Penasihat DAP, Lim Kit Siang menyifatkan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad yang dicalonkan BN bertanding di Bagan Pinang sebagai ‘local hero’.
Gelaran itu diungkapkannya ketika berucap di majlis pengumuman calon PAS, Zulkifli Mohd Omar yang akan menentang mantan Menteri Besar Negeri Sembilan dalam pilihan raya pada 11 Oktober depan, malam Selasa.
Mungkin pemimpin veteran DAP itu berniat menyindir Isa tetapi hakikatnya Ketua UMNO Bahagian Teluk Kemang itu memang ‘hero’ yang cukup dikenali hati budinya oleh rakyat Negeri Sembilan khususnya di Teluk Kemang.
Berdepan ‘hero’ bertubuh kerdil ini, nyata membuat pembangkang berasa cukup goyah.
Sebab itu, belumpun tempoh berkempen bermula, pemimpin pembangkang sudah menyerang Isa dengan isu politik wang – senjata yang memang diduga akan digunakan lawan selain isu undi pos dalam pilihan raya kecil itu.
Kit Siang dan juga Naib Presiden PKR, Azmin Ali menjadikan kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad dan Tengku Razaleigh Hamzah yang lantang mengkritik Isa dan UMNO apabila nama bekas Naib Presiden UMNO itu diuar-uar akan bertanding.
Ini adalah helah yang kerap digunakan pembangkang bagi menarik simpati dengan menunjukkan pemimpin UMNO sendiri ada yang tidak setuju parti itu mencalonkan pemimpin yang disabitkan dengan politik wang.
Pemimpin DAP itu membayangkan Tun tidak dapat tidur manakala Ku Li akan lebih sakit hati apabila nama Isa diumumkan untuk bertanding oleh Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin petang Selasa.
Namun begitu, baginya, pertandingan Isa dengan Zulkifli adalah ibarat pertembungan ‘masa lampau dengan masa depan’ apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak didakwanya terdesak memilih Isa.
Azmin yang turut berucap di majlis itu menyifatkan BN cuba memperbodohkan pengundi di Bagan Pinang dengan meletakkan calon yang korup.
Sebenarnya, pengundi Bagan Pinang bukanlah bodoh untuk menerima bulat-bulat apa diluahkan pemimpin pembangkang terhadap Isa.
Rakyat Negeri Sembilan sudah cukup tahu jasa-jasa Isa menjadi Menteri Besar selama 22 tahun dan kes politik wang bukanlah satu alasan kukuh untuk mereka menolak bulat-bulat Isa mewakili DUN Bagan Pinang.
Disebalik cuba menggambarkan Isa seorang yang rasuah dan bersalah, pembangkang harus ingat dan jangan lupa, ada kalangan pemimpin mereka juga bersalah, di penjara tetapi kini ada bergelar wakil rakyat dan Ketua Menteri.
Seperti dijelaskan Isa berhubung isu itu, beliau berkata, "Malah kes-kes jenayah pun orang boleh terima, ada yang dah jadi Ketua Menteri, ada dah jadi Menteri dan ada yang bercita-cita nak jadi Perdana Menteri lagi, semua ada, jadi apa masalah dengan saya?" .
Sebelum menunding jadi, Kit Siang patutnya sedar anaknya, Lim Guan Eng pernah dihukum penjara selama 18 bulan di bawah dua Akta, iaitu Akta Hasutan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan, menjalani hukuman dan akhirnya menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Azmin pula patut sedar, boss beliau, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjara selama enam tahun atas kesalahan salah guna kuasa.
Begitu juga dengan hukuman liwat walaupun dibebaskan kerana Mahkamah Persekutuan mendapati bukti-bukti yang dikemukakan tidak cukup kukuh untuk mensabitkan kesalahan tetapi hakim-hakim percaya wujud kejadian itu dan mahkamah sebelumnya telah mensabitkan kesalahan ke atasnya.
Hari ini Anwar jadi ahli parlimen Permatang Pauh dan menjadi Ketua Pembangkang di Parlimen serta masih bercita-cita mahu menjadi Perdana Menteri.
Mengapa mereka biarpun sudah didapati bersalah oleh Mahkamah dan menjalani hukumannya masih menang dalam pilihan raya?
Jawapannya tentulah kerana rakyat di kawasannya mahukan beliau menjadi wakil mereka. Biar apa pun pandangan undang-undang dan masyarakat terhadap mereka namun mereka tetap menjadi pilihan rakyat di kawasan mereka.
Dalam PAS pula ada pemimpinnya ditangkap berkhalwat dengan isteri orang kemudiannya dibebaskan oleh mahkamah atas sebab teknikal dan masih menang pilihan raya.
Ku Li pula pernah dituduh terbabit skandal BMF, bertanding atas tiket S46, masih menang di Gua Musang.
Ini mengambarkan rakyat mahupun pengundi bijak menentukan siapa mereka mahu sebagai wakil rakyat mereka tambahan pula jika calon yang bertanding sudah terbukti berkhidmat dan disenangi mereka.
Cukuplah pembangkang menjual isu politik wang untuk membunuh karektor Isa dalam pilihan raya kecil ini.
Janganlah mereka meludah kelangit kerana nanti ludah tertimpa muka sendiri.
Pencalonan Isa sudah mengambil kira semua pertimbangan ini termasuk suara akar umbi sehingga parti masih meletakkan amanah dan kepercayaan untuknya bertanding.
Lagipun, Isa bukan melakukan jenayah sebaliknya pelanggaran kod etika pemilihan dan telah menjalani hukuman pengantungan selama tiga tahun.
Kerusi DUN Bagan Pinang kosong selepas Azman Mohd Nor yang mewakili BN pada Pilihan Raya Umum Mac 2008 meninggal dunia akibat jangkitan dalam darah di Hospital Pakar Seremban (SSH), di sini awal bulan lalu.
Allahyarham yang bertanding pertama kali, memenangi kerusi berkenaan selepas memperoleh 6,430 undi, menewaskan calon Pas, Ramli Ismail dengan majoriti 2,333 undi
Isa: Komen Dr Mahathir
Semua orang nak dengar komen Tun Dr. Mahathir Mohamad bila Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad sebagai calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri Bagan Pinang setelah beliau berulangkali sebelum ini kata bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu tidak wajar bertanding.Namun ditemui wartawan selepas satu majlis di Kuala Lumpur Rabu untuk mengulasnya,bekas Perdana Menteri itu menerimanya dan menggangap ia adalah keputusan dan pilihan parti. Katanya pandangan peribadinya tidak boleh lagi diambil kira dalam soal ini. Beliau menyarahkan kepada rakyat kawasan Bagan Pinang sendiri menentukan samaada Isa adalah pilihan tepat."Ia bagus, kita akan menang," katanya.Dr Mahathir bagaimanapun kata beliau tidak akan turun berkempen semasa pilihanraya kecil itu.-30/9/2009
Apa masalahnya..?
Tan Sri Isa Samad berkata isu kesalahan politik wang yang dikenakan oleh Lembaga Disiplin UMNO keatasnya semasa bertanding jawatan Naib Presiden UMNO tahun 2004 tidak harus timbul lagi kerana beliau sudah ‘ membayarnya melalui hukuman selama tiga tahun’.Katanya beliau tidak melakukan sebarang jenayah cuma melanggar etika pemilihan parti.Lagipun katanya ada yang mereka yang terlibat jenayah sudah menaruh harapan untuk jadi Perdana Menteri."Jadi apa masalahnya,” katanya kepada wartawan ketika diminta mengulas kenyataan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad agar beliau tidak bertanding kerana pernah dihukum atas kesalahan politik wang.Katanya beliau tidak marah dengan Dr Mahathir dan tetap hormat beliau sebagai negarawan.
Nizar Oii !! Apa dah jadi ?? Inikah kekuatan PAS di Bagan Pinang

PAS buat pengunguman calon mereka ini di tempat DAP, sekali tengok nampak pun macam DAP punya event . Memalukan betul kehadiran penyokong PAS di Bagan Pinang ,tidak seperti PRK lain sebelum ini di Prmtg Pasir,Manik Urai ,Prmtg Pauh , blogger2 PR dan harakah paling suka cerita kehadiran ribuan penyokong mereka hadir ke ceramah2 PAS dan cerita penyokong BN sikit .
ada mercun roket .
Tanda-tanda kekalahan PAS di B agan Pinang ,kehadiran penyokong mereka tak sampai 500 orang pun yang muncul
Melayu Bagan Pinang tak sokong mereka,
jadi guna logo roket tarik sokongan bukan Melayu
TS ISA popular macam Rock Star
Kepada MSO , macam ini 3000 orang ke ?? hahaha nak tulis pun , fikir lah dulu nak kelentong orang pun jangan terusk sangat ..
Katering untuk BN 10,000 orang dan semua makanan lesap sebelum mula pun event....Tanah seluas 4 ekar semalam penuh sesak dengan manusia . Kalau 3000 orang sahaja kiraan MSO , memang dia punya mata ada masalah ..haha
N31: Gadis peluk Isa Samad

Apa tujuan puak-puak Pas, PKR dan DAP sebenarnya ni? Dah takdo modal ko? Kojo nak mengaibkan orang sajo ko pembangkang ni? Gambar Isa dengan anak sendiri pun nak dijadikan bahan fitnah. Osah la puak-puak PR ni Pemfitnah Rakus, KAKI FITNAH, MAKAN FITNAH, TIDO FITNAH...dulu kini & selamanya.
No comments:
Post a Comment