NUFFNANG

Tuesday, 23 June 2009

Apa yang spontan Nizar?

Apa yang spontan Nizar?
Contributed by PARPUKARI on Friday, June 19 @ 12:14:37 MYT
Topic: Blog dan Portal

KATA Ahli Parlimen (MP) Bukit Gantang, jeritan yang berlaku itu adalah ‘spontan’ – yang kononnya mahu memberitahu orang ramai, dia bukan dirancang begitu rupa atau dipaksa oleh sesiapa.



Mohamad Nizar Jamaluddin ni nak bohong siapa sebenarnya? Kalau jerit adalah spontan, yang ikat kepala tu spontan juga ke? Atau ada orang ‘pegang remote control’ kot, bila mereka tekan ‘kekunci remote control’ maka terpancutlah kata-kata ‘hidup rakyat bubar DUN’ dari mulut sispontan ini.

Sesekali, nak ketawa juga membaca kenyataan Nizar ni tetapi sesekali, rasa nak marah juga kerana perangai ‘budak-budak dua tahun bergaduh di jalan raya’ seperti yang dkatakan oleh Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia, itu sebenarnya tepat!

Ini Parlimen. Inilah Parlimen yang pernah diduduki oleh Datuk Onn Jaafar, Lee Kuan Yew, Chan Man Hen, Tunku Abdul Rahman, Tan Sri Asri Muda dan ramai lagi. Mereka bukan kepalang hebatnya tetapi perangai tidaklah seburuk apa yang sudah Nizar tunjukkan baru-baru ini.

Bila Nizar lilit kepalanya, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Ming pun lilit juga. Mereka berdua dan dicampur dengan Nizar, jadi 3 N antara yang paling awal melilit kepada. Yang lain-lain, macam Dr. Hatta Ramli dan lain-lain, hanya ‘pelakon tambahan’. Tak ada apa-apa pun.

Yang rakyat kena tengok, 3N ini. Nizar, Ngeh dan Nga. Mereka tiga serangkai. Kalau bukan kerana Nizar arahkan Ngeh dan Nga, mungkin Nga dan Ngeh yang mengarahkan Nizar. Tetapi orang ramai tentunya percaya dan yakin, tentulah Ngeh dan Nga yang ‘pegang remote control’ itu.

Mustahil Nizar boleh ‘mengarahkan’ Ngeh dan Nga tetapi, tidak mustahil Ngeh dan Nga boleh mengarahkan Nizar! Ini pasti walaupun tiada siapa boleh membuktikannya kerana ‘perkara ini bukan perkara yang perlu dibuktikan’ melainkan dapat dilihat begitu.
Sebagai orang yang pernah menjadi MB Perak, walaupun hanya sekadar tempoh ‘ayam mengeram telur itik’ tetapi Nizar gagal menjadi seorang ‘pemimpin’ yang boleh dicontohi.

Nizar menampakkan dia lebih berwatak DAP dan PKR daripada seorang pemimpin dari parti yang sering menjanjikan syurga di akhirat kelak.

Allah swt tidak mengizinkan Nizar lebih lama duduk di kerusi MB Perak. Memetik kata-kata Menteri Besar Perak sekarang, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, ini baru satu peratus daripada tingkah laku sebenar yang ditunjukkan Nizar…

Teruk betul rupanya perangai orang Pas ini. Patutlah mereka sanggup berbaring di atas jalan raya bila orang dia sendiri terlepas jawatan Menteri Besar. Patutlah mereka sanggup menghalang kereta Raja Muda Perak daripada masuk ke istana.
Rupa-rupanya, kalau ada benda-benda ‘spontan’ begini, rakyat akan sedar bahawa ‘teruk betul perangai mereka ini’.

Lebih menarik, Nizar mahu mencipta rekod sendiri sebagai Ahli Parlimen yang pernah dihalau keluar dari Dewan, lima minit selepas mengangkat sumpah. Ada yang melihat kelakuan ini secara spontan menyifatkan Nizar sebagai ‘budak-budak’, iaitu lebih baik sedikit dari ‘kanak-kanak dua tahun’.

Budak-budak, mungkin sudah boleh dihantar ke tadika tetapi kanak-kanak, belum layak dihantar ke tadika tetapi mungkin pusat asuhan, boleh!

Nizar boleh pilih untuk digelar sebagai kanak-kanak atau budak-budak, tetapi kedua-duanya menunjukkan bahawa orang melihat Nizar sebagai seorang yang tidak dewasa walaupun usianya bukan usia kanak-kanak atau budak-budak.

Bayangkan Speaker hanya ‘meletakkan’ peristiwa ini sebagai ‘macam kanak-kanak berusia dua tahun’ yang memperlihatkan betapa rendahnya Nizar di mata orang lain. Nizar mungkin sedar perkara ini dan mungkin tidak tetapi dia sudah hilang rasional bila kerusi MB Perak terlepas dari tangannya.

Bayangkan apabila Mhkamah Rayuan membenarkan permohonannya buat seketika, kembali menjadi MB Perak, dipecatnya pegawai-pegawai kerajaan walaupun dia tahu bukan begitu caranya jika mahu mengambil tindakan terhadap Penasihat Undang-Undang Negeri dan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Cerita Nizar ini, mahu saya kaitkan dengan kisah ‘kucing kehilangan anak’ dan ‘ibu ayam mengeram batu’. Tentunya pembaca tahu apa yang saya maksudkan, bila fikiran kita tidak tenang dan kita tidak bersedia ‘kehilangan’ sesuatu.

Bila dapat jadi MB Perak, mereka halau bekas Menteri Besar Perak yang lama. Nasib baiklah bekas MB yang lama, Datuk Seri Mohamad Tajol Rosli bukan jenis macam Nizar. Buat ceramah dan menceritakan apa yang mereka perlakukan kepadanya.

Ketika Nizar enggan keluar dari kediaman rasmi Menteri Besar, mana ada apa-apa tunjuk perasaan dibuat oleh orang-orang Umno mendesak Nizar keluar. Nizar hanya keluar dari kediaman rasmi apabila menerima surat dari SUK.

Begitu juga, bila Nizar masih terus berdegil enggan menyerahkan semula kereta rasmi Menteri Besar, tiada siapa berbaring atas jalan raya membuat halangan perjalanannya supaya mendesak dia menyerahkan semula kereta rasmi itu.

Bila Nizar masuk pejabat MB semula, walaupun hanya beberapa jam, tiada rusuhan, tiada tunjuk perasaan dan tiada reaksi spontan yang orang Umno lakukan. Bukan kerana mereka takut tetapi kewarasan mengatasi perasaan dendam dan ketidakwarasan.

Mungkin, kalau Nizar boleh dihantar mengikuti kursus PLKN seperti yang dikatakan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Yusof Mahal, mungkin perangai ini boleh berubah dan ia menjadi semakin waras.

http://parpukari.blogspot.co

No comments: