MEMAHAMI SERANGAN ANAI-ANAI ERDOGAN PART I
Oleh AIDC
Ketika Dr Hassan Ali, Pesuruhjaya PAS Selangor mula mencantas team Erdogan, ramai yang cuba berpolemik kata itu agenda peribadi antara Dr Hassan Ali vs Khalid Samad & Saari Sungip. Tetapi benarkah begitu ?
Tradisi PAS, jarang melucutkan jawatan seseorang, kecuali jika difikirkan perlu untuk membendung bahaya yang lebih besar. Tradisi PAS juga akan bertindak dalam diam, melucutkan jawatan seseorang tanpa diberi penjelasan sebab-sebab pemecatannya. Itu budaya PAS yang sukar difahami oleh kebanyakan orang.
Kena faham budaya dan nilai PAS. Akar PAS adalah Melayu dan Islam. Inilah kelompok yang menjadi tapak PAS. Orang Melayu tidak pernah ke gereja, sesiapa yang pernah pijak tangga gereja pun sudah dianggap serong, apatah lagi masuk dan berucap dalam gereja untuk penganut Kristian. Bermakna kehadiran Khalid Samad ke Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam selepas PRU 12 adalah elemen budaya baru yang tidak pernah diamalkan sebelum ini.
PAS mempunyai pandangan berbeza terhadap agama dari langit dengan agama buatan manusia. Di situlah titik perbezaan antara Kristian dan Buddha. Al Quran menyebut peri bahayanya agama Yahudi dan Nasrani dalam merosakkan Islam. Bukan sekali disebut dalam Al Quran, malah berkali-kali dan ingatan itu bukan sahaja dipegang oleh PAS, malah menjadi pegangan umum, seluruh umat Islam di dunia.
Hari ini, agama Yahudi sudah ditransfomasi dalam pelbagai bentuk termasuk Judaisme, manakala Nasrani pula dijelmakan semula sebagai Kristian. Agama buatan manusia bersifat statik, tetapi agama samawi cepat berkembang, bukan sahaja di gurun sahara, tetapi kini sudah menular di ibu kota dunia khususnya Amerika Syarikat. Itulah titik beza antara Islam, Kristian dan Judaisme.
Sebab itu, sekiranya terdapatnya pusat di Amerika yang berusaha meliberalkan antara Islam dan Kristian, itu adalah usaha anai-anai yang berusaha merosakkan agama. Misalnya Universiti Georgetown Amerika yang ditaja Amerika melalui The Pluralisme Project yang berpusat di Harvard University. Maknanya asas serangan bermula di universiti, baik yang bernama Harvard ataupun Georgetown.
Pada permukaan nampak elok, Pengarah urusan adalah Kristian, John Esposito dan misinya sekali imbas nampak bagus, iaitu Pusat Persefahaman antara Muslim dan Kristian (the Center for Muslim-Christian Understanding). Tetapi siapakah yang mahukan persefahaman antara Muslim dan Kristian itu ? Siapa pengarahnya, John Esposito. Apa agamanya ? Kristian. klik di sini, di sini , di sini dan di sini
Siapakah pensyarah-pensyarahnya ? John Voll, Yvonne Haddad, Shireen Hunter. Apakah mereka Muslim ? Tidak. Mereka beragama Kristian. Siapa pensyarah Muslim ? Anwar Ibrahim. Mampukah muslim bernama Anwar Ibrahim mampu melawan hujah-hujah Kristian diketuai John Esposito ?
Itu pun sudah tidak adil. Empat pensyarah Kristian lawan satu pensyarah Muslim. Ibarat perdebatan dalam forum, tiga ahli panel beragama Kristian lawan satu ahli panel beragama Islam. Bincang topik "Persefahaman antara Muslim dan Kristian". Siapa pemenangnya, kalau pengerusi majlis pun beragama Kristian ?
Persoalannya adakah Anwar Ibrahim mampu melawan arus, kerana semua grand design pusat pluralisme itu disusun oleh John Esposito ? Apatah lagi pengambilan Anwar sendiri pun atas ihsan John Esposito sendiri? Anwar mampu melawan hujah atau Anwar sekadar menambah apa yang John Esposito tidak tahu sebelum ini ?
Itu dari segi luaran. Bagaimana pula dari segi dalaman. Siapa yang taja Pusat persefahaman Muslim-Kristian itu ? The Pluralisme Project Harvard University. Maknanya persefahaman Muslim dan Kristian adalah 'nama cantik' kepada projek pluralisme.
Maknanya walaupun nama asalnya Pusat persefahaman Muslim dan Kristian, tetapi yang tersiratnya adalah Pusat Pluralisme Muslim dan Kristian.
Apa makna pluralisme ? Makna pluralisme, bukan sekadar bermaksud 'persefahaman', tetapi lebih jauh bermaksud mengiktiraf semua agama adalah sama. Itu seperti usaha mahu meliberalkan agama yang ditransfomasi hari ini sebagai Islam Liberal.
Siapa pula taja The Pluralisme Project Harvard University ? Ford Foundation dan Rockefeller Foundation. Klik di sini
Di sini baru muncul pemain sebenar iaitu Yahudi yang berselindung di sebalik yayasan Ford dan Rockefeller. Yahudi menyalurkan wang kepada Georgetown University, John Esposito mentransfomasikannya kepada jenama baru Pusat Persefahaman Muslim dan Kristian dan Anwar Ibrahim mempakejkan pula kepada jenama baru sebagai "Islam dan Demokrasi".
Masukkan perkataan "Islam" sebelum perkataan "Demokrasi", sudah cukup untuk mengelirukan umat Islam.
Walaupun nampak bersimpang siur, tetapi masih kembali kepada inti asal yang diperingatkan dalam Al Quran iaitu pertembungan antara Islam, Nasrani dan Yahudi.
Sebab itu, sebelum PRU ke 12, Anwar Ibrahim mengadakan perjumpaan tertutup dengan Ketua Biskop Kristian Malaysia Murphy Pakiam , Christian Federation of Malaysia (CFM). Turut hadir bersama Anwar adalah Dr Xavier Jeyakumar (sekarang dilantik exco agama bukan Islam di Selangor) Klik di sini dan di sini
Jadi sama ada dirancang atau kebetulan, tindakan Khalid Samad, berceramah di Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam adalah sama dengan tindakan Anwar berdailog tertutup dengan Ketua Biskop Kristian Malaysia Murphy Pakiam, Christian Federation of Malaysia (CFM).
Tindakan Khalid ini dilihat merentasi sempadan dasar PAS. PAS boleh hadir di tokong atau kuil, itu agama buatan manusia yang boleh dikompromi. Tetapi Khalid telah hadir ke gereja, maknanya Khalid telah merentasi salah satu agama langit, iaitu Kristian.
Sepatutnya Khalid perlu peka dengan sejarah Islam. Rentetan perang termasuk Perang Salib, hingga runtuhnya sistem khalifah di Turki, perang antara Islam dengan agama buatan manusia (Buddha atau Hindu) atau perang Islam dengan agama dari langit ?
Transfomasi budaya dalam PKR merentasi sempadan kaum. Tian Chua boleh berbaju Melayu dan bersongkok. Tidak semestinya masuk Melayu. Diapit oleh Paderi Kristian yang latar belakang lagu nasyid (Islam) yang dinyanyikan oleh bekas kumpulan The Brothers, Yassin. Kehadiran Paderi Kristian itu bersama Anwar membayangkan misi PKR juga melancarkan transformasi agama di Malaysia.
Dari segi kebijaksanaan, kalau benar sekalipun Khalid Samad ingin mengucapkan terima kasih kepada pengundi Kristian di Shah Alam, perlukan beliau mengunjungi dan berucap dalam gereja ? Bukankah itu menzahirkan 'perjanjian awal' yang dibuat oleh Anwar dan Ketua Biskop Kristian Malaysia sebelum ini ?
Khalid Samad bukan ahli parti PKR. Dia mewakili parti PAS. Kalau Dr Xavier Jeyakumar yang menjadi wakil memberi ucapan terima kasih Gereja Roman Katolik Mercy Yang Indah, di Shah Alam tempohari, maksudnya lain. Tetapi, jika Khalid Samad yang berjawatan Timbalan Pesuruhjaya PAS Selangor, berkunjung ke gereja, maksudnya lain.
Apa maksud lain kunjungan Khalid ke gereja ?. Maksudnya, anai-anai Erdogan sudah mula mereputkan lantai-lantai asas PAS. Kalau dibiarkan lebih lama, anai-anai mampu meruntuhkan asas rumah.
Khalid Samad kata dia sudah masuk PAS sejak 1983. Sebelum ini dia adalah Ketua Suara Islam di UK. Maknanya dia juga masih baru dalam PAS. Semasa di UK, dia menubuhkan kelab selain daripada PAS iaitu Suara Islam.
Khalid juga kata, dia bukan Pro Anwar Ibrahim, tetapi Pro- Pakatan Rakyat(PR). Apa beza pro PR dengan pro Anwar, sedangkan ketua PR adalah Anwar ? Semua mesyuarat PR diatur dan dipengerusikan Anwar. Semua kenyataan media di dalam dan di luar negara, semuanya melalui mulut Anwar. Sepatutnya Khalid perlu kata, saya bukan pro Anwar, tetapi pro PAS! Dua kenyataan yang membawa maksud berlainan.
Saari Sungip pun masih terlalu baru dalam PAS. Masuk selepas PRU 2004. Masih baru dan tidak perlu tergopoh gapah merebut jawatan penting dalam PAS.
Siapa Saari ? Dia lebih dikenali sebagai abu urwah, nama yang terkenal semasa di UK, dalam IRC yang kemudiannya ditranformasi sebagai JIM pada awal tahun 1990. Ini lagi menarik jika dikupas lanjut.
Selalunya Mustafa Ali akan bersuara, jika terasa PAS diancam. Pada tahun 1982, ketika Anwar masuk UMNO, fraksi PAS dan ABIM berpecah dua, ketika itu Mustafa Ali yang menjawat jawatan Ketua Dewan Pemuda PAS, bersuara, mulai saat ini, PAS akan melakukan sendiri usaha pengkaderan dan pentarbiyahan PAS.
Pada hari ini, ketika Anwar mencanang idea menjadi PM, Mustafa Ali kembali bersuara semula. Sejarah membuktikan apa yang dirasakan dalam hati Mustafa Ali adalah benar iaitu untuk menyelamatkan PAS!
....bersambung siri ke II
sumber : AIDC
04 Disember
-----------------------------------
No comments:
Post a Comment