NUFFNANG

Monday, 1 June 2009

Cerita disebalik keputusan prk n12 penanti.....

PENANTI : APA MAKSUD SUARA RAKYAT ???

Salam...
Salam Revolusi...

Sebelum itu, saya ucapkan tahniah kepada Mansor Othman kerana menang pada PRK DUN Penanti hari ini...

Tetapi,
APAKAH MAKSUD SEBENAR SUARA RAKYAT INI????
ADAKAH INI TANDA PROTES (bukan mogok lapar)???
ADAKAH RAKYAT SUDAH MULA SEDAR???
ADAKAH INI TANDA BOIKOT???

MEMANG BENAR MANSOR MENANG DENGAN MAJORITI 5558 TETAPI JUMLAH UNDIAN YANG DIPEROLEHI OLEH MANSOR MEROSOT BERBANDING DENGAN FAIRUS...
FAIRUS MEMPEROLEH SEBANYAK 7346 UNDI MANAKALA MANSOR SEBANYAK 6052 UNDI...
PERATUS RAKYAT YANG KELUAR MENGUNDI JUGA MEROSOT...
KALAU SEWAKTU PRU12 DULU SEBANYAK 82.1% MANAKALA HARI INI HANYA SEBANYAK 46%...

SELEPAS PRU12,
SAYA SERING DENGAN SLOGAN-SLOGAN ANWAR SEPERTI 'GELOMBANG RAKYAT','KEBANGKITAN RAKYAT' DAN 'KESEDARAN RAKYAT'...
ADAKAH INI YANG DIMAKSUDKAN OLEH ANWAR DENGAN 'GELOMBANG RAKYAT'NYA???
ADAKAH INI YANG DIKATAKAN DENGAN 'KEBANGKITAN RAKYAT'NYA???
ATAU,
ADAKAH INI PERMULAAN KEJATUHAN PKR DI BAWAH ANWAR???

SAYA INGIN UCAPKAN TERIMA KASIH KEPADA CALON BEBAS TERUTAMANYA AMINAH ABDULLAH YANG BERUSAHA UNTUK MENYEBARKAN HAL SEBENAR PKR DI MATA RAKYAT...
WALAUPUN KAK MIN DIGELAR DENGAN GELARAN YANG HINA,
JANGAN JADIKAN INI SEBAGAI PENGHALANG...
JANGAN JADIKAN INI SEBAGAI TEMBOK PENGHADANG USAHA KITA MENEGAK KEBENARAN...

SEMOGA USAHA KAK MIN TIDAK BERHENTI DI SINI SAHAJA...
TERUSKAN SUPAYA RAKYAT TAHU SIAPA SEBENARNYA ANWAR DAN 'KUNCU-KUNCU'NYA...
TERUSKAN SUPAYA RAKYAT SEDAR APA SEBENARNYA PERJUANGAN PKR...
TERUSKAN SUPAYA MATA RAKYAT TERBUKA DENGAN APA YANG KAK MIN LAKUKAN...

Terima kasih...
Salam...

1 comments:

anakbukitgantang said...

SUDAH TERANG LAGI BERSULUH, GELOMBANG KEBANGKITAN DAH JADI BUIH, BUIH PULAK DILAMBUNG OMBAK, KEJAP ADA KEJAP TIADA...ADAKAH PENANTI SATU PERMULAAN KE ATAS BERAKHIRNYA BUIH KEBANGKITAN YANG MAKIN LAMA MAKIN FLAT MACAM COCA COLA HILANG

http://anakbukitgantang.blogspot.com/

...............................

PKR menang sorak tetapi undi terbarai di Penanti…

Jadi penilai pertama [?]

Oleh: ROSLAN BIAN, agendadaily


Terpulang apa sahaja Datuk Seri Anwar Ibrahim dan pemimpin pembangkang lain nak bercakap mengenai kemenangan PKR di Dewan Undangan Negeri Penanti.

Tiada apa nak dibanggakan kerana awal-awal lagi bila Barisan Nasional buat keputusan tidak letak calon dalam pilihan raya kecil itu, calon PKR Dr Mansor Othman sudah boleh tempah bush jaket dan tidur dengan mimpi sudah jadi Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Pendek kata, Anwar, Lim Kit Siang dan Datuk Seri Hadi Awang boleh ketawa terbahak-bahak sebab calon PKR dapat majoriti 5,558 undi manakala tiga lagi calon Bebas hilang wang deposit.

Paling banyak cakap nanti pastinya Anwar. Entah apa lagi nak dihamburkan kepada BN atau kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ekoran kemenangan ‘orang kuat’ beliau yang sebelum ini sudah beberapa tiga kali kecundang dalam pilihan raya.

Biarkanlah Ketua Pembangkang itu nak merapu apapun. Ianya akan jadi seperti ayam jantan yang kokok berderai-derai tetapi ekor penuh tahi.

Kalau hendak diberi peribahasa baru, barangkali bunyinya begini: PKR menang sorak tapi undi terbarai di Penanti…

Ini kerana walaupun majoriti PKR kali ini meningkat dua kali ganda, tetapi jumlah undi yang diperoleh calon parti itu menurun berbanding pilihan raya umum ke-12 tahun lalu.

Dr Mansor Cuma dapat 6,052 undi berbanding Mohammad Fairus Khairuddin yang memperolehi 7,346 undi manakala calon BN, Datuk Abdul Jalil Abdul Majid memperoleh 5,127 undi pada pilihan raya umum lalu (PRU 12)..

Majoriti diperoleh Fairus ialah 2,219 undi.

Walaupun kali ini, Dr Mansor dapat majoriti 5,558 undi tetapi jumlah diperolehi merosot 1,294 undi.

Tak tahulah kemana pergi undi tersebut tetapi yang pasti semua ahli dan penyokong PKR, PAS dan DAP di Penanti keluar mengundi bagi memastikan Dr Mansor menang.

Berdasarkan trend beberapa pilihan raya kecil sebelum ini, jumlah undi diperolehi calon BN dan parti lawan tidak banyak berubah daripada kepultusan PRU -12.

Mengambil kira hakikat ini dan jumlah 5,127 undi calon BN dahulu boleh dikatakan jumlah diperolehi Dr Mansor merosot kerana ada pengundi yang memilih Fairus sebelum ini sudah memberikan undi kepada calon Bebas.

Tiga calon Bebas iaitu Aminah Abdullah memperoleh 392 undi, Nai Khan Ari (494), Kamarul Ramizu Idris (56) dan jumlah keseluruhan undi adalah 942.

Sebab itulah boleh dikatakan PKR menang sorak tapi undi terbarai kerana sudah mulai ada tanda-tanda mereka yang menyokong pembangkang mula bosan sama ada dengan tindak tanduk PKR, DAP mahupun PAS atau sudah penat berdepan karenah pilihan raya kecil yang sengaja diadakan tanpa sebab kukuh.

Berdasarkan situasi ini, maruah Anwar dan PKR tidak mustahil tercalar andainya BN membuat keputusan bertanding di Penanti.

Jika tidak menangpun, majoriti calon PKR tentu lebih rendah.

Apapun, sama ada mementum ini berterusan, pilihan raya DUN Manek Urai di Kelantan pada 14 Julai nanti akan memberi petunjuk baru.

Andainya sudah ada rakyat mula menolak PKR, pasti selepas ini ada yang akan menolak PAS pula. Cuma yang belum teruji pengaruhnya adalah DAP.

sumber - agendadaily







...................................

PROTES INI MEMBIMBANGKAN PAS ?


penanti pkr menang, namun di sebalik keputusan ini menimbulkan kebimbangan. bimbang ini pastinya membelit gundah gulana dan perasaan pas.


pada pilihanraya kecil parlimen kuala trengganu, di kawasan pengundian wakaf mempelam wahid endut telah tumpas di kebanyakan peti undi kawasan melayu yang selama ini dimenanginya. selama beberapa penggal, peti undi di wakaf mempelam memberikan majoriti undi 200-400 undi kepada beliau, namun selepas pasca mac 2008, selepas aib yang disajikan oleh anwar dan nizar di perak, wahid tumpas kepada umno di kawasan melayu.
bukit gantang juga memberikan satu signal yang sama. tatkala 90% undi cina dimenangi oleh nizar bintang 3, seramai 5 ribu pengundi melayu beralih arah menyokong umno.

hari ini, penanti mengulangi protes undi melayu kepada pembangkang. mansor othman hilang 1,200 undi melayu.

signal ini merupakan peluang kepada umno. signal ini merupakan bencana kepada pas.

3 insiden protes yang berterusan ini akan membawa malapetaka cukup besar terutamanya kepada pas.

pas telah dipalitkan tahi secara indirectly nya oleh anwar, sayang pas tidak menyedarinya.

pada pru ke 13 nanti, secara teoritikalnya pas akan berdepan satu lawan satu dengan umno di kawasan majoriti melayu. pkr akan menguasai kawasan campuran manakala seat yang 70% adalah cina/india akan di wakili oleh dap.

bangsa melayu sudah menarik hand brake. bukti di kuala trengganu,bukit gantang dan penanti sudah memberikan indikasi akan penolakan secara konsisten melayu kepada pkr dan pas. ikon kebenciannya adalah anwar,nizar,husam,khalid samad dll. luka parah satu tahun kebiadapan pkr/pas menyiat hati melayu tidak mungkin boleh sembuh.

ruang diskusi bersama calon timbalan presiden pas juga menyatakan kebimbangan yang sama. dia risau akan penolakan maha hebat melayu kepada pas. ditanya mengapa tidak risau penolakan melayu kepada pkr, dia menjawap anwar sudah memasang perangkap kepada pas awal-awal lagi.

yang agak mengejutkan bicara, apabila calon timb presiden pas ini sendiri mengakui anwar secara halus merancang untuk mengurangkan dominasi pas di kerusi parlimen/dun pada pru ke 13 ! caranya, mencipta kebencian pengundi melayu kepada pas.

dalam mengakhiri perbualan,dia memberitahu anwar sedang membungkus parti pas dengan cukup kemas.aku sekadar diam namun di hati melonjak kegembiraan. pas sebenarnya sedang dalam proses dikapankan oleh anwar !

.................................

Menang yang tidak boleh dibanggakan

Ya memang dah dijangka PKR tak ada masalah untuk menang di Penanti. Dr Mansor Othman bolehlah jadi Timbalan Ketua Menteri I yang jawatannya bukanlah berkuasa sangat sebab masih ada Ketua Menteri, Lim Guan Eng dari DAP. Cuma dari segi elaun jeh la yang lebih dari wakil rakyat lain.


Tapi melihat keputusan di Penanti, tiada apa yang boleh dibanggakan oleh Anwar, Mansor, PKR dan pakatan rakyat sebab:

1. Jumlah pengundi hanya 7,100 atau kurang 50%.

2. Mansor menang besar dengan majoriti 5,558 berbanding Fairus hanya 2,219 undi tapi ingat Fairus memperoleh 7,346 undi berbanding Mansor 6,052 sahaja.

3. PKR hanya melawan calon2 ikan bilis iaitu 3 calon Bebas. Tapi salut pada calon wakil Siam, Nai Khan Ari yang dapat hampir 500 undi. Aku percaya, banyak undi untuk Nai datang dari pengundi bukan Melayu.

4. Kemenangan Mansor cuma menggantikan Fairus yang dipaksa meletakkan jawatan bagi membolehkan beliau selaku kawan baik dan pengikut setia Anwar naik jadi TKM I Pulau Pinang. (Lim Guan Eng kata Mansor angkat sumpah Rabu ni, tapi sebelum ni kata dia belum tentukan Mansor jadi TKM... Agaknya dah kena desak dik Anwar barang kali..!)

5. Undi yang diterima oleh Mansor adalah daripada penyokong setia Anwar, PKR dan pakatan di Penanti. Maknanya itulah sahaja jumlah "orang" PKR di sana. Selebihnya mereka yang tidak menyokong PKR. Jadi kalau nak dicongakkan [ jumlah pengundi = 15, 384. Pemberi undi kepada Mansor = 6,052. Jadi jumlah mereka yang tolak PKR & Pakatan = 9,332]. Kesimpulannya, pengaruh PKR & Anwar di Penanti makin pudar.

6. Maknanya kalau BN bertanding, senarionya mungkin seperti berikut: Kalau diambil peratus pengundi PRU-12 (82% X 15,384 = 12,614) pengundi. Kalau Mansor dapat 6,052 + calon2 Bebas dapat 1,048 + undi rosak = 106, maka calon BN mungkin boleh dapat 5,408. Tapi kalau pertemuan satu lawan satu (PKR lawan BN), calon BN boleh dapat
6,562 dan menang majoriti 510 undi. Tapi itu kalau sahaja...!

Apa pun orang Penanti sudah menyampaikan satu lontaran untuk difikirkan oleh Anwar dan puak2 pembangkang, iaitu kalau lepas ini nak suruh mana2 calon mereka letak jawatan lagi, harap mereka berfikir dua kali. Silap percaturan wakil mereka hilang kerusi yang disandang.

Jadi beranikah lagi Anwar nak suruh ADUN2 PKR termasuk di Selangor untuk letak jawatan dan bolehkah pembangkang menang besar di Perak kalau pilihan raya negeri diadakan? Belum tentu sebab rakyat di Penanti sudah menyampaikan pandangan mereka!

Jadi, puak2 pakatan fikir-fikirkanlah....!


PERBANDINGAN KEPUTUSAN PRK PENANTI BERBANDING PRU-12:

Keputusan PRK:

Jumlah pengundi layak: 15,384
Jumlah pengundi: 7,100 (46.15 %)

1. Mansor Othman (PKR) .......................... 6,052
2. Aminah Abdullah (Bebas) .................................. 392
3. Nai Khan Ari a/l Nai Keow (Bebas) ................... 494
4. Kamarul Ramizu Idris (Bebas) .......................... 56

Majoriti 5,558 undi

Undi rosak 106 undi

Keputusan PRU-12:

Jumlah pengundi layak: 15,421
Jumlah pengundi: 12,657 (82.08%

1. Mohamad Fairus Khairuddin (PKR) .... 7,346
2. Datuk Abdul Jalil Abdul Majid (BN) ................. 5,127

Majoriti: 2,219

Undi rosak: 184

source : mesintaipburuk.blogspot.com

------------------------------------------

  • Penanti: Dr Mansor wins with 6,052 votes out of 7,100

    PKR's Dr Mansor Othman has won 6,052 of the 7,100 votes cast in the Penanti by-election. He is trailed by Independents Nai Khan Ari (494), Aminah Abdullah (392) and Kamarul Ramizu Idris (56).

    (Malaysiakini) Mansor wins the seat by garnering 6,052 votes. His nearest rival is Nai Khan with 494, followed by Aminah with 392. Kamarul obtained 56 votes.

    Mansor's majority is 5,558 votes. All three independents lost their deposits.

    The win for Mansor - after a series of three previous electoral defeats - now opens the door for him to be appointed as the Penang deputy chief minister (1).

    A blog entry by DAP leader Lim Kit Siang, whose son Guan Eng is the chief minister, said that Mansor will be sworn in on Wednesday.

    Only 7,100 people cast their votes in what is clearly a historic low turnout - standing at only 46.15 percent. There were a total of 15,384 registered voters in the constituency.

    Nai Khan had done very well in two polling areas - Teluk Wang which has many Thai residents and Sungai Lembu, a Gerakan stronghold.

    Nai Khan is the first Thai descendant to contest in an election in Malaysia. He is also a former Penang Gerakan Youth leader.

    In Teluk Wang, Nai Khan obtained 154 votes as opposed to Mansor's 180, Aminah, 21, and Kamarul, 1.

    In Sungai Lembu, Nai Khan garnered 102 votes, coming behind Mansor's 258. Aminah and Kamarul gained two votes each.

    Aminah did well in the Malay areas of Mengkuang, Kuala Mengkuang and Guar Perahu.

    She also won the battle for the postal votes by getting 12, followed by Kamarul, 7, Mansor, 2, and Nai Khan, 0.
source : promahathir.blogspot.com

No comments: