NUFFNANG

Thursday 22 October 2009

"Lelaki Mabuk itu Agen BN" kata Gobinad

"Lelaki Mabuk itu Agen BN" kata Gobinad




Tampa perlu berfikir panjang, Gobinad Singh Deo, Ahli Parlimen Puchong menuduh seorang lelaki mabuk adalah agen provokasi yang diupah oleh BN untuk menggangu kelancaran Majlis Deepavali anjuran DAP yang hanya untuk ahli parti pakatan haram, dalam majlis itu seorang lelaki yang dikatakan mabuk oleh Gobinad meluahkan rasa tidak puas hatinya kepada gobin dan Majlis Perbandaran Subang Jaya kerana gagal menyelesaikan banyak masaalah seperti sampah, longkang, lampu jalan dan lain-lain masaalah yang ada selepas Pakatan Haram memerintah selangor.

Apa yang diluahkan oleh lelaki itu mendapat tepukan gemuruh oleh mereka yang hadir di majlis rumah terbuka deepavali anjuran DAP Puchong di Dewan Seri Serdang, bagi menutup aibnya gobin menuduh lelaki itu mabuk dan ianya di upah oleh BN untuk menggangu majlis itu. det difahamkan ada kira-kira 400 orang miskin berbangsa India yang hadir tetapi sumbangan hanya di berikan kepada 200 orang sahaja, lagi 200 orang hanya duduk melopong di tipu hidup-hidup oleh gobin. sebelum majlis itu berlangsung, penduduk miskin ini telah dijanjikan dengan bermacam-macam sumbangan, tetapi bila majlis berlangsung hanya 200 orang sahaja yang layak mendapat sumbangan dari DAP yang berupa hamper dan duit sebanyak RM 50 setiap sorang, bayangkan la bertapa punya hebat Gobin dan DAP menipu rakyat miskin di kawasan Puchong.

Majlis yang sepatutnya tamat pada jam 11.30 malam terpaksa di tamatkan seawal jam 10 kerana ada diantara mereka yang miskin ini tidak mendapat bantuan seperti yang dijanjikan pulang dengan perasaan hampa dan mereka baru tahu yang mereka ini telah di tipu hidup-hidup oleh DAP dan Ahli Parlimen mereka.

Posted by det

mymassa.blogspot.com


No comments: