NUFFNANG

Saturday, 27 June 2009

UMNO punya pasallah ni... Ini kisah benar

UMNO punya pasallah ni...

Ini kisah benar yang pernah aku alami ketika aku berkunjung ke rumah seorang pakcik aku di satu negeri. Kebetulan aku sampai ke rumahnya sudah senja dan aku harap boleh singgah sembahyang Maghrib di sana. Tapi bila aku menghampiri rumahnya, keadaan agak suram dengan cahaya lilin kelihatan dari dalam rumah.

Bila sampai di pintu, aku sekeluarga disambut pakcik aku. Aku bertanya pakcik aku, kenapa bergelap dan pakai lilin? Black-out ke? Tapi kenapa rumah jiran semuanya terang benderang dengan cahaya lampu?

"Hah!! inilah UMNO... UMNO la punya pasal ni. Memang suka menyusahkan hidup orang. Inilah UMNO, inilah Pak Lah (masa tu zaman Pak Lah jadi PM)...," pakcik aku bersuara. Nadanya cukup emosi. Aku hairan juga apa hubungan UMNO dengan letrik rumahnya?

Aku malas nak tanya lebih pakcik aku sebab aku tau dia memang orang kuat sebelah sana. Jadi aku diamkan sajalah.

Lepas sembahyang maghrib aku tanyalah makcik aku, kenapa tak ada letrik? Makcik aku kata, macam mana nak ada... dah kena potong sebab dah 3 bulan tak bayar bil! Laaa...

Dan aku percaya ada ribuan lagi orang yang berfikiran macam pakcik aku. Semua masalah dalam negara ini adalah kerana UMNO. Pokok pangkalnya UMNO punca segala-galanya. Malah orang mati accident pun sebab UMNO... yelah salah UMNO buat jalan & lebuh raya cantik2. Maka ramai yang memecut akhirnya banyak kemalangan.

Tapi kalau pakcik aku yang tak sekolah tinggi berfikiran macam tu okeylah. Ini orang yang berpendidikan sampai U, jadi pegawai dan gaji besar pun masih berfikiran macam pakcik aku. Kesihan...!

source : mesintaipburuk.blogspot.com

No comments: