NUFFNANG

Thursday, 4 June 2009

PUPPET AnWAR DLM PAS Part I and II

'PUPPET' AnWAR DLM PAS

DATUK KAMARUDDIN JAAFAR (KJ)-S/U AGUNG

1. Bekas PTD dan kemudian menyertai UKM sebagai pensyarah. Amat rapat dengan AnWAR dari zaman ABIM. Pernah menjadi EXCO Pemuda UMNO Malaysia serta s/u politik Tun Ghafar Baba semasa Tun Ghafar Timbalan Perdana Menteri.

2. Selepas meninggalkan sektor kerajaan, Datuk KJ menyertai dunia koporat dengan bantuan AnWAR. Datuk KJ menjadi pengerusi Lankhorst Sdn. Bhd., syarikat pembinaan kelas A bertaraf kontraktor wibawa. Peranan beliau ketika itu lebih banyak melobi mendapatkan projek-projek besar bagi Lankhorst serta mendapat faedah darinya.

3. Datuk KJ pernah menjadi ahli lembaga pengarah syarikat awam (listed company) dengan memegang 30% syer kuota bumiputera dalam syarikat Westmond Berhad, yang dipunyai oleh Joseph Chong, salah seorang pembiaya AnWAR hingga kini. ( Syarikat yang akan disenaraikan di Bursa Saham perlu mempunyai 30% pegangan bumiputera dan AnWAR cadangkan KJ kepada Joseph Chong tika AnWAR menteri Kewangan, lalu AnWAR sendiri luluskan penyenaraian syarikat tsb.) Adakah ini bukan rasuah?

4. Datuk KJ juga pernah menjadi Ahli Lembaga pengarah DiGi Bhd., syarikat telko 016 kepunyaan TS Vincent Tan, atas cadangan AnWAR. TS Vincent punya cabang perniagaan lain yang melibatkan perjudian. Semasa di DiGI, datuk KJ sering mendapatkan tajaan bagi program-program IKD yang dipengerusikannya. Persoalan di sini, apakah AnWAR menggunakan wang judi membiayai program-program ilmu IKD? Ahli PAS kena tau itu!

5. Datuk KJ juga pernah menjadi sebahagian dari projek Kuala Lumpur Linear City (KLLC) yang dibatalkan oleh Tun Dr. Mahathir selepas mengambilalih jawatan Menteri Kewangan dari AnWAR. Projek tersebut bernilai RM 2 billion yang mencadangkan pembangunan di sepanjang sungai di Kuala Lumpur. Projek ini dibatalkan selepas kajian semula harga dan mendapati ianya tidak semahal itu. Utk. rekod, projek ini diluluskan ketika AnWAR Menteri Kewangan.

W/pun telah melepaskan semua jawatan tsb. selepas 1998, manfaat yang diperolehi oleh Datuk KJ masih terasa hingga kini. Tatkala hampir semua sahabat ABIM AnWAR menyertai PKR pada 1999, AnWAR mengarahkan Datuk KJ menyertai PAS bagi membolehkan AnWAR menguasai parti tu kelak.

Kini PAS bakal menghadapi pertandingan paling sengit dalam Muktamar Tahunan di Stadium Malawati. Tentu saja Datuk KJ mempertaruh dan membiayai Datuk Husam sebagai calon pilihan AnWAR kali ini. Datuk KJ mempersiapkan Husam seperti UMNO beroperasi pemilihan parti, lengkap dengan bilik operasi, jentera bahagian, pusat dan negeri bagi menghadapi golongan ulama' yang tidak menyenangi pengaruh AnWAR dalam PAS.

Kebanyakan dari perwakilan PAS kali ini mendapat 'durian runtuh' hasil pertarungan Timbalan Presiden kali ini. Sumber 'durian runtuh' itu tentunya datang orang di sebalik tabir yang meletakkan Datuk KJ sebagai org harapannya dalam PAS. Jika Datuk KJ, dulu, kini dan selamanya dengan AnWAR, tidak mustahil sumber-sumber syak semakin menguasai PAS. Pasti hubungan dengan Joseph Chong, Vincent masih terjalin baik!

Kita optimis golongan ulama' menyedari perkara ini dan berusaha keras membendungnya. Cuma yang perlu kita renungi di saat UMNO/BN berusaha untuk berubah ke arah kebaikan, PAS kini bergelut dengan kerenah ahlinya sendiri yang lebih mempercayai AnWAR dari Presiden mereka sendiri............

Salam Hormat.

15 comments:

che_wan said...

Salam Bro,

Nampaknya, Pas akan "mati" ditangan Nuar Berahim seperti mana UMNO yang pernah "huru hara" di perlakukan oleh manusia ini.

Nantikanlah "transformasi" olahan Nuar Berahim didalam Pas yang bakal merubah "semangat islam" yang diwarisi dari Ulamak2 veteran terdahulu.

Salam Perjuangan !

Anonymous said...

Salam sejahtera buat anda...
teringat alkisah project sekolah bistari yang dibatalkan sebaik sahaja DSAI ditahan.
Mohon dinukilkan jika saudara tahu kes ini.
1 billiunnn to bro..

incik telagi mandiri

najamarine said...

alhamdulilah..

saya sendiri tidak mengenali KJ(PAS) ni secara lebih mendalam.
tahniah YB..

sedikit sebanyak membantu dan membuka mata para perwakilan muktamar pas bermula hari ni..

saya kirakan perwakilan sedia maklum tentang apa yg YB dedahkan ni,tetapi sayangkan habuan yg bakal di terima dan mungkin sudah di terima oleh mereka,boleh jadi segalanye sia2 je..

macam kes KJ(pemudaUMNO),walaupun sebelum pemilihan telah di jatuhkan salah kerana politik wang masih mimimpin barisan PEMUDA.alahii...luka lama berdarah kembali..

dua2 KJ ni terlalu bahaya jika menjadi pemimpin.

Anonymous said...

menarik !!!! syabas!!!!

Anonymous said...

Ya betul tu, memang dari dulu saya dah jangka yang PAS akan tertipu dengan permainan 2 orang ini.Jangkaan saya yang Husam akan menang kali ini.lepas ini barulah orang2 PAS akan buka mata dan saya berharap selepas ini UMNO akan dapat diterima semula oleh orang2 Melayu.

KAIZER

x-pkr said...

che_wan,,,

saya pernah tulis, ke mana jua AnWAR pergi, pasti akan ada huru-hara!

incik telagi mandiri,,,

saya kurang periksa mengenai sekolah bistari, yg saya pasti maintenance semua sekolah di sabah dan Sarawak pergi kpd seorg Tycoon besar di sarawak, kroni AnWAR (dia menjaga Umi hafilda) tanpa proses tender dan runding terus yg TELUS!!

bro naja,,,

Datuk KJ ni AnWAR dulu kini dan selamanya.....

kaizer,,,

t/kasih atas komen yg bernas...

x-pkr said...

che_wan,,,

saya pernah tulis, ke mana jua AnWAR pergi, pasti akan ada huru-hara!

incik telagi mandiri,,,

saya kurang periksa mengenai sekolah bistari, yg saya pasti maintenance semua sekolah di sabah dan Sarawak pergi kpd seorg Tycoon besar di sarawak, kroni AnWAR (dia menjaga Umi hafilda) tanpa proses tender dan runding terus yg TELUS!!

bro naja,,,

Datuk KJ ni AnWAR dulu kini dan selamanya.....

kaizer,,,

t/kasih atas komen yg bernas...

x-pkr said...

che_wan,,,

saya pernah tulis, ke mana jua AnWAR pergi, pasti akan ada huru-hara!

incik telagi mandiri,,,

saya kurang periksa mengenai sekolah bistari, yg saya pasti maintenance semua sekolah di sabah dan Sarawak pergi kpd seorg Tycoon besar di sarawak, kroni AnWAR (dia menjaga Umi hafilda) tanpa proses tender dan runding terus yg TELUS!!

bro naja,,,

Datuk KJ ni AnWAR dulu kini dan selamanya.....

kaizer,,,

t/kasih atas komen yg bernas...

Anonymous said...

Very Informative history. Teringat masa muda2 dahulu (tahun70an)sewaktu Anwar memakai baju batik yang lusuh datang bagi talk pada student semasa minggu orientasi di UTM dan pengiringnya sudah pasti KJ. Fitrah manusia, apa pun kawan diutamakan dan jelas KJ telah melalui, merasai dan menikmati manafaat tarbiyah dan ghanimah bersama Anwar.

Persoalannya mengapakah pimpinan PAS begitu 'Betul Bendul' mengambil KJ jadi Setiausaha Agong PAS, jawatan yang paling berprestij dan kritikal dalam PAS.Sedangkan mereka tahu latarbelakang KJ ini.... Kesian pada pemimpin PAS ini, tidak habis2 di tipu oleh orang yang bergelaran Datok, pandai bercakap dan Berduit - termasuk duit tokeh judi!! Dan yang hebatnya pemimpin PAS tidak pernah serik2.Sejarah PAS dah tunjukkan telah 3 Datok yg jadi seperti KJ ini.Siapa? buat research sendiri.

Akhirnya difahamkan Presiden PAS sangat menyesal diatas perlantikan KJ kerana setiap kali PAS mesyuarat samada Jawatankuasa Pusat atau Dewan Harian....habis saja mensyuarat semua lapuran dah masuk poket Anwar.Siapa Spy Lemannya? Semua pimpinan PAS tahu,KJ tapi....tiada tindakan,mereka mengkhianati amanah ahli mereka dan jadi pemimpin yang dayus!! kerana rasa dah tak lama Anwar akan jadi PM...Kah..kah... Naif sungguh Parti Islam ini, kesian...

Apa yang KJ buat semasa jadi Setiausaha Agong? nak banding apa yang di buat oleh Ustaz Hassan Shukri, macam langit dan bumi.Kejayaan KJ adalah menjadi Barua / Spy Anwar dalam PAS, Memecahbelahkan PAS dan menjadikan PAS Kuda Tunggangan Anwar. Juga satu lagi pimpinan PAS yang Ustaz2 jadi pembela Anwar bila anwar dituduh 'al-juburi'lagi.Cukup dengan dalil Quran,Hadis dan Asbabul Nuzul ayat bela Anwar.Anwar tak perlu bela diri sikit pun -rujuk praya P Pauh, Harun Din ceramah 1 jam untuk bela Anwar di Padang Tmn Guar Perahu P Pauh.Hebat permainan Anwar,Kesian pimpinan PAS jadi pelajar PASTI yang Anwar jadi pengetuanya.

PAS berada dipersimpangan....ahli2 yang akan memilih pemimpin mereka hujung minggu ini akan membuat keputusan samada utk jadikan PAS sebagai Parti Islam SeMalaysia(PAS) atau Parti Tunggangan Anwar SeMalaysia(PTAS). Selamat Jalan Pada PAS, DrAli

GOMO said...

SALAM BRO...
HU HU HU..
MANTAP NI....

TAK LAMA JE LAGI ANWAR AKAN BUNGKUS...

1 JULAI HARI KEBENARAN...

Pejuang Bangsa said...

Kamaruddin jaafar ini memang org kuat Anwar ..orang IKD yng menjadi think tank kepada politik anwar .

dia ni antara kroni2 anwar yg kaya dan jutawan segera ketika anwar menjadi TPM ..


sekarang Datuk KJ ini dikatakan mempunyai pengaruh dlm Harakah ..harap x-pkr dpt bongkarkan lg ..

Anonymous said...

saya pernah bersimpati dan menjadi penyokong DSAI....tp bila dah perati tu, mulalah nampak tembelangnya.

politik berpaksikan dendam tak akan kemana2.

apapun aku tabik dengan Anwar Berahim, ada strategi politik yg paanjang dengan meletakkan Datuk KJ dalam kepimpinan Pas....hehehehe.

pada haku, biarlah Pas pun hancur jugak, barulah penyokong dia yg membuta tuli ittew tahu penangan anwar berahim

riza said...

namun anwar masih lagi dengan retorik bombasticnya menuduh bn mengamalkan nepotism dan kronism. macamlah dia tak buat benda-benda begitu. itu baru seorang kroninya. pengikutnya juga yang kena tipu.

pas pulak buat-buat bodoh, macam tak tau perangai sebenar anwar dulu, kini dan selamanya.

slogan anwar '50 tahun bn zalim' patut ditujukan kepada dirinya sendiri pasal mengkayakan kroninya. rakyat macam tu jugak.

x-pkr said...

dr.Ali,,,

harap ada perubahan dgn PAS slps muktamar ini!

Bro Gomo,,,

yezza....1 Julai. anWAR dok terketar lutut membilang hari!

PB,,,

KJ ni MD Harakah sebelum datuk Mustapha Ali ambil alih. skg KJ masih BoDs harakah. Ada bbrp org reporter senior dlm Harakah yg jadi balacchi KJ dlm harakah yg promote AnWAR memanjang....

anon,,,

saya optimis PAS makin sedar siapa AnWAR!

Riza,,,

ana setuju dgn anta....

amirhamzah64 said...

salam bro,

Saya pun hairan KJ boleh diterima menjadi S/U PAS oleh orang PAS sedangkan mereka tahu latarbelakang KJ.

Kalau Anwar masuk PAS dulu dah lama PAS ni terlingkup. Anwar pilih masuk UMNO, nasib baik ada Tun Mahathir. Anwar tak boleh makan seperti dia menelan Ghaffar Baba 1993 di mana KJ ada S/U Ghaffar..........

---------------------------------

PUPPET AnWAR DLM PAS II

HUSAM MUSA

1. Setelah Husam kembali ke negeri pada p/raya 2004 dengan menjawat jawatan Exco kanan di Kelantan, hubungan AnWAR-Husam kian rapat. Husam dengan kuasa yang ada pada beliau telah banyak membantu AnWAR melalui Saifudin Nasution. Saifudin ketika itu menjawat jawatan Pengarah Eksekutif di Yayasan Tok Kenali, sebuah NGO tajaan Husam sbg Exco Kelantan.

2. AnWAR setelah keluar dari penjara berpendapat Husam perlu 'dipancing' ke kelompok beliau beliau kerana Husam seorang pemimpin muda yang lantang, berkarisma dan yang lebih penting, BERKUASA ke atas MB Kelantan dan pentadbiran negeri. AnWAR bijak mencatur, maka Saifudin digunakan sepenuhnya bagi mengeratkan hubungan AnWAR-Husam.

3. hujung 2006, dalam mesyuarat Majlis Presiden pakatan pembangkang ketika itu, Husam yang mula merasa AnWAR mahu mengawal PAS sepenuhnya 'melenting' dan mengherdik AnWAR ketika dalam mesyuarat. Kata Husam " You nak apa lagi ni AnWAR!", merujuk kepada AnWAR yang mahu mengawal sepenuhnya perjalanan mesyuarat.

4. Azmin bingkas bangun membela tuannya "You shut up, you tak hormat PKR, you kurang ajar", katanya kepada Husam. Husam amat marah dan ketika itulah muncul kata-kata yang Husam memang tahu perangai AnWAR, namun hanya nak menggunakan AnWAR untuk menang p/raya.

5. AnWAR segera mencari jalan mengambil hati Husam. Selepas itu, AnWAR sering membawa Husam sebagai 'ahli rombongan' ke rantau Timur Tengah menyampaikan pidatonya. Husam juga dibawa bertemu dengan masyarakat perniagaan di Timur Tengah dengan AnWAR memperkenalkan Husan sebagai 'orang yang sangat berkuasa di Kelantan'.

6. AnWAR membuat Husam merasa dirinya amat penting. Sebarang keputusan yang melibatkan pembangkang juga akan dirujuk AnWAR kepada Husam, sedangkan keputusan telah dibuat. AnWAR 'mengkhayalkan' Husam kononnya beliau adalah tempat rujukan AnWAR membuat keputusan.

7. Begitu juga apabila AnWAR berjanji memberikan Husam jawatan menteri kewangan apabila beliau menjadi PM. Banyak rakan-rakan dalam PAS menasihati Husam agar tidak bertanding. AnWAR berkata " i boleh bagi u Menteri kewangan, tapi ini jawatan kanan, krn itu u kena jadi Timbalan Presiden".

8. Husam telah masuk perangkap AnWAR biarpun beliau tahu perangai AnWAR sebenar. Ini kerana nafsu Husam untuk berkuasa amat besar, seiring dengan keinginan AnWAR yang mahu meluaskan empayarnya dalam PAS. datuk kamarudin Jaafar diguna AnWAR bagi mengawal Husam dari jatuh ke tangan golongan ulama'.

Husam perlu ditolak dalam muktamar ini kerana Husam membawa agenda peribadi dalam perjuangan PAS. Beliau juga membawa aspirasi AnWAR dalam PAS, bukannya aspirasi Presiden PAS.

Salam Hormat.

No comments: