NUFFNANG

Sunday, 28 June 2009

UNSPIN - Apa yang anda perlu tahu mengenai Anwar ada disini / All you want to know about bro Anwar (well... not all..)

UNSPIN: Ada laporan polis, bukti-bukti, kes ... maka ada proses mahkamah

Oleh Abang Bulanja


Memang letih melihat kerenah, pelbagai drama dan wayang yang dilakukan oleh Anwar dan kuncu-kuncunya untuk menyelamatkan diri dari kes liwat kali ini. Itu kita faham. Tetapi ianya boleh dilakukan di mahkamah dan bukan mencari helah untuk mintak perbicaraan digugur.

Mahkamah boleh dianggap sabar dan seolah-olah membiar Anwar satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.

Hakikat yang tidak boleh ditolak adalah bahawa ada satu laporan jenayah dibuat ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.

Setelah itu, pihak polis telah melakukan penyiasatan. Antaranya menyoal siasat Anwar dan Saiful, melakukan pemeriksaan perubatan, bercakap dengan ramai saksi, dan apa lagi bukti-bukti dikumpul. Ini semua dihantar kepada pendakwaraya untuk menentukan samada ada kes untuk didakwa atau tidak. Tugas polis dan pendakwaraya adalah untuk mendakwa pesalah dan berusaha untuk menghukum pesalah.

Manakala, pihak peguambela berushaa untuk menafikan bukti-bukti polis, mempersoalkan motif, merosakkan kredibiliti saksi, memastikan sebarang keterangan tidak diterimapakai hakim, mengemukakan saksi sendiri, dan lain-lain. Jika dilihat, lebih berat tugas belah pendakwaraya dari peguambela yang kerja untuk pilih mana salah.

Akhirnya hakim yang menentukan samada semua bukti, saksi, motif dan apa fakta-fakta ini betul atau tidak. Kalau hakim sesi bawah tidak memuaskan hati, Anwar boleh peri ke Mahkamah Tinggi atau terus ke mahkamah rayuan dan akhir sekali Mahkamah Persekutuan.

Kalau bawah tak adil, boleh bawa naik ke atas mengikut prosedur-prosedur. Jumlah hakim yang terlibat dalam proses ini adalah hampir lebih kurang 11 orang. Untuk kes liwat dahulu, lebih hakim kerana Mahkamah Persekutuan sudah buat keputusan tetapi melonggarkan untuk membuat Judicial Review. Belum diambilkira begitu ramai peguam terlibat dikedua-dua belah pihak.

Tak perlu untuk kerenah, main wayang, dan drama diluar tetapi tumpukan masa ke dalam mahkamah.

Sepatutnya Mahkamah patut keluarkan gag order ke atas semua pihak dari membuat apa saja pertuduhan terhadap mana-mana pihak melainkan komen mengenai fakta kes saja. Sesiapa yang melanggar, patut sekali dikenakan perintah menghina mahkamah.

UNSPIN: Tuduh Mahkamah tidak bebas helah murah dan basi

Oleh Abang Bulanja

Suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah. Dia tidak takut kerana dia kata ada bukti dan saksi alibi. Dalam sebulan ini, kita terasa hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Macam mana dia kata dia bersedia hadapi mahkamah?

Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, bukankah ini masa terbaik untuk beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.

Untuk menguatkan sandiwara Anwar yang kini takut menghadapi mahkamah macam orang bersalah, Anwar melalui penyokongnya mengguna helah murah dan basi mendakwa mahkamah tidak bebas.

Untuk mereka kata sedmikian, fahamkah mereka undang-undang? Bolehkah difahami ayat-ayat undang-undang lebih dari dua tiga para? Hujah mereka hanya berdasarkan hujah-hujah logik peguambela. Mereka tidak dengar hujah-hujah logik pendakwa. Mereka tidak membaca keterangan-keterangan penuh Anwar, dan Saiful. Mahkamah belum bicara, dan beri keputusan, maka tidak adalah dokumen penghakiman untuk dikaji samada mahkamah tidak bebas atau bebas?

Bolehkah penyokong-penyokong Anwar ini mengumpul dan mementelaah semua maklumat-maklumat ini dan membuat pendirian bebas yang mengambilkira hujah-hujah peguambela dan pendakwa? Tidak sebarang peguam boleh lakukan ini. Mungin agak susah penyokong Anwar yang kebanyakkan buta undang-undang lakukan juga.

Macam mana mereka boleh kata mahkamah tidak bebas sebelum perbicaraan bermula?

BLOG: Kenyataan Bersumpah Sukma


Sukma telah membuat dua kenyataan bersumpah dan ini tidak boleh ditarik balik. Jika ditarikbalik, Sukma bukan seorang saksi yang sahih lagi dan boleh dianggap menghina mahkamah. Baca berkenaan tersebut di blog Anwar Ibrahim Dotcom AIDC:

Pengakuan bersumpah Sukma Darmawan Sasmitaatmadja (Adik angkat Anwar)

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didakwa dan sedang dibicarakan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas tuduhan melakukan seks di luar tabii atau homoseksual. Antara saksi utama yang memberi keterangan dalam kes ini adalah dua personaliti sepermainan beliau.

Di kalangan kita hari ini masih menyangsikan dan mempertikaikan keterangan dan pengakuan saksi-saksi yang diketengahkan. Sebaliknya ramai suara-suara yang menuntut keadilan dan ketelusan badan kehakiman negara dalam pengendalian kes Datuk Seri Anwar Ibrahim dan selanjutnya menuduh adanya konspirasi menjatuhkan beliau dari arena politik tanahair.

Pengakuan Sukma Darmawan Sasmitaatmadja ini bukannya satu rekaan. Ianya satu pengakuan yang dibuat sendiri secara sukarela dan sedar tanpa paksaan di hadapan Majistret Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 23 September 1998 dan diakui kebenarannya.

Marilah kita sama-sama fikirkan dan renungkan kebenarannya dan selanjutnya menilai sama ada Datuk Seri Anwar Ibrahim sesuai untuk memimpin generasi akan datang, bangsa, negara dan agama menuju ke alaf baru.
Pengakuan-pengakuan terebut boleh dibaca di sini.

UNSPIN & MYSTERY: Sejarah silam Anu-war: Sukma II

Mereka kata Sukma dipaksa dan dengan bantuan media asing, pihak mereka menafikan pengakuan yang telah dibuat. Sebelum kita bincang, kita dengar lihat dahulu video berikut:


Dengan cara professional kami untuk merungkai Spin, kita berikan pautan kepada pandangan sebelah sama. Sila lihat laporan berita asing yang membawa penafian Sukma pula sini.

Diamati betul-betul, laporan berita TV asing ini penuh dengan penafian dan andaian. Mereka menunjukkan klip video rusuhan untuk menuduh polis berlaku ganas. Adakah ini sudah cukup untuk dianggap bukti atau hanya permainan sentiman?

Wallahu alam, siapa betul dan siapa salah. Adakah Sukma kelihatan dalam keadaan terpaksa dalam video di atas? Adakah Sukma dalam keadaan blank semasa menjawab soalan-soalan? Allah dan orang yang tahu saja yang tahu kebenaran.

Bagi kami, satu perkara menghairankan semasa itu.

Pada masa itu, Anwar dan Sulma sering berada di hotel-hotel, resort-resot, dan chalet-chelet seperti Hyatt Saujana (yang disebut dalam rakaman talipon Mior) pada masa yang sama. Namun, mereka tidak kelihatan bersama di tempat awam seperti restoren.

Semasa itu, menjadi pengetahuan umum pekerja-pekerja hotel bahwa Anwar akan menyewa bilik untuk bertemu Sukma. Dia sendiri tidak segan mengaku berjumpa adik. Tanpa membuat menuduh apa-apa, bukankah mudah untuk jumpa saja di rumah atau jika perlu, jumpa di coffeehouse atau restoren?

Ini Anwar dan Sukma patut jawab.

UNSPIN: Sejarah silam Anu-war: Sukma I


Sukma yang memperkenalkan Ismail pernah ada boyfren Irish. Dengar perbualannya yang dirakamkan.

UNSPIN: Sejarah silam Anu-war: Ismail Harun


Ismail Harun adalah seorang pengangur yang diperkenalkan kepada Anwar oleh Sukma Dermawan. Mereka bertiga diberitahu melakukan seks liwat sodomi di bilik perpustakaan di rumah Anwar di Damansara.

Video panjang tapi ini sikit ditunjukkan.

Saturday, June 27, 2009

UNSPIN: Sejarah silam Anu-war: Mangsa dan Taib Azamuddin


Dato Taib Azamuddin kini adalah Wakil Rakyat PAS. Semasa rakaman itu, dia tidak menyedar perbualan dirakam.

UNSPIN: Sejarah silam Anu-war: Mior Razak

UNSPUN: Sejarah silam Anu-war: Hairany

UNSPIN: Sejarah silam Anu-war: Norlaila


Lihat betapa hebat orang yang dikatakan Anu-war dalam memujuk Norlaila supaya tidak memutuskan perhubungan dengannya. Siapa lagi yang tewas dengan pujuk rayu Anu-war?

Friday, June 26, 2009

UNSPIN: Fakta Seksologis menjawab persoalan DAP

Oleh Teruna Kelana

Ada satu pemimpin DAP ada menimbulkan beberapa persoalan pada tahun 2008 mengenai kenyataan-kenyataan Saiful.

Kononnya Saiful telah berdolak dalih - sekejap kata dipaksa oleh Anwar dan sekejap lagi tidak. Sekejap Saiful menyebut penggunaan barangan plastik. Apabila laporan perubatan menyebut tiada kesan luka dan tembus, dia tidak sebut lagi.

Saiful bukan seorang ahli politik yang cekap bercakap dengan wartawan. Saiful atau pihak polis tidak boleh memberikan jawapan sekarang sebelum perbicaraan.

Ikutkan semua pihak tidak sepatutnya menyebut kes kerana khuatir mempengaruhi keputusan hakim. Tetapi persoalan-persoalan sedemikian yang akan mengelirukan orang ramai perlu dijawab. Semua ada kemungkinan yang logik. Cuma otak DAP memang pembelit. Rambut saja yang lurus.

Sebelum ini telah diterangkan bahawa penggunaan KY Jelly kemungkinan tidak meninggalkan kesan tembus dan luka, tetapi tidak bererti perbuatan meliwat tidak berlaku. Mungkin ada bukti-bukti lain. Saksi dikatakan ada 30 orang.

Dari kajian kami, terjumpa maklumat ini. Menurut Sinclair Institute, sebuah Institiut pakar seksologi barat, antara tip seks anal yang selamat adalah seperti disedut bawah:
  • Lube, lube, lube! It’s been said that when you think you’ve used too much lube, put on some more! Using a lubricant will make penetrating the anus much easier. Remember, it doesn’t self-lubricate like the vagina. There are lubricants made specifically for anal sex that will help make it a pleasurable experience. Water-based lubricants are the best, as latex-based lubricants can degrade latex condoms and toys. Be sure not to use numbing lubricants—pain is your body‘s way of telling you to slow down or stop.
  • Start small. Begin with a well-lubed finger or a narrow vibrator. There are even sets of graduated cylinders (dildo) that can be used to “ease into” stretching the anus for anal sex.
Dari apa yang disebut atas, mungkinkah plastik yang konon disebut oleh Saiful adalah alat plastik yang digunakan untuk proses "ease into"?

Berkenaan adakah Anwar memaksa Saiful, apa yang dimaksudkan sebagai paksaan? Adakah ianya mesti secara fizikal? Saiful adalah lebih muda dan kuat dari Anwar, maka tidak mudah untuk Anwar. Tapi ia boleh dilakukan secara psikologi. Saiful yang tahu akan pengaruh dan jaringan bosnya mudah diakurkan. Ini masih kemungkinan dan kita tunggu hari perbicaraan.

Macam mana cerita Anwar yang sakit belakang? Itu kita jawab lain kali.

UNSPIN: Fatwa Nik Aziz sebelum dan selepas Saiful bersumpah


Kawan baru The Unspinners, Hero Tamil telah mendedahkan mengenai "fatwa" Nik Aziz yang flip flop berikut:

SEBELUM Saiful buat sumpah

Kota Baru: Menteri Besar Kelantan Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata "mubahalah" atau bersumpah dengan menjunjung al-Quran adalah cara untuk menentukan kebenaran dan juga sesuatu yang dituntut dalam Islam.
Ini pula SETELAH Saiful buat sumpah.

Nik Aziz berkata perbuatan memegang atau menjunjung Al-Quran sebenarnya adalah perbuatan meniru orang Kristian yang memegang kitab suci mereka.

"Dalam Islam sesiapapun bebas bersumpah untuk membuktikan dirinya benar tetapi bukanlah dengan memegang kitab suci Al-Quran kerana ia adalah perbuatan orang Kristian yang memegang kitab mereka ketika bersumpah,"
Apa dah jadi dengan Tok Guru? Peliwat, Cina bersekedudukkan dengan Melayu dan apa lagi yang sedia diterima demi kuasa politik?

Bila tersilap berbalik kepada Quran. Imam Shafie pun kata, kalau pendepat saya tidak selari dengan Quran, berbalik kepada Quran. Baca ayat Mubahalah sini.

UNSPIN: Hakim yang lepaskan percaya Anwar liwat

Oleh Teruna Kelana


Ada kawan saya berdegil kata mahkamah telah lepaskan Anwar. Maka dia tidak lakukan liwat. Berdegil dia tak mahu dengar penjelasan. Bila ditanya samada dia ada membaca keputusan hakim, dia tak baca dan tak mahu baca. Dia nak tengok sendiri baru percaya. Mula-mula kesian pada dia kerana tak mahu cari kebenaran dan mahu kekal rela dibohong. Rupa-rupanya dia Mat Skodeng. Suka tengok benda-benda ni.

Memang betoi, 2 daripada 3 hakim Mahkamah Persekutuan telah pada 2 September 2004, mengenepikan tuduhan meliwat ke atas Anwar Ibrahim atas sebab-sebab teknikal. Hakim majoriti yang mengenepikan tuduhan menulis dalam mengulas keputusan mereka seperti berikut:

“The testimonies of one Dr. Mohd Fadzil and one Tun Haniff and the conduct of the first Appellant (ie Anwar) confirmed the appellants’ involvement in homosexual activities. However such evidence did not corroborate Azizan’s story that the appellants sodomised him on the date, time and place specified in the charge.”
Disamping itu, mereka juga menulis berikut:

"We find evidence to confirm that the appellants were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen."
Hakim yang setuju lepaskan pun kata Brader Anwar balun seorang lagi Brader. Apa Anwar dan penyokong depa nak nafi? Bila dia saman Dr Mahathir pun, tak done. Jelas benar, mahkamah lepaskan atas sebab teknikal dan bukan pasal dia tak buat.

Dia buat, bro. Cayalah!

UNSPIN: Bancuh kopi boleh atas pentas sama Anwar?

Oleh Teruna Kelana

Masa Saiful mula-mula buat laporan polis, PKR kata depa tak kenai. Dia bukan pembantu khas Brader Anwar Bin Ibrahim. Saiful cuma kerja buat kopi.

Saiful kata depa bohong. Dia ada pi ikut Brader Anwar ke luar negara. Orang ramai naik heran. Apa macam kerja buat kopi boleh ikut pi luar negara? Depa pusing kata dia ikut untuk buat kerja rasmi parti.

Gambar Saiful di majlis PKR mula timbul. Hang tengok video berikut:



Baik punya video. Saiful pakai baju biru sedang berdiri atas pentas sama Brader Anwar. Kira Saiful berdiri barisan kedua di belakang kerja bancuh kopi. Lim Guan Eng duduk barisan depan kerja cuci pinggan. Brader Anwar paling depan uli roti canai. Baiknya punya tebar. Baru PKR mengaku dia adalah pembantu khas.

Nafi nafi ... nahi nahi.

Thursday, June 25, 2009

UNSPIN: Apa pasal Wan Azizah & Nurul Izzah tak mau sumpah atas Quran?

Oleh Cakap Pasal


Tuan-tuan dan puan-puan kita lihat dulu firman Allah swt:

"Perkara yang benar ialah yang datang dari Tuhanmu. Maka jangan sekali-kali engkau menjadi dari orang-orang yang ragu-ragu. Kemudian sesiapa yang membantahmu mengenainya, sesudah engkau beroleh pengetahuan yang benar, maka katakanlah kepada mereka: "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami serta perempuan-perempuan kamu, dan diri kami serta diri kamu, kemudian kita memohon kepada Allah dengan bersungguh-sungguh, serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta". Surah ali Imran, 60-61.
Jadi al kisahnya Anwar sekarang tak mau ambil sumpah atas Quran, bawah pokok demokrasi, tepi jambatan atau mana tempat pun. Kira kawan tu memang tak mau ambil sumpah langsung lah.

Sila perhatikan ayat di Quran di atas. Inilah ayat mubahalah. Kalau nak main tuduh menuduh dan bohong membohong, kita ikut penyelesaian Quran sajalah.

Ayat ini kata "Marilah kita menyeru anak-anak kami serta anak-anak kamu, dan perempuan-perempuan kami . . . . serta kita meminta supaya laknat Allah ditimpakan kepada orang-orang yang berdusta"

Anak-anak kami serta perempuan-perempuan kami. Jadi sebab Anwar tak berani nak angkat sumpah, apa pasal Wan Azizah dan Nurul Izzah tak mau bersumpah saja? Angkat sumpah atas Quran dan minta Allah laknat sesiapa yang bercakap bohong.

Kalau Saiful cakap bohong, biar Allah laknat Saiful. Kalau Anwar bohong, biar Allah laknat Anwar. Itu pun tak boleh ke?

Apa Anwar takut sangat? Saiful sudah angkat sumpah di masjid. Anwar tak mau - pondan. Sekarang kita jemput sajalah pompuan pompuan Anwar ke depan angkat sumpah.

Kita tengok le siapa wear the pants di rumah Anwar? Sudah tentu bukan Anwar sebab dia selalu buka seluar saja. Lebih suka kain pelekat - lagi senang capai work station..

So apa pasal Wan Azizah dan Nurul Izzah tak mau angkat sumpah minta Allah laknat sesiapa yang bohong?

UNSPIN: Jika Anwar dapat suaka politik

Oleh Cakap Pasal

26hb June ini Anwar akan berangkat ke Majlis anjuran Yahudi di Washington. Kes dia pula telah ditangguhkan (lagi) oleh Mahkamah ke 8hb Julai. Apa akan berlaku jika Anwar enggan balik ke tanah air dan memohon suaka politik di Amerika Syarikat?

Besar kemungkinan jika Anwar mohon suaka politik, kawan-kawan Yahudi Anwar seperti Madeleine Albright, Bill Cohen, Paul Wolfowitz dan lain2 akan membantu Anwar mendapat suaka politik di Amerika.

Jika Anwar cabut lari, lebih elok kes liwat Anwar diteruskan saja oleh Mahkamah pada 8hb Julai. Jika Anwar mendapat suaka politik di Amerika itu tidak bermaksud Mahkamah tidak boleh bicarakan kesnya.

Rakyat Malaysia sudah lama menunggu untuk kes ini bermula supaya kebenaran tentang apa yang sebenarnya telah berlaku boleh diketahui.

Kes ini juga memberi kesan yang sangat berat dan juga berbahaya kepada keamanan negara dan ketegangan politik negara. Semuanya berpunca daripada kes Anwar. Maka jika Anwar lari daripada tanah air, Mahkamah mesti menjadi benteng keadilan yang terakhir bagi Saiful Bukhari dan juga untuk semua rakyat Malaysia. Biar perbicaraan dimulakan saja.

UNSPIN: Pasal pengakuan orang kuat Anwar Ibrahim

Oleh Cakap Pasal

Bercakap pasal liwat ini kita perlu bertanya kepada yang lebih tahu daripada kita. Salah seorang daripada orang kuat Mahaliwat Anwar Ibrahim dulu adalah seorang tokoh juga yang kini terlibat dalam berbagai kerja kebajikan untuk anak yatim.

Semasa kes Mahaliwat Round Pertama dulu Dato ini adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Tetapi sekarang Dato ini sudah gostan balik sebab dia lebih tahu al kisah Mahaliwat Anwar Ibrahim. Beginilah ceritanya.

Pada waktu Mahaliwat menjadi Timbalan PM dulu, dan hampir mencapai ke puncak pimpinan negara beliau sudah memang sudah naik gian main belakang lelaki. Tetapi oleh kerana beliau selalu diekori Polis, pengiring dan kroni, maka susah sikitlah nak buat kerja ikut pintu belakang. Maka pada satu hari Raja Mahaliwat telah memanggil hulubalangnya ia itu Dato ini juga dan menyuruh Datu Hulubalang itu menyediakan sebuah rumah khas untuk istirehat baginya. Rumah istirehat itu harus jauh daripada Kuala Lumpur dan tidak lah terlalu menonjol atau ghairah. Beliau cadangkan sebuah kawasan dekat Kuala Pilah di Negeri Sembilan.

Dato Hulubalang ini pun mencari YB Kroni yang dikenalinya di Kuala Pilah. Dan kebetulan pula YB Kroni Kuala Pilah itu memang mempunyai sebuah rumah kediaman yang sesuai dalam kebun yang sunyi, senyap dan jauh daripada pandangan orang.

Maka rumah itu pun dibersihkan, diubahsuai, dicat dsbnya untuk kegunaan Mahaliwat dan seisi keluarganya.

Maka sesudah rumah di Kuala Pilah itu siap, pada satu hari Mahaliwat pun bagi isyarat beliau akan sampai ke sana. Dato Hulubalang pun membuat persiapan dan menunggu kedatangan Mahaliwat dan seisi keluarga. Pelik bin Ajaib bila petang hari Mahaliwat datang tetapi seorang saja, tanpa diiringi anak atau bini. Kecuali seorang driver sahaja yang memandu kereta.

Dato Hulubalang pun rasa pelik. Macam mana ni, mai dengan driver sahaja. OK lah Boss, takpa lah kata Dato Hulubalang. You rest dulu, nanti malam hari saya akan datang balik.

Lepas maghrib, Dato Hulubalang datang jumpa Mahaliwat dengan tujuan jemput makan dsbnya. Tetapi apabila Dato Hulubalang yang juga memegang kunci rumah masuk ke dalam rumah, Mahaliwat tidak terjumpa di ruang atas. Dato Hulubalang pun turun dan masuk ke bilik dekat dapur yang dikhaskan untuk driver untuk menanyakan driver ke mana perginya Boss dia Mahaliwat..

Pelik bin Hairan, apabila Dato Hulubalang memanggil driver dalam bilik, beliau mendapati bahawa Mahaliwat Anwar Ibrahim berada dalam bilik itu bersama driver pula. Dato Hulubalang kata dia tidak nampak Mahaliwat melakukan 'perbuatan yang terkutuk itu' dengan drivernya. Mahaliwat cuma berada berdua-dua-an bersama driver dalam bilik itu.

Tetapi cuba pikirlah apa hal ni Timbalan Perdana Menteri Malaysia berada bersama driver kereta di bilik belakang sebelah dapur.

Dan siapakah nama driver itu? Namanya adalah Azizan Abu Bakar - Jeng Jeng Jeng Jeng.

Itulah sewaktu Sodomy Round Pertama dulu. Sekarang bekas Dato Hulubalang itu amat convince bahawa memanglah Mahaliwat mempunyai kecenderungan, kepakaran, pengalaman dan kuasa kuda yang cukup untuk melakukan perbuatan yang terkutuk itu sekali lagi.

NEWS: Wayang Seniman Agung, Brader Anwar Bin Ibrahim

Oleh Teruna Kelana

Seniman Agung, Brader Anwar Bin Ibrahim melancarkan wayang drama "Ku tak ingin ke penjara lagi" dalam dua laporan AFP pada Jun 18h sini and Jun 24hb sini.

Wayang yang mana Brader Anwar akan bertindak sendiri sebagai penulis skrip, tuan direktor, pelakun watak utama, dan penyunting menjanjikan babak dan aksi sensasi mengandungi:


1. Babak tuduhan dakwaan adalah helah politik. Brader dilaporkan oleh AFP menyebut ianya "political ploy" yang mana ianya boleh memalukan dirinya dan mengurangkan pengaruhnya.

2. Ada pula babak dimana pihak pendakwa dituduh akan menyelit bukti palsu. AFP melaporkan "Anwar said false evidence would be introduced" dalam laporan pada Jun 18hb dan "he voiced concern false evidence would be introduced" dalam laporan bertarikh Jun 24hb.

3. Babak suspens yang menuduh pihak tertentu akan menghapuskannya. Brader dipetik mengatakan "It's a convenient way for UMNO to get rid of me to settle their political problem". Disebut juga "conviction would likely end the political career."

4. Pasti sensasi adegan wayang yang ada plot kerajaan dituduh melakukan konspirasi. Brader menyebut "as a government conspiracy to derail his plan to topple the ruling coalition" dalam kedua-dua laporan.

5. Orang ramai terutama wanita akan tersentuh dengan adegan Brader menuntut pendakwaan ditolak atas alasan laporan perubatan tidak ada kesan liwat. Dia dipetik berkata, "You can't proceed with the sodomy case when it is quite clear by the team of doctors... the medical experts that there is no trace of sodomy, so why do they proceed ...".

6. Menangis Makcik-Makcik bila mahkamah dituduh menolak ikat jamin untuk hantar Brader balik ke lokap. Kata Brader, "The worst case scenario is to deny me bail ..." Disamping itu, laporan AFP bertarikh Jun 24hb menyebut "supporters have expressed fears that it might be revoked during the hearing."

7. Part marah penuntun pula masa mahkamah dituduh enggan memberinya perbicaraan yang adil. AFP melaporkan Anwar berkata, "We are not fully prepared for the trial because we do not have the full set of documents. The prosecution has not given us crucial documents to help us in our defence. It will lead to (an) unfair trial."

8. Marah bercampur sedih penuntun apabila Brader lakunkan adegan menuduh pelbagai pihak sudah berkomplot untuk menghantarnya kembali ke penjara. Laporan AFP melaporkan Anwar menuduh "have a quick conviction."
Klimaks cerita akan melihatkan pengikut-pengikut dan penyokong-penyokong melakukan rusuhan dan tunjuk perasaan. Dipetik berikut laporan AFP bertarikh Jun 18hb berikut:


He vowed to put up a tough fight and would not dismiss the possibility of his supporters taking to the streets.

But Anwar said the party would exercise "peaceful means" to voice their protests if he was jailed.

"We will fight and I am now better prepared ...," he said.
Jalan cerita telah dilaporkan AFP sebagai "Sodomy, even between consenting adults, is illegal in predominantly Muslim Malaysia and carries a penalty of 20 years' imprisonment."

Kassim Selamat! Sabariah sudah mati ... Pergi kau, Kassim Selamat!

Tunggulah di panggung berhampiran kediaman anda.

UNSPIN: Pasal apa peguam Anwar minta sampel original air mani?

Oleh Cakap Pasal

Syabas kepada Teruna Kelana. Biar Anwar jawab. Kalau Laporan Doktor Pusrawi dan Hospital Kuala Lumpur kata tak ada kesan liwat, tidak maksud liwat tak pernah berlaku. Kalau Anwar sapu KY Jelly sebagai pelincir, sudah tentu tidak ada kesan zakarnya masuk dalam dubur Saiful.

Kita nak tahu juga pasal apa Anwar tak mahu sebut bahawa Laporan Doktor menjumpai kesan air mani? Sebaliknya kalau Laporan Doktor tidak menyebut pasal kesan air mani, kenapa Anwar tak hebohkan lagi? Kan lebih hebat propaganda Anwar kalau Laporan Doktor kata langsung tidak ada kesan air mani dalam dubur Saiful? Jadi kepada Anwar, over to you.

Cuba pikir : Round Pertama dulu tak ada langsung air mani sebab perbuatan liwat Azizan Abu Bakar dan juga Dermawan Sasmitaatmadja itu telah berlaku beberapa tahun sebelum bicara mahkamah. Akibatnya ramai penyokong Anwar tidak mahu percaya. Takkan pula bagi Round Kedua, pihak Pendakwaraya mahu hadapkan Anwar ke Mahkamah tanpa bukti yang lebih kukuh?

Penyokong Anwar juga harus pikir apa pasal Anwar ambil pemuda Indon jadi adik angkatnya dan tidur satu bilik dengan adik angkatnya pada hal Anwar mempunyai ramai adik beradik lelaki? Tak cukup ke adik beradik lelaki sendiri sampai nak ambil lagi adik angkat lelaki?

Balik kepada cerita Round Kedua ini, pihak Pendakwaraya sudah tentu mempunyai bukti yang lebih kukuh terutama sekali bukti air mani.

Maka sebab itu lah Anwar minta Mahkamah serah kepadanya sample original air mani. Macam mana Anwar tahu nak minta Mahkamah beri kepada dia sampel original air mani jika TIDAK tersebut air mani dalam Laporan Doktor ? Jeng Jeng Jeng Jeng ! !

Sebab sudah tentu peguam Anwar hanya boleh minta Mahkamah berkongsi maklumat atau menyerahkan salinan dokumen yang memang sudah tersenarai oleh Pihak Pendakwaraya dalam dokumen-dokumen kes yang difailkan dengan Mahkamah.

Jika tidak ada kesan air mani dalam dubur Saiful, pasal apa peguam Anwar minta sampel original air mani? Jeng Jeng Jeng Jeng.

UNSPIN : Balasubramaniam Agen Anwar


Oleh Cakap Pasal

Kita ingat lagi ke, kes pelik Private Investigator Balasubramaniam? Pada awal July ’08 Bala telah timbul entah dari mana dan membuat Kenyataan Berkanun (SD) yang menuduh Dato Seri Najib Tun Razak atas beberapa perkara.

Yang peliknya Bala telah muncul secara tiba-tiba bersama Anwar Ibrahim pada satu Sidang Akhbar. Kita nak tahu soalan yang simple: Macam manakah Anwar boleh berjumpa dengan Bala? Siapakah yang telah mengaturkan perjumpaan antara Bala dan Anwar?

Ataupun pasal apa Bala setuju muncul ke hadapan di bawah naungan Anwar? Dan di mana Bala sekarang?

Jelas sekali ini satu lagi sandiwara Anwar untuk memalukan Najib dan BN. Caranya simple juga. Mula cari seorang PI bernama Bala dan bayar Bala duit lumayan untuk membuat pengakuan palsu terhadap Najib (sama seperti kes Ummi Hafilda dulu). Lepas itu suruh Bala ‘tarik balik’ pengakuannya seolah dia dipaksa oleh Polis pula.

Lepas itu bayar duit kepada Bala dan suruh Bala lenyapkan diri. Maka Bala pun hilang sampai hari ini.

Yang tanggung syak wasangka adalah Najib dan Kerajaan padahal Anwar lah yang telah merancang semuanya sekali – daripada mula sekali jumpa Bala sehingga Bala lenyapkan diri. Jelas bahawa Bala adalah agen Anwar.

Inilah taktik kotor Anwar. Sebenarnya Anwar yang lebih tahu ke mana perginya Bala. Semua ini adalah perancangan Anwar.

No comments: