NUFFNANG

Tuesday 23 June 2009

Kerajaan Perpaduan

Lakonan PAS - Drama Kerajaan Perpaduan

Hebatkah KUASA Anwar Ibrahim yang boleh membuatkan seseorang itu TUNDUK kepadanya…?

Siapakah yang tunduk kepadanya..? Seorang pemimpin parti Islam yang bertaraf Tok Guru, pemimpin nombor SATU kepada puluhan atau mungkin ratusan ribuan ahli ahlinya.

Sepanjang 50 tahun negara ini disulami dengan kancah politik tanahair, pentas yang telah dihiasi oleh penyertaan pelbagai kaum, tetapi belum pernah dapat disatukan fahaman dan idealisme Pembangkang. Hanya setelah Anwar Ibrahim “bebas” daripada tahanan penjara dan dapat bersama sama gerombolan pembangkang buat kali julung julung kalinya mengetuai mereka dalam pertarungan pilihanraya ke 12 tahun lepas, maka terciptalah gandingan pambangkang yang menyaksikan PAS dan DAP boleh makan sepinggan dan tidur sebantal untuk mimpi yang serupa…

Tetapi apabila PAS mula merasakan bahawa mereka sekadar penumpang dalam pesawat yang dipandu oleh PKR dan DAP, timbullah ilham mahu menjengok kepada kerajaan UMNO-BN sudi apalah kiranya jika dibicarakan soal perpaduan…. Cetusan minda ini lahir dari suara Presiden PAS, dalam majlis mereka sendiri, nilainya pula berupa sebuah “ucapan dasar” parti.

Inilah yang membuatkan DAP dan PKR terpanggil untuk menilai semula betapa besarnya 'value' penyertaan PAS dalam pakatan mereka sekiranya parti itu berkeputusan meninggalkan gabungan pembangkang.

Tetapi DAP sedar bahawa PAS boleh disergah. Ini bukan kali pertama untuk mereka memperkotak katikkan parti Islam itu. Sewaktu Husam Musa pernah buat kenyataan dalam satu sesi debat bersama Khairy bahawa sekiranya PAS bersama Pembangkang bentuk kerajaan pusat, HUDUD akan dilaksanakan, maka berteriaklah Lim Guan Eng dan Karpal Singh. Setelah itu kenyataan itu segera ditarik balik sebab DAP tak izinkan PAS laksanakan HUDUD…!

Begitu juga bila bersahut-sahutan pemimpin PAS membawa idea Kerajaan Perpaduan, maka DAP hanya perlu buat kenyataan yang bertentangan dengan usul tersebut!

Sudah pasti Anwar akan memainkan peranan untuk menyelesaikan kekusutan ini. Hanya beliau yang mampu untuk “mendiamkan” kedua-dua ketua parti berlainan agama itu……

Ramai yang melihat senario ini yang sebenarnya berlaku….. Tetapi kalau kita perhalusi babak babak dalam adegan ini, boleh ditafsirkan bahawa segala-galanya hanyalah “lakonan” yang dirancang oleh PAS.

PAS mahu “test market” iaitu menguji sejauh manakah 'value' yang masih ada pada parti mereka dimata Anwar dan Kit Siang. Tindak tanduk PAS seolah-olah isteri tua yang mula “buat perangai” terhadap madunya dan juga suaminya. Istilahnya disini PKR adalah suami, DAP adalah isteri muda dan PAS menjadi isteri tua. Senarionya pula, si suami sentiasa melebih-lebihkan kasih sayangnya kepada isteri yang muda…. Maka, isteri tua mula nak bersuara dan menggambarkan akan meninggalkan rumah yang mereka diami bersama. Hah! apa lagi.., panik jugalah seketika si suami dan madunya!

Oleh itu untuk menjawab persoalan yang diatas pada permulaan artikel ini, sebenarnya bukanlah hebat mana pun kuasa yang ada pada Anwar, semua ini memang telah dirancang atur oleh Haji Hadi dan Nasharuddin Mat Isa untuk memberikan “wake up call” kepada Ketua Umum PKR itu agar jangan sekali kali cuba mahu menguasai parti yang sudah berusia puluhan tahun itu.

Posted by Medan Info Kita


source : medan-info-kita.blogspot.com

No comments: