NUFFNANG

Tuesday, 13 October 2009

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (7)

NONA AnWAR - WAN AZIZAH (7)

1. Sejurus AnWAR dibebaskan Sept 2004, Azizah berada dalam dilema yang cukup besar! Sementara gembira menyambut suami kembali ke pangkuannya, beliau sedar bakal alami sesuatu paling ditakutinya - DISISIHKAN. Tiada lagi undangan buatnya merasmikan itu dan ini, juga tiada sambutan hebat menyambutnya di sesuatu majlis.

2. Yang timbul (ketika itu) hanyalah AnWAR, AnWAR dan AnWAR! Wan Azizah ketika itu hampir dilupakan oleh keseluruhan organ parti termasuk rakan-rakan pembangkang, sedangkan beliau adalah Presiden PKR. Begitu juga di Permatang Pauh, nama Wan Azizah hanya disebut dalam ucapan-ucapan sahaja sedangkan beliau adalah Ahli Parlimen di sana.

3. Apabila Azizah mengamuk minta AnWAR memberhentikan bekas banduan Rashid dari bekerja di rumahnya, AnWAR berbohong telah melakukannya sedangkan AnWAR menempatkan Rashid di pejabat peribadinya di Seksyen 16 Petaling Jaya. Setelah Azizah mendapat tahu dan mengamuk lagi, AnWAR menempatkan Rashid sebagai 'penjaga kondo' di Bukit Damansara.

4. Beria-ia sungguh AnWAR mahu mempertahankan Rashid, dan beria-ia sungguh Wan Azizah mahu menyingkirkan Rashid dari hidup AnWAR. Antara perkara yang paling tidak disenangi Azizah ialah kegiatan Rashid 'mengurut' AnWAR. AnWAR mendakwa dirinya mengidap 'migrain' tetapi tidak pula meminta Azizah memicit kepalanya!

5. Azmin dan Sukma antara yang boleh memegang kepala AnWAR (utk memicit dan mengurut). Azizah menyedari hal ini, namun sanggahannya sering diperlekehkan AnWAR. (maksudnya Wan Azizah tidak senang AnWAR dipicit lelaki tetapi AnWAR mendakwa Azizah terlalu bimbang serta sering mendengar cakap orang).

6. Wan Azizah benar-benar makan hati dengan perangai AnWAR ini. Sudahlah kedudukannya selaku Presiden seperti tunggul kayu mati atau melukut di tepi gantang. AnWAR pula tidak pernah insaf dengan kejadian yang pernah menimpa mereka, malahan makin teruk lagi. Wan Azizah benar-benar tertekan dan makan hati dengan kelakuan AnWAR.

Menyusuri tahun 2006/2007, AnWAR mula merekrut beberapa pegawai baru di pejabatnya yang pelbagai. Ada yang ditempatkan di pejabat peribadi, pejabat Yayasan Masa Hadapan, Pegawai yang menjaga program, blog dan sebagainya. Ini menambah lagi kerunsingan Wan Azizah. Bukan masalah Azizah dibaikan kali ini, bukan juga masalah kewangan. Wan Azizah curiga dan teramat runsing dengan pegawai-pegawai baru yang begitu teruja hendak berkhidmat dengan AnWAR.

Kenapa? nantikan sambungannya nanti...........................

No comments: