SALAHKAH PAS CADANG KERAJAAN PERPADUAN?
Sejak Presiden PAS, Dato' Seri Abd Hadi Awang menyebut perkataan "kerajaan perpaduan" di Muktamar PAS baru-baru ini, pelbagai pihak memberikan reaksi. Ada yang menyokong, ada yang membantah. Dalam PAS sendiri terdapat perbezaan pendapat terhadap ucapan presiden. Bagi mengelakkan polemik ini menguggat kestabilan parti itu, Pengarah Pilihanraya PAS Dato' Mustafa Ali meminta semua pihak berhenti membuat kenyataan mengenai isu tersebut.
Oleh kerana Abd Hadi tidak menjelaskan apakah yang dimaksudkannya dengan "kerajaan perpaduan", maka ia mendedahkan konsep itu kepada pelbagai tafsiran. Saya tidak pasti adakah Abd Hadi menuruti jejak langkah Dato' Seri Najib Tun Razak yang tidak menghuraikan konsep 1Malaysia apabila beliau menyebut perkataan tersebut pada hari pertama menjadi Perdana Menteri.
Dalam berpolemik, ada yang menyamakan "kerajaan perpaduan" dengan "kerajaan campuran." Saya tidak fikir itu yang dimaksudkan oleh Abd Hadi. Dalam hal ini, saya lebih cenderung untuk mentafsirkan "kerajaan perpaduan" itu sebagai politik muafakat yang sering saya sebutkan dalam blog ini.
Saya tidak setuju untuk PAS dan UMNO bergabung dalam satu entiti kerana ia akan menimbulkan kecurigaan di kalangan orang-orang bukan Islam / Melayu. Dalam sebuah negara multiras seperti Malaysia, ini tidak sihat untuk jangka masa panjang. Biarlah PAS dan UMNO menjadi dua entititi politik yang berbeza.
Bagi saya, "kerajaan perpaduan" lebih mengambil bentuk politik muafakat. Rakyat yang sudah muak dengan politik pertentangan yang tak habis-habis sejak PRU12 mengharapkan budaya politik baru. Mereka ingin melihat semua ahli-ahli Parlimen dan DUN yang dipilih dapat duduk semeja dan melakukan sesuatu untuk rakyat. Kesampingkan dulu politik kepartian sehingga PRU13.
"Kerajaan perpaduan" ini boleh berlaku sekiranya kesemua pihak (sama ada yang membentuk kerajaan atau berada di kerusi pembangkang) diberikan peranan yang sewajarnya dalam proses membuat keputusan. Apa yang berlaku sekarang ialah ada pihak yang merasakan mereka tersisih dan dari situ lahirlah rasa tidak berpuas hati.
Saya percaya Abd Hadi menyebut mengenai "kerajaan perpaduan" kerana ingin menentukan kedudukan umat Islam, bangsa Melayu dan parti PAS sendiri tidak kehilangan kuasa tawar-menawar (bargaining power) dalam politik negara ini. Sudah menjadi rahsia terbuka di mana orang-orang Melayu kini merasakan mereka disisih oleh Barisan Nasional dan Pakatan Rakyat. Apakah itu betul atau salah, ia tidak penting di sini. Apa yang saya sebutkan ialah persepsi dan ia harus diuruskan dengan baik. Sebagai presiden parti yang majoriti ahli-ahli adalah berbangsa Melayu, maka Abd Hadi melontar gagasan tersebut.
Tentulah elok sekiranya cadangan itu dibahaskan secara rasional. Abd Hadi juga haruslah diberikan peluang untuk menjelaskan cadangan tersebut. Usahlah politik permusuhan yang tebal mengabui cadangan itu.
Andainya kesemua parti-parti politik dapat beralih dari politik pertentangan kepada politik muafakat, saya fikir tidak ada siapa yang rugi. Politik cara "zero sum games" bukan saja tidak sesuai lagi, lebih dari itu ia memusnahkan negara. Politik "win-win" akan menentukan bukan sahaja semua parti-parti politik berpeluang menyumbang secara konstruktif kepada negara, malah ia membuka lembaran baru dalam politik Malaysia.
Seorang Ahli Parlimen PAS baru-baru ini menyebut kepada saya beliau tidak mahu melihat UMNO dan PAS terus "bergaduh" semata-mata kerana pemimpin-pemimpin terdahulu bertelingkah. Bagaimanapun, bukan mudah untuk merealisasikan hasrat ini. Selain PAS, saya fikir UMNO juga harus melakukan tindakan-tindakan tertentu untuk memenangi hati pemimpin dan penyokong parti lawan. Sebagai langkah permulaan, elok juga kalau isu-isu yang menduri seperti hubungan antara kerajaan pusat dan negeri dikaji semula. Kata orang, bertepuk sebelah tangan, takkan berbunyi.
Kalau begitu, saya nak tanya: Salahkah Presiden PAS mencadangkan "kerajaan perpaduan"?

No comments:
Post a Comment