ANWAR SIAP SEDIA KE MAHKAMAH !!!
Share
Thurs at 11:21
Jika kita melihat tingkah laku Datuk Seri Anwar Ibrahim dan para peguamnya sejak sebulan lalu maka pasti akan menimbulkan tanda tanya kepada ramai rakyat yang berfikiran terbuka, bebas dan menghormati undang-undang.
Para peguamnya berusaha menimbulkan keraguan sebelum perbicaraan. Malahan lebih jauh mereka mahukan pertuduhan jenayah ini digugurkan. Anwar adalah satu-satunya tertuduh yang bebas berkata apa-apa tanpa menghadapi kemungkinan dikenakan tindakan menghina mahkamah.
Anwar tidak boleh menolak hakikat bahawa ada satu laporan jenayah ke atas beliau. Pembantu Khasnya telah membuat laporan polis bahawa ia diliwat oleh pemimpin de facto Parti Keadilan Rakyat itu.
Apabila pertama kali laporan polis tersebut muncul dan tersebar, para pegawai Anwar menafikan Saiful seorang pembantu khas Anwar. Mereka mendakwa Saiful hanyalah pembuat kopi di pejabat.
Kemudiannya terbukti Anwar membawa Saiful sehingga ke luar negara untuk tugas rasmi. Malah gambar Saiful berada di belakang Anwar dalam beberapa siri ceramah pemimpin "agung" PKR itu juga mengesahkan lagi pengakuan saiful bahawa beliau merupakan pembantu khas kepada Anwar.
Ketika ini barulah mereka mengakui kedudukan sebenar saiful.
Pasukan media Anwar kemudiannya menjalan propaganda fasa kedua dengan usaha menjatuhkan kredebiliti Saiful kononnya agen UMNO dan sebagainya. Perjumpaan beliau dengan Datuk Seri Najib, gambar beliau dengan pegawai menteri semasa beliau menjadi pemimpin pelajar disebarkan untuk mengukuhkan teori konspirasi mereka.
Selalunya kredebiliti saksi atau tertuduh diserang dan dimusnahkam di dalam perbicaraan. Namun Anwar dan para pegawai mereka menjalankan perbicaraan melalui media internet dan organ parti tanpa sebarang ruang pembelaan bagi mangsa.
Kemudiannya laporan perubatan yang dikeluarkan ditafsirkan sendiri oleh mereka sehingga menunjukkan seolah-olah Saiful berbohong. Mereka mentafsirkan tiada kesan luka. rodokan dan koyakan sebagai bukti liwat tidak pernah dilakukan oleh Anwar Ibrahim.
Mengapa mereka tergesa-gesa mahu mendahului perbicaraan mahkamah? Banyak gel atau krim pelincir yang membolehkan liwat berlaku tanpa memberi kesakitan kepada mangsa. Mereka mengabaikan ini. Malahan tindakan peguam Anwar mentafsirkan kenyataan tiada koyakan dan pendarahan sebagai bukti tidak berlaku liwat adalah cubaan mengelirukan umum.
Mereka mendakwa ini konspirasi UMNO. Jika benar ini merupakan konspirasi nescaya punggung Saiful akan dikenakan tusukan tumpul secara kasar supaya ada kesan luka dan koyakan dahulu bagi memastikan cerita beliau benar-benar mendatangkan kesan.
Ada juga penulis-penulis upahan Anwar yang menulis mendakwa apakah logik untuk seorang lelaki berusia 61 tahun dapat meliwat seorang pemuda berusia 23 tahun tanpa berlaku kekasaran. Apakah anak muda berusia 23 tahun ini tidak mempunyai kekuatan untuk menendang Anwar dan melarikan diri.
Penulis seperti ini sama ada berpura-pura bodoh untuk membantu memulihkan imej Anwar atau memang tidak mempunyai pengetahuan dalam kes-kes jenayah seksual.
Kes jenayah seksual boleh berlaku dalam keadaan menyerah taanpa kerelaan atas faktor-faktor psikologi. Faktor psikologi termasuklah takut kepada pengaruh pemangsa, terlalu hormat kepada pemangsa sehingga tidak dapat menolak kehendak seks dan beberapa isu psikologi lain yang boleh dibaca dalam kajian saintifik mahu pun menonton drama-drama "crime" barat. Dalam keadaan sedemikian kita akan mendapati tiada kesan kekerasan fizikal dapat ditemui. Kes-kes sedemikian juga banyak berlaku di kalangan paderi dan anak muda di barat yang pernah menjadi skandal beberapa tahun lalu.
Dalam sebulan ini kita terasa amat hairan mengapa Anwar bersungguh mahu menghalang perbicaraan daripada berlangsung. Sedangkan suatu ketika dahulu Anwar Ibrahim dengan lantang membuat kenyataan bahawa beliau bersedia menjawab segala pertuduhan liwat beliau di mahkamah.
Jika benar Anwar mahu membersihkan dirinya, inilah masa terbaik beliau menjawab semua soalan di mahkamah. Bukankah ini juga pentas terbaik untuk para peguamnya menyerang dan menjatuhkan kredebiliti Saiful (mangsa), bukti dan laporan Doktor sekaligus membebaskan Anwar.
Sekali lagi para penyokong Anwar akan mendakwa mahkamah tidak bebas biarpun sebahagian besar mereka langsung tidak boleh memahami para undang-undang melebih tiga baris awal.
Maka mereka berpegang kepada hujah-hujah logik peguam bela dan mengabaikan hujah-hujah logik pendakwa.
Untuk kumpulan ini, jika benar mahkamah tidak boleh dipercayai pun mengapa mereka tidak mahu mendengar sendiri keterangan Anwar dan keterangan Saiful serta membuat penghakiman sendiri?
Mengapa Anwar mahu mengelakkan perbicaraan mahkamah? Anwar mendapat pelbagai keistimewaan undang-undang termasuk dibenarkan bebas dengan jaminan sedangkan berdasarkan rekod pernah mengugut saksi, salah guna kuasa ke atas Polis dan kes jenayah liwat tidak memungkinkan tertuduh lain mendapat keistimewaan yang sama.
Malah bagi membolehkan Anwar membersihkan diri dari tuduhan, perbicaraan ini diadakan dalam kadar yang segera bagi ukuran kes-kes di malaysia.
Logikkah di dalam akal semua rakyat bahawa Anwar yang serba maksum dan tidak bersalah itu begitu bersungguh mengelakkan kes liwat beliau dibicarakan. Belum pun bermula perbicaraan peguam Anwar telah pun mempertahankan anak guamnya termasuk mempertikaikan bukti dan saksi pendakwa.
Mereka mahu menjalankan perbicaraan melalui media dan bukannya mahkamah untuk memberi tekanan kepada pendakwa, mangsa dan saksi.
Jika benar Anwar tidak bersalah dan percaya bukti-bukti yang ada menyebelahinya mengapa ia begitu tergesa-gesa untuk menyangkal bukti-bukti yang ada tanpa masuk ke mahkamah lagi?
Anwar, para peguamnya dan para media strategisnya sedang berusaha keras membentuk keraguan dan syak wasangka umum terhadap sistem kehakiman, perundangan dan juga kepada mangsa liwat beliau. Semua ini adalah usaha awal untuk mewujudkan anarkisme dalam masyarakat.
Akhirnya pemikiran anarki ini pasti akan diikuti dengan demontrasi jalanan dan kekecohan bagi mengalih perhatian umum dari fakta-fakta perbicaraan beliau kepada isu-isu dijalanan dan teori konspirasi ciptaannya.
Anwar, jika benar tidak bersalah, datang ke mahkamah pertahankan diri. Biar rakyat menilai fakta dan bukti kes bukannya menyebarkan pelbagai cerita separuh benar dan pelbagai kenyataan bela diri tanpa asas dan bukti yang sah.
Apa yang Anwar mahu sembunyikan? Apa bukti yang saiful ada dan Anwar tidak mahu ia terdedah di mahkamah? Mungkin inilah ketakutan sebenar Anwar yang tidak kita ketahui.
source : Ir Gullit facebook
No comments:
Post a Comment