NUFFNANG

Monday, 26 October 2009

HMMM....MENGAPA NIK AZIZ NAK SINGKIRKAN NASARUDDIN DAN HAJI HADI?


MENGAPA NIK AZIZ NAK SINGKIRKAN NASARUDDIN DAN HAJI HADI?

Tidak ada sebab lain mengapa Menteri Besar Kelantan Dato’ Nik Abd Aziz Bin Nik Mat begitu ghairah nak singkirkan Timbalan Presiden PAS Nasaruddin Mat Isa dari menjadi orang nombor dua dalam parti itu , selain dari semata-mata mengikuti kehendak buah hati pengarang jantungnya Dato’ Hussam Musa.


Nik Aziz tidak mempunyai sebarang agenda tersendiri dalam hidupnya .

Dia orang yang ‘simple’ tak ada cita-cita besar dalam sepanjang kerjaya politiknya.

Dia mahu berdakwah, berceramah di surau-suaru, di kampong-kampong untuk mengajak orang bersembahyang mengingati Allah.

Itu saja.

Selaklah lembaran sejarah hidupnya semasa menjadi Ahli Parlimen Pengkalan Chepa yang begitu lama sejak di zaman Dato’ Mohad Asri Haji Muda dulu lagi, dimana setiap kali beliau bangun bercakap , dia mengingatkan Speaker Dewan Rakyat agar meminta semua Ahli Parlimen yang beragama Islam yang bersidang itu untuk berhenti sembahyang (bila masuk waktu Zuhur dan Asar), sehingga beliau kerap menerima perli agar menumpukan kepada isu yang dibincang di Dewan Rakyat itu.


Kesederhanaan yang bersahaja tanpa agenda politik peribadi itu menjadikan beliau tidak ada musuh politik dalam parti berkenaan.

Malah semasa pertelingkahan dalaman PAS yang berlaku antara Kumpulan Utara dengan Terengganu dalam merebut jawatan-jawatan dalam parti , Nik Aziz amat disenangi oleh semua pihak kerana sikapnya yang tak kisah dan tak ingin mengambil tahu hal –hal yang berlaku itu.

Malah sebarang ketegangan yang berlaku setiap kali pilihanraya akibat perebutan calon, akan segera reda bila Nik Aziz mula bercakap yang mengajak yang hadir dekatkan diri dengan Tuhan.

Keluhuran jiwa Nik Aziz ini dan sikap bersahajanya yang tak kisah hal ehwal dunia ini mula berubah dan sikap dan bertukar menjadi peribadi yang berbeza ibarat langit dengan bumi selepas PAS memenangi pilihanraya umum tahun 1990 apabila PAS dapat membentuk Kerajaan Negeri di Kelantan dan ADUN di Kelantan memilih Nik Aziz menjadi Menteri Besar dengan Hussam Musa menjadi Setiausaha Politiknya.

Nik Aziz yang sebelumnya hanya dikenali umum dengan panggilan Haji Nik Jik Kedai Lalat (Kampung Asalnya dalam Mukim Pulau Melaka yang jaraknya antara 10 ke 15 Km dari Kubang Kerian) ada juga orang memanggilnya Ustaz Nik Jik Kedai Lalat.

Beliau seorang anak Tok Guru yang bernama Tok Guru Haji Nik Mat, manakala beliau sendiri tidaklah diapnggil Tok Guru, kerana beliau tidak pernah menjadi Guru Pondok.

Hanya Guru Pondok sahaja di Kelantan dipanggil Tok Guru.Beliau banyak menghabis masa mudanya untuk belajar di pusat Ilmu Islam di India dengan menggunakan perantaraan Bahasa Urdu.

Bagaimanapun ADUN PAS yang menang pilihanraya umum 1990 itu bersama Setiausaha Politiknya yang baru berusaha untuk menggunakan kewarakan Haji Nik Jik Kedai Lalat itu untuk memperkasakan Kerajaan Negeri pimpinan PAS.

Mereka mengambil keputusan untuk menjadikan sebutan Tok Guru sebagai Modal Politik yang ampuh bagi terus menawan hati rakyat Kelantan.

Satu perjumpaan antara ADUN PAS diatur dan keputusannya ialah ,mereka sebulat suara meletakkan gelaran baru kepada Haji Nik Jik Kedai Lalat ini dengan membuat kenyataan kepada media seperti berikut:

“ Mulai hari ini nama rasmi Menteri Besar Kelantan yang baru hendaklah disebut sebagai, Yang Amat Berhormat Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat , dan mestilah diguna pakai pada setiap kali menyebutkan nama penuh Menteri Besar Kelantan..”

dan mulai saat itulah Nik Aziz mendapat nama dan gelaran rasmi sebagai Tok Guru Nik Aziz.

Sejak itu Nik Aziz kelihatan begitu ghairah sekali digelar Tok Guru , satu pangkat yang tak pernah orang biasa lakukan.( Malahan berikutan dari peristiwa ini di Terengganu juga ada cubaan sesetengah pihak dalam kepimpinan Pas negeri itu yang cuba meletakkan gelaran Tok Guru kepada Haji Abd. Hadi Awang ).

Nik Aziz sedikit demi sedikit mula keluar dari kepompong lamanya dan menikmati hidup dialam berpolitik sepenuhnya.

Bagaimanapun beliau memerlukan ‘input’ untuk membuat sebarang kenyataan politik.

Beliau mula disambut besar-besaran di mana saja beliau pergi .

Beliau mula seronok dengan kehidupan baru ini , senyumnya dan ketawanya dihamburkan setiap kali acara yang mahukan kehadirannya .

Di sinilah Setiausaha politiknya yang mempunyai cita-cita politik yang tinggi itu mengambil kesempatan memasukkan sebanyak-banyaknya bahan percakapan dalam mulut Nik Aziz, di mana hasilnya yang mendatangkan keuntungan politik kepada barisan pimpinan PAS Negeri Kelantan khususnya kumpulan yang diketuai Hussam Musa.

Bagaimanapun diperingkat awal ini Tangan Ghaib Hussam Musa ini tidak kelihatan, sehinggalah Hussam tampil menjadi pemegang jawatan dalam PAS negeri selepas memenangi pilihanraya dalam pilihanraya lima tahun kemudiannya .

Manakala Nik Aziz tidak ada pilihan lain selain menerima 100% apa yang disampaikan dan di sediakan oleh Hussam atas dasar sumpah setianya kepada Menteri Besar itu semasa mengangkat sumpah memegang jawatan Setiausaha Politiknya.

Hussam mendapat senjata yang amat ampuh dengan pemihakan Nik Aziz terhadapnya .

Nik Aziz tidak saja dilihat cenderung kepada Hussam dalam banyak perkara, malah pendapat dan pandangan Hussam menjadi azimat baginya dalam menilai dan membuat keputusan untuk kerajaan Kelantan dan untuk parti PAS sendiri, apa lagi atas jawatan Nik Aziz sebagai Mursyidul Am PAS (Satu jawatan tertinggi dalam PAS dari segi nama tetapi tidak ada kuasa eksekutif).

Senjata inilah membuatkan beliau berani bertanding jawatan Timbalan Presiden Parti dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

Namun, Hussam tewas di tangan Nasaruddin Mat Isa untuk jawatan Timbalan Presiden PAS.

Hussam benar-benar berang atas kekalahannya itu.

Beliau tidak boleh menerima kekalahan di tangan Nasaruddin, seorang orang luar yang datang ke Kelantan menagih kasihan belas untuk bertanding atas tiket PAS menentang UMNO di Kelantan.

Tanpa restu Hussam, Nasaruddin tidak mungkin boleh bertanding di Kelantan dan seterusnya menjadi Ahli Parlimen Bachok, kerana semua calon dipilih oleh Nik Aziz, manakala Nik Aziz mengikut saja apa cadangan Hussam !

Pada Hussam, Nasaruddin pasti akan tarik diri walaupun disaat-saat akhir sebelum berlangsungnya pilihanraya parti itu di Selangor baru-baru ini.

Dia tidak menyangka sama sekali Nasaruddin boleh ‘menderhakai’nya.

Kekalahan ini bukan saja membantutkan perancangan Hussam untuk mengambil alih jawatan Menteri Besar Kelantan, malah membantutkan usahanya untuk menjadi Presiden PAS dalam masa Nik Aziz masih lagi menjadi Mursyidul Am PAS.

Kekecewaan dan kesedihan Hussam ini menjadi automatik pula kekecewaan dan kesedihan Nik Aziz. Nik Aziz menjiwai perasaan Hussam ini dan kerana itulah beliau mahu Nasaruddin disingkirkan dari parti.

Selain itu kumpulan Hussam Musa berpendapat Presiden PAS Haji Abd Hadi Awang mempunyai peranan secara ghaib atau tidak kelihatan dalam memenangkan Nasaruddin Mat Isa bagi jawatan Timbalan Presiden PAS, kerana Hussan seorang yang bercita-cita tinggi dan sifatnya yang agrersif itu boleh menggugatkan kedudukannya pada masa depan.

Sedangkan Nasaruddin seorang yang berwatak warak dan sudah memadai dengan apa yang ada padanya itu.

Kini kumpulan Utara dan Terengganu yang sebelum ini dilihat sebagai tidak pernah sebulu, kini telah mula bersatu dalam ,menghadapi kumpulan Hussam dan Nik Aziz (yang juga dikatakan mempunyai pengikut dari pimpinan PAS negeri-negeri di luar Kelantan).

Demikianlah senario politik PAS kini pada pemerhatian saya.

Kesimpulannya suara Nik Aziz adalah suara Hussam yang tidak boleh menerima ‘penderhakaan’ Nasaruddin terhadap Hussam dalam pemilihan parti itu di Selangor baru-baru ini. Manakala Haji Hadi turut dilibatkan, kerana mempunyai haluan yang sama dengan Nasaruddin Mat Isa.

Dan kedua-duanya mempunyai pandangan yang luas terhadap masa depan Orang Melayu di negara ini , lalu menunjukkan minat untuk berkerjasama dengan UMNO dalam menghadapi himpitan dari PKR dan DAP terhadap Orang Melayu di negara ini.

source : yazid othman menulis

No comments: