NUFFNANG

Tuesday 23 June 2009

TAUBAT lah Nik Aziz!

TAUBAT lah Nik Aziz!

"Umno is a deviant group, similar to Ayah Pin. Umno and communists are the same. Umno is a socialist party because they reject Islam. Umno is a Malay party but not an Islamic party," the Kelantan Menteri Besar said at a ceramah in Kampung Laloh. Di petik dari NST 23 Jun 2009.

Pak Sedaro boleh menyimpulkan BAHAWA Nik Aziz Nik Mat, sudah menelanjang diri sendiri dalam ketertiban aurat-Nya sendiri.

Maka, pada kadar yang menyeimbang pandangan...Nik Aziz Nik Mat sudah hilang kelayakan sebagai Mursyidul Am atau Tuan Guru atau Pendita kepada Partai Islam Se-Malaysia. Nik Aziz Nik Mat sudah menyamai pengakuan Israel terhadap kekacauan di Iran masa kini.

Apakah Nik Aziz Nik Mat sedar bahawa dia menggali LIANG LAHATnya sendiri? Mengurus JENAZAHnya sendiri? Mentalkin jenazahnya SENDIRI? Nik Aziz mencermin diri sebagai INSAN yang MENODAI perjuangan Tok Janggut di Pasir Puteh. Nik Aziz menyama erti UMNO sebagai kumpulan AJARAN SESAT seperti Ayah PIN. Soalan CEPUMAS - "Kenapa ada dalam kepala akal dan otak Nik Aziz mendefinisi UMNO sebagai kumpulan AJARAN SESAT? Apakah Nik Aziz sendiri SUDAH SESAT dan HILANG HALUAN?"

UMNO dan Komunis itu sama? Apakah definisi sama @ serupa oleh Nik Aziz? Apakah Nik Aziz sedar bahawa keturunan Nik Mat itu sendiri hanya PUPUS oleh KOMUNIS? Apakah UMNO pada zaman ini menjalan penghapusan etnik atau keturunan Nik Aziz pula?

UMNO partai Sosialis? Nik Aziz kena pergi rujuk Perlembagaan UMNO & Perlembagaan PAS & Perlembagaan Persekutuan...Berguru dengan Alim yang Mursyid perihal Perundangan Perlembangaan bukan dengan Bullshit.

UMNO parti Melayu bukan parti Islam? PAS pun bukan parti Islam! ISLAM tidak menganjur umatNYA hidup dalam kePARTAIan yang memecah belah fikrah kemaslahatan dunia. Di Malaysia semua parti yang wujud atas dasar RAS @ KETURUNAN dan bukannya sebab Agama.

Baca definisi dan tafsiran dalam 160 berkenaan Siapa Melayu? Maknanya UMNO dan PAS adalah sinonim, cuma yang membezakan ialah Falsafah Mengejar Sasaran...

Nik Aziz Nik Mat sudah TERLALU JAUH memberi MUKA kepada Brader Anwar Bin Ibrahim dan Lim Kit Siang. Nik Aziz sudah TERLALU UZUR untuk berRASIONAL dalam membina TAMADUN.

Pak Sedaro masih ada HORMAT yang cukup BESAR kepada Timbalan Mursyidul Am, Ayahanda Guru Dr. Haron Din. Beliau seorang insan yang begitu kritikal dan tidak sewenangNYA mengeluar TOHMAH dan DAKYAH yang boleh menghancur KESELAMATAN ummah Malaysia.

Nik Aziz Nik Mat harus sedar bahawa Konsep Da'i bergerak dalam aneka mauduk dan uslub. Wasilah siasah merupakan salah satu uslub dan wadah membawa HARAKAH ISLAM ke kedudukan yang sebenar mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Nik Aziz Nik Mat mungkin lupa sejarah, bagaimana Perang Salib Ke-Empat dilakukan oleh Empayar Penjajahan? Tanya Nik Aziz Nik Mat di mana berlakunya peristiwa Perang Salib Ke-Empat? Siapa antara Penjajah yang menjajah Semenanjung Emas Tanah Melayu ini PALING ZALIM? Apa yang berlaku semasa kejadian ini? Jika Nik Aziz tak tahu, Nik Aziz poei berguru le...

Kepada pendokong dan penyokong BUTA, PEKAK, BISU mana-mana partai siasah...juga orang yang TIDAK sedar bahawa BangsaNYA kian diratah daripada DALAM... fikirkan semula apakah Nik Aziz Nik Mat masih SEGAR atau sudah TIPIS KEWARASAN fikir ILMU dalam kalender hayat Nik Aziz!

TAUBAT lah Nik Aziz Nik Mat!
Posted by CICIT KAMAT

source : paneh.blogspot.com

No comments: