NUFFNANG

Thursday 25 June 2009

Kejayaan Besar Terkini Anwar: Buat (Tok Guru?) Haji Hadi (kata lain Presiden PAS, kata lain PAS) Nampak Bodoh!

Kejayaan Besar Anwar: Buat Haji Hadi Nampak Bodoh!

Tahniah kepada Anwar Ibrahim kerana sudah mampu me’luruskan’ semula PAS dalam keadaan terpaksa dan rela. Ibaratnya semalam, Presiden PAS kena ‘liwat’ dengan keputusan Majlis Tertinggi Pakatan Rakyat untuk menolak sepenuhnya idea kerajaan perpaduan yang dihebahkan sendiri oleh Haji Hadi dan kalangan perwakilan PAS di Muktamar yang baru lalu.

Kehebatan Anwar untuk membuatkan seorang ulama’ kononnya jadi ‘bodoh’ dan ‘bisu’, sekaligus mengeluarkan tuduhan bahawa kerajaan perpaduan adalah idea dan ‘fitnah jahat’ UMNO adalah suatu babak politik yang hebat dan wajar dipuji. Haji Hadi tak ubah menjadi Pak Turut atau ‘Cina Buta’ kepada perkahwinan tiga dimensi antara: PKR, DAP dan PAS.

Kasihan dengan wajah monyok Haji Hadi yang tak ubah seperti Imam Kampung yang baru sahaja dapat tahu anak daranya ditangkap basah di dalam Masjid Kampung sebelah. Monyok dan tidak ada wibawa. Ibaratnya, macam seorang ulama’ yang baru disisihkan daripada pandangannya sendiri. Kasihan sungguh dengan PAS yang seringkali dilakukan sedemikian oleh Pakatan Rakyat..

Bila PAS agaknya akan sedar bahawa mereka hanyalah bagaikan ‘MJ’ (mak janda) dalam hubungan cinta tiga dimensi dalam Pakatan Rakyat ini. Mak Janda – statusnya setakat penyedap dan pemuas nafsu sahaja. PKR tetap mahukan ‘amoi’ daripada DAP yang lebih mampu menjamin undi Cina akan terus bersama Anwar Ibrahim. Status MJ kepada Anwar ini ibaratnya, kalau tidak ada pun tidak apa. Setakat dipergunakan untuk serakah politik semata.

Kehebatan Anwar Ibrahim dalam memperbodohkan pimpinan PAS ini nampaknya belum disedari oleh orang PAS sendiri. Dicampur dengan ‘auta’, ‘bohong sunat’ Tok Guru Nik Aziz – drama kononnya Timbalan Presiden PAS wajar dihalau daripada parti sekadar menjadi pelengkap kepada cerita kerajaan perpaduan sedia ada.

Haji Hadi sepatutnya tunggu sedikit lama selepas mesyuarat semalam – di mana, Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang ketawa besar dengan ’sikap Haji Hadi’ sewaktu Press Conference semalam. Antara yang diperkatakan antara keduanya:-

LKS : Tahniah, akhirnya kita dapat selesaikan isu ‘unity government’ once and for all.
AI : I’ve been with PAS sudah lama. I know their weaknesses. As long as, Nik Aziz with me – PAS will NEVER dissapoint us.
LKS : Wah, Presiden PAS pun pandai cakap bohong ya..
AI : bohong sunat…dapat pahala. U pun kena belajar Islam lagi la…

Lim Kit Siang sebenarnya tertawa besar dengan sikap Hj Hadi sewaktu PC semalam. Ketawa besar kerana dia tak sangka Presiden PAS mampu berbohong kononnya UMNO/BN yang memulakan usaha kerajaan perpaduan. Inilah kerja Pakatan Rakyat; yang tidak berhenti mahu memastikan semua pihak tertipu dengan gelagat politik Anwar.

Nik Aziz memainkan peranan penting dalam memastikan usaha ini GAGAL. Bukan kerana Islam. Bukan kerana perpaduan. Tetapi kerana survival politik. Minta maaf cakap, Haji Hadi tak ubah seperti seorang ‘Lebai Malang’ dalam sandiwara kerajaan perpaduan ini.

Jun 25, 2009 - DIkirim oleh gelagatanwar | Anwar Ibrahim Baru?, Reformasi PKR | Anwar Ibrahim, Gelagat Anwar, Kerajaan Perpaduan | No Comments Yet

source : gelagatanwar.wordpress.com

------------------------------

No comments: