Pernah Tengok Anwar Naik Angin???
Oktober 6, 2009
Mungkin bagi mereka yang baru mengenali Anwar, ‘angin’ dan ‘tsunami’ Anwar belum mereka kenal dan faham sepenuhnya. Ramai yang mengatakan dahulu, sewaktu Anwar memegang jawatan Timbalan Perdana Menteri, masalah paling ketara Anwar adalah – ‘temper’ dan anginnya yang kadangkala tidak mampu diramal. Ramai yang dah cuba nasihatkan, termasuk dato’ Dr Siddiq Fadhil – tetapi tidak berkesan.
Anwar baru ini naik angin kerana kehadiran di Bagan Pinang tidak seperti yang Anwar harapkan. Hanya 500 orang yang hadir, sedang Anwar sudah memaklumkan kepada Pengerusi PKR Negeri bahawa dia mengharapkan kehadiran lebih 3′000 orang. Kamarul Bahrin pun sanggup berjanji kepada Anwar bahawa dia akan memastikan pengundi turun dengan full force. Kamarul akan memastikan event ini akan memberikan semangat politik kepada PKR/PAS dalam pertembungan dengan BN di Bagan Pinang.
Sementara BN sedang membuat ‘calculation’ tentang calon terbaik di Bagan Pinang, Anwar menjangkakan ‘open house’ PR di Bagan Pinang akan memberikan petanda positif kepada PRK nanti. Momentum politik ini mesti tepat dan berpanjangan. Jangan sekadar asal buat dan laksana sahaja. Anwar memang pantang bab ‘mediocrity’ ini. Dia tidak boleh terima.
Makanya, berbakul si Pengerusi PKR Negeri kena balun dengan Anwar kerana kelemahan tersebut. Anwar mengatakan bahawa dia pasti akan dimalukan BN kerana melaksana program sekadar ‘melepas batuk di tangga’. Pengundi tidak ramai. Penyokong masih sibuk dengan keluarga. Kamarul pun kena seranah tak cukup tanah. Kata orang yang ada dalam kereta dengan Anwar, ’sampai dah tak cukup ayat Anwar balun’.
Anwar memang berhak berasa risau kerana ini pertaruhan yang sangat penting buat dirinya. Dia nak buktikan bahawa dia mampu membuat kejutan dengan memperoleh kemenangan di Bagan Pinang. Tetapi dengan respons terbaru yang dia peroleh, nampaknya Anwar sudah maklum bahawa peluangnya sangat tipis.
Ini yang Anwar tidak boleh terima, Anwar masih merasakan dia adalah ’supremo’ politik di Malaysia. Dia yang menentukan sama ada Malaysia ini akan ‘berubah’ atau tidak. Kalau kalah di Bagan Pinang, apa maknanya kepada politik Anwar? Segala-galanya ‘at stake’. Termasuk lah kes dirinya sendiri yang akan berlangsung di mahkamah. Kalau Anwar kalah di Bagan Pinang, memang menempah petaka besar kepad politik PKR.
Malahan, sudah ada di kalangan ‘inner circle’ yang mencadangkan Anwar ‘membeli’ Isa Samad untuk bersama dengan PKR. Anwar memang kenal Isa lama – tetapi Anwar juga tahu bahawa ‘harga’ yuran perpindahan Isa bukannya kecil. Walaupun kurang tinggi, Isa ibarat Maradona dalam politik Negeri Sembilan. Kalau Isa sudah menggelecek politik NS, ada potensinya untuk suasana jadi terbalik.
Sayangnya, cubaan Anwar gagal. Isa Samad tetap dicalonkan oleh UMNO/BN. Pada ketika yang sama pembangkang menuduh Isa Samad sebagai korup dan sebagainya; mereka berusaha dengan keras untuk membeli Isa. So, siapa yang lebih korup?
source : gelagatanwar.wordpress.comTeam Isa strive on as PAS take it to the third phase
After the weekend crowd has left, the PAS ceramah stationed along the main raod between PD town and Telok Kemang is not attracting as much crowd as before. Haji Hadi was talking to an audience of 15 yesterday evening.
PAS have taken their campaign on third gear. The ceramah remains and the whole ceramah team is still in Port Dickson. But the emphasis is slightly different.
For instance, there will be four ceramah tonight to held concurrently but it is the house-to-house campaign that is their new tool. The ceramah is for entertainment and fund rasing, and also to hype up, but the serious vote getting is through personal contacts.
Despite the setback from complacency in the party machinery and PAS's shock and awe, Team Isa is pushing the campaign on the ground, where it is more relevant, through direct contact to his voters. Is Kuala Lumpur too overconfidence?
When PAS was covertly doing house to house in Ramadhan, Isa has been touching base with key personality and local leaders.
Isa's campaign only did big event for his announcement event. Team Isa's ceramah session is focused on local voters and in smaller sessions as oppose to PAS's dramatic and fiery ceramahs which is attended by mostly outsiders.
Isa's affable and witty personality always win hearts but this campaign is not just about winning to Isa but how it is won. The local voters figure must decisively show the local votes is for him. He need to improve with the Chinese and Indian voters. Isa need to retake those voters disenchanted with UMNO in the 2004 General Election.
UMNO grassroot and its usual voters are willing to accept Isa but how will it be for the rising number of young voters and encroached base among the military personnels.
The onslaught on Isa on money politics has yet to really dent him. Nit picking of issues on his 22 years as Menteri Besar is not convincing. People of Bagan Pinang has come to accept Isa was a victim of circumstances in UMNO.
PAS is left to play on national issues and that is the theme at the ceramah stations of PAS. Will the national issues affect voters in Bagan Pinang? Not likely as one property consualtant and veteran in Team Isa described.
If they can get their act in order (read Bujai here), UMNO should be pounding back on the national issues and picking on the problems in all Pakatan governed states.
The huge Command Centre is now ready an running. However, all the machineries are still lost in endless meeting and coordinating work. What they should be doing is to get on the ground and start working the way PAS is agrresively doing. UMNO machinery seem to repeat the same habit. Clear sign of complacency.
The pinnacle of the campaign should be in the few days near the end. Anwar is expected to arrive three days before polls. But if the crowd is like what Hadi had to contend with last night, he might not come to be embarass. If he should come, he will need reinforcement in numbers from outside.
Anwar may want to stage a surprise and drop a bomb in teh last three days of the campaign. Bagan Pinang have a surprise in store for Anwar. Off course, they are waiting for him here. They are waiting for him to answer a petinent question troubling everybody here.
source : anotherbrickinwall.blogspot.com
Nizar penipu ! : Isa dan Mohammad Hassan hubungan baik saja , PAS memang dasar kaki fitnah
Apabila membaca di dalam internet dan suratkhabar mengenai isu yang dimainkan oleh PAS bahawa berlaku keretakan hubungan antara Mohamad Hassan dengan TS Isa malah pergolakan dalam UMNO juga dijadikan taktik kotor PAS. TS Muhyiddin juga mahu semua ahli parti bersedia menghadapi kemungkinan parti lawan akan main kotor dan main kasar nak tunjuk belang . klik si sini
Fitnah mereka dengan mengeluarkan surat palsu menyatakan calon ini telah diputuskan oleh MT ,ada calon MT tetapi tidak diterima. Ini bagi menimbulkan konflik bahawa terdapat konflik dalam pemilihan calon dalam MT UMNO.
klik di sini melihat fitnah PAS
Berkenaan isu fitnah keretakan hubungan antara Mohamad Hassan dengan TS Isa , beliau menafikan tuduhan fitnah pembangkang ini malah beliau sendiri yang mencadangkan nama Isa bertanding di Bagan Pinang .
"Saya yang suruh dia, ramai yang saksi masa di hospital lagi, masa jenazah Allahyarham (Azman) ada lagi dalam wad, saya cakap, Tan Sri (Isa) bersiap untuk bertanding,"
PAS kita tahu taktik mereka bila tiba PRK , mereka mula lah akan menyebarkan fitnah . PB tertarik pandangan sinis Tun M iaitu bahawa Pakatan ini selalu nak buat benda tak baik " . Jadi memang tepat la dan sesuai dengan mereka , fitnah adalah strategi pihak yang melakukan Pakatan !!
Tetapi jika kita lihat gambar di bawah yang dirakamkan ketika ceramah BN di Taman PD Utama yang dihadiri 3000 ribu orang , kalau berlaku keretakan boleh gelak2 ke seperti itu ?? Budak sekolah pun boleh nilai sendiri gambar orang bergaduh tak macam ini gambarnya bila bertemu . Jadi , jika PAS dok sembang kata tok mat hassan dan tok isa bermasan muka dan adan konflik , itu semua fitnah dan pembohong !! PR = PEMBOHONG RAKYAT !!!
Kemesraan dapat dilihat antara 2 tokoh berpengaruh di Negeri Sembilan ini yang akan mempertahankan BN di Bagan Pinang dan Negeri Sembilan .Hidup BN !!
M Manoharan: YB Dap & Peguam Kesayangan Bar Council Yang Kaki Pembelit!
Patutlah sahabat saya yang jadi peguam koyakkan sticker Bar Council dari cermin kereta dia! Rupa-rupanya malu dengan Manoharan ni. Haha. Ini punya kualiti peguam pun ada ke? Lebih malang lagi dia jadi YB! Berbelit-belit, penyudahnya diri sendiri terbelit! Soalan Cepu Emas: Antara Manoharan dan ular, yang mana lebih pandai membelit?
Jangan Ingat kami Bodoh ~ Warga Tentera PRK Bagan Pinang N31
Rata-rata kalau orang tentera lihat kenyataan tersebut mesti geli hati sebab tak pernah wujud dalam tentera pangkat tu. Jadi nampak sangat PAS amat jumud bila berdepan dgn tentera sedangkan pangkat-pangkat dalam tentera pun tak tahu. Tah mana dapat info ada pangkat Kapten Major.
Feedback dari rakan-rakan tentera banyak yg cenderung kepada BN. Bukan kerana dipaksa tetapi atas legasi DS Najib semasa memegang tentera dahulu. Beliau banyak berjasa kepada tentera terutama utk meminta dinaikkan elaun Cola & elaun-elaun lain.
Diwaktu DS Najiblah tentera diangkat ke satu taraf yg tinggi.
Dalam pada itu Warga tentera masih ingat betapa mereka dipinggirkan oleh PR. Kadang-kadang dituduh menjadi balaci UMNO sebagai pengundi Hantu lagi.
Tentera A : "Huih, meriah jugak bila ada PRK ni. Yang UMNo bagi paper free Utusan dgn Berita Harian. Yang PAS pulak dok bagi berbagai-bagai keropok".
Tentera B : "Abih, ko ambik tak tak?"
Tentera A : "Dua-dua aku ambik. Yang syioknya yg pakcik petugas PAS tu dok kutuk awal-awal sebab aku dok pegang paper Utusan. Dia kata rasuah. Lepas tu dia hulur pulak keropok katanya oleh-ole dari PAS."
Tentera B : "Ko tak cakap apa ka?"
Tentera A : "Aku tanya jugak keropok ni bukan rasuah jugak ka? Dia jawab tak, sebab ni kira sedekah nak bagi merasa dari PAS yg mai dari luar. Aku cakapla jugak, rasuah jugak ni sebab nak suruh pangkah PAS. Lepas tu aku sambung pulak lagi. Sekurang-kurangnya rasuah UMNO bagi paper tak jadi darah daging tapi kalau PAS makan keropok jadi darah daging".
Tentera B : "Apa kata pakcik tu"
Tentera A : "Apa lagi terpinga-pingala pakcik tu. Tapi nasib baik dia tak ambik balik keropok yg dia bagi kat aku tadi, hihihi".
~~~
Komen dari warga Tentera :-
Kepada PAS. Cerita undi POS ni selalu berbunyi tapi selalunya tak konsisten. Pada waktu-waktu tertentu sahaja. Sama juga dgn keikhlasan utk membela nasib tentera. Kalau 'function' pun tak pernah datang. Apatah lagi sumbangan @ mengingati warga tentera di luar negara & di perantauan. Dimana PAS pada ketika tersebut. Sekurang-kurangnya UMNo melalui Bakti tidak pernah lupa utk menghantar sumbangan kepada warga tentera di perantauan.
P/s: Nampak sangat PAS tidak ikhlas utk memperjuangan warga tentera bilamana bila kita lihat dalam blog pas negeri sembilan sejak akhir-akhir ni lah byk cerita pasal warga tentera. Terlalu prihatin pulak nampaknya. Sampai senapang pun cuba nak dijadikan isu. Sedangkan blog tersebut telah wujud sejak 2005. Takdak pun nampak PAS bersungguh-sungguh menaikkan isu mengenai tentera. Kenapa sekarang ya?
Jadi sapa ikhlas sapa tak sebenarnya?
NIZAR GAMPANG! PAS SUDAH KEHABISAN MODAL KE?
Abu Kassim, yang bertugas sebagai "sarjan gaji", berkata beliau dan beberapa kakitangan tentera dalam bahagian pentadbiran, seperti ketua kerani, mendapat arahan bagi memanipulasikan undi pos daripada pegawai pentadbir kem.
Beliau, kira-kira 10 tahun menyertai PAS, bagaimanapun tidak ingat tarikh tepat dan tempat peristiwa itu dengan alasan ia "sudah lama" berlaku tetapi ia didakwa terjadi semasa bawah pentadbiran perdana menteri waktu itu Tun Dr Mahathir Mohamad.
Yang bestnya si pakcik menging ini sekarang menjadi ahlul PAS dan diceritanya sekarang semasa pilihanraya, kah kah kah, nampak sangat komplot pakatan haram ini sudah tiada modal, terpaksa reka cerita tahap dewata raya punya untuk menipu pengundi di Bagan Pinang!
Keisan betuil aku tengok cara PAS malaun yang sudah kehabisan modal ini, kalau nak reka cerita pun biarlah logik sikit, ini hangpa dok upah seorang askar pencen untuk membuat perkara terkutuk ini, memang low class la komplot pembangkang di negara kita ini!
Asal boleh nak dijadikan fitnah maka mereka tanpa segan silu dan tanpa ada perasaan takut pada tuhan, secara terus-terusan membuat fitnah, soalan saya senang saja, MANA BUKTINYA? Kalau setakat nak reka cerita bangsat macam ni nenek aku pun boleh buat, betul tak?
Kalau betul, kenapa tidak dibuat laporan semasa pemerintahan Tun dulu? Kenapa baru sekarang nak cerita, itupun semasa pilihanraya di kawasan yang susah PAS nak menang? Ish ish ish, nampak sangat menipu PAS yang dok menjilat Al Kunyiti waliwati ni..PAS oh PAS, memang sah kamu dah sesat!'
BERTAUBATLAH!
p/s: Lain kali kalau nak reka cerita biarlah logik sikit! HE HE HE
Nizar kvv2 : Ustaz Gobala Yang Dihormati oleh PAS Bagan Pinang.
Dr Novandri Hasan Basri
Tahniah kepada barisan kepimpinan PAS di Bagan Pinang kerana menyokong dan mempertabatkan seorang pemimpin PKR yang pernah kurang ajar dan menampar seorang pegawai keselamatan Melayu di PK Permatang Pasir.
Penulis juga simpati kerana jentera PAS di Bagan Pinang terpaksa mendiamkan diri, tidak mampu dan membiarkan sahaja 'gangster' PKR itu berucap dan memperalatkan firman Allah swt.
source : novandri.blogspot.com
Lagi...Naib Presiden PAS Tak Hargai Hati dan Perasaan Tentera..
Di saat-saat PAS memerlukan simpati dan sokongan tentera , dia pula membuat kenyataan yang menidakkan kepentingan tentera. Mungkin kerana yang ditentang dan disanggah pendapatnya ialah Perdana Menteri, Dato Seri Najib Tun Razak maka Sallahuddin merasa gah dan setanding pemikiran Perdana Menteri. Dia lupa, dia berada di Bagan Pinang kerana ingin "membeli hati dan perasaan" pengundi Bagan Pinang yang dikatakan mempunyai pengundi yang ramai dari kalangan tentera, BUKAN untuk mnyaingi kuasa Perdana Menteri.
Barangkali ini kaitannya dengan soal ego. Namun ego yang sebegini merugikan PAS dalam konteks PRK Bagan Pinang. Inilah pertanda bahawa apa saja yang dicadangkan oleh kerajaan walaupun baik dan menguntungkan rakyat, PAS mesti tentang. Lebih-lebih lagi bila idea datang dari Perdana Menteri sendiri.
Kenapa Anwar Ataturk tidak berminat kempen calon Parti Islam di Bagan Pinang ?
Oleh NTanwar, AIDCclub
"Sepanjang pagi Sabtu di Washington DC, dan inshaAllah lewat malam nanti saya hanya menelaah buku, meneliti laporan dan menyiapkan kuliah dan ucapan memenuhi program Isnin hingga Rabu" [Kata Anwar Ataturk di blognya, anwaribrahimblog.klik di sini]
Sabtu yang sibuk Anwar di Amerika
Ingatkan hari Sabtu, Anwar sibuk bermesyuarat dengan Al Gore atau Ricard Haas, di Amerika Syarikat, sebab sebelum ini, Anwar menulis membayangkan dirinya super hebat bermesyuarat sana sini, hingga terpaksa baca buku atas kapal terbang, rupa-rupanya dari pagi hingga ke malam, Anwar sibuk membaca buku.
Buku apa yang dibaca itu, hingga ke lewat malam ? Ini senarai tajuk buku yang ditulis Anwar;
1. A Common Word and the Future of Christian-Muslim Relations
2. Changing Course : A New Direction for US Relations with the Muslim World
3. The Future of US – Kurdish Relations
4. Interfaith dialogue: A Guide for Muslims
5. American Arabs and Political Participation
6. Tilson Tongue: More Mortgage Meltdown
7. Richard Haas: War of Necessity, War of Choice: A Memoir of Two Iraq Wars
8. Michael Sandel: Justice – What’s The Right Thing To Do?
Kalau diteliti satu persatu buku-buku yang dibaca untuk dijadikan bahan ceramah kita sudah dapat buat kesimpulan bahawa Anwar menggunakan hujah-hujah yang ditulis oleh orientalis/sarjana Amerika untuk menjustifikasi kaedah ke atas dunia Islam dari sudut 'demokrasi' dan 'persefahaman antara agama' (interfaith) khususnya di Timur Tengah.
Anwar mewakili Muslim (Amerika) yang bercakap kepada dunia Muslim supaya menyokong Amerika Syarikat. Dunia Muslim mesti menerima 'demokrasi' kerana dalam 'demokrasi' inti utamanya 'kebebasan' dan 'persefahaman antara agama'. Inilah kesimpulan daripada kesemua buku-buku yang dibaca oleh Anwar.
Tidak ada bahan rujukan Anwar yang anti-Amerika. Kesemuanya pro-Amerika untuk mencari strategi baru bagi menakluk dunia Islam.
Alahai Anwar...
Di Malaysia pun, kamu ghairah membawa demokrasi dan persefahaman antara agama(IFC), sanggup gadai kalimah 'ALLAH' kepada Kristian, bela Forum Memeluk Islam anjuran Bar Council, sokong Lina Joy, Siti Fatimah@Reevathi murtad dan gesa rakyat Malaysia supaya ambil IFC sebagai satu cara hidup!
Di Perth, Australia, kamu ghairah memperlekeh umat Islam yang berdemonstrasi mempertikaikan Kartun Darnish yang menghina Nabi Muhamad SAW. Kamu kata yang berdemonstrasi adalah umat Islam miskin di Pakistan yang terpaksa kumpul duit 15 tahun untuk beli sebuah motorsikal kecil. Betapa hinanya umat Islam yang berdemonstrasi membela Nabi Muhamad SAW di sisi kamu. Mentang-mentanglah kamu dibayar lumayan oleh Amerika, kamu sanggup menghina umat Islam sendiri.
Paling tak dapat diterima, mentang-mentanglah nak menjaga hati kaum Kristian, kamu mengatakan diri kamu pun memuja Jesus (Isa), bukannya memuja Nabi Muhamad SAW. Ini betul-betul ayat dajal!
Sekarang idea-idea "demokrasi Islam" yang kamu perkatakan di Malaysia dan Perth, kamu nak lanjutkan lagi keseluruh dunia Islam Timur Tengah, ke Doha, Baharain, Iraq, Iran, Kuwait, Sudan, Arab Saudi dan sebagainya.
Itulah sebab kamu dan kumpulan-kumpulan Islam moderat yang sealiran dengan kamu menghantar surat kepada Presiden Barack Obama pada 10 Mac 2009, supaya Amerika Syarikat memberi dana yang lebih kepada kumpulan kamu untuk melaksanakan 'demokrasi Islam' di Timur Tengah
Kandungan surat kumpulan kamu kepada Presiden Obama mendesak agar demokrasi Islam Islam dilaksanakan di Timur Tengah yang matlamat utama memperjuangkan kebebasan beragama, persamaan taraf lelaki-wanita, hak asasi manusia dan menguatkan golongan moderat/sekular serta memusnahkan golongan fundamentalis. Klik di sini
Alahai Anwar Ataturk,
Mentang-mentanglah kamu berlatarbelakangkan gerakan Islam (ABIM), akhirnya kamu merelakan diri diperalatkan oleh Yahudi/Nasrani untuk merosakkan Islam semula.
Sampai bila kamu menjadi penyambung lidah syaitan Amerika/Yahudi itu ? Sampai mata tertutup dan jasad ditelan bumi ?
Sabtu yang sibuk di Malaysia, pilihan kecil Bagan Pinang
Anwar seolah-olah lupa asal usul. Dia adalah Ahli Parlimen Permatang Pauh, ketua Pakatan Rakyat dan Ketua Ahli Parlimen Pembangkang Malaysia. Itulah tugas yang diamanahkan kepadanya di Malaysia , sebagai seorang ahli politikus!
Tetapi, pada hari Sabtu, ketika Parti Islam menghantar calon bertanding di Bagan Pinang, Anwar menyendiri di Amerika dengan membaca buku-buku, dari pagi hingga ke malam.
Tiada sekelumitnya rasa perihatinnya serta sokongan kepada calon Parti Islam, melainkan dia lebih mementingkan dirinya dan sahabat-sahabat Nasrani/Yahudinya di Amerika Syarikat!
Sepatutnya ketika calon Parti Islam bertanding, dia sebagai ketua PR, walaupun tidak dapat balik ke Malaysia(sibuk sangat ke? penting ke?), sekurang-kurang menghantar tulis kata semangat kepada calon Parti Islam di blog.
Nampak sangat calon Parti Islam tidak penting kepada Anwar dan seolah-olah sedang merestui agar calon Parti Islam kalah!
Sebab itu benar kata Karpal Singh, Anwar tidak layak jadi ketua PR, PR mesti mencari calon lain yang lebih berwibawa. Anwar perlu bertaubat!
Anwar mungkin tidak balik berkempen ?
Sebelum ini sudah terbukti, Anwar tidak balik mengiringi calon Parti Islam di Bagan Pinang. Dia tidak sibuk di Amerika, tetapi sengaja menyibukkan diri dengan buat sibuk-sibuk!
Hari ini, Anwar ada ceramah di Amerika. Itu pun buat-buat sibuk. Bukan dengan restu kerajaan Malaysia. Anwar bukan PM. Bukan TPM. Bukan Menteri Luar. Rasa-rasanya bukan juga dengan restu Parti Islam, tetapi tak tahulah kalau Parti Islam pun telah berubah sikap mahu mendapat pertolongan Amerika Syarikat dengan menghantar Anwar. Rasa-rasanya bukan. Jadi kalau semuanya bukan, Anwar sibuk di Amerika kerana siapa dan untuk apa serta bekerja kepada siapa ?
Anwar tulis, hari Rabu ini, dia masih sibuk berceramah di Amerika lagi. Alahai sibuk betul Anwar. Mentang-mentang dapat habuan lumayan, hingga ditinggal rakyat marhean di Bagan Pinang.
Ceh! Konon nak perjuang untuk rakyat marhaen, tetapi menetap di hotel, bersama borjuis-borjuis Yahudi!
Bermakna, sekiranya Anwar masih sibuk dengan urusan di Amerika sehingga ke Rabu ini, nampak gayanya Anwar tidak akan balik berkempen untuk calon Parti Islam yang akan membuang undi pada Ahad ini.
Tu dia, dari penamaan calon hingga kempen, Anwar langsung tak tolong calon parti Islam!
Inilah model terbaik ketua PR, pentingkan diri sendiri, berdiskusi untuk menyokong borjuis-borjuis Yahudi Amerika, tetapi dalam masa sama mengerahkan seluruh tenaga Parti Islam untuk memastikan kemenangan di Bagan Pinang.
Itulah maknanya peranan Anwar sebagai "perantara Timur dan Barat". Di Timur, Anwar pegang parti Islam, di Barat, Anwar pegang Yahudi. Anwar pula berada di tengah-tengahnya!
sumber - NTanwar
MB Negeri Sembilan lepas geram…
Tertekan dan terdesak, pembangkang terus memanipulasi isu undi pos dalam kempen pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang yang menyaksikan pertembungan calon BN Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar. Parti lawan terus menjadikan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) sasaran kritikan kononnya bersekongkol dengan BN bagi memastikan calon BN menang pada pengundian 11 Oktober ini. Nampak gaya pembangkang terus lupa diri. Pemimpin PAS barangkali sudah ‘mabuk’ sejak makan, minum serta bersekedudukan dengan PKR dan DAP. PAS hendak tunjuk parti itu juga hebat selepas kekal dalam pilihanraya kecil Manek Urai,Permatang Pasir dan semestinya mahu menang lagi di Bagan Pinang. Kalau parti itu menang, maka bertambah hebatlah PAS di mata PKR dan DAP kerana Bagan Pinang kubu kuat BN dan calonnya mantan Menteri Besar Negeri Sembilan. Semua pihak tahu undi pos berjumlah 4,604 undi akan menentukan parti mana tersungkur di Bagan Pinang. Namun bagi PAS, dalam memanipulasi isu undi pos mereka kena ingat apa berlaku dalam pilihanraya kecil Parlimen Teluk Kemang pada 10 Jun 2000 yang membabitkan pertembungan calon BN, S.Sothianathan serta Ruslan Kassim dari Parti Keadilan Nasional (sekarang PKR). Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hassan ketika membongkar semula sejarah pilihanraya kecil itu di Bagan Pinang pada Isnin berkata, pembangkang sengaja buat-buat lupa dan timbulkan isu undi pos pada pilihanraya kecil kali ini. Katanya pertembungan Sothianathan dan Ruslan ketika itu panas gara-gara isu kempen ‘mahu undi masjid atau undi kuil’. PKR yang bertanding ketika itu sengaja main isu perkauman dengan menggambarkan jika pilih Sothianathan bermakna pilih kuil dan pilih Ruslan bererti pilih masjid. Walaupun calon BN menang dengan majoriti 5,972 undi tetapi undi pos dikuasai calon PKR. Berdasarkan rekod, Sothianathan hanya mendapat 1,625 undi pos berbanding Ruslan yang memperolehi 1,743 undi. Ini bererti calon PKR mendapat majoriti undi pos sebanyak 118 undi. Memang pelik kalau pembangkang lupa sejarah pilihan raya kecil Teluk Kemang ini. Mohamad mempersoalkan mengapa PAS persoal isu undi pos tetapi pembangkang diam bila undi pos memihak mereka ketika pilihanraya Teluk Kemang. “Bila undi pos dapat pada mereka, mengapa tak cakap? Kenapa sekarang cakap SPR tidak betul...inilah kerja adu dumba pembangkang,” katanya di majlis sambutan Aidilfitri Kesatuan Pekerja-Pekerja awam Angkatan Tentera Malaysia (Kesatria) dan Kelab Kakitangan Awam PAS sepatutnya tidak mempolitikkan isu undi pos kerana pada pilihanraya umum 2008, calon mereka memperolehi 1,189 undi pos daripada kira-kira 5,100 undi pos. Namun, parti itu jelas takut pada kebenaran bahawa mereka bakal kalah pada pilihanraya kecil di Bagan Pinang. Selain itu kata Mohamad, pembangkang buat apa saja untuk adu dumba pemimpin dan kerajaan termasuk mempolitikkan agama. “Saya pernah kata lebih baik mengislamkan politik kerana boleh cakap jujur, amanah dan tunai janji bukannya mempolitikkan Islam seperti PAS buat sekarang,” tegas beliau. Selain soal undi pos, pembangkang juga memainkan isu kononnya pencalonan Isa tidak dipersetujui Mohamad dan UMNO Negeri Sembilan. Menurutnya, ketika jenazah wakil rakyat lalu, Azman Mohd Nor masih di hospital, beliau sudah meminta Mohd Isa bertanding bagi tebus maruah BN apabila tewas dalam beberapa pilihan raya sebelum ini. “Mereka juga sebar gambar saya dikalungkan selipar, begitu juga TPM (Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Tun Dr Mahathir (Mohamad). Mereka kata saya tak baik dengan Mohd Isa, muka saya serius nampak sombong dan macam-macam lagi,” katanya. Mohamad percaya PAS mula tersepit di Bagan Pinang dengan segala pembohongan dan sikap buruk parti itu termasuk rakan-rakan mereka daripada DAP dan PKR mula terbongkar sedikit demi sedikit. source : agendadaily.com
Kementerian Pertahanan Negeri Sembilan di Dewan Orang Ramai Bagan Pinang,Isnin.
Harakahdaily Sememangnya Haprakdaily
Tun Dr Mahathir yang pernah digelar dengan bermacam-macam gelaran oleh Haprakdaily, ketika zaman pemerintahannya tiba-tiba mendapat liputan akhbar portal berkenaan apabila Tun mengkritik pemilihan TS Isa Samad. Sudah lupakah kita apabila Tun digelar dengan Mahazalim, Mahafiraun dan bermacam lagi gelaran buruk yang diberikan. Apabila Tun secara ikhlas mengkritik pimpinan parti yang disayanginya, Tun diangkat oleh Haprakdaily sebagai hero. Lihat laporan Haprakdaily mengenai kritikan Tun, di sini.
"Dia (Pas) ambil tafsiran dalam Al-Quran kata (orang Islam) tak boleh makan babi, dia tak kata tak boleh ternak (babi). Kalau dah ambil tafsiran macam tu, maknanya kita boleh ternak, kita boleh jual babi, kita boleh masak babi, tapi jangan makan, pasal nak setuju jugak dengan orang ini, kita sanggup tukar pendirian kita sama sekali," katanya kepada pemberita di sini Isnin.
Beliau sebelum itu menyampaikan wacana bertajuk "Dari Minda Tun, Ketuanan Melayu" di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Terengganu di sini hari ini. Turut hadir Naib Canselor UiTM, Tan Sri Prof Dr Ibrahim Abu Shah.
Dr Mahathir berkata Malaysia tidak mampu mempunyai pemimpin yang tidak berpendirian dan hanya mencari populariti diri.
"Kalau orang macam ini jadi pemimpin, susahlah," katanya.
Sumber: BERNAMA.com.
No comments:
Post a Comment