NUFFNANG

Wednesday 28 October 2009

PKR sec-gen denies, again, that he is resigning?!..Matlamat PKR juga untuk 3A – Ezam....Parti Keadilan Rakyat parti 'Bateri 3A' ?

PKR sec-gen denies, again, that he is resigning

By Neville Spykerman

KUALA LUMPUR, Oct 27- PKR secretary-general Datuk Sallehuddin Hashim has denied speculation that he was resigning from his post following a fallout with the party’s leadership.

In a short text message response, Sallehuddin said “Not true” when asked by The Malaysian Insider to confirm rumours he was leaving the party.

However, party insiders have confirmed Sallehuddin has been unhappy with the PKR leaders, notably with decisions which undermined his leadership.

Sallehuddin has clashed with Datuk Seri Anwar Ibrahim about some party appointments, which he feels have been made not based on merit but on how close the person is to Anwar.

In PKR, the secretary-general is appointed to administer the party and Anwar should let him do his job, said a party insider.

Sallehuddin was also initially tasked with laying the groundwork for PKR in Sarawak, one of two east Malaysian states which make up 25 per cent of parliamentary seat in parliament and a traditionally a safe seat bank for Barisan National (BN).

Pakatan Rakyat (PR) needs to win big in both these states during the next general if they hope to pry loose BN’s grip on federal power.

According to party sources, Sallehuddin was making headway in Sarawak until Anwar decided to assume the leaderships in both state earlier this year.

Already burdened with running the party, his upcoming second sodomy trial and his busy overseas schedule, Anwar subsequently appointed peninsula-based vice presidents, Mustafa Kamil Ayub and Azmin Ali to lead Sarawak and Sabah respectively, a move opposed by Salehuddin.

In recent weeks, warlords in both states have openly revolted over the unpopular move and PKR has been forced to backtrack.

Tonight was the second time in recent months that Sallehuddin has had to deny speculation he was resigning from the party, which has been going through a rough patch of late.

Last week, former de facto law minister Datuk Zaid Ibrahim took a six-month leave of absence from the PKR’s political bureau meetings.

Officially, Zaid told the press he wanted to devote his time to formulating a common platform for PR but, like Sallehuddin, the former prominent lawyer had his own issues with Anwar’s way of doing things.

source : themalaysianinsider


Matlamat PKR juga untuk 3A – Ezam

KUALA LUMPUR 27 Okt.- Parti Keadilan Rakyat (PKR) bukan setakat mempunyai kekuatan seperti ‘bateri 3A’ tetapi perjuangan dan matlamatnya juga berkisar kepada 3A iaitu Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail (Presiden), Datuk Seri Anwar Ibrahim (Penasihat) serta Azmin Ali (Naib Presiden).

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor berkata, sebab itu dilihat ramai pemimpin PKR terdahulu keluar atau meminggirkan parti itu apabila menyedari perjuangannya bukan untuk kepentingan rakyat.

Katanya, oleh itu tidak menghairankan apabila beberapa pemimpin yang baru menyertai PKR sudah mula bercakap tentang dominasi individu tertentu dalam parti itu sehingga menimbulkan rasa kurang senang sesama mereka.

“Seperti mana Datuk S. Nallakarupan, saya juga tidak hairan atau pelik tentang apa yang dikatakan bahawa PKR adalah parti 3A. Saya percaya ramai lagi pemimpin terdahulu turut merasakan hal yang sama.

“Kita berpolitik kerana mahu berjuang untuk rakyat tetapi yang berlaku ialah perjuangan peribadi untuk menyelesaikan masalah peribadi.

“Sebab itu saya percaya masa akan membuktikan. Sekarang pun perlahan-lahan ramai mula sedar akan hal tersebut,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.
Baru-baru ini Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO, Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad menyifatkan PKR seperti ‘bateri 3A’ kerana kekuatan parti itu hanyalah ditentukan Azizah, Anwar dan Azmin.

Bekas pemimpin PKR dan juga bekas rakan karib Anwar, Nallakarupan juga turut mengakui beliau tidak pelik sama sekali dengan gelaran parti 3A yang diberi ke atas PKR.

Selain itu, seorang pemimpin PKR, Datuk Zaid Ibrahim yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini menggesa semua pihak memastikan PKR tidak didominasi pihak tertentu,
Zaid membuat dakwaan tersebut ketika menghadiri majlis sambutan hari raya di Kota Kinabalu anjuran pimpinan PKR negeri itu walaupun awalnya ada laporan mengatakan beliau dilarang daripada berbuat demikian.

Sementara itu, mengenai kedudukan istimewa Azmin pada Anwar yang banyak diperkatakan kebelakangn ini, Ezam berkata, ini boleh dilihat dalam rombakan kepimpinan PKR negeri yang dibuat baru-baru ini.

Menurut beliau, menjadi tanda tanya mengapa Azmin yang boleh dikira gagal melaksanakan tugasnya mengetuai PKR Sabah sehingga mencetuskan kontroversi telah diberi pula tanggungjawab baru menerajui PKR Wilayah Persekutuan.

“Bukankah dari segi politik, itu pelik namanya? Apabila Azmin jadi Pengerusi PKR Sabah, ramai yang tidak puas hati, jadi bukankah itu bermakna dia gagal di situ? jelasnya.

Ezam berkata, walaupun demikian beliau secara peribadi tidak terkejut dengan pelantikan Azmin sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

sumber - Utusan Malaysia, 28 Oktober 09





Nizar News: Parti Keadilan Rakyat parti 'Bateri 3A' ?

Dr Novandri Hasan Basri

Penulis tertarik dengan 2 laporan berita yang disiarkan di dalam Utusan Malaysia :-

1. KUALA LUMPUR 26 Okt. - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mempunyai keyakinan bahawa Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga antara individu yang mengetahui rahsia sebenar Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Namun atas kepentingan untuk berkuasa katanya, para pemimpin Pas yang mengetahui 'sesuatu' mengenai Anwar sanggup 'menelan' rahsia itu.

Disebabkan faktor itu kata beliau, umum mengetahui bahawa Abdul Hadi tidak mempunyai kecenderungan untuk menyokong Anwar secara keterlaluan.

Katanya, jika senario politik Pas dinilai, maka penyokong terkuat Anwar daripada parti itu adalah Mursyidul Am, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

''Nik Aziz adalah penyokong terkuat Anwar daripada Pas, Hadi tidak kuat sangat, mereka semua mengetahui sesuatu mengenai Anwar tetapi demi politik, mereka sanggup untuk melupakannya,'' katanya.- Utusan Malaysia.

2.KUALA LUMPUR 26 Okt. - Datuk S. Nallakarupan menegaskan beliau tidak pelik dengan gelaran parti 'bateri 3A' yang diberi kepada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ini kerana, kata beliau, parti itu memang berkisar kepada tiga individu iaitu Presidennya, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail; Penasihat, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali.

Bekas rakan karib Anwar itu berkata, ketiga-tiga mereka akan menentukan apa sahaja perkara dalam PKR sehingga beliau sendiri yang bersahabat dengan Anwar selama 30 tahun sanggup diketepikan.

''Sebab itu banyak pemimpin terdahulu yang bertindak meninggalkan PKR kerana melihat parti itu hanya berkisar kepada tiga orang itu sahaja. Itulah hakikatnya.

''PKR hanya parti tiga orang A ini saja. Lihatlah saya sendiri, 30 tahun saya dengan Anwar, malah pernah masuk penjara kerana dia, tapi akhirnya dia tak pedulikan pun semua itu sampailah saya keluar PKR.

''Jadi kalau saya yang 30 tahun bersama Anwar boleh diperlakukan seperti ini, bayangkanlah pemimpin PKR lain. Bila-bila masa boleh dilupakan macam itu saja,'' katanya kepada Utusan Malaysia.

Diminta mengulas pelantikan Azmin selaku Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan yang baru, Nallakarupan berkata, ia menunjukkan Azmin mempunyai kedudukan istimewa di mata Anwar.

Kata beliau, ia merupakan satu keputusan besar kerana pelantikan Azmin adalah untuk menggantikan seorang lagi pemimpin kanan PKR, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Pelantikan sebagai Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan itu bermakna Azmin menggantikan kedudukan Abdul Khalid yang juga Ahli Parlimen Bandar Tun Razak selain Menteri Besar Selangor.

''Azmin bukan Ahli Parlimen di Wilayah Persekutuan seperti Abdul Khalid dan ini memperlihatkan siapa yang lebih penting di antara dua pemimpin itu kepada Anwar.

''Ini memang sudah dijangkakan. Walaupun atas sebab tertentu terpaksa digugurkan menerajui PKR Sabah, Anwar tidak mungkin tinggalkan Azmin yang tahu banyak mengenai Anwar.

''Bagi Azmin, ini satu cara penting untuk beliau mengukuhkan kedudukan politiknya terutama dalam PKR walaupun ia menyentuh jawatan Abdul Khalid,'' jelasnya.

Nallakarupan juga tidak hairan atas apa yang berlaku pada Abdul Khalid kerana beliau sendiri pernah diperlakukan sedemikian rupa bagi mengukuhkan kedudukan Azmin.

source : minda intelek melayu

No comments: