NUFFNANG

Saturday, 6 June 2009

Kisah dalam terowong keretapi


Menteri Besar Selangor dan beberapa exco kerajaan negeri pergi ke satu persidangan yang dianjurkan oleh satu Yayasan Jerman di Geneva, Switzerland.

Habis persidangan, Khaliid Ibrahim, Hasaan Ali, Azmiin Ali, dan Eliizabeth Wong sorok-sorok ambil peluang untuk bersiar-siar sebelum bertolak balik esok hari. Mereka tidak mahu Speaker Dewan Teng Chang Khiim ketahui.

Teng sudah peringat supaya berhati-hati kerana khuatir diketahui Khir Toyo tahu dan digunakan balik ke atas mereka. Mereka bercadang nak mengenakan Khir Toyo dalam Selcat.
Tak kiralah pejabat MB tak ada kena mengena dengan keputusan KDEB dan Balkis. Orang ramai tetap akan salahkan Khir Toyo.

Semasa mereka menaiki keretapi untuk ke satu kawasan pelancungan, keretapi masuk ke dalam terowong bawah bukit. Keadaan menjadi gelap seketika. Semasa itu terdengar bunyi ciuman yang kuat dan diikuti dengan bunyi tamparan.

Keretapi keluar dari terowong dan keadaan terang kembali. Hasaan Ali dan Eliizabeth Wong kelihatan terpinga-pinga. Khaliid Ibrahim kelihatan sedang tunduk sambil tangannya memegang pipi yang agak merah seolah-olah ditampar. Semua bersikap diplomatik dan berdiam berfikir dalam hati saja.

Hasaan Ali berfikir, "Orang-orang PKR ini semua mesti nak cuba-cuba Eliizabeth Wong. Dah tahu cerita peribadinya yang senang. Mesti Khaliid Ibrahim nak cuba cium semasa dalam terowong tadi. Dia memang ada cerita dio pejabat dulu. Patut dia kena tampar."

Eliizabeth Wong pula berfikir, "Mesti Khaliid hendak cium aku dalam terowong tadi. Tersalah cium Hasaan Ali. Padan muka kena tampar."

Semua ingat Khaliid Ibrahim yang cuba-cuba tetapi dalam fikiran Khaliid lain pula. Dia agak kesal, "Celaka betul, mesti Hasaan Ali mulut murai ini nak cuba-cuba kat Eliizabeth. Dia ingat aku dan terus tampar aku."

Azmiin Ali sambil senyum berfikir, "Kalau keretapi ini masuk satu lagi terowong, aku akan buat satu lagi bunyi cium dan biar Khaliid Ibrahim kena sepak lagi."

6 Komen:

Tanpa Nama berkata...

Pak Hussin

MEmang class..., nak mintak permisi sambong....

Anwar Ibrahim teropong kat balik pintu kegirangan berkata " camtulah sayang Abang!!!"

Cepo

MONCEH berkata...

SALAM SIN,
MACAM CITE DALAM LIF JE SIN

amirhamzah64 berkata...

salam bro,

sekali lagi khalid kena penampo, hilang la gagapnya bro. hehehe

nuar bekas banduan berkata...

Heee dalam makna tu bang husin satu peluru 4 yang kena.

zizOu21 berkata...

mmg claz la citer ni..
kalo btl2 jadi, boleh khir toyo letak dalam blog dia pulak.. hehe.. jgn marah haa..

Amran berkata...

Hehehe ... azmin mmg nak jadi mb, tapi cerita salah sikit. Dia kenakan khalid dgn mengenakan eli wong.

Golongan Erdogan (anti-muqabalah) menguasai PAS?


source : emang-psychotickiller.blogspot.com

No comments: