NUFFNANG

Wednesday 24 June 2009

[SAH] DSAI ke Washington DC 25hb Jun, Perth 11hb Julai.

[SAH] DSAI ke Washington DC 25hb Jun, Perth 11hb Julai.
Sebelum ini, saya ada menyatakan bahawa ada ura-ura mengatakan bahawa DSAI akan berlepas ke Washington D.C pada 25hb Jun 2009. Hari ini perkara tersebut telah disahkan di laman blog(klik) beliau dimana beliau akan menghadiri sebuah persidangan anjuran US-Muslim Engagement Project(pro-barat).

Memandangkan tarikh perbicaraan telah ditunda pada 8hb Julai 2009, jadi saya tidaklah terlalu bimbang oleh kerana sebelum ini tarikh perbicaraan adalah pada 1hb Julai 2009(risiko pulang lewat tinggi)

Terbaru, saya mendapat maklumat dari laman web ini mengatakan bahawa beliau akan menghadiri persidangan “Islam and The West” di Perth Australia pada 11hb Julai 2009. Klik pada gambar/laman web ini:


11 Julai? Bukankah Mahkamah telah menetapkan 8 Julai ini sebagai hari perbicaraan?
Kemungkinan, beliau telah begitu yakin bahawa Mahkamah akan mengugurkan pertuduhan pada hari tersebut.

Ini kerana pada 8 Julai ini, Mahkamah akan mendengar permohonan beliau untuk membatalkan pertuduhan(Gugur pertuduhan) terlebih dahulu. Jika Mahkamah menolak permohonan beliau, barulah perbicaraan akan dimulakan pada hari yang sama.

[Ulasan saya] Sampai bila beliau(VVIP) perlu diberi layanan istimewa? Bebas ke serata dunia walaupun sedang menghadapi pertuduhan/perbicaraan Mahkamah yang amat berat. Jika kes ini gugur sebelum ia dibicarakan, bagaimana pula dengan hak saya(rakyat biasa) sebagai pengadu/mangsa?

Saya tidak akan mengalah!

Allah swt Maha Adil lagi Maha Berkuasa.


Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH!

SAIFUL BUKHARI


Pautan:

WARKAH untuk DSAI dari seluruh rakyat Malaysia
The Unspinners
Posted by Saiful Bukhari at 7:40 AM
10 comments:

AloQStaQ said...

Nampak macam Anwar ni mudah sangat nak main-mainkan mahkamah, bila kena tang orang lain, dialah juara menghentam (contoh : Kes VK Lingam, Altantuya etc,etc) Tapi, bila kena tang dia, cabut lari sana sini tak cukup tanah.

Kalau Anwar masih lagi terus berdalih dengan cara melengah-lengahkan perbicaraan, kerajaan sepatutnya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas. Ini adalah kes yang penting dan memerlukan satu perbicaraan yang segera demi kebaikan seluruh rakyat.

Khususnya kepada Saiful sendiri yang telah menunggu begitu lama untuk kes ini mula dibicarakan.

Apa yang diharapkan, semoga Saiful terus tabah dan terus berani mempertahankan hak, menolak yang bathil dan secara langsung mahupun tidak langsung menyelamatkan negara ini dari seorang "MAKHLUK PEROSAK!"...

Allah bersamamu Saiful.


AloQStaQ
http://AloQStaQBlog.blogspot.com
Jun 24, 2009 8:32:00 AM
The Unspinners said...

Bukankah Anwar ada nak mohon mahkahamh mintak bukti original pada 1 Julai juga?

Dia nak bukti ori untuk bakar bukti ... hehehe

Baca terbaru dari kami: Mubahalah tak mau, Mahkamah tak mau
Jun 24, 2009 8:34:00 AM
megatjohari said...

kalau ikut logik akal , mahkamah akan buang kes sebab tak ada bukti kamu diliwat dsai . dan dsai berhak utk meneruskan saman malu terhadap kamu .
bertaubat sebelum terlambat .
Jun 24, 2009 8:56:00 AM
shonzu said...

Megat johari... belum kena dah 'sakit'??
Jun 24, 2009 9:14:00 AM
Saiful Bukhari said...

Aloqstaq: Saya tak mahu mengharap sgt kpd2 pihak2 berkenaan.. Justeru, sy Cuma mengharap dari Allah s.w.t shj dan sentiasa sabar. Setiap yg berlaku itu pasti ada hikmahnya. Terima kasih diatas sokongan saudara.

The Unspinners: Yup, 1 Julai dia nak mohon bahan bukti ORIGINAL sblm bicara. Itulah ''KEADILAN''.
Terima kasih diatas sokongan saudara, satu tajuk artikel yg menarik.

MegatJohari: Jika tiada bukti takkan beliau blh didakwa. Jika benar tiada bukti, mengapa mohon meminta BAHAN2 BUKTI ASAL? kenapa berdolak dalih utk menghadapi perbicaraan? Dimana hak saya sebagai pengadu/mangsa utk diberi peluang memberi keterangan? Adakah ini yg dinamakan KEADILAN?
Jun 24, 2009 9:19:00 AM
pis said...

megat ni talibarut dap. megat bukan orang islam kut. majoriti umat islam malaysia mendoakan saiful. kepada pihak berkenaan tolong rampas passport anwar.
Jun 24, 2009 9:42:00 AM
Aku said...

salam,

keadilan dia orang double standard as usual.penyokong anwar pulak hanya memperjuangkang keadilan utk diri diaorang dan idol dia orang iaitu anwar.. kalau kat org lain, semua x betul..seolah2 anwar maksum lebih dari nabi..

sayyidina ali pernah dicuri baju besinya oleh seorang yahudi.walaupun umum mengetahui beliau ialah menantu dan sepupu serta sahabat rasulullah dan of course sayyidina ali takkan berbohong, tetapi beliau tetap masuk mahkamah untuk membicarakan kes tersebut. beliau tak tolak pun..beliau tak cakap pun yg beliau sahabat rasulullah dan tak payah masuk mahkamah. dan kerana tiada bukti kukuh bahawa yahudi itu mencuri baju besi sayyidina (walaupun pada hakikatnya sayyidina ali tidak berbohong) ,, beliau akur dengan keputusan mahkamah dan tak hina pun mahkamah berat sebelah etc.. ini sahabat nabi tahu tak?? anwar tu sapa pulak?? habuk kat kaki nabi pun kita x layak nak jadi.. ini tiba2 demand lebih2 macam dia tu maksum gila!


please la, nampak sangat si anwar tu cuba nak lari dari perbicaraan.. semakin terang belang kotor yg dipermainkan oleh si makhluk fahaman islam liberal ni.
nampak sangat anwar tu pengecut dan suka putar belit minda penyokongnya yg buta..


saiful, saudara jangan gentar.. jika saudara benar2 yakin saudara berada di tempat yg benar, berjuang habis habisan demi maruahmu, agama bangsa dan negara..

ya allah berikanlah kekuatan dan rahmat Mu kepada hambaMu saiful bukhari dalam memperjuangkan maruahnya yg telah dizalimi ameen..
Jun 24, 2009 9:59:00 AM
Muhammad Azli Shukri said...

jelas, mahkamah sudah terpengaruh dengan sentimen anwar,
Jun 24, 2009 10:17:00 AM
QasehNuryz said...

Salam Saiful,

Haprak punya Anwar.

Sy doakan mahkamah akan meneruskan kes ini pada 8 Julai.Biar si haprak ni tahu tinggi rendah langit tu.

Doa kami rakyat malaysia mengiringi anda,Saiful.Kami mahu Anwar 'MASUK KE SANA' semula
Jun 24, 2009 10:41:00 AM
Putar Alam said...

beliau akan sedaya upaya untuk menyelamatkan diri beliau...


banyakkanlah bersabar sahabat ku...
sesungguhnya Allah itu maha adil lagi maha berkuasa

www.keluarasap.blogspot.com
Jun 24, 2009 10:48:00 AM

Post a Comment

source : mohdsaifulbukhari.blogspot.com

No comments: