NUFFNANG

Thursday 18 June 2009

nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin letak jawatan...Timbalan Presiden PAS 'sampah' ? by Dr Novandri Hasan Basri

nik aziz marah betul sehingga minta Nasharuddin letak jawatan


Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik yang selama ini secara terbuka menentang idea kerajaan perpaduan hari Rabu melancarkan serangan peribadi pula kepada Timbalan Presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa yang dikatakan ‘orang kuat’ kepada idea tersebut.

Melahirkan pendiriannya, beliau mengkritik Nasharuddin hingga menyentuh mengenai jawatan Timbalan Presiden itu termasuk kedudukannya sebagai Ahli Parlimen sekiranya berhasrat untuk meneruskan idea kerajaan perpaduan.

“Kalau benar Nasharuddin nak setuju lebih baik dia masuk UMNO, letak jawatan Timbalan Presiden dan di Bachok (sebagai Ahli Parlimen). Apa buat sampah, menyusahkan,” kata Nik Aziz selepas mempengerusikan mesyuarat Exco Kelantan di Kota Bharu.

Nik Aziz berkata demikian mengulas kenyataan terbaru berhubung kerajaan perpaduan yang dibuat oleh Nasharuddin hari Selasa menyambut baik reaksi positif Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak yang menilai PAS ikhlas dalam melontarkan idea kerajaan perpaduan.

Menurut Nik Aziz, idea penubuhan kerajaan perpaduan bukannya datang daripada PAS tetapi cuma lontaran atau pandangan peribadi.

“Perkara itu tidak pernah dibincangkan dalam kertas sebagai agenda PAS mahupun dalam kertas pakatan pembangkang,” ujar beliau.- 17/6/20

Komen PB

Nik Aziz marah betul gara-gara UMNO -PAS mahu bersatu demi masa depan agama dan bangsa . Fikir-fikirkan la keran Islam sendiri menyuruh umatnya bersatu dan jauhi persengketaan tetapi pemimpin yang dikatakn memperjuangkan Islam sendiri tidah mahukannya.
Anda mungkin juga meminati:
Orang yang dimaksudkan Nik Abduh sudah diketahui...
Husam Erdogan vs Nasharuddin
Presiden PAS perlu minta maaf dan dengar arahan DAP dan PKR
LinkWithin
Posted by Pejuang Bangsa

----------------------------------

Timbalan Presiden PAS 'sampah' ?

Dr Novandri Hasan Basri

Ringan betul mulut Nik Aziz Nik Mat yang melabelkan 'sampah' ke atas rakan seperjuangan beliau, Nasharuddin Mat Isa.

video
- Apakah Nik Aziz sudah mula hilang pertimbangan atau pun beliau terasa tertekan dek terpinggir dan tidak lagi dirujuk oleh parti PAS sejak seminggu dua ini?

- Apakah benar Nasharuddin Mat Isa itu seperti 'sampah' ?

- Kenapakah beliau menuduh UMNO telah memecahbelahkan PAS pada hal isu 'kerajaan perpaduan' itu sebenarnya di canangkan oleh pihak PAS itu sendiri?

- Dan kenapakah Mustafa Ali, Setiausaha PAS mensyaratkan kepada DS Najib Razak pula supaya DAP dan PKR dimasukkan di dalam perbincangan mengenai kerajaan perpaduan sedangkan konsep itu di bawa oleh PAS bukannya UMNO dan ianya belum difahami dan mengelirukan termasuk pemimpin-pemimpin PAS sendiri?

No comments: