Manek Urai : Kenyataan putar belit Oleh Nik Aziz-kafirkan saudara seIslam
Posted On 6/28/2009 09:21:00 AM by megat |
Tuk Guru
Komunis tolak agama, Umno asingkan agama - Nik Aziz
KUALA KRAI, 27 Jun (Hrkh) - "Hendak sebut apa lagi kerana Umno benar-benar memisahkan agama dan politik. Umno buat kerja tidak serupa dengan kehendak Nabi Muhammad s.a.w."
"Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup," kata Tuan Guru Dato'Nik Abdul Aziz Nik Mat.
Mursyidul Am PAs mengulas tindakan Pergerakan Pemuda Umno Kelantan membuat laporan polis terhadapnya berhubung kenyataannya yang menyamakan Umno seperti ajaran sesat Ayah Pin dan komunis :selanjutnya sini
Selepas membaca kenyataan Nik Aziz, Pisau tidak terkejut apabila dia menyamakan Umno dengan Komunis, masihkan pembaca ingat Nik Aziz menyokong agar Chin Peng dibenarkan pulang? Nik Aziz berkata Komunis juga pejuang nasionalis pasca kemerdekaan?
Malah dia mengambarkan UMNO sebagai parti yang tidak percaya kepada agama?apa makna nya? kafirkah UMNO? Apa justifikasi nya sehingga dia menuduh orang orang UMNO sebagai kafir sehingga menyamakan dengan golongan yang tidak percaya agama.
Ini membuktikan Tok Guru PAS ini memang benar benar nyanyuk & pelupa,layak di gelar mursyid flip flop.Tidakkah beliau sedar perbuatannya itu mengambarkan seorang yang munafik?
Penyokong taksub PAS, takkan perkara sebegini mudah anda tidak nampak? Pemimpin yang anda agung agungkan mengeluarkan kenyataan berbelit & tidak konsisten.Malah lebih kepada ikut sedap mulut & hati.
Ya allah,engkau beri lah hidayah kepada Nik Aziz,berilah petunjuk dan keampunan kepadanya.Berilah petunjuk & hidayah kepada penyokong penyokong PAS agar tidak sesat dalam mencari jalan yang benar.
Pisau kata " makin lama makin teruk dah orang tua ni"
source : www.pisau.net
-----------------------------------
PAS
PAS
Parti Ajaran Sesat
"Sesungguhnya orang Muslim itu adalah bersaudara kerana ini damaikanlah antara keduanya saudara kamu dan bertakwalah kepada Allah semoga kamu mendapat rahmat-Nya."
Wahai orang yang beriman taatlah kamu kepada Allah dan Rasul-Nya dan ulil amri, kemudian jika kamu berselisih pendapat tentang sesuatu maka kembalikanlah ia kepada Allah dan Rasul, jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. surah an-Nisa' ayat 59
Wahai orang yang beriman, janganlah satu kaum mencela kaum yang lain, boleh jadi mereka yang dicela itu lebih baik daripada yang mencela dan janganlah para wanita mencela wanita yang lain, boleh jadi wanita-wanita itu lebih baik daripada wanita-wanita yang mencela dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu saling memanggil dengan gelaran-gelaran yang buruk-buruk… (al-Hurujat: 11).
Muhammad itu adalah utusan Allah dan orang-orang yang bersama dengan baginda adalah keras terhadap orang-orang kafir tetapi berkasih sayang sesama mereka (Muslim)…(al-Fath; 29)
Sesungguhnya syaitan itu hendak menimbulkan permusuhan di antara kamu… (al-Maidah: 9).
source : malaysiaheaven.blogspot.com
---------------------------------------------
Sifat Pembangkang Yang Munafik
* Apabila keputusan mahkamah menyebelahi mereka, ia akan dianggap melambangkan ketelusan badan kehakiman tetapi apabila keputusan sebaliknya, mahkamah akan dituduh berat sebelah dan berlaku campur tangan kerajaan.
* Apabila mereka merancang menubuhkan kerajaan melalui pintu belakang pada 16 September lalu dengan cara hendak membeli 31 anggota BN, mereka anggap ia demokrasi. Tetapi apabila BN menubuhkan kerajaan di Perak setelah ada wakil rakyat pembangkang menjadi calon Bebas mereka kata ia pencabulan demokrasi dan terpekik terlolong mahukan DUN dibubarkan.
* Apabila ada pemimpin mereka didakwa di mahkamah, mereka anggap itu fitnah, tetapi apabila mereka menuduh pemimpin BN dengan niat memburukkan beliau, mereka kata ia demi keadilan.
* Apabila UMNO bekerjasama dengan MCA dan MIC, mereka anggap ia perbuatan salah tetapi apabila mereka bekerjasama dengan DAP, mereka kata parti mereka untuk semua.
* Apabila ada pemimpin UMNO atau BN didakwa terlibat dengan kegiatan tidak moral, mereka desak letak jawatan tetapi apabila ada pemimpin mereka terlibat biarpun ada bukti, mereka kata ia konspirasi dan itu soal peribadi.
* Apabila media arus perdana menyiarkan sesuatu berita, mereka anggap itu permainan jahat media milik kerajaan tetapi apabila media mereka menyebarkan fitnah dan tohmahan mereka anggap itu kebebasan media.
* Apabila kerajaan menghantar anggota polis yang ramai ke kawasan pilihan raya mereka akan kata, itu usaha untuk menakutkan pengundi tetapi apabila mereka menang, mereka kata pasukan keselamatan telah menjalankan tanggungjawab dengan berkesan.
* Apabila mereka menang pilihan raya, mereka akan kata rakyat semakin menolak BN tetapi apabila mereka kalah, mereka akan tuduh BN guna pengundi hantu dan SPR tidak telus.
* Apabila ada pihak terlalu ekstrem membuat tuntutan untuk kaum tertentu mereka anggap itu kebebasan bersuara tetapi apabila ada orang Melayu yang menyokong kerajaan menyeru hak Melayu dipertahankan mereka kata itu perkauman.
* Apabila mereka kemukakan idea sampai satu dunia pun tahu, mereka kata ia demi kepentingan rakyat dan negara tetapi apabila idea itu ditolak oleh rakan pembangkang sendiri mereka kata ia idea jahat UMNO dan tohmahan untuk melemahkan pembangkang.
* Apabila polis melarang daripada mengadakan demonstrasi haram demi menjaga ketenteraman awam, mereka tuduh ia menyekat hak asasi manusia tetapi apabila mereka lakukan juga dan polis bertindak mengikut lunas undang-undang mereka kata, polis kejam.
* Apabila UMNO hendak berbincang sesuatu isu dengan MCA atau MIC, mereka akan dakwa UMNO takut kepada kedua-dua parti itu tetapi apabila mereka hendak berbincang sesama sendiri, mereka kata ia melambangkan kesepakatan.
* Apabila UMNO berikrar terus perjuangkan hak orang Melayu berdasarkan Perlembagaan, mereka anggap UMNO perkauman tetapi apabila mereka beria-ia menuntut untuk kaum tertentu, mereka kata itu demi kesamarataan sebagai rakyat Malaysia.
* Apabila ada rakan dalam pembangkang menuduh BN macam-macam, mereka kata, itu bagus tetapi apabila kenyataan mereka disanggah oleh rakan sendiri mereka akan kata media putar belit fakta dan cuba melaga-lagakan pembangkang.
Dipetik dari Utusan Malaysia
source : malaysiaheaven.blogspot.com
------------------------------
No comments:
Post a Comment