NUFFNANG

Wednesday 24 June 2009

Sikap Tok Guru:Ada ahli PAS yang dah mula hairan…

Sikap Tok Guru:Ada ahli PAS yang dah mula hairan…

Jika orang luar PAS pelik dengan perubahan sikap Tok Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat apatah lagi ahli-ahli dan pemimpin parti itu.

Memang diketahui, pemimpin PAS sentiasa tutup mulut melindungi apa jua kelemahan serta kepincangan parti itu malah media jarang dapat mengorek cerita dalaman PAS.

Bagaimanapun, semua berubah gara-gara pemilihan pimpinan dalam Muktamar PAS baru-baru ini apabila wujud dua puak dalam parti yang cuba menguasai pimpinan.

Macam-macam cerita pelik keluar selain wujud penentangan terbuka beberapa pemimpin yang pro Datuk Seri Anwar Ibrahim terutama terhadap Nasharuddin Mat Isa.

Setelah kalah merebut jawatan Timbalan Presiden, perang antara kumpulan ini berterusan dan nampak jelas Tok Guru Nik Aziz melepaskan kemarahan kepada Nasharuddin ekoran tewasnya, Husam anak didik beliau.

Jestru menghamburkan kata-kata kecaman termasuk meminta Nasharuddin keluar PAS dan sertai UMNO dan menuduh pemimpin parti itu yang pro idea kerajaan perpaduan ‘boneka UMNO’, dikatakan membuat ada kalangan pemimpin PAS mula meluat terhadap Nik Aziz.

Mereka merasa pengamatan Tok Guru itu tidak setajam dulu. pembacaan politiknya semakin mendatar, kritikannya semakin terbabas.

Malah beliau seperti hilang kawalan menyebabkan ada ahli serta pemimpin PAS mulai sedih melihat Tok Guru hari ini tidak sama dengan Tok Guru dahulu.

Nada cakapnya pula dianggap lebih bersifat politik dan menyimpang dari apa yang diharapkan yang sebenarnya dari seorang Tok Guru.

Dalam pada itu beliau juga didapati buat kenyataan yang tidak konsisten dan berubah-ubah.

Contoh yang jelas ialah isu sumpah Al-Quran yang melibatkan isu dakwaan liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim .Tidak lama dulu beliau awalnya sokong kenyataan bekas Mufti Perlis Dr Asri Zainul Abidin kemudiannya tidak.

Golongan yang sudah lama berjuang dalam PAS itu juga pelik apabila Tok Guru bertemu Lee Kuan Yew tanpa memikirkan siapakah bekas Perdana Menteri Singapura itu dan apakah sudah dilakukannya terhadap orang Melayu di negara itu kesan dasar pemerintahan Kuan Yew.

Lebih buruk lagi apabila Singapura dikaitkan dengan Yahudi, kaum yang jelas menentang serta mahu melihat kehancuran Islam di muka bumi ini.

Maka bertanyalah pemimpin PAS ini, jika orang yang terang-terang menentang Islam dan menyokong Yahudi sebegini boleh dialu-alukan oleh Tok Guru Nik Aziz kenapa sikap yang sama tidak boleh dipakai ke atas UMNO?

Kalaulah dengan Lee Kuan Yew Tok Guru boleh bermuqabalah, kenapa kalau dengan UMNO, sebut pun dah macam berdosa? Kenapa Tok Guru tak tunggu Lee Kuan Yew mengubah dasarnya kepada Islam dulu baru boleh jumpa?

Agendadaily difahamkan, sesetengah pemimpin PAS melihat Tok Guru seakan hilang kawalan apabila bercakap isu berkaitan UMNO khususnya idea kerajaan perpaduan.

Jelas kemarahannya sampai kemuncak apabila meminta Nasharuddin keluar parti dan sertai UMNO.

Kenyataan Nik Aziz supaya PAS ‘tumpah darah’ bagi mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri Manek Urai juga menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Sudah mula ada persoalan dalam PAS apakah parti itu dikuasai Tok Guru semata-mata dan segala cakap dan arahannya mesti dipatuhi dan ditaati?

Timbul juga kebimbangan bahawa sejarah politik dan kehidupan Tok Guru akan berakhir dengan sesuatu yang amat memalukan hingga menyebabkan penghormatan orang ramai terhadap seseorang yang bergelar Tok Guru atau ulama hilang begitu sahaja.

Tambahan pula sejak berpakat dengan DAP dan PKR, sudah ada ulama dalam PAS dilabelkan Ulama E Class kerana mula hidup mengejar kebendaan dan kesenangan.

Golongan yang mulai bimbang dengan segala perubahan tindak tanduk Tok Guru Nik Aziz mula perpesan, “Beringatlah wahai Tok Guruku...janganlah sampai kebencian terhadap sesuatu kaum/kumpulan itu menyebabkan Tok Guru menggadaikan prinsip ukhuwah dan mahabbah sesama jemaah dan menutup pintu dakwah kepada hamba-hamba Allah yang memerlukannya.”

Apakah ini tanda ketaksuban ahli dan pemimpin PAS terhadap Nik Aziz akan berakhir ? -19/6/2009

source : www.agendadaily.com

-----------------------------------

' Langkah mayat' no problem…UMNO mesti minta maaf

Datuk Seri Anwar Ibrahim telah terbang ke Kota Bharu Ahad untuk mengadakan pertemuan dengan,Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Mursyidul Am PAS itu enggan memberitahu apa yang dibincangkan mereka berdua yang dipercayai ada kaitan dengan siri pertemuan dan mesyuarat antara pakatan pembangkang dan pimpinan PAS sendiri mulai Isnin mengenai isu rundingan perpaduan dengan UMNO.

Menjawab soalan wartawan selepas pertemuan di rumahnya itu Menteri Besar Kelantan antara lain membangkitkan isu hampir 40 tahun lampau yang didakwanya UMNO ‘ tikam PAS dari belakang’ ketika menyertai kerajaan campuran bersama Perikatan (kemudiannya BN) selama empat tahun mulai 1973.

Katanya beliau sedia ampunkan UMNO sekiranya ia mengaku salah dan meminta maaf.

Ini sebagai mengulas kenyataan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin di Manek Urai Jumaat agar PAS-UMNO melupakan sengketa lama dan membuka lembaran baru .

“Suruh lupa? Senang je lupa? Adakah makna saya boleh lupa? Ingat, ini barang automatik. Kalau lupa, takdelah sejarah" ujarnya.

"Biar dia mengaku dulu salah. Kalau orang yang salah dengan saya, saya boleh maafkan, tetapi mengaku dulu. Saya minta maaf dan saya mengaku salah, takpa. Mana UMNO mengaku salah," tambahnya.

Apa yang membuat para pemerhati pelik ialah Mursyidul Am PAS itu tidak pernah tegas sebegitu tuntut maaf dari Pengerusi DAP Karpal Singh yang tidak ubah pendiriannya ‘langkah mayatnya’ jika PAS nak laksana pentabiran Islam di negara ini.

Bukan saja Karpal malah DAP yang kini duduk bersama dalam pakatan pembangkang tidak terima dan tidak mungkin akan terima hasrat PAS itu.

Ditanya mengenai idea rundingan perpaduan Presiden PAS Datuk Seri Haji Hadi Awang beliau berkata ia tidak dibawa menerusi saluran yang betul.

Nik Aziz berkata beliau berdegil tetapi lebih kepada beristiqamah atau menegakkan sesuatu yang benar.

"Ada pihak yang mengatakan saya berdegil tak mahu bincang mengenai kerajaan perpaduan. Saya nak jawab bukan berdegil, tetapi beristiqamah.

"Degil ini bermaksud kita mempertahankan barang salah mati-matian, itu kita panggil degil. Tahu benda salah, pertahan juga, tetapi bila kita pertahankan barang betul itu namanya istiqamah, istiqamah ini dipuji dalam al-Quran," katanya.

Menurutnya cadangan rundingan perpaduan itu perlu dibincangkan secara bersama dengan turut melibatkan pakatan pembangkang bagi mengelak pergeseran.

''Jadi, bila ada pihak dalam PAS (cetuskan idea runding perpaduan), pakatan rakyat pun nak jaga, dengan UMNO pun nak jaga, itu sudah kacau. Jadi saya nasihat jangan buat begitu.. kalau nak juga, kita mesti buat mesyuarat. Kena ikut saluran, tak boleh kita nak ketepi keputusan mesyuarat dengan 'pandai-pandai', kita tak boleh... dan tambah lagi kenapa tidak ada orang Pas jumpa dengan UMNO pujuk dia supaya tukar dasar kebangsaan jadi dasar Islam.

''Kita dalam pakatan ini telah berjaya meredakan Islamofobia. Kalau nak buat, bawa dalam PAS Pusat, di peringkat negeri-negeri dan kemudian bawa dalam pakatan. Ini tidak, pakatan pun marah kepada kita. Dia buat kenyataan bahawa PAS mesti jawab kepada DAP," katanya.-21/6/2009

source : www.agendadaily.com

---------------------------------------------

Reaksi syarat UMNO kena minta maaf...

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, UMNO tiada masalah dengan syarat oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang minta UMNO minta maaf kepada parti itu.

Namun pada masa yang sama katanya, PAS juga perlu bertaubat nasuha kerana pernah mengkafirkan orang UMNO dahulu melalui amanat atau fatwa yang dikeluarkan oleh Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Sementara itu Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mengulas perkara yang sama mempersoalkan kenapa PAS meletakkan syarat kepada UMNO perlu meminta maaf bagi membincangkan soal perpaduan.

“Kalau nak dikirakan, Anwar Ibrahim juga berdosa kepada PAS selama ini. Anwar kutuk PAS macam-macam tetapi kenapa PAS boleh lupakan dan terima beliau. Jadi kenapa PAS tidak boleh lupakan perkara yang lepas dengan UMNO,” ujarnya.

Ketua Wanita UMNO Malaysia, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula yang mengalu-alukan sikap berlembut Nik Aziz yang sedia berunding dengan UMNO sekiranya ia dilakukan melalui proses yang betul tetap bertegas tidak setuju UMNO meminta maaf kepada PAS.

Katanya, perpaduan Melayu penting bagi negara dan jika Melayu berpecah, ia akan turut menjejaskan kaum lain juga. – 22/6/2009

source : www.agendadaily.com

No comments: