MARI TENGOK SENDIRI VIDEO LUCAH ANWAR AL JUBURI! /Wohohoho.... Video Anwar main amoi sudah keluar...!! / GEMPAR !!! VIDEO 18SX ANWAR IBRAHIM !!!!! / SEX VIDEO - Politician PORNSTAR / Video Al Jubs 1:47 Minit Sudah Tersebar Di Youtube!
  • YANG PATUT DIKETAHUI OLEH RAKYAT MALAYSIA MENGENAI PENGISTIHARAN DHARURAT DAN DHARURAT BENCANA... Perlembagaan Negara Malaysia; BAHAGIAN VIII: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA PERKARA 25: PENGISYTIHARAN DARURAT BENCANA
  • Perjanjian Anwar & penaja, jika jadi PM 16 September..
  • IGP says man in sex video identified / IGP: Police have sufficient evidence to identify man in sex video / RPK : "Now that the shit has hit the fan" / A tale of betrayal after betrayal /RPK's SD

Total Pageviews

Blog Archive

  • ►  2023 (803)
    • ►  October (5)
    • ►  September (63)
    • ►  August (33)
    • ►  July (92)
    • ►  June (185)
    • ►  May (118)
    • ►  April (95)
    • ►  March (105)
    • ►  February (75)
    • ►  January (32)
  • ►  2022 (248)
    • ►  December (15)
    • ►  November (54)
    • ►  October (25)
    • ►  September (17)
    • ►  August (21)
    • ►  July (48)
    • ►  June (20)
    • ►  May (10)
    • ►  April (1)
    • ►  March (16)
    • ►  February (8)
    • ►  January (13)
  • ►  2021 (163)
    • ►  December (13)
    • ►  November (1)
    • ►  October (7)
    • ►  September (15)
    • ►  August (27)
    • ►  July (25)
    • ►  June (1)
    • ►  May (3)
    • ►  April (8)
    • ►  February (18)
    • ►  January (45)
  • ►  2020 (433)
    • ►  December (27)
    • ►  November (27)
    • ►  October (117)
    • ►  September (1)
    • ►  August (4)
    • ►  July (23)
    • ►  June (62)
    • ►  May (55)
    • ►  April (73)
    • ►  March (9)
    • ►  February (24)
    • ►  January (11)
  • ►  2019 (138)
    • ►  December (11)
    • ►  October (8)
    • ►  September (4)
    • ►  August (11)
    • ►  July (46)
    • ►  June (50)
    • ►  April (3)
    • ►  January (5)
  • ►  2018 (36)
    • ►  December (6)
    • ►  November (3)
    • ►  October (4)
    • ►  September (5)
    • ►  August (2)
    • ►  July (2)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (2)
    • ►  January (1)
  • ►  2017 (140)
    • ►  December (5)
    • ►  October (1)
    • ►  August (7)
    • ►  July (5)
    • ►  June (5)
    • ►  May (48)
    • ►  April (18)
    • ►  March (32)
    • ►  February (11)
    • ►  January (8)
  • ►  2016 (289)
    • ►  December (10)
    • ►  November (9)
    • ►  October (15)
    • ►  September (43)
    • ►  August (30)
    • ►  July (14)
    • ►  June (3)
    • ►  May (3)
    • ►  April (21)
    • ►  March (49)
    • ►  February (47)
    • ►  January (45)
  • ►  2015 (562)
    • ►  December (19)
    • ►  November (30)
    • ►  October (41)
    • ►  September (27)
    • ►  August (29)
    • ►  July (14)
    • ►  June (17)
    • ►  May (44)
    • ►  April (79)
    • ►  March (62)
    • ►  February (94)
    • ►  January (106)
  • ►  2014 (2346)
    • ►  December (254)
    • ►  November (113)
    • ►  October (70)
    • ►  September (151)
    • ►  August (160)
    • ►  July (137)
    • ►  June (55)
    • ►  May (64)
    • ►  April (125)
    • ►  March (316)
    • ►  February (304)
    • ►  January (597)
  • ►  2013 (1350)
    • ►  December (218)
    • ►  October (30)
    • ►  September (296)
    • ►  August (275)
    • ►  July (236)
    • ►  June (219)
    • ►  May (45)
    • ►  April (6)
    • ►  March (16)
    • ►  February (4)
    • ►  January (5)
  • ►  2012 (63)
    • ►  November (9)
    • ►  October (2)
    • ►  September (8)
    • ►  August (1)
    • ►  July (4)
    • ►  May (6)
    • ►  April (13)
    • ►  March (9)
    • ►  February (7)
    • ►  January (4)
  • ►  2011 (331)
    • ►  December (13)
    • ►  November (10)
    • ►  October (16)
    • ►  September (39)
    • ►  August (77)
    • ►  July (46)
    • ►  June (22)
    • ►  May (34)
    • ►  April (31)
    • ►  March (19)
    • ►  February (11)
    • ►  January (13)
  • ►  2010 (62)
    • ►  November (5)
    • ►  October (10)
    • ►  September (5)
    • ►  June (2)
    • ►  May (2)
    • ►  April (12)
    • ►  March (12)
    • ►  February (7)
    • ►  January (7)
  • ▼  2009 (808)
    • ►  December (21)
    • ►  November (51)
    • ▼  October (65)
      • Dilema hala tuju Pas
      • where is anwar right now? AnWAR DAH CABUT?
      • Nasharuddin says he is not problematic, backs Paka...
      • As Pakatan wobbles, some start questioning A...
      • Port Klang assemblyman Badrul quits PKR...Khalid s...
      • EGM diganti Seminar, Dr Hassan Ali akan disiasat.....
      • Seminar : Aziz Bari bakal menyuarakan idea Husam?....
      • Challenges abound for Barisan and Pakatan....Zul N...
      • PKR sec-gen denies, again, that he is resigning?!....
      • UNSPIN: Polis sudah patut tahan reman Tan Boon Hwa...
      • Bubar DUN Perak : Pakatan Lain Hulu Lain Parang......
      • PAS Needs To Undergo A Bypass To Remove A Blockage...
      • Nik Aziz unlikely to get his way
      • PENDEDAHAN!!! Perjumpaan Blogger-Hassan Ali : Siap...
      • BERITA PANAS DARI PERAK: Surat Sivakumar kepada Ad...
      • HADI PUN TAHU ANWAR NI GAY ? hmmm kisah egm pas , ...
      • GEMPAR! PENDEDAHAN TAKTIK JAHAT NIZAR LAKNATULLAH!
      • kesiaannnn tg nik aziz.. akibat dipergunakan oleh ...
      • Pakatan losing public confidence, warns Kit Siang!
      • HMMM....MENGAPA NIK AZIZ NAK SINGKIRKAN NASARUDDIN...
      • NONA AnWAR - WAN AZIZAH (8) .....
      • tg nik aziz's infected by alzheimer?...Alahai tg n...
      • Mahukah Anwar korbankan Tian Chua ?
      • BLOGGER PRIHATIN: AYUH KITA BANTU!
      • Consider this to reduce toll rates... BACA LA!
      • If there are no monkeys, how come the tree is shak...
      • NIZAR HARAMI! PORNTIP NI NAMA 'TIGER SHOW' KAT THA...
      • Tian Chua Pernah Gigit Elizaberth Wong?
      • "Lelaki Mabuk itu Agen BN" kata Gobinad
      • Anwar Atarturk punya hubungan dengan Dr.Pornthip?
      • Khalid Ibrahim Tak Mengenang Budi!
      • MCA does not belong to Tee Keat or Soi Lek, says M...
      • Umno dan Zaidel
      • Ketua UMNO Bahagian bukan jaminan jadi calon pilih...
      • Che Det.............
      • Kenapa Dr Chandra yakin berlaku mala petaka besar ...
      • Najib – Dr Mahathir berjaya pengaruhi perasaan per...
      • Discord in PKR over Zaid’s role
      • Zaid cuti mengejut daripada PKR
      • Nik Aziz akur silap strategi dan sedar dirinya han...
      • Fracas: Rela members hurt as media mobs Dr M
      • Mahathir: Najib sudah sedia pulihkan Umno
      • UCAPAN DASAR YAB DATO’ SRI MOHD NAJIB TUN HJ. ABD...
      • PAS KENA MAIN DI BAGAN PINANG?
      • Lim akui Najib ‘ bukan mudah’ untuk diketepikan se...
      • KJ The Son-Out-Law, Please Read The Signal
      • Chandra Muzaffar's Media Statement: Anwar, Aliran ...
      • Uthaya back in court over letter to Gordon Brown
      • TEKS UCAPAN YAB TAN SRI MUHYIDDIN HJ MOHD YASSIN T...
      • Isa Samad ... Bagan Pinang where the votes came fr...
      • 3 FAKTOR UTAMA KEMENANGAN BN - 3 FAKTOR UTAMA KEKA...
      • NONA AnWAR - WAN AZIZAH (7)
      • Strategi Anwar mengelak rakyat membicara kes liwat...
      • Staying vocal for Umno’s sake:Tun Dr Mahathir
      • Rakyat didahulukan...Isa menang majoriti 5,435
      • N31 Bagan Pinang: Gempar! Anwar berahi akan bersum...
      • Who will succeed Anwar?! Aset Anwar RM3Billion - A...
      • Bekas Perajurit Bantah PAS menyokong komunis...Mal...
      • perkara yang tersirat dari kejadian gempa bumi di ...
      • Apa kata pas dalam hal ini? or lebih baik..apa kat...
      • Salahuddin Ayub mula menyerlah sebagai pemimpin li...
      • Pernah Tengok Anwar Naik Angin?! M Manoharan: YB ...
      • NONA AnWAR - WAN AZIZAH (6)
      • Anwar Ibrahim's Meeting with Richard Haas Raises S...
      • Berdepan 'Local Hero' - Kit Siang dan Azmin mudah ...
    • ►  September (76)
    • ►  August (197)
    • ►  July (166)
    • ►  June (57)
    • ►  May (86)
    • ►  April (76)
    • ►  March (11)
    • ►  February (2)
  • ►  2008 (502)
    • ►  December (9)
    • ►  November (13)
    • ►  October (17)
    • ►  September (53)
    • ►  August (192)
    • ►  July (207)
    • ►  June (6)
    • ►  May (2)
    • ►  March (3)
  • ►  2007 (38)
    • ►  December (3)
    • ►  November (4)
    • ►  August (1)
    • ►  July (6)
    • ►  June (19)
    • ►  May (3)
    • ►  March (2)
  • ►  2005 (2)
    • ►  December (2)

my linkages

  • anjunglarik
  • anotherbrickinwall
  • arahkita
  • arahman7
  • bigdogdotcom
  • che det
  • cuitsikit
  • din.huluselangor
  • e-solat
  • generasi-m
  • globalpartner
  • kadirjasin
  • kamal-talksmalaysia
  • mahaguru58
  • malaysia-today
  • malaysiakini
  • malaysiakita-bakaq
  • mercy
  • minaq-jinggo.fotopages
  • mykmu
  • onebreastbouncing
  • peacemalaysia
  • Penggabung Suara
  • perdana4peace
  • pesanan-pesanan
  • pistwist
  • rantingsbymm
  • rockybru
  • rohaizad
  • rohaizadarahim
  • sangkelembai2006
  • suratdalambotol
  • tun dr mahathir
  • tunkuaisha

NUFFNANG

Stats

https://www.blogger.com/blogger.g?blogID=19813981#audiencestats

Twitter Updates

Twitter Updates

    follow me on Twitter

    Warisan Vocal

    Warisan Vocal - Pak Din

    Malaysian Political Parties

    • bn
    • dap
    • keadilanrakyat
    • mca
    • mic
    • pas
    • umno

    Malaysian Newspaper Today

    • berita harian
    • bernama
    • emedia
    • harakah daily
    • harian metro
    • malaysiakini
    • the star
    • utusan malaysia

    Country Visitors


    widgets

    visitors since 10th July 2008

    visitor's country.....

    Flag Counter

    cities tracking


    widgets

    the weather is....


    bloguez.com

    My Blog Widgets

    Wowzio Widgets for this blog

    chatting.....


    ShoutMix chat widget
    Powered By Blogger

    Labels

    • Sesi Soal Jawab Bersama Tun Dr. Mahathir

    disclaimer

    DISCLAIMER:

    kzso carries the personal views of the blog author.

    readers are cautioned not to consider the contents written in this blog and all its ancillary documents as a legal or contracting policy advice in any way.

    indeed, the information stated in this blog should not be relied upon as the ultimate reference of the truth.

    since kzso is not responsible for its contents and the comments from the public, it therefore assumes no liability.

    kzso also disavows knowledge or culpability of any such acts or claims on such acts in any way related to the views and opinions expressed in this blog.

    whilst every care is taken in the preparation of the information contain in this blog, no warranty, express or implied is given by kzso as to the completeness and accuracy of the information given and kzso is not responsible for any errors or omissions which may occur.

    In no circumstance will kzso be liable or responsible for any damages whatsoever, including without limitation, special, indirect, or consequential damages arising out of or related to the use or reliance of the information contained in it, whether by action in contract or tort or otherwise howsoever.

    Some and/or any of the articles or postage is the personal opinion of the writer or publication and does not necessarily represent the view of kzso.


    Country Tracking

    Flag Counter

    Jatuhnya Empayar Kesultanan Melayu Melaka.....24 Ogos 1511

    NUFFNANG

    Picture Window theme. Powered by Blogger.